Anda di halaman 1dari 37

PROGRAM PRA DIPLOMA KOLEJ VOKALSIONAL SEMESTER 1 Kursus:

MTK103/104 Folio Modul: PEMOTONGAN MEKANIKAL BAHAN DAN BAHAN LUAK


Disediakan: MUHAMMAD HAFIZIKRY BIN MOHAMAD HASAN 981211-56-5329

Kelas: Teknologi Kimpalan Nama Pensyarah:


Tarikh:

KANDUNGAN

Tajuk

Muka surat

i.

Penghargaan

1.0

Pendahuluan

2.0

Jenis-jenis Mesin Pemotong

3.0

Bahan Logam

4.0

Metalurgi

5.0

Elektrod

6.0

Rumusan

7.0

Rujukan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya tujukan kepada pensyarah modul Pemotongan Mekanikal . yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................................ dan .......................................yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus pemotongan Mekanikal ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu untuk menyiapkan kerja khusus ini.

PEMOTONGAN MEKANIKAL

1.

PENGENALAN:

Pemotongan mekanikal didefinisikan sebagai satu proses pemotongan logam dengan menggunakan mesin berkuasa melalui beberapa kaedah pemotongan menggunakan sumber kuasa elektrik. Dalam pemotongan logam, terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan adalah seperti di bawah ;

i.

Kaedah menggergaji (saw). Kaedah ini akan membuang sedikit kuantiti bahan pada garisan yang dipotong. Mata alat diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dan keluli aloi. Contoh : Mesin gergaji kuasa (power saw) dan mesin gergaji pita (band saw).

Rajah 1: Pemotongan mekanikal menggunakan kaedah menggergaji

ii.

Kaedah merincih (Shearing/ Guillotine). Kaedah ini merincihkan/gelincir permukaan bahan pada garisan yang dipotong. Istilah mericih bermaksud pemotongan pada satu garis lurus. Daya tekanan dikenakan pada mata perincih di bahagian atas. Proses dilakukan untuk : memotong kepingan logam daripada gulungan yang panjang. mengurangkan saiz kepingan. menghasilkan bentuk kepersegian kepingan logam dengan tepat.

Rajah 2: Pemotongan mekanikal menggunakan kaedah merincih

iii.

Kaedah mengacip atau melelas (Snapping). Kaedah ini menekan permukaan atas dan bawah bahan serentak pada garisan yang dipotong. Mata alat diperbuat daripada bahan pelelas dan diikat oleh bahan pengikat. Contoh: Mesin pencanai (grinding machine) dan mesin pemotong cakera (disc cutter).

Rajah 3: Pemotongan mekanikal menggunakan kaedah melelas

2.

JENIS-JENIS MESIN PEMOTONG.

i. ii. iii. iv. v. vi.

Mesin pemotong cakera (disc cutter) Gergaji kuasa (power hacksaw) Gergaji pita (band saw) Gergaji bulat (circular saw) Mesin pemotong kepersegian hidrulik (hydraulic squaring machine) Mesin perincih tuas tangan (hand lever shear)

2.1

Mesin Pemotong Cakera (Disk Cutter)

Mesin pemotong cakera adalah sebuah mesin yang digunakan untuk memotong logam dengan menggunakan kaedah proses melelas. Mesin yang memerlukan penggunaan tangan ini adalah sebuah alat yang digunakan untuk memotong bahan-bahan yang keras seperti besi dan juga mozek. Roda pemotongnya (blade) diperbuat daripada bahan pelelas. Reka bentuknya adalah ringkas dan dari jenis mudah alih dengan kos penyelenggaraan yang rendah dan mudah. Kelemahan mesin pemotong cakera ialah hasil pemotongannya kurang tepat tetapi memotong dengan pantas.

Rajah 4: Reka bentuk mesin pemotong cakera

2.1.1 Fungsi-fungsi bahagian mesin pemotong cakera. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Suis menyambung dan memutuskan litar bekalan kuasa elektrik Motor menggerakkan roda pemotong Roda pemotong mata (blade) untuk memotong bahan Ragum mesin untuk memegang bahan Pengikat ragum mesin mengikat ragum mesin Pelindung roda pemotong melindungi roda pemotong Badan (body) memegang bahagian-bahagian mesin Pemegang memegang dan mengawal tekanan pemotongan Pelindung percikan bunga api mengawal percikan bunga api semasa proses pemotongan.

