Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara.

Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK).

Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM DARI KLSR-KBSR-KBSR-KSSR

Bermula dari Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) pada tahun 1963 yang dibentuk berdasarkan Akta Pelajaran 1961, sehinggalah terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), kurikulum yang dibentuk mengharungi satu perubahan mengikut zaman dan arus pembangunan negara.

Sekiranya di awal kemerdekaan tujuan KLSR adalah untuk membasmi masalah buta huruf akbiat sistem sekolah vernakular, kini KSSR dilihat lebih cenderung ke arah melahirkan modal insan yang benar-benar mengikut acuan negara kita.

Di awal pengenalan KLSR, kerajaan Malaysia ketika itu amat menitik beratkan akademik dalam membasmi buta huruf bagi melahirkan rakyat yang mampu bersama-sama membangunkan negara berdasarkan acuan sendiri. Melalui KLSR juga, pihak kerajaan komited untuk memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipupuk dan disemai. Rasa kecintaan ke atas bumi Malaysia disemai di dalam diri anak-anak yang lahir di Malaysia.

Setelah sekian lama digunapakai, berdasarkan Laporan Mahathir, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ataupun KBSR diperkenalkan yang masih lagi mengekalkan penegasan terhadap 3M. Penilaian berbentuk formatif turut diperkenalkan bagi menguji sistem pendidikan ketika itu yang sehingga kini masih digunapakai. KBSR yang dibentuk juga adalah bertujuan untuk memastikan perkembangan murid berlaku secara menyeluruh dan mencapai objektif asalnya. Namun, ketika itu perpaduan di antara kaum masih lagi menjadi isu hangat dan tebal dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Seterusnya, sistem pendidikan sekali lagi menerima angin perubahan pada tahun 1993, apabila kurikulum menerima perubahan apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR diperkenalkan. Dengan bertujuan menambahbaik KBSR terdahulu, KBSR yang diberi nafas baru ini
2

lebih berfokus kepada kepada menyeluruh dan bersepadu berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalaui KBSR ini juga, pihak kerajaan turut memperkenalkan pendidikan seumur hidup. Segalanya-gala bertujuan untuk memastikan tiada kanak-kanak tidak menerima pendidikan bagi memastikan setiap anak yang dilahirkan menerima pendidikan sekurang-kurang diperingkat rendah.

Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pula diperkenalkan bagi memambahbaik KBSR. Tujuan utama KSSR adalah untuk melahirkan modal insan yang bercirikan acuan Malaysia. KSSR yang dibentuk bukanlah satu retorik,namun ianya merupakan satu program jangka masa panjang bagi melahirkan modal insan yang benar-benar mampu menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa di dalam sistem pendidikan dapat dijana di dalam arus kehidupan. Sistem peperikan berpusat yang selama ini digunapakai dalam menentukan tahap pencapain murid turut dimansuhkan dan diganti dengan Sistem Penialaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) . Tujuannya adalah satu, iaitu bagi memberi ruang kepada pihak sekolah menilai sendiri kaedah mengajar yang paling sesuai boleh digunakan oleh para guru dalam memastikan sistem pendidikan mencapai matlamatnya.

3.0 PENGENALAN KEPADA KLSR, KBSR DAN KSSR Akta Pelajaran 1961 ( asas pelaksanaan pendidikan ) KLSR ( 1982 ) ( Kurikulum Lama Sekolah Rendah )

KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah )

KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah )

KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah )

tu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Ketrampilan Diri

1. Dokumen Standard Kandungan 2. Dokumen Standard Pembelajaran

4.0 KLSR KEPADA KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982, kurikulum sekolah rendah yang sebelumnya, dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid.

KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat rendah. Sehubungan itu Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut.

Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa kepada keciciran murid.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di
5

seluruh negara pada 1983. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam KLSR. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sebaliknya lebih bersifat akademik.

KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah; berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya.

Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah, manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.

5.0 KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) KEPADA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum ini perlu disemak semula untuk, meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan, memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK, seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa, selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu.

Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Sehubungan itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai juga secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu, kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah.

6.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) KEPADA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010).

Ucapan dasar Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab.

Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.

7.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Melalui konsep kesepaduan, gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya
8

secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai the whole is greater than the sum of the parts.

Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang, meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Rajah Kesepaduan Dalam KBSR

MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS SERTA BAHASA PENGANTAR YANG LAIN

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

KESEPADUAN DALAM KBSR


PENGGUNAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SEDIA ADA

PENEKANAN KEPADA NILAI MURNI

KESEPADUAN UNSUR JERI

8.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup sebagai prinsipnya. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.

KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.

Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

10

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011)

11

9.0 APAKAH PERSAMAAN ATAU PERBEZAAN ANTARA KLSR DENGAN KBSR DAN KBSR DENGAN KSSR?

Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan penilaian.

Daripada aspek reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.

Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras, mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan.

Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada

12

kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja.

Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun).

Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M.

13

Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan KSSR. Jadual 1.2 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR.

Jadual 1.1 Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR

KLSR Kurikulum bersifat umum dan lebih kepada hafalan. Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan.

KBSR Penekanan kepada kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Gabung jalin kemahiran dan penyerapan isi daripada mata pelajaran lain.

Mata pelajaran yang membebankan murid dengan bidang yang kurang jelas.

Tiga bidang utama diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi; perkembangan diri individu; dan manusia dan alam kelilingnya.

14

Pengajaran yang tidak melibatkan penyertaan aktif murid (berpusatkan guru).

Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid).

Pengajaran untuk seluruh kelas dan ala kuliah digunakan.

Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan

Proses pengajaran dan pembelajaran secara formal

Bahan pengajaran selaras dengan minat, umur dan kebolehan murid-murid.

Tiada pertimbangan perbezaan individu murid.

Perkembangan pelajaran mengikut kebolehan murid-murid.

Hanya bergantung kepada penggunaan buku teks.

Penggunaan bahan dan alat bantu mengajar yang lebih berkesan.

Tiada program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaankepada yang cerdas.

Program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis.

Penilaian berbentuk sumatif dijalankan untuk mengukur pencapaian murid-murid.

Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid.

15

Jadual 1.2 Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR

KBSR REKA BENTUK KURIKULUM Berasaskan tiga bidang ; 1. Komunikasi 2. Manusia dan alam kelilingnya 3. Perkembangan diri individu

KSSR Berasaskan enam tunjang; 1. Komunikasi 2. Kerohanian, sikap dan nilai 3. Kemanusiaan 4. Perkembangan fizikal dan estetika 5. Sains dan teknologi 6. Keterampilan diri

Linear BAHAN KURIKULUM Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ORGANISASI KURIKULUM Tahap 1 Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan

Modular Dokumen Standard Kandungan (DSK)

Tahap 1 Modul teras asas, modul teras tema, modul elektif

Tahap 2

Tahap 2

16

Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan

Mata pelajaran teras dan elektif

KEMAHIRAN BERFIKIR

Elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan , teknologi maklumat dan ICT secara eksplisit

FOKUS

3M Menulis, membaca dan mengira

4M Menulis, membaca, mengira dan menaakul

10.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, terdapat tiga perbezaan matlamat pembelajaran seperti yang terdapat dalam KLSR dengan yang terdapat dalam KBSR. Di tinjau dari segi perlaksanaan KBSR, ianya adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah ;

17

Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya, ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.

Yang ketiga, ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan.

Aspek keempat, ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain.

Aspek kelima, ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Izinkan kami nyatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara matlamat pembelajaran yang telah mengalami perubahan murni dalam Pendidikan di Malaysia iaitu dari sistem KLSR ke KBSR, iaitu;

Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak -kanak. Hal ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

18

Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.

Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.

Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.

Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.

Sistem baru menekankan komponen nilai nilai murni Oleh yang demikian pelajar pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

19

Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.

Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.

Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara, matlamat secara menyeluruh dan bersepadu.

Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.

20

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996) Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR II., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sufean Hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

21

Anda mungkin juga menyukai