Anda di halaman 1dari 24

1.0 2.

1 Penulisan Ilmiah 1: Bagaimanakah guru dapat mengimplementasikan teori-teori berikut dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat awal dan pertengahan kanak-kanak dari aspek perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial dan emosi.

1.1.0 Teori Perkembangan Robert Havighurst Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut

beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Setiap kategori tugasan yang timbul adalah akibat daripada kematangan fizikal, perkembangan peribadi dan keperluan masyarakat. Kematangan fizikal merujuk kepada aksi-aksi berjalan, bercakap, akil baligh dan tarikan seks. Perkembangan fizikal pula

merujuk kepada perkembangan keperibadian, nilai-nilai, pembinaan konsep kendiri, harga diri serta kemahiran untuk berjaya dalam kerjaya. Keperluan masyarakat merujuk kepada proses membina tanggungjawab kepada masyarakat. Robert Havighurst telah menyenaraikan beberapa peringkat perkembangan dalam teorinya. i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan. Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan

berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu. Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari. Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan. Selain itu, pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak. Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah. ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik. Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.

1.1.1 Implementasi Teori Perkembangan Robert Havighurst dalam pengajaran dan pembelajaran: Memahami perkembangan seseorang kanak amat penting bagi seorang guru. Ini adalah kerana setiap peringkat kanak-kanak mempunyai fizikal, kognitif, bahasa, sosial dan emosi yang berbeza-beza. Oleh itu, guru mestilah memahami apa kemahuan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan pada usia tertentu. Contohnya, kita tidak boleh meminta pelajar tahun satu bermain bola tampar kerana dari segi psikomotor mereka adalah tidak sesuai dan permainan tersebut akan memberikan kesan kepada otot mereka. Oleh itu, kita hendaklah menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka seperti menyuruh mereka melambung bola baling mengikut saiz yang sesuai dengan umur mereka iaitu bola yang bersaiz kecil. Selain itu, ia juga membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Setiap tingkah laku yang telah dilaksanakan oleh kanak mesti mempunyai

tujuan atau sebabnya. Contohnya, murid yang nakal dalam kelas bertujuan menarik perhatian daripada guru dan guru mestilah memikir cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi, guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan

penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa.

Di samping itu, guru-guru juga boleh membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Selepas belajar tentang teori perkembangan kanak-kanak, ia juga akan menolong guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dan merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Contohnya, semasa guru mengajar sesuatu topik, guru mestilah mengajar asas baru kepada topik yang lebih mendalam dan pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar yang berbeza. Seterusnya, guru juga boleh mengaplikasikan teori ini untuk meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu, merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar, merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru seharusnya mengelakkan untuk menyediakan latihan yang senang kepada kelas pandai atau soalan yang susah kepada pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran. Hal ini adalah sekiranya soalan itu terlalu senang, pelajar akan berasa bosan manakala jika terlalu sukar akan menyebabkan mereka hilang keyakinan atau keinginan untuk belajar berkurang. Oleh itu, semasa memilih latihan atau aktiviti, guru mestilah memilih latihan yang sesuai dengan tahap pelajar tersebut. Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6-12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup muridmurid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu. Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Dalam

menimplementasikan teori ini dalan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat 4

bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas. Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh

kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah berakhlak mulia untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk. 1.2.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut beliau, tahap

perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu perkembangannya dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek. Antaranya : i. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi) kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra

Perkembangan

operasional (preoperational stage),yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak diuruskan dengan baik. Pemikiran pra operasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada tahap pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran pra operasional juga mencakupi transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihat sekelilingnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat

egosentrik, iaitu dia bercakap sendiri. Mereka juga tidak berminat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan berkisar tentang dirinya. Kanak-kanak belum memperoleh konsep pengekalan. Sifat pengekalan merujuk kepada bilangan atau jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau penglihatannya telah ditukar ( dengan syarat bahan asal itu tidak ditambah atau dikurangkan). Contohnya, apabila dua gelas yang diisi air (isi padu yang sama) dituangkan ke dalam dua bekas yang berlainan; sebuah yang lebih tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabila disoal bekas manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan bekas yang tinggi dan sempit itu. Konsep transformasi juga belum diperoleh. 5