Jenis-jenis Mesin Pemotong Cakera a. Chop Saw Ia juga dikenali sebagai miter saw dan drop saw Digunakan memotong logam secara pemotongan lurus dan bersudut Sebuah mesin yang ringan dan mudah alih. Disokong oleh asas logam. Chop Saws Straight line/geng rip saw Gergaji meja (Table Saw)

Rajah 5: Mesin Pemotong Cakera jenis Chop Saw

Mata pemotong (blades) mempunyai saiz tertentu iaitu 10, 12 dan 14 inci. Diperbuat daripada bahan khas untuk pemotongan besi/logam, tiles dan seramik serta untuk memotong kayu dan bahan plastik.

Kaedah dan cara menggunakan mesin pemotong cakera. i. ii. iii. iv. v. Selarikan garisan penanda dengan mata pemotong. Kunci/ketatkan pengikat ragum mesin. suis dihidupkan dan roda berputar pada kelajuan maksimum. Gerakkan pemegang ke bawah sehingga menyentuh benda kerja. Setelah mata alat selesai memotong, tegakkan semula pemegang ke kedudukan asalnya. Tunggu sehingga mata alat berhenti berputar. Longgarkan pengikat ragum mesin. Alihkan benda kerja dan sisa bahan pemotongan.

vi. vii. viii.

b.

Straight line/geng rip saw Mata pemotong berbentuk bulat Digunakan untuk memotong kepingan logam secara pemotongan lurus. Mata alat biasanya berputar pada kelajuan 4800 RPM

Rajah 6: Mesin Pemotong Cakera jenis Straight line/geng rip saw

c.

Gergaji Meja Gergaji meja digunakan untuk menggergaji lurus. Proses pemotongan adalah bergantung kepada mata alat sama ada kaedah crosscut atau ripsaw.

Rajah 7: Mesin Pemotong Cakera jenis Gergaji meja

Kaedah Kendalian Mesin Gergaji Meja

i. ii.

Menyesuaikan ketinggian dan sudut mata alat. Hidupkan suis dan tunggu sehingga mata berputar pada kelajuan maksimum.

iii.

Bahan kerja diletakkan di atas meja.

iv. v. vi.

Tolak bahan kerja ke arah mata alat. Tolak bahan kerja ke mata alat secara perlahan dan konsisten. Fokus sepanjang proses berjalan.

2.2

Gergaji Tangan ( Hand Saw ) Dan Gergaji Kuasa ( Power Saw )

Gergaji tangan dan gergaji kuasa digunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan juga memotong bahagian-bahagian logam yang nipis, yang merupakan lebihan daripada bahagian yang di tanda. Kelebihan memotong dengan cara ini ialah tidak banyak bahan yang terbuang dan permukaan yang dipotong boleh disiapkan dengan mudah. Gergaji tangan untuk pemotongan yang mudah manakala gergaji kuasa untuk pemotongan yang besar dan berat.

Rajah 8: Gergaji kuasa (kiri) dan gergaji tangan (kanan)

Rajah 9: Bahagian-bahagian gergaji kuasa Sumber : http://www.technologystudent.com/equip1/phcksw1.htm

Kaedah pemotongan menggunakan gergaji kuasa:

i.

Bahan logam yang hendak dipotong diletakan di atas asas mesin dan diketatkan dengan pengikat ragum mesin. Ketika proses pemotongan sedang berjalan, logam terutamanya bilah gergaji akan cepat menjadi panas. Oleh itu pelincir yang berfungsi sebagai penyejuk perlu dialirkan semasa proses ini. Jika tidak, bilah gergaji boleh patah.

ii.

Mata bilah gergaji kuasa di kelaskan mengikut gred berdasarkan bahan yang digunakan dan juga jumlah gigi per inci. Bilah yang berkualiti tinggi diperbuat daripada High Speed Steel dengan bilah keluli karbon adalah lebih murah. Secara umumnya jumlah gigi per inci (TPI) di antara 14 hingga 24 mata. Semakin banyak gigi per inci, maka semakin baik dan licin hasil pemotongannya.

