Anda di halaman 1dari 6

13.

REFLEKSI KENDIRI

NAMA

: MOHD FUAD BIN MOHAMED YUSOFF

ANGKA GILIRAN

: 2011241360313

NO. K/P

: 710405-08-6049

NOMBOR MATRIK

: 28306

UNIT

: PPG - JUN2011 MT/01.

MATA PELAJARAN : MTE3108 - KALKULUS ASAS


PENSYARAH

: EN. MOHD KHAIRIL ANUAR B. ZULKURNAIN


Terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan kesihatan tubuh badan

akal yang waras untuk menyiapkan tugasan MTE3108 - KALKULUS ASAS . Untuk
pertamanya , saya menganggap tugasan ini sebagai suatu cabaran bagi saya dalam
menimba ilmu. Pada awalnya saya agak kurang faham dengan kalkulus asas.
Maklumlah saya tidak pernah mempelajari Matematik tambahan .Selepas diberi
pendedaahan serta penerangan oleh pensyarah , saya terus mencari maklumat di
internet dan hasil rujukan pembacaan dari buku , saya mula tahu dan faham apa itu
kalkulus asas .
Dengan mengharungi tugasan ini , saya telah berpeluang mempelajari serta
menggilap kembali kemahiran matematik algebra yang sememangnya telah saya
lupakan. Kini saya cuba menggunakan pengalaman sedia ada dan banyak rujukan
serta latihan untuk menghadapi tugasan ini . Selain itu , tugasan ini dapat memberi
peluang kepada saya meneroka ke dalam diri saya sendiri yang serba kekurangan
dalam ilmu matematik biarpun merupakan seorang guru. Masih banyak lagi yang perlu
saya pelajari dan perbaiki .
Kalkulus asas perlu dipelajari dengan penguasaan kemahiran yang berperingkat
peringkat. Dari penguasaan kemahiran dan penguasaan konsep fungsi dan graf
kepada konsep had dan keselanjaran seterusnya ke pembezaan. Had dan keselanjaran
pula terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Had kiri dan kanan dan Had suatu
fungsi, Kita juga perlu tahu kes had yang tidak wujud dan had tak terhingga. Sifat sifat
had dan sifat had yang lain juga perlu diketahui. Penguasaan kemahiran dan konsep
65

bagi Takrif had secara formal, keselanjaran dan keselanjaran dalam selang perlu
difahami dengan baik.
Semua asas kemahiran itu perlu dikuasai bagi membolehkan kita mempelajari
Pembezaan pula. Mempelajari matematik dengan kemahiran berurutan. Dalam
pembezaan pula kita perlu mempelajari tafsiran pembezaan secara geometri,
pembezaan fungsi aljabar, kaedah pembezaan, petua rantai , pembezaan fungsi
trigonometri, fungsi logaritma , fungsi eksponen, fungsi tersirat dan fungsi berparameter
serta fungsi hiperbolik
Biarpun

saya memang telah sedia dibebani tugas harian sebagai

pendidik , ditambah pula dipertanggungjawabkan mengajar matapelajaran teras iaitu


Matematik Tahun 6 yang sememangnya sibuk mempersiapkan murid menghadapi
UPSR, tugasan ini ada rahmatnya.Saya dapat mempelajari kalkulus asas yang saya
tidak pernah pelajari dahulu. Biarpun menjawat jawatan sebagai Guru Data
menambahkan lagi kesibukan sebagai seorang guru masa kini yang serba on line.
Dengan APDM , EMIS , SAPS , SMM , SSDM , SISMAKAN dan sebagainya serta
pengurusan

e-mail sekolah . Mujurlah adanya

internet dan telefon sebagai

penghubung untuk menyiapkan tugasan.


Saya bersyukur kerana dengan belajar , pengetahuan saya bertambah
.Dengan pengetahuan yang baru ini saya kongsikan bersama dengan anak-anak saya
dan murid di kelas serta rakan rakan pendidik. Mujurlah selain dari pensyarah , saya
banyak mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan . Bah kata orang tua tua sepakat
membawa berkat .Perlu ada sifat ingin tahu dan mahu terus memajukan diri sendiri.
Terapkan Konsep Belajar Sepanjang Hayat dalam diri.
Hasil daripada menyiapkan tugasan ini telah menjadikan saya lebih berstrategi
serta lebih berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga,
masa serta kemudahan secara optimum. Dapatlah saya serba sedikit ilmu matematik
dan takjub dengan begitu luasnya ilmu Tuhan.

66

Sebelum saya terlupa , saya berterima kasih kepada En. Mohd Khairil Anuar B.
Zulkurnain kerana beliau telah membuka minda saya serta memberi nafas baru
mengenai teknik dan kaedah pengajaran dengan lebih mendalam , rupa-rupanga ianya
begitu penting dan luas. Saya juga berharap hasil tugasan ini memenuhi kehendak
beliau. Sekian terima kasih.