Contohnya, apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan kemudiannya diletakkan secara mendatar,kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perubahan yang berlaku itu. Lagipun, perhatian kanak-kanak dipusatkan kepada aspek-aspek yang tertentu sahaja. ii. Perkembangan semasa pertengahan dan akhir kanak-kanak (Peringkat Operasi Konkrit)

Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasi konkrit (concrete operational thought).Peringkat Operasi Konkrit ini bermula apabila anak-anak itu mencapai umur 7 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit (perkara yang boleh dilihat atau disentuh). Walaubagaimanapun, keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada tahap ni adalah terhad serta bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya, kanak-kanak pada tahap ini tidak mampu untuk berfikir tentang konsep-konsep yang abstrak seperti demokrasi, keadilan dan seumpamanya. Tetapi pada tahap ini mereka mula menerima pendapat orang lain serta berupaya memberi perhatian kepada semua aspek. Kanak-kanak juga dapat memperoleh konsep ruang, kelajuan dan masa. 1.2.1 Implementasi Teori Perkembangan Kognitif Jean Peaget Perkara yang pertama ialah susun atur kurikulum iaitu isi pelajaran mesti disusun oleh guru secara berperingkat iaitu dari urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak. Sukatan mata pelajaran sekolah rendah di Malaysia masa kini diatur dari peringkat pra sekolah hingga tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam Teori Piaget. Contohnya, mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi matematik daripada nombor satu digit kepada dua digit dan seterusnya kepada tiga digit. Topik-topik dalam mata pelajaran juga disusun dari tajuk konkrit ke abstrak contoh waktu dan jam, jarak dan jisim yang diajar dalan tahun dua. Selepas belajar konsep-konsep matematik asas, baharu murid-murid diperkenalkan pula kepada konsep penyelesaian masalah. Seterusnya, kanak-kanak di kelas permulaan seperti tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu mengajar yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh guru. Kesannya adalah untuk menarik perhatian pelajar mengikuti subjek mata pelajaran tersebut.

Terdapat pelbagai jenis alat bantu mengajar yang diperlukan oleh guru untuk mengajar kanak-kanak seiring dengan perkembangan kognitif mereka. Bahan-bahan

maujud amat berkesan bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah. Contohnya permainan seperti aktiviti berbentuk projektif, imaginatif yang menggunakan alat permainan yang berwarna-warni. Selain itu, guru perlu memberikan contoh-contoh konkrit kepada murid-murid peringkat sekolah rendah kerana mereka masih belum bersedia menyelesaikan masalahmasalah secara abstrak atau pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, guru-guru perlu mengamalkan beberapa contoh dan perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid terhadap mata pelajaran tersebut. Isi pelajaran yang disediakan oleh guru-guru juga perlulah selaras dengan peringkat kognitif murid-murid. Setiap isi tajuk perlu disusun dan dipertingkatkan mengikut aras kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk pengajaran yang berada dekat dengan pengalaman dan pengetahuan lepas murid-murid. Dan seterusnya

mengaplikasikannya kepada murid-murid tersebut dengan menyediakan peluang untuk mereka merasainya. Murid-murid juga perlu didedahkan kepada rangsangan-rangsangan kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti dirancang dan dirangkaikan dengan perkembangan kognitif mereka. Sebagai contoh ialah muzik dan tarian. Murid-murid mendapat pengetahuan dan mengembangkan skema kognitif suasana sosial yang riang dan harmonis.Guru-guru harus memastikan suasana bilik darjah sesuai dan sentiasa kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Guru-guru perlu

menggalak suasana persekitaran bilik darjah agar menjadi hidup dengan menukar tema bilik darjah setiap minggu sama ada dari idea guru-guru atau murid-murid sendiri. 1.3.0 Teori Perkembangan Bahasa Chomsky Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky,

kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan

menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

1.3.1 Implementasi Teori Perkembangan Bahasa (Chomsky) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menyediakan model-model bahasa dengan sempurna. Peniruan merupakan salah satu proses pembelajaran dalam teori ini. Alat bantu mengajar yang digunakan dalam mengaplikasikan pemerhatian bahasa bagi penerima bahasa haruslah jelas dan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan kognitif. Pendidikan dalam tatabahasa adalah perlu dilakukan dengan tujuan untuk memperkasakan tatabahasa demi mengukuhkan lagi asas dalam tatabahasa. Cara mengaplikasikan tatabahasa dalam penggunaan adalah penting, justeru itu sekiranya kanak-kanak menggunakan tatabahasa yang salah dalam pertuturan, guru haruslah membetulkan kesilapan tersebut agar ianya tidak berpanjangan. Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran boleh melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan

kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut. 1.4.0 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Tingkah laku

Dollard dinamakan "Social Learning" ataupun "Pembelajaran Sosial".

peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imiginasi ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya.

Dua puluh tahun berikutnya,

Albert

Bandura

dan Richard Walters

telah

melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) walaupun tanpa sebarang pengukuhan. Proses belajar ini

disebut "Observational Learning" atau pembelajaran melalui pengamatan. Albert Bandura kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mental seseorang. Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Menurut Bandura, proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar Bandura. Eksperimen beliau yang terkenal ialah eksperimen patung Bobo kerana ia melibatkan patung yang dikenali sebagai Bobo. Eksperimen ini menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya,. Perkara yang lebih penting yang didapati daripada eksperimen ini telah menunjukkan pertalian antara teori-teori pembelajaran behaviourisme dan kognitif kerana ia merangkumi aspek-aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi 1.4.1 Implementasi Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkah laku 'model' sekiranya model tingkah laku tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati. Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh

menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya. 9

Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini. Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka. Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah. Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contohcontoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya. Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu. Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan ideaidea baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka.

10

1.5.0 Teori Kecerdasan Emosi Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan social yang dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920-an. Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka Pelbagai Kecerdasannya(Multiple Intelligence). Apabila konsep ini dipopularkan oleh

Goleman dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya Emotional Intelligence, maka kecerdasan emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum. 1.5.1 Implementasi Teori Kecerdasan Emosi Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembangunan modal insan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Selain daripada kepakaran dalam ilmu

pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran tertentu, guru juga perlu mempunyai kecerdasaan emosi dan sosial yang kukuh bagi melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. 1.6.0 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kolhberg Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat perkembangan moral dalam individu sebagai lanjutan daripada kajian piaget. Piaget juga mengkaji penaakulan moral.kajian beliau

menunjukkan terdapat dua peringkat iaitu sebelum 10 atau 11 tahun dan tahun-tahun selepasnya. Mengikut piaget, kanak-kanak kecil mengikut peraturan dengan sangkaan Semasa remaja, mereka mula mengetahui

peraturan itu tetap dan tdak boleh diubah.

bahawa peraturan-peraturan boleh di ubah jika semua orang bersetuju kepada satu peratuan baru yang telah diubahsuai. Kolhberg memperkembangkan teorinya selepas beliau menemuduga kanak-kanak dan remaja. Eksperimen beliau yang terkenal berdasarkan cerita Dilema Heinz. Kanak-kanak yang sama umur ditanya soalan soalan yang sama mengenai dilema ini, dan mereka menjawab dengan memberi sebab musabab yang berlainan. Daripada

respon-respon mereka, Kohlberg merumuskan bahawa terdapat 6 peringkat penaakulan moral yang meliputi hayat seseorang. Adalah sukar untuk menentukan kumpulan mengikut umur tertentu bagi setiap peringkat moral kerana individu-individu berbeza dalam membuat penaakulan tentang pendedahan dan perkembangan moral masing-masing.

