Anda di halaman 1dari 31

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam.

Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. kita patut mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat badan uga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.

Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan tubuh. Kita hendaklah mengurangkan makan makanan yang berlemak dan manis. Makanan sebegini boleh menyebabkan badan kita menadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerang kita.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk menjaga kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup tidur juga akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan yang sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup sentiasa ceria.

AMALAN HIDUP SIHAT Amalan hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko
penyakit jantung di masa hadapan. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka. Ramai juga yang menghidapi darah tinggi. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Ini membahayakan jantung sepanjang hayat mereka. Sesetengah kanakkanak memulakan hidup mereka dengan memakan makanan berlebihan, menggemari makanan-makanan yang mengandungi kolestrol dan kaloro tinggi serta tidak melakukan senaman yang mencukupi (contohnya kerap menonton televisyen). Tabiat menghisap rokok selalunya bermula sejak belasan tahun. Lebih-lebih lagi jika ibubapa mereka juga menghisap rokok. Mengurangkan faktor-faktor risiko dengan mengamalkan hidup sihat dapat mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung dan strok. Setidaktidaknya ia memberikan kesihatan yang baik, kecerdasan fizikal dan manfaat kepada setiap ahlikeluarga.

Kanak-kanak akan merasai faedah maksimum dengan mempelajari tabiat amalan hidup sihat di peringkat awal hidup mereka Berikut adalah lima cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan dikekalkan:1. JAUHI DARIPADA MEROKOK:- Penghisap rokok boleh mengalami berbagai penyakit. Kemungkinan maut daripada penyakit-penyakit tersebut lebih daripada orang yang tidak merokok dan mereka juga mengalami dua kali ganda risiko serangan jantung dan empat kali ganda kematian mengejut. Tidak sia-sia seseorang itu berhenti merokok. Risiko penyakit jantung akan terus berkurangan dan selepas beberapa tahun kadar kematian mereka akan menjadi rendah seperti orang yang tidak pernah merokok. Orang yang mula merokok semenjak muda merbahayakan diri mereka lebih daripada orang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja untuk merokok. Sama ada mereka terpengaruh atau tidak terpulanglah kepada teladan yang ditujukkan oleh ibu bapa. Menyedut asap rokok dari persekitaran (perokok pasif) telah dikaitkan dengan penambahan risiko penyakit-penyakit berkaitan dengan merokok. Bangunan-bangunan awam, hospital, restoran dan tempat perniagaan telah melaksanakan polisi larangan merokok. Langkahlangkah ini memberikan kesedaran kepada pelanggan dan kakitangan di tempat-tempat berkenaan mengenai bahaya merokok sama ada secara aktif atau pasif. Usaha-usaha yang berterusan seperti ini di peringkat kesihatan awam akan mengurangkan kadar kematian dan hilang upaya akibat merokok. 2. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI : Darah tinggi yang tidak dikawal boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan ateri jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Darah tinggi juga meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang. Penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk, merokok, kelestrol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Darah tinggi senang dikawal dan rawatannya termasuk mengawal makanan dan ubatubatan. Punca darah tinggi masih belum diketahui, inilah sebab utama anda perlu menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Bagi pesakitpesakit darah tinggi, mereka boleh mengawal diri daripada ditimpa kesankesan mudarat. 3. MENGURANGKAN LEMAK TEPU DAN KOLESTEROL DI DALAM MAKANAN : Kolesterol adalah bahan yang dikeluarkan oleh badan kita dan juga didapati di dalam makanan harian. Ia didapati dalam hasil

daripada binatang dan paling tinggi di dalam kuning telur dan organorgan. Aterosklerosis terjadi kerana mendapan kolesterol yang berlebihan di dinding dalam ateri-ateri yang menyebabkan salur darah menjadi sempit. Lemak tepu seperti dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu akan menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah. Sebaliknya, makanan yang mempunyai lemak tidak tepu seperti minyak sayuran akan merendahkan aras kolesterol pada kebanyakan orang. Matlamat utama adalah untuk merendahkan kandungan lemak tepu dalam diet. Adalah sukar untuk mengelakkan daripada mengambil makanan tanpa lemak tepu kerana ia ada dalam kebanyakkan makanan seharian. Walau bagaimanapn kandungan lemak tepu dalam diet boleh dikurangkan dengan mengikuti panduan-panduan berikut :

Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. Jika memasak daging merah (lembu,babi, kambing), gunakan bahagian-bahagian tanpa lemak, buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti kecil Gunakan sedikit minyak sayuran dan majerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari ketika memasak. Gunakan hasil susu tanpa lemak. Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3 biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain (tanpa kolesterol) untuk menggantikannya. Gunakan kaedah memasak tanpa minyak seperti membakar, memanggang, merebus dan mengukus; elakkan menggoreng.

Perubahan diet tidak boleh dilakukan dengan tiba-tiba. Adalah merbahaya kepada badan jika nutrien penting tidak diambil. "Diet yang melampau" boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Walau bagaimanapun, perubahan diet yang beransur-ansur, senaman yang konsisten dan perhatian yang diberikan terhadap pengambilan kolesterol dan lemak tepu dapat memastikan aras kolesterol berada dalam julat normal. SELALU BERSENAM Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, membantu ,mengelakkan daripada gemuk dan melahirkan perasaan sejahtera. Kadar kematian mangsa serangan jantung adalah lebih tinggi jika mangsa kurang bersenam.

Jangan memulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung. Mintalah nasihat doktor sebelum memulakan program senaman. Beliau mungkin menasihatkan anda supaya menjalani ujian senaman untuk menilai terlebih dahulu keupayaan fizikal anda. Apabila mengambil bahagian di dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda patut berjalan kaki. Jika doktor anda tidak melarang, ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.

MENGAWAL BERAT BADAN ; KETAHUILAH KALORI MAKANAN ANDA. Orang dewasa mencapai tahap berat badan normal pada lingkungan umur dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Pada setiap tahun selepas itu keperluan kalori untuk menjaga berat badan berkurangan. Tetapi mereka yang berumur tiga puluh hingga empat puluhan biasanya masih memakan sebanyak mana yang mereka makan semasa berumur dua puluhan. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti-aktiviti fizikal, kalori berlebihan itu akan menjadi lemak. Jangan hidup orang yang gemuk biasanya lebih pendek daripada orang berat badannya normal. Orang dewasa yang trlampau gemuk akan mengalami risiko serangan jantung 3 kali ganda lebih daripada orang sebaya yang berat badannya normal. Badan yang gemuk juga menambahkan risiko darah tinggi dan diabetes. TIDAK ADA JALAN CEPAT DAN MUDAH UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN. Anda dinasihatkan jangan terlalu banyak pantang kerana ini akan mengurangkan nutrien penting yang anda perlukan. Walaupun pantang boleh mengurangkan berat badan. Ia tidak akan mewujudkan tabiat makan yang akan mengawal berat badan anda. Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, maintlah nasaihat doktor terlebeh dahulu. Penyakit jantung (penyakit koronari) tetap menjadi pembunuh utama di Malaysia. Banyak lagi boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa orangorang tersebut. Penurunan kadar kematian disebabkan penyakit koronari dalam tahun-tahun lalu adalah nyata. Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan kekurangan ini seperti adanya ubat yang lebih efektif dan kurangnya risiko berpunca daripada amalan hidup sihat. Mengawal faktor risiko akan dapat

mengurangkan risiko penyakit jantung dan memulakan amalan hidup sihat sejak kecil lagi akan menghasilkan kesan yang maksi
Pergi kenduri di batu pahat, Rumah tok Ngah tempat dituju, Amalkan gaya hidup yang sihat, Cergas rakyatnya negara akan maju.

Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Sumber dari berita harian Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang

menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. 2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. 3. Mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. 4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan

seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kesimpulannya Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepuk dada tanya selera.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya


Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya? 1. Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang

menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser. 2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. 3. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari. 4. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. 5. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium. 6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan. 1. Banyakkan makan makanan yang berbuah. Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. 2. Banyakkan juga memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh. 3. Banyakkan minum air. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu

sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain. 4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan. Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng. 5. Kurangkan gula. Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. 6. Kurangkan garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang

akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

GAYA HIDUP SIHAT Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita. Kepentingan Gaya Hidup Sihat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan

bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelutkemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya. c) Mendisiplinkan masyarakat Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain.. a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju. b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum. c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat

b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakanrakan

c)

Mengambil

rehat

yang

mencukupi

d) Melakukan aktiviti fizikal

e) Menjaga kebersihan

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.

You have successfully logged out! Date, Time: 19-Dec-2013 16:17:39 PM Thank you for using CIMB Clicks Internet Banking Malaysia.

Transaction History Ref No & Date & Time Status 19-Dec2013 16:08:52 PM 19-Dec2013 16:16:07 PM 80797212 Successful Transaction Detail Bill Payment From Savings Account / 08021262233529 Savings Account / 08021262233529 To ASTRO / 0861500763 Other Details Bank Amount(RM) Charges(RM) 0.00 63.55

80797925 Successful

Bill Payment

Tenaga Nasional Berhad / 20300076647409

0.00

174.90

Acknowledgement
Kindly print this page for future reference

From : 08021262233529 | Savings Account Amount : RM63.55

Bank Charges : RM0.00 Total Amount : RM63.55 Available Balance : RM1,581.98

Bills List Bill Account No. / Name / Details 0861500763 / ASTRO Bank / Commission Amount Charges (RM) (RM)

Ref No.

Date & Nickname Time

Other Details

Status

19-Dec2013 80797212 16:08:52 PM

0.00

63.55

Successful

This is a computer generated receipt and no signature is required

Acknowledgement
Kindly print this page for future reference

From : 08021262233529 | Savings Account Amount : RM174.90 Bank Charges : RM0.00 Total Amount : RM174.90 Available Balance : RM1,407.08

Bills List Date & Nickname Time Bill Account No. / Name / Details 20300076647409 / Tenaga Nasional Berhad Bank / Commission Amount Charges (RM) (RM)

Ref No.

Other Details

Status

19-Dec2013 80797925 16:16:07 PM

0.00

174.90 Successful

This is a computer generated receipt and no signature is required

RANCANGAN TAHUNAN RBT TAHUN 4 Tahun 4 MINGGU STANDARD KANDUNGAN Waktu Minit(min)

1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL 1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel 1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel 1 1 30 30

Tahun 4 MINGGU STANDARD KANDUNGAN Waktu Minit(min)

* RUJUK DSKP untuk standard pembelajaran dan Tahap Penguasaan 4 DAN 6 2.0 ASAS TEKNOLOGI 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi * RUJUK DSKP untuk standard pembelajaran dan Tahap Penguasaan 8, 10 DAN 12 3.0 REKA BENTUK 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental * RUJUK DSKP untuk standard pembelajaran dan Tahap Penguasaan 14,16,18, 20,22, 24, DAN 26 4.0 PENGHASILAN PROJEK 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik * RUJUK DSKP untuk standard pembelajaran dan Tahap Penguasaan 28, 30, 32, 34 DAN 36 6.0 SAINS RUMAH TANGGA 6.1 Menghasilkan artikel jahitan * RUJUK DSKP untuk standard pembelajaran dan Tahap Penguasaan 10 300 14 420 6 180 4 120

JUMLAH BESAR

36

1080

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA EKA & EDY SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

DARIAPADA:ACIK MAN, CIK RIMA, HAZIQAH, NABIL,NAUFAL DAN NAFIZ

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA EKA & EDY SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT DARIAPADA:-

ACIK MAN, CIK RIMA, HAZIQAH, NABIL,NAUFAL DAN NAFIZ