67

Nama

: Radzuan Bin Abd Hamid

No. K/P

: 721213-08-5889

No. Metrik

: 28289

Kumpulan

: PPG JUN 2011/MT/01

Mata Pelajaran

: MTE3108 KALKULUS ASAS

Pensyarah

: En. Mohd Khairil Anuar b. Zulkurnain

Saya berasa bangga kerana dapat melunaskan tugasan ini dengan jayanya
bersama dengan rakan tugasan. Tugasan ini telah mencabar keupayaan saya dan
memerlukan saya bekerja lebih kerana jika mengikut sejarah pembelajaran di zaman
persekolahan saya dahulu, saya adalah dari aliran sastera. Secara asasnya saya tidak
pernah belajar topik KALKULUS ASAS. Topik ini merupakan perkara baru bagi saya.
Oleh sebab itu saya telah berusaha dengan mencari guru yang boleh mengajar bagi
topik KALKULUS ASAS serta perbincangan bersama-sama dengan rakan-rakan belajar
yang lain, alhamdullillah ketidakfahaman saya dapat di atasi walaupun tidak
sepenuhnya. Pendedahan semasa sesi kuliah juga amat membantu saya dalam
menyelesaikan tugasan ini.
Dalam menyiapkan tugasan ini, ianya telah memberikan saya pengalaman dan
pengetahuan yang berguna yang tak terhingga kepada saya serta menambah
kemahiran saya dalam topik Matematik terutamanya tajuk aljebra. Dalam mempelajari
topik dalam Matematik, pada pendapat saya seseorang itu harus mempelajari secara
berturutan kerana dari satu tahap kepada tahap yang lebih tinggi mempunyai perkaitan.
Untuk topik Kalkulus ini juga saya terpaksa memahami dahulu sesuatu itu dari awal
topik dan jika saya tidak memahami topik yang awal maka saya sukar untuk
menyelesaikan topik-topik yang berikutnya kerana antara suatu topik dengan topik yang
berikutnya mempunyai perkaitan tersendiri. Contohnya Kalkulus asas perlu dikuasai
terlebih dahulu sebelum menghadapi kalkulus pada peringkat yang lebih tinggi.
Kesukaran seseorang itu menguasai yang asas akan menyebabkan ianya menghadapi
masalah apabila tiba kepada penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kalkulus.
68

Menurut Ng See Ngean (dalam Baharudin Moktar, 1991, m.s.2), Matematik


adalah satu mata pelajaran yang bersifat hierarki, iaitu pembelajaran secara
berperingkat-peringkat.

Sehubungan

itu,

pelajar

yang

menghadapi

masalah

penguasaan bagi sesuatu tajuk pada awal proses pembelajaran dan pengajaran akan
menghadapi masalah pada masa akan datang atau penguasaan pada bab yang
mendatang. Hal ini perlu diberi penekanan atau dijadikan fokus utama kepada pelajar
yang bermasalah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar. Dan perkara yang teramat penting dalam menguasai kemahiran kalkulus ini
ialah membuat latihan sekerap mungkin. Dengan cara ini ianya akan mempercepatkan
kefahaman dan akhirnya dapat menguasainya secara total.
Melalui tugasan yang diberikan ini, saya merasakan bahawa masih banyak lagi
ilmu Matematik yang harus pelajari bagi memantapkan profesionalisme diri saya
sebagai seorang guru Matematik. Saya berkata begitu kerana semakin banyak saya
melakukan tugasan dan latihan yang terdapat dalam tugasan maka semakin banyak
lagi ilmu Matematik yang harus saya terokai dan seterusnya dapat mencabar
keupayaan saya sebagai guru. Keseronokan dalam pembelajaran makin bertambah
akibat dari masalah yang cuba diselesaikan dapat diselesaikan dengan baik. Ini akan
menimbulkan lagi minat untuk mencari permasalahan yang baru.
Sebelum ini saya hanya mengetahui cara mengira aggaran keuntungan dan dan
kerugian hanyalah berdasarkan harga beli, harga jual dan harga kos sahaja. Tetapi
dengan melakukan tugasan ini terutamanya melalui topik pembezaan, menganggarkan
kuuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum dan minimum
yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian dan pelbagai kiraan lain lagi yang
dapat dibuat dengan penguasaan kemahiran kalkulus ini.
Secara keseluruannya setelah selesai menyiapkan tugasan ini saya berasa
bertuah kerana dapat melaluinya dengan jaya serta merasakan diri ini amat kerdil
berdasarkan ilmu yang saya anggap baru bagi saya dalam dunia pendidikan ini. Akhir
sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Khairil Anuar kerana
bimbingan yang telah diberikan.

69

Sekian, terima Kasih.

70

Anda mungkin juga menyukai