2.3

Mesin Gergaji Pita (Band Saw)

Mesin gergaji pita merupakan sebuah mesin yang mempunyai spesifikasi tersendiri kerana kemampuan mesin ini untuk memotong profil-profil bahan yang

melengkung. Mesin gergaji pita ini dilengkapi dengan mata gergaji yang berbentuk pita melingkar. Mata gergaji ini diregang di antara dua roda yang berputar dalam satah yang sama. Roda penggerak dihubungkan dengan motor elektrik. Motor elektrik ini akan menghasilkan putaran dan sekali gus memutar mata gergaji yang berbentuk pita. Kedua roda ini mempunyai jarak yang tertentu sebagai tempat berlakunya proses pemotongan.

Rajah 10: Bahagian-bahagian gergaji pita

Fungsi bahagian mesin gergaji pita (band saw): i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Suis - Menyambung dan memutuskan litar bekalan. Motor - Menggerakkan roda pemotong. Mata gergaji pita - Memotong bahan. Ragum mesin - Memegang bahan. Pengikat ragum mesin - Mengikat ragum mesin. Pelindung - Melindungi bahagian mekanikal dan mata gergaji pita. Badan (body) - Memegang bahagian-bahagian mesin. Tuil pelaras lengan - Mengawal kelajuan penekanan lengan. Lengan - Memegang dan sebagai landasan pusingan mata gergaji. Penyalur minyak penyejuk - Menghantar minyak penyejuk

Jenis-Jenis Gergaji Pita.

Gergaji pita (bandsaw) yang digunakan untuk memotong logam boleh didapati dalam bentuk menegak dan mendatar. Kelajuan putaran pita ini di antara 40 kaki (12 meter) hingga 5,000 kaki (1,500 meter) bagi setiap satu minit. Gergaji pita biasanya dilengkapi dengan berus (brushwheels) untuk mengelakkan serpihan logam daripada terperangkap di antara gigi bilah. Sistem penyejukan juga terdapat pada gergaji pita untuk menyejukkan bilah semasa memotong logam.

i.

Gergaji pita mendatar (harizpntal bandsaw) memegang bahan kerja secara pegun manakala bilah bergerak ke bawah untuk memotong. Reka bentuk gergaji pita ini digunakan untuk memotong bahan-bahan lama seperti paip atau bar keluli panjang. Reka bentuk mendatar tidak boleh digunakan lengkung atau bentuk yang rumit. untuk memotong

Rajah 11: Gergaji pita jenis mendatar (harizontal)

ii.

Gergaji pita menegak (vertical bandsaw), juga dikenali sebagai gergaji kontur di mana bilah gergajinya tidak bergerak tetapi bahan kerja akan bergerak merentasinya untuk proses pemotongan. Gergaji pita menegak ini boleh digunakan untuk memotong bentuk yang kompleks dan bersudut. Gergaji ini dipasang dengan kipas blower udara di dalamnya untuk menyejukkan bilah dan meniup serpihan dari kawasan memotong.

Rajah 12: Gergaji pita menegak (vertical bandsaw)

2.4.

Mesin Gergaji Bulat (Circular Saw) Mesin gergaji bulat menggunakan cakera bergigi atau bilah untuk memotong bahanbahan yang berbeza dengan menggunakan gerakan berputar. Gergaji bulat dicipta pada abad ke-18 dan telah digunakan di kilang papan di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Gergaji bulat adalah alat untuk memotong bahan-bahan seperti kayu, batu, plastik dan logam. Gergaji bulat biasanya digerakkan oleh motor berkuasa elektrik.

Apabila menggunakan gergaji bulat, pastikan menggunakan pisau (blade) yang betul untuk bahan yang anda potong. Mata bilah yang berbeza untuk memotong logam dan untuk memotong kayu. Pisau memotong logam juga tidak boleh digunakan dalam gergaji yang sama yang digunakan untuk memotong kayu.

