Anda di halaman 1dari 22

Banding beza Pendidikan Islam di SMK dan SMKA

Kandungan

muka surat

Pendahuluan Perbandingan diantara tajuk sukatan Perbandingan antara sub tajuk sukatan pelajaran Perbandingan antara sub tajuk Pengajian al-Quran Perbandingan antara sub tajuk Hadis nabawi dan Pengajian al-Hadis Perbandingan antara sub tajuk Akhlak Perbandingan antara sub tajuk Sirah Nabawi dan Tamaddun Islam Perbandingan antara sub tajuk Akidah Perbandingan antara sub tajuk Feqah Perbandingan antara agihan peruntukan waktu Carta organaizer Penutup Rujukan

2 3 5 5 7 9 10 11 12 14 16 20 21

Pendahuluan Pendidikan Islam merupakan satu usaha kerajaan dalam memenuhi dan memantapkan lagi penghayatan dan amalan selaras kewajipan bagi setiap individu islam melaksanakan tuntutan Allah s.w.t. dan Rasulnya. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara bertujuan mempastikan setiap daripada rakyat mendapat pendidikan yang seimbang di dunia dan di akhirat dan direalisasikan dalam kurikulum.

Kurikulum adalah perkara yang dinamik yang sentiasa berinteraksi dengan pelbagai unsur yang terdapat dalam suasana sosial. Ia bukan sahaja dipengaruhi persekitaran setempat malah juga persekitaran global yang begitu pesat berubah dan amat mencabar. Kerana itu kurikulum perlu sentiasa dimantapkan bagi mempastikan ia kekal relevan dengan keadaan dan zaman. Perkara teras dalam usaha memantapkan kurikulum persekolahan pada hari ini ialah untuk menjadikan kurikulum relevan dengan keperluan pelajar dan tuntutan dunia alaf baru.

Pelajar-pelajar mempunyai keperluan yang berbeza, terutama dari segi minat, gaya pembelajaran dan keupayaan intelik. Dunia alaf ini pula telah dicorakkan oleh beberapa elemen baru, termasuklah ekonomi berasaskan pengetahuan dan pembelajaran secara elektronik. Hal ini telah dijelaskan dalam dokumen dasar semakan kurikulum yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu kesemua elemen teras ini perlu diberi perhatian dalam perancangan, penyediaan bahan dan perlaksanaan kurikulum Pendidikan Islam terutama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Kedua-dua sekolah ini mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang diantara dunia dan akhirat tetapi melalui pendekatan yang berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar didedahkan dengan sukatan yang agak berbeza terutama ketika berada di Tingkatan Empat di mana pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terus mempelajari Pendidikan Islam manakala Pelajar di Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama (SMKA) pula akan mempelajari Pendidikan Al-Quran dan AlSunnah dan juga Pendidikan Syariah Islamiah.

Perbandingan antara komponen tajuk sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menekankan kemahiran asas dalam membaca al-Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu. Asas-asas pendidikan Islam dikembangkan lagi di peringkat menengah dengan diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan seharian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Dalam KBSM para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Pengajian Islam yang terdiri daripada beberapa komponan seperti Akidah, Ibadah, Sirah Nabawiah dan Tamadun Islam dan Adab dan Akhlak Islamiah dan juga Tilawah al-Quran manakala bagi SMKA pula pelajar-pelajar akan mempelajari Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah yang menyentuh lebih luas berkaitan kedua-dua bidang Al-quran dan AlSunnah seperti Pengajian al-Quran, Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, Ulum al-Hadis dan dilengkapi pula ilmu yang berkaitan dengannya seperti Akhlak dan Tamaddun Islam.