11

1.6.1 Implementasi Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam mengaplikasikan teori ini, guru perlu membantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi. Contohnya adalah dengan berbincang secara terbuka dengan pelajar tentang masalah emosi seperti perasaan cemburu, prejudis dan lain-lain. Dalam perbincangan ini, guru akan dapat mengenalpasti masalah seterusnya membantu pelajar menyelesaikannya agar mereka dapat meneruskan pelajaran dengan baik. Selain itu, guru juga hendaklah membantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain dengan meminta pelajar terangkan perasaan atau pandangan orang lain terhadap sesuatu isu. Buat simulasi atau main peranan agar pelajar dapat membawa watak yang lain dari dirinya supaya pelajar dapat menilai perasaan orang lain. Dengan ini, pelajar dapat menilai sesuatu dengan lebih baik contohnya jika mereka melakukan perbuatan yang baik, apakah kesan terhadap perasaan ibu bapa mereka. Seterusnya guru juga boleh membantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat. Guru hendaklah memberikan kesedaran

kepada pelajar tentang ketidakselarasan antara tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut agar mereka dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih baik dan betul. Akhir sekali, guru memastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar saling mendengar antara satu sama lain. Dalam aktiviti, sama ada semasa pembentangan atau dalam kumpulan, pelajar mendengar hujah yang dinyatakan oleh rakan mereka memberikan peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.

12

2.0 Penulisan Ilmiah 2 Bincangkan pendidikan khas dalam konteks pendidikan di Malaysia dari segi kategori masalah, jenis program, pelaksanaan dan pentaksiran. 2.1.1 Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger, tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Tambahan lagi, mengikut Kirk, pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku social ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Manakala mengikut terjemahan Culatta pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang yang upaya. Pendidikan dalam khas menyediakan ataupun

peluang-peluang

pembelajaran

tidak

disediakan

kurikulum

perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa. 2.1.2.0 Kategori Masalah 2.1.2.1 Masalah Kecatatan Fizikal Kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda adalah merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacatan fizikal. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk

neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular

dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia adalah merupakan antara masalah kecacatan fizikal.

13

2.1.2.2 Masalah Penglihatan Kerosakan penglihatan yang tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran adalah dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan. Kanak-kanak yang

bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan

penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya

tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat

menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan . Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

14

2.1.2.3 Masalah Pendengaran Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Oleh itu, kehilangan pendengaran merupakan ancaman utama bukan sahaja terhadap komunikasi, tetapi juga kepada kehidupan peribadi dan sosial individu. Menurut Herth,

orang yang mengalami masalah pendengaran atau pekak berasa dirinya terasing dari komuniti. Punca-punca bagi masalah pendengaran ini ialah sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir. Selain itu juga, masalah ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap kurang pendengaran dan tahap pekak. Tahap kurang pendengaran pula terbahagi kepada tiga iaitu ringan, sederhana dan sederhana teruk. Manakala tahap pekak pula terbahagi kepada dua iaitu teruk dan sangat teruk. Justeru itu, antara tanda-tanda yang diperhatikan ialah kanakkanak kurang member perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal, sering bertanya mengenai tugasan dan lain-lain lagi. 2.1.2.4 Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi dan tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

15

2.1.2.5 Masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran. 2.1.2.6 Lembab (Slow Learner) Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 2.1.2.7 Terencat Akal Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad. Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: a. Kurang koordinasi motor. b. Sukar menumpukan perhatian. c. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. d. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. e. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

16

Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanakkanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif. 2.1.2.8 Simdrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setipa 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal past antaranya: a. Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. b. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir c. Mata sentiasa berair dan merah. d. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. e. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. f. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

17

Mereka juga selalunya mengalami masalah katarak mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal. Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaraan. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran. 2.1.2.9 Autisme Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya. 2.1.2.10 Pintar cergas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya.

Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. 18

Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.

2.1.3 Jenis-jenis Program Pendidikan Khas i) Sekolah Khas Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Sekolah-sekolah ini ditadbir terus oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. ii) Program Integrasi Program yang disediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah arus perdana. Program Integrasi ini dikendalikan dan menerima bantuan peruntukan daripada Jabatan Negeri yang menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ). iii) Pendidikan Inklusif Pendidikan Inklusif adalah program bagi menempatkan murid Pendidikan Khas yang telah menguasai sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran (akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti suasana pembelajaran normal. iv) Program Pemulihan Khas Program pemulihan khas ini adalah untuk murid-murid pendidikan khas yang memerlukan pemulihan dalam subjek-subjek atau kemahiran-kemahiran tertentu. 2.1.4.0 Pelaksanaan

2.1.4.1 Pelaksanaan Pendidikan inklusif Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur .Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

