Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN Jurnal Reflektif minggu 2 (28 Januari hingga 1 Februari 2013) Ahmad

Amaluddin bin Mohd Jelani KPLI j-QAF ambilan Januari 2012 (Bahasa Arab) SK Pasir Gudang 4 Tarikh: 28 Januari hingga 1 Februari 2013 1. Isu/masalah/peristiwa Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas 1 Arif pada tahun 2013 untuk subjek Pendidikan Islam. Sepanjang 2 minggu sesi persekolahan bermula, saya tidak menghadapi masalah ini kerana murid-murid tahun 1 masih di dalam Program Orientasi dan saya tidak dapat lagi menentukan siapa yang layak mengikuti kelas pemulihan jawi ini. Tetapi setelah 3 minggu mengajar mereka Iqra dan Jawi saya mendapati masalah mereka yang paling serius adalah tahap pengetahuan mereka yang sangat rendah. Mereka seolah olah tidak pernah mendengar sebuatan huruf-huruf yang saya ajar dan agak lambat untuk menerima pembelajaran dari saya. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya rasa agak sukar untuk mengajar mereka mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Kadang-kadang saya terpaksa mengubah rancangan pengajaran saya kerana rancangan tersebut perlu ketepatan objektif dan masa 2. Pandangan dan perasaan terhadap isu/masalah/peristiwa Saya merasakan masalah ini tidak seharusnya tidak berlaku kerana pelajar tahun 1 disini tinggal di dalam suasana yang kondusif; mereka mempunyai prasarana pembelajaran yang amat baik berbanding pelajar di kampung yang serba kekurangan dari segi capaian ilmu. 3. Analisis isu/masalah/peristiwa 3.1 Punca/sebab Masalah murid berpengetahuan terlalu rendah ini sangat membimbangkan saya kerana muridmurid ini perlu diberikan perhatian yang lebih dan saya tidak dapat untuk mengikut sukatan yang sebenarnya. Saya yakin bahawa punca murid-murid ini terlalu lemah dalam pengetahuannya adalah kerana mereka kurang diberikan pendedahan dan perhatian kepada huruf-huruf dan perkataan-perkataan jawi berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tulisan jawi ini seolah-olah dipinggirkan kerana fungsinya kurang digunakan di zaman sekarang. Selain tu juga, saya dapati masalah ini terjadi adalah kerana mereka tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran saya. Kebanyakkan mereka adalah murid-murid yang nakal dan kurang berminat untuk belajar.

3.2 Kekuatan/kelemahan Jadi disinilah cabaran saya sebagai seorang guru untuk mendidik mereka supaya mereka mahir serta minat mengeja dan membaca jawi seterusnya menguasai jawi tersebut. Bahan bantu telah saya sediakan untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap murid murid ini tetapi mereka hanya dapat menumpukan perhatian sebentar sahaja. 4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu i. Memberi nasihat dan semangat kepada murid agar sentiasa memberikan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan bagi mengatasi masalah ini. iii. Menyediakan bahan bantu dan aktiviti yang dapat menarik minat mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Merancang satu aktiviti secara tidak langsung di dalam kelas agar mereka ingat huruf-huruf jawi tersebut iaitu aktiviti menggantung kad-kad huruf di leher murid pemulihan jawi ini dan meminta agar semua murid dan guru memanggil nama mereka dengan huruf tersebut pada hari itu. 5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu Permasalahan yang saya hadapi ini memakan masa yang agak panjang kerana kesannya tidak dapat dilihat dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, saya akan mencari alternatif lain untuk murid-murid pemulihan ini senang untuk mengingat huruf-huruf tersebut. Dan saya berharap sebelum habis sesi praktikum saya, aktiviti ini menampakkan hasil yang baik dan boleh dilanjutkan lagi selepas sesi praktikum saya ini. 6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan i. Membuat perancangan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang menarik. ii. Membuat carian ilmiah untuk pengelolaan kelas yang lebih baik. iii. Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan di maktab untuk mendapatkan pandangan positif 7. Tindakan susulan Saya akan menumpukan perhatian terhadap permasalahan yang saya hadapi dalam usaha untuk menyelesaikannya. Saya akan cuba melakukan aktiviti yang dirancang ini dalam masa yang terdekat agar saya boleh melihat hasilnya tidak lama lagi. Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya namun saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk mereka demi memartabatkan serta membangunkan modal insan di masa hadapan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.

Pelajar

Guru Pembimbing

Pensyarah Penyelia

. ( )

.. ( )

. ( )

Anda mungkin juga menyukai