Perbandingan di antara tajuk sukatan pelajaran di antara sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama.bagi Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Pendidikan Islam di SMK

Pendidikan Islam di SMKA

Pendidikan Islam Teras

Pendidikan Syariah Islamiah

Akidah Ibadah Sirah Nabawiah dan Tamadun Islam Adab dan Akhlak Islamiah

Akidah Usul Feqah Ayat-ayat Hukum Hadis-hadis Hukum Feqah

Pendidikan Islam di SMK Al-Quran dan Hadis Tilawah al-Quran Hadis

Pendidikan Islam di SMKA

Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Pengajian al-Quran Ulum al-Quran Pengajian Hadis Ulum Hadis Akhlak Tamadun Islam

Persamaan dalam kedua-dua sukatan pelajaran Pendidikan Islam ialah kedua-duanya merangkumi bidang yang sama iaitu Tilawah al-Quran, Hadis Nabi, Akidah, Ibadah, sirah nabi dan juga akhlak islamiah. Manakala perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua komponan tajuk sukatan pelajaran ialah bagi sekolah menengah biasa tajuk-tajuknya ialah secara umun dan keseluruhan sebagaimana dijelaskan dalam persamaan antara sukatan pelajaran manakala bagi sekolah menengah agama, tajuk-tajuknya diperincikan lagi seperti bagi Pengajian al-Quran dengan Ulum al-Quran dan bagi al-Sunnah di perkenalkan ulum al-Hadis dan juga diasingkan tajuk Tamadun Islam daripada sirah nabawi bagi memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar mempelajari sirah islam dengan lebih lanjut lagi. Tajuk-tajuk di bawah Pendidikan Syariah Islamiah pula dipecahkan Feqah kepada Usul Feqah dan dilanjutkan lagi penjelasannya melalui ayat-ayat hukum dan juga hadis-hadis hukum.

Perbandingan antara sub tajuk sukatan pelajaran Setelah meneliti persamaan dan perbezaan di antara komponan tajuk sukatan pendidikan islam, marilah kita meneliti dan membandingkan pula di antara sub tajuk sukatan pelajaran bagi sekolah menengah biasa yang mempelajari Pendidikan Islam Teras dan sekolah menengah agama yang mempelajari Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan juga Pendidikan Syariah Islamiah. Untuk menjelaskan lagi persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua sub tajuk sukatan pelajaran, Pendidikan Islam teras perlu diasingkan bidang al-Quran dan al-Sunnah dan bidang Ulum Syariah dan juga Akhlak Islamiah. Bagi sub tajuk bidang al-Quran dan al-Sunnah dibandingkan dengan Pengajian al-Quran dan alSunnah sebagaimana berikut:

Pendidikan Islam di SMK Al-Quran dan Hadis 1) Ayat Kefahaman: i) Surah Al-An'am, ayat 6, 50, 70, 125 dan 161 hingga 165. a) Manusia perlu bersyukur b) Hidayah milik Allah c) Rasul penyampai wahyu ii) Surah Al-Mu'minum, ayat 1 11, a) Ciri-ciri mukmin berjaya iii) Surah Luqman, ayat 12 - 19. b) Nasihat Luqman al-Hakim.

Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah 1) Ayat-ayat pemahaman a. Gejala Mempersendakan Agama

Surah Al-Anam, 6 : 70. b. Pertanian dalam Kehidupan Surah Al-Anam, 6 : 141 c. Konsep Surah Al-Anam, 6 : 162-163 d. Negara Aman Rakyat Surah Al-Anfal, 8 : 60-63. e. Keteguhan Iman Asas Kekuatan Jati Diri f. Iktibar Daripada Sejarah Sejahtera Ibadah

Surah Al-Hajj, 22 : 42-46 g. Surah Al-Hajj, 22 : 11-13 h. Kecemerlangan Iman Asas Kejayaan i. Surah Al-Muminun, 23 : 1-11

j.

Wasiat

Luqman

Al-Hakim

Surah Luqman, 31 :12-19 k. Tanda-tanda Kekuasaan Allah s.w.t. Surah Yasin, 36 : 77-83 l. Konsep Taaruf Dalam Islam

Surah al-Hujurat, 49 : 13 m. Nikmat Kurniaan Allah s.w.t.

Surah al-Rahman, 55 : 1 - 30.