19

2.1.4.2 Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas. Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan. 2.1.4.3 Peluang Kerjaya dan Pendidikan Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh percubaan. 2.1.4.4 Pembentukan Kurikulum Fleksibel Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vokasional dan kemahiran hidup pada peringkat rendah dan menengah. 2.1.5 Pentaksiran Pendidikan Khas Pentaksiran adalah suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat

kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data

ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

20

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid

dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM (pasca menengah). Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif: Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia. Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

2.2 Kesan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Pada pendapat saya, pelaksanaan program-program pendidikan khas di Malaysia dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial terhadap perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas adalah kerana beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada perkembangan mereka. Antaranya adalah pembahagian tugasan yang kurang baik. Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif. Selain itu, penyelarasan pengajaran juga terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

21

Seterusnya adalah masalah dari segi tanggungjawab. Sesetengah guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. Di samping itu, guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lainlain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama. Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi. Guru besar juga kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain. Sesetengah pengetua dan guru tidak menerima secara positif penempatan muridmurid berkeperluan khas di sekolah-sekolah mereka. Mereka menganggap

murid-murid tersebut akan menjejas prestasi sekolah dalam peperiksaan dan menyusahkan pengurusan atau pentadbiran sekolah. Pihak sekolah iaitu guru besar, guru dan murid perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempuh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum. Ada guru yang tidak berminat dan tidak mempunyai latihan langsung untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas. Jika guru tidak berminat untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas, ia akan menjejaskan murid-murid tersebut. Demikian juga jika guru tidak mempunyai latihan. Justeru, jikalau tidak ada guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas, pihak sekolah perlu mencari guru yang berminat, yang sedia untuk belajar on the job dan amat prihatin serta penyayang. Hubungan kepenyayangan (caring relationship) amat mustahak dalam hubungan guru-murid bagi murid-murid berkeperluan khas.

22

Refleksi:

Pertama sekali, ingin saya merafakkan kesyukuran saya kepada Allah dengan ucapan Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga saya lengkapkan kerja kursus

Perkembangan Kanak-kanak ini dengan jayanya. Tidak lupa juga saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Liong Kon Thai kerana memberi tunjuk ajar kepada saya serta memberi nasihat dalam menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah, dengan adanya buku-buku rujukan dan juga kemudahan internet percuma yang disediakan di IPG Keningau ini, perjalanan dalam melaksanakan kerja kursus saya menjadi lebih lancar. Sebelum saya mengarang esei dan menjawab soalan tugasan ini, saya membaca dan mengkaji terlebih dahulu bahan-bahan sebelum diolahkan dan dimuatkan dalam karangan saya agar tidak mengelirukan atau bercanggah dengan kemahuan soalan. Apabila melaksanakan tugasan yang diberi ini, saya juga memahami dengan lebih mendalam dan mengingatkan semula pelajaran sejarah yang telah pelajari sebelum ini. Selain itu, saya juga telah dapat memahami Perkembangan Kanak-kanak Normal dan juga Perkembangan Kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih baik dan dapat mengingati semula pelajaran daripada semester lepas yang telah diajar dalam kelas. Kelemahan yang saya dapati ketika menyiapkan kerja kursus ini, saya menyedari bahawa saya kekurangan ilmu dan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan ini mungkin akan memberi kesan terhadap pendekatan ataupun teknik dan kaedah mengajar apabila menjadi guru nanti. Menyedari akan kekurangan itu, saya berazam untuk menuntut ilmu dan berusaha untuk membiasakan diri untuk membaca buku terutamanya buku-buku yang mengandungi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan subjek ini, Perkembangan Kanak-kanak.

23

Seterusnya, dalam usaha penambahbaikan kerja kursus ini saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memulakan tugasan ini lebih awal sebaik sahaja tugasan ini diberikan oleh pensyarah agar hasil tugasan lebih baik dan teliti. Namun, walaupun pelbagai rintangan, halangan dan cubaan datang melanda, saya tetap bertungkus-lumus dan berusaha sedaya-upaya mengatasi masalah-masalah tersebut demi menyempurnakan kerja kursus yang agak mencabar ini.

24

Anda mungkin juga menyukai