Pendidikan Islam di SMK Al-Quran dan Hadis

Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah 2) Ayat-ayat bacaan

2) Ayat Bacaan: i) Surah Al-An'am, ayat 1-165; ii) Surah Al-Mu'minun, ayat 1 -35; iii) Surah Luqman, ayat 1 - 21.

a. Surah Al-Anam, 6 : 1 - 165. b. Surah Al-Anfal, 8 : 1 - 75. c. Surah Al-Hajj, 22 : 1 78 d. Surah Al-Muminun, 23 : 1 118 e. Surah Luqman, 31 :1 -34 f. Surah Al-Hujurat, 49 : 1 - 18. g. Surah Al-Rahman, 55 : 1 - 78. h. Surah Al-Taubah, 9 : 1 129 i. Surah Al-Nur, 24 : 1 - 38. j. Surah Al-Sajdah, 32 : 1 - 30. k. Surah Al-Waqiah, 56 : 1 - 96. l. Surah Al-Hasyr, 59 : 1 -24 m. Surah Yasin, 36 : 1 - 83.

Pendidikan Islam di SMK Al-Quran dan Hadis

Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

3) Ayat Hafazan: i) Surah Al-An'am, ayat 162 - 163 ii) Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 11, iii) Surah Luqman, ayat 12 19.

3) Ulum al-Quran a. Ulum al-Quran dan Kepentingannya b. Pengenalan al-Quran c. Al-Quran Sebagai Mukjizat d. Wahyu e. Nuzul al-Quran

Persamaan bagi bidang al-Quran bagi kedua-dua sukatan ialah kedua-duanya mempelajarai ayat-ayat untuk tujuan kefahanam dan juga ayat-ayat untuk bacaan atau tilawah. Tajuk-tajuk bagi ayat kefahaman sama bagi kedua-dua sukatan walaupun bilangan bagi sukatan Pendidikan Islam sekolah menengah biasa adalah kurang berbanding sekolah menengah agama yang mempelajari Pengajian al-Quran.

Dari segi perbezaan pula, bagi Pendidikan Islam di sekolah menengah biasa terdapat tambahan sub tajuk iaitu terdapat ayat-ayat untuk hafazan manakala bagi Pengajian al-Quran tidak terdapat ayat-ayat hafazan. Walaupun begitu ia diperkayakan dengan pembelajaran dalam bidang Ulum al-Quran bagi sub tajuk yang ketiga. Perbezaan yang paling ketara ialah terdapat 13 sub tajuk untuk ayat-ayat pemahaman berbanding hanya 3 sub tajuk sahaja bagi Pendidikan Islam di sekolah menengah biasa. Begitu juga bagi ayat-ayat bacaan, terdapat 13 sub tajuk bagi pengajian al-Quran berbading hanya 3 bagi Pendidikan Islam. Namun begitu bagi Pendidikan Islam Teras, ianya ditambah sub tajuk ketiga dengan ayat-ayat bagi tujuan hafazan.

Seterusnya untuk perbandingan berikutnya merangkumi bidang Pengajian alSunah dan hadis nabawi bagi pendidikan islam sebagaimana berikut:

Pendidikan Islam di SMK Hadis Nabawi

Pendidikan Islam di SMKA Pengajian al-Hadis

1) Kefahaman Hadis. a) Makanan yang baik. b) Perpaduan teras kemajuan

1) Kefahaman Hadis. a. Kelebihan Menuntut Ilmu b. Peranan Ulama c. Akhlak Mulia d. Mensyukuri Nikmat Allah e. Menjauhi Sifat-Sifat Buruk f. Iman dan Jihad 2) Ulum al-Hadis a. Ilmu Hadis b. Hadis Sumber Kedua Perundangan Islam. c. Ilmu Hadis Riwayah dan Dirayah d. Hadis Nabawiy, Hadis Qudsi dan alQuran. e. Hadis Mutawatir dan Ahad f. Hadis Sahih, Hasan dan Dhaif. g. Istilah-istilah Asas dalam Ulum alHadis

Terdapat persamaan dalam sub tajuk al-Hadis yang mana kedua-dua sukatan mempelajari kefahaman hadis namun begitu perbezaan yang amat ketara ialah bilangan

hadis yang dipelajari di sekolah menengah biasa hanya dua tajuk sahaja berbanding enam di sekolah menengah agama dan ditambah lagi dengan pengajian Ulum al-Hadis. Manakala bagi sukatan Pendidikan Islam di sekolah menengah agama, akhlak dan tamadun islam dimasukkan didalam sukatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah berbanding di sekolah menengah biasa dirangkumkan di bawah sukatan Pendidikan Islam dan menjadi salah satu sub tajuk sebagaimana berikut:

Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam Teras

Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

1) Bidang akhlak a. Amar makruf nahi mungkar. b. Adab zikrullah c. Adab berhias diri. d. Adab menjaga orang sakit. e. Adab dengan Rasulullh f. Akal cahaya kehidupan. g. Adab di Tempat rekresi. h. Adab Menjaga Kemudahan Awam. i. Adab Menziarahi Jenazah.

1) Bidang akhlak a. Adab Terhadap Rasulullah s.a.w. b. Adab Berfikir. c. Adab Amar Makruf Nahi Mungkar. d. Adab Berhias Diri. e. Adab Menjaga Orang Sakit. f. Adab Menziarahi Jenazah. g. Adab di Tempat Rekreasi. h. Adab Menjaga Kemudahan Awam.

Persamaan dalam bidang akhlak yang mana sub tajuknya

ada persamaan

sebanyak 8 tajuk manakala dan perbezaannya ialah 1 tajuk yang berlainan terdapat di dalam sukatan di sekolah menengah biasa yang menjadikan bilangan sub tajuk adalah lebih banyak berbanding sekolah menengah agama yang menjadikan ia lebih berbanding sub tajuk yang dipelajari dibawah bidang akhlak dalam sukatan Pendidikan al-Quran dan al-Sunah. Ini merupakan perbezaan yang agak berlainan yang mana akhlak lebih banyak dipelajari di sekolah menengah biasa.

Bagi sub tajuk sirah nabawi pula dibandingkan dengan Tamadun Islam yang terdapat dalam Pendidikan al-Quran dan al-Sunah yang dipelajari oleh pelajar sekolah menengah agama. Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam Teras Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

1) Bidang Sirah Nabawi

1) Bidang Tamadun Islam a. Tamadun Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin


o o o o o

a. Kerajaan Khulafak Ar-Rasyidin. b. Kerajaan Bani Umayyah. c. Imam Abu Hanifah. d. Imam Malik. e. Imam Syafie. f. Imam Ahmad Bin Hanbal. g. Imam Al-Bukhari. h. Imam Al-Ghazali.

Pentadbiran Ekonomi Politik Sosial Perluasan pengaruh

b. Tokoh imam empat Mazhab


o o o o

Imam Abu Hanifah r.a. Imam Malik r.a. Imam al-Syafie r.a. Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

c. Tokoh Pemikiran
o o o o

Imam Al-Ghazali r.a. Imam Ibn Taimiyah r.a. Abu Al-Ala Al-Maududi r.a. Al-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi r.a.

Bidang sirah nabawi mempunyai persamaan yang mudah dinyatakan disini yang mana sub tajuknya boleh dikatakan sama dengan sub tajuk yang terdapat didalam bidang Tamadun Islam yang terdapat dalam Pendidikan al-Quran dan al-Sunah. Namun begitu

10

perbezaan masih terdapat disini iaitu bagi Tamadun Islam ditambah beberapa sub tajuk lagi dibawah zaman Khulafa ar-Rasyidin dan juga terdapat tambahan bagi tokoh-tokoh pemikiran Islam.

Seterusnya perbandingan akan dibuat berdasarkan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah bagi Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berbanding Pendidikan Islam dalam sub tajuk akidah dan feqah.

Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam Teras

Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan Syariah Islamiah

1) Bidang Akidah

1) Bidang Akidah (a) Iman fitrah manusia

a) Perkara-perkara yang membatalkan iman. b) Dosa-dosa besar yang membawa kemurkaan Allah. i-dosa-dosa besar ii-dosa-dosa besar yang

(b) Peranan iman dalam kekuatan pengorbanan jiwa, dan

mewujudkan semangat kesejahteraan

hidup di dunia dan di akhirat. (c) Islam sebagai Ad-Din yang

membawa rahmat kepada manusia dan alam sejagat. (d) Kejadian sebahagian manusia daripada sebagai bukti

menghancurkan umat. c) Tuntutan taubat.

kewujudan Allah SWT. (e) Kejadian alam sebagai tanda

kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT.

Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam Teras

Pendidikan Islam di SMKA Pendidikan Syariah Islamiah

11

Bidang Ibadah Bidang Feqah a) Ibadah: b) Lambaian kaabah haji dan umrah. c) Sembelihan d) Korban e) Aqiqah f) Jual beli dan sewa. g) Gadaian dan syarikat. h) Hutang, insuran dan saham. Usul Feqah: a) Pengenalan ilmu usul feqah b) Pengertian hukum syarak dan bahagian-bahagiannya. c) Dalil-dalil hukum syarak: d) Dalil-dalil yang disepakati e) Dalil-dalil yang tidak disepakati f) Takhsis g) Mutlak dan Muqayyad. a) Sejarah ibadah haji b) Pelaksanaan ibadah haji dan umrah c) Sembelihan, korban dan aqiqah d) Muamalat dalam Islam e) Harta menurut Islam

Hadis-hadis Hukum: a) Mengubah ciptaan Allah menyambung rambut dan membuat tatu b) Bersugi suatu ibadah c) Syak dalam solat d) Wasiat dalam Islam e) Niabah dalam ibadah haji f) Memberi dan menjawab salam

Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 merangkumi bidang akidah, sejarah, usul feqah, ayat-ayat hukum, hadis-hadis hukum dan feqah manakala dalam mata pelajaran

12

Pendidikan Islam tingkatan 4 sekolah menengah biasa pula mengandungi bidang seperti akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah. Tetapi untuk perbandingan dengan Pendidikan Syariah Islam, cuma dua bidang sahaja yang boleh dibuat perbandingan iaitu bidang akidah dan feqah.

Aspek persamaan yang terdapat dalam kedua-dua mata pelajaran di antara sekolah menengah agama dengan sekolah menengah biasa boleh diperhatikan dalam bidang akidah terutama dalam topik satu iaitu tajuk yang membicarakan tentang konsep iman. Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 sekolah menengah agama, pelajar-pelajar diajar tentang iman sebagai fitrah manusia serta peranan iman dalam mewujudkan kekuatan jiwa, kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Manakala

bagi

pelajar-pelajar

sekolah

menengah biasa pula diajar tentang perkara-perkara yang membatalkan iman. Oleh itu, pendidikan Islam di sekolah menengah biasa jelas menumpukan kepada perkara-perkara asas tentang keimanan kepada Allah s.w.t dan bagi pelajar di sekolah menengah agama, mereka dimantapkan lagi dengan peranan iman itu sendiri dan hidup sebagai orang yang beriman. Seterusnya pelajar diberi pengukuhan kedalam jiwa mereka melalui penghayatan ayat-ayat al-Quran dan al-sunah melalui ayat-ayat hukum dan hadis-hadis hukum yang tidak terdapat di dalam Pendidikan Islam aliran biasa di SMK.

Ayat-ayat hukum yang diberi pendedahan adalah seperti berikut : Pecahan sub topik ini meliputi perkara-perkara berikut: a) Tayammum: Surah al-Nisa, 4 : 43. b) Qiamullail: Surah al-Muzammil, 73 : 1 10. c) Puasa Ramadhan: Surah al-Baqarah 2 : 185. d) Adab Pergaulan Dalam Rumah: Surah al-Nur, 24 : 58 59. e) Memelihara Ukhuwwah Islamiah: Surah al-Hujurat, 49 : 11 - 12. f) Memberi Nasab Anak Angkat: Surah al-Ahzab, 33 : 5.

13

Melalui bidang Feqah pula Pendidikan Syariah Islamiah bagi sekolah menengah agama membicarakan tentang ibadah haji dan umrah. Sub tajuk ini sama sahaja dengan sub tajuk yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah biasa, tetapi sub tajuk ini diajar dalam bidang yang disebut sebagai ibadah. Antara sub tajuk lain yang sama ialah tentang sembelihan, qurban, akikah dan juga sistem muamalat seperti jual beli, gadaian, syarikat, insuran dan saham. Hampir kesemua tajuk dalam kedua-kedua bidang ini adalah sama walaupun dibawah sub tajuk yang berlainan. Namun begitu pelajar di sekolah menengah agama terus diberi pendedahan yang lebih meluas dalam bidang feqah dengan adanya bidang Usul Feqah yang mengaitkan hukum-hakam yang diamalkan menpunyai bukti dan dalil yang kukuh berdasarkan pecahan sub tajuk dibawah Usul Fekah.

Perbandingan antara agihan peruntukan waktu sebagaimana berikut:

SMK

SMKA

Pendidikan Islam Tingkatan 4 : Peruntukan waktu: 6 waktu seminggu.

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4: Peruntukan waktu: 4 waktu seminggu. pengajaran &

Pecahannya: 4 waktu untuk pengajaran dan Pecahannya: 3 waktu untuk pembelajaran. bacaan dan hafazan al-Quran. 1 waktu untuk amali solat. pembelajaran.

1 waktu untuk pengukuhan terutama dari segi 1 waktu untuk amali dan pengukuhan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah: Peruntukan waktu: 4 waktu seminggu. Pecahannya: 3 waktu untuk pengajaran dan pembelajaran. 1 waktu untuk amali dan pengukuhan.

14

Rumusan

Mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan terdapat beberapa perbezaan dari segi tajuk dan sub tajuk di dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Di dalam Pendidikan Syariah Islamiah, sukatan pelajaran yang diajar di sekolah menengah agama meliputi tajuk-tajuknya dalam bidang akidah, sejarah perundangan Islam, Usul Feqah, Ayat-ayat Hukum, Hadis-hadis Hukum dan Feqah sementara itu dalam Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah pula melingkungi Pengajian al-Quran, Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, Ulum al-Hadis, akhlak dan Tamadun Islam. Manakala sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 bagi sekolah menengah kebangsaan pula meliputi tajuk-tajuk seperti Tilawah al-Quran, Hafazan dan Kefahaman al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawiah dan Tamadun Islam dan Adab dan Akhlak Islamiah.

Berpandukan perbandingan yang telah dinyatakan, jelas disini bahawa Pendidikan Islam bagi sekolah menengah biasa telah merangkumi kedua-dua Pendidikan Islam di sekolah menengah agama tetapi ianya adalah merupakan asas-asas kepada pendedahan amalan hidup islam secara keseluruhan. Boleh juga dikatakan bahawa pendidikan Islam yang didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah agama adalah lebih mantap dan menyeluruh sesuai dengan pelajar tersebut adalah keluaran sekolah agama.

Dengan pendedahan dua matapelajaran di sekolah menengah agama iaitu Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah akan membolehkan pelajar-pelajar menghayati dan mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama dan melahirkan insan yang cemerlangan dalam hidup dan peribadatanya dan menyumbang kepada modal insan yang berkualiti. Bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah biasa yang didedahkan dengan asas-asas amalan hidup islam, diharapkan dapat memenafaatkan semua ilmu yang terkandung dalam Pendidikan Islam ini dengan pengukuhan dan penkayaan yang diberikan oleh tenaga pelajar bijak membuat perancangan sebelum memulakan sesi persekolahan ditambah lagi dengan adanya 1 masa untuk pengukuhan dan 1 masa untuk amali solat.

15

Carta organaizer Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Aspek

Objektif

Pendidikan alQuran dan alSunnah Kurikulum Pendidikan Quran dan al-Sunnah membolehkan pelajar mendapat: a. Membaca dan menghafaz alQuran dengan betul, fasih, bertajwid dan tartil serta memahami isi kandungannya untuk menyuburkan jiwa. Mengetahui dan memahami alQuran sebagai mukjizat, sumber dan rujukan pertama berdasarkan dalil-dalil yang qatie. Membaca dan menghafal matan hadis serta memahami makna dan

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Islam

Tasawwur Islami Kurikulum Tasawwur Islami membolehkan pelajar mendapat:

Kurikulum Kurikulum Pendidikan Pendidikan Islam membolehkan Syariah Islamiah pelajar mendapat: membolehkan pelajar mendapat: a) Memahami konsep Iman dan Islam sebagai al-Din dan peranan iman dalam mewujudkan kekuatan jiwa. b) Mengetahui dan memahami kewujudan Allah S.W.T. berdasarkan pemerhatian kepada kejadian manusia dan alam. c) Memahami tentang dosa dan pahala, perkara-perkara yang membatalkan iman dan berusaha menjauhinya serta mempertingkat kan iman. d) Memahami marifatulLah ( ) dan taqlid ( ( ) a) Memperkukuhkan kemahiran membaca, memaham, menghafaz dan menghayai alQuran yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah; b) Memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah; c) Membaca, memahami dan menghayati kandungan alQuran serta menghafaz ayatayat yang ada kaitan dengan amalan dalam kehidupan harian; d) Memahami dan menghayati kandungan hadishadis Rasulullah S.A.W.; e) memperkukuh

a) Memberi kefahaman dan gambaran yang jelas tentang tajuk-tajuk dalam Tasawwur Islam keseluruhan nya. b) Melatih pelajar menggunak an akal di samping bimbingan wahyu agar tidak terpesong daripada landasan sebenar iii. c) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang anasiranasir yang boleh

b.

c.

16

pengajaran dari hadishadis tersebut. d. Mengetahui al-Hadis sebagai sumber kedua perundangan Islam melalui dalil-dalil dan sejarah serta mengetahui istilah, memahami konsep dan prinsip-prinsip ilmu al-Hadis serta kedudukannya . Memahami adab-adab dalam Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah dan menghayati hikmah dan pengajarannya serta mengamalkan nya. Mengetahui dan menelusuri sejarah ketamaduna n Islam pada zaman

e.

f.

afalulLah ( ), afalul-ibad ( ) , sejarah perkembangan Ilmu Kalam, dan ayat-ayat serta Hadishadis mutasyabihat. e) Memahami sejarah dan sumber perundangan Islam serta mengetahui dan memahami konsep dan prinsip ilmu Usul Fikah serta cara ulama mengistinbatka n hukum. f) Membaca dan memahami ayat-ayat hukum dan hadis-hadis hukum untuk diamal dan dihayati dalam kehidupan dan mengetahui cara ulama mengistinbat hukum daripada ayat ayat dan hadishadis tersebut. g) Memahami ibadat Haji dan pelaksanaannya untuk dihayati. h) Mengetahui

pegangan aqidah Islamiah dan mengaitkan konsep tauhid dalam keseluruhan aspek hidup; f) Membina keperibadaian serta mengamalkan akhlak mulia, sifatsifat yang terpuji danmenghindari sifat-sifat yang tercela; g) Memahami konsep ibadat dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna; h) Memahami, mengambil pengajaran dan meneladani sirah Rasulullah S.A.W., para sahabat R.A dan Tamadun Islam; dan i) Memahami, mengamalkan dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

merosakkan pemikiran iv. d) Memperke mbangkan potensi diri pelajar selaras dengan kehendak semasa dalam batasan yang dibenarkan

17

Khulafa arRasyidin, tokoh-tokoh imam empat Mazhab dan tokoh-tokoh

dan memahami konsep dan prinsip sembelihan, kurban dan akikah dalam Islam serta menghayatinya. i) Mengetahui dan memahami prinsip-prinsip muamalat Islamiah dan cara pelaksanaannya dalam masyarakat pada masa kini serta mengamalkann ya. j) Memahami sistem kekeluargaan dalam Islam serta mengetahui institusi kehakiman dalam Islam dan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam pentadbiran undang-undang kekeluargaan Islam.

18

Bidang Usuluddin tidak terdapat dalam Pendidikan Islam Tingkatan 4 manakala Tasawwur Islami merupakan matapelajaran efektif bagi kedua-dua sekolah.

Pendidikan alAspek Quran dan alSunnah

Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Islam

Tasawwur Islami

1. Penerangan 2. Soal Jawab. Kaedah 3. Perbincang an. 4. Simulasi. 5. Membaca ayat 6. Pengajaran dan perbincang an kumpulan. 7. Membuat rumusan. 8. Huraian dan pembentag an. 9. Tayangan LCD

1. Penerangan 2. Perbincangan dan pembentangan 3. Sumbangsaran. 4. Soal Jawab. 5. Simulasi. 6. Tunjuk cara. 7. Perbincangan kumpulan. 8. Pembentangan. 9. Kaji selidik. 10. Pemerhatian dan bimbingan. 11. Tayangan LCD. 12. Tayangan gambar.

1. Perbincang an kump. 2. Senarai semak 3. Soal-jawab 4. Peneranga n guru 5. Perbincang an 6. Talaqqi ayat hafazan. 7. Tunjuk cara. 8. Amali. 9. Pengulang an. 10. Lawatan. 11. Sumbang saran. 12. Pembinaan carta minda

1. Penerangan 2. Perbincangan dan pembentanga n 3. Sumbangsara n 4. Mengimbas kembali 5. Simulasi 6. Mengumpul bahan. 7. Menulis esei. 8. Lawatan 9. Menulis buku skrap 10. Tunjuk cara. 11. Perbahasan 12. Inkuiri / Penemuan 13. Kaji selidik

19

Penutup

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam untuk peringkat menengah bertujuan mempastikan pelajar-pelajar terus diberi pendedahan yang lebih meluas dan mencukupi sesuai dengan usia mereka yang semakin meningkat. Bagi pelajar di sekolah menengah biasa, mereka mengikuti pembelajaran pendidikan islam melalui Pendidikan Islam Teras yang padat tetapi menyeluruh manakala bagi pelajar di sekolah menengah agama, mereka dididik dan diasuh penghayatan pendidikan islam dengan lebih terperinci dan penerangan yang jelas melalui Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua aliran pendidikan jelas menunjukkan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal yang akan mengembeling tenaga kearah kemajuan Negara. Persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua bidang pendidikan tidak mendatangkan sebarang masalah kerana guru pendidikan islam boleh mengunakan ruang waktu yang agak banyak yang diperuntukan bagi menjadikan pendidikan gagah dan perkasa di mata masyarakat. Apa yang jelas disini, guru pendidikan islam yang memegang teraju pendidikan islam, walau dalam apa aliran sekalipun harus bijak menilai dan mengupas sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran dengan kaedah-kaedah pengajaran yang bersesuaian. Tanpa usaha dan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada guru-guru pendidikan Islam, walau bagaimana pun sukatan itu digubal, tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan oleh Kerajaan dan masyarakat.

(3500 Perkataan)

20

Bibliografi

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Huraian sukatan pelajaran pendidikan syariah islamiah.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Huraian sukatan pelajaran pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.

Abdul Raof Dalip. 1998. Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Huraian sukatan pelajaran pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Modul pengajaran pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nidzamuddin Zakaria, Siti Fairuza Haji Asmungi, Syed Najihuddin syed HassaN dan Dr Noor Azizi Ismail. 2010. HBIS4403 Pendidikan Islam; Tingkatan 6. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

21

Anda mungkin juga menyukai