Untuk memotong pelbagai jenis logam, mata bilah yang berbeza perlu digunakan. Menggunakan mata bilah yang kasar untuk memotong logam bukan ferus seperti tembaga, aluminium, tembaga atau plumbum. Jenis dan reka bentuk bilah yang dipilih juga akan berbeza-beza bergantung kepada ketebalan logam yang dipotong. Secara umum, kiraan gigi yang lebih tinggi (banyak seinci) bagi logam nipis dan kiraan gigi yang lebih rendah bagi logam yang lebih tebal.

Rajah 13: Bahagian-bahagian gergaji bulat

Rajah 14: Menggunakan mesin gergaji bulat untuk memotong sekeping logam

2.5.

Mesin Pemotong Kepersegian Hidraulik (Hydraulic Squaring Machine)

Terdapat dua jenis mesin pemotong kepersegian hidraulik iaitu:

Mesin gunting hidraulik Mesin pemotong bidang rata (plane hydraulic)

2.5.1 Mesin gunting hidraulik menggunakan punca kuasa tenaga hidraulik. Tenaga hidraulik yang dihasilkan untuk memotong adalah pam (pump) hidraulik yang digerakkan oleh motor elektrik. Mesin gunting hidraulik ini dilengkapi dengan program pada panel kotak kawalan hidraulik. Dengan program komputer hidraulik ini proses untuk mengendalikan mesin pemotong menjadi lebih mudah dan pantas. Kemampuan menggunting atau memotong kepingan (palet) logam dengan mesin hidraulik boleh mencapai ketebalan palet sehingga 20 milimeter.

Alat penekan yang digunakan pada mesin ini menggunakan penggerak (actuator) kerja berganda (double acting) dengan silinder sebanyak dua buah. Penggerak ini diletakkan di kiri dan kanan mesin yang berhubungan secara langsung dengan pisau bahagian atas. Penyumbat (stopper) yang digunakan juga stopper yang digerakkan secara hidraulik. Jumlah stopper nya lebih banyak dari penggerak pemotong. Jumlah

penggerak ini disusun di antara celah pemotongan. Untuk pemotongan yang mempunyai lebar yang kecil juga dapat ditekan oleh stopper.

2.5.2 Mesin pemotong Plane Hidraulik sesuai dengan fungsinya digunakan untuk proses pemotongan berbentuk bidang rata (plane). Kemampuan pemotongan dari mesin ini disesuaikan dengan bentuk-bentuk dan besar atau kecilnya bidang logam (plane) serta ketebalan.

Rajah 15: Mesin Gunting Hidraulik

Rajah 16: Mesin Potong Bidang Rata (Plane) Hidraulik

2.6.

Mesin Perincih Tuas Tangan (Hand Lever Shear) Gunting tuas digunakan untuk pemotongan pelat yang mempunyai ketebalan 1 3 milimeter, tetapi penggunaan gunting tuas ini lebih sering digunakan untuk pemotongan kepingan palet. Prinsip pemotongan perincih tuas tangan ini dapat dilihat pada gambar di bawah:

Rajah 17: Prinsip pemotongan mesin perincih tuas tangan

Kaedah pemotongan yang dilakukan untuk memotong pelat ini digerakkan oleh tuas yang berhubungan langsung dengan pisau bahagian atas. Posisi pelat yang dipotong diletakkan pada pisau bahagian bawah yang tetap (kekal).

Terdapat beberapa jenis perincih tuas tangan sesuai dengan jenis dan bentuknya. Salah satu jenis perincih tuas tangan mempunyai ketebalan pemotongan sebesar tebal pisau yang digunakan. Pemotongan ini terdapat pada jenis perincih tuas meja. Perincih tuas meja ini mempunyai sisa pemotongan sebesar 5 mm sesuai dengan tebal mata pisau yang digunakan. Jadi untuk mendapatkan ukuran yang tepat sewaktu pemotongan, harus dilebihkan sebesar tebal mata pisau.

Rajah 18: Mesin Perincih Tuas Tangan (Hand Lever Shear)

3.

BAHAN LOGAM

Bahan logam adalah bahan yang berstruktur hablur dalam keadaan pepejal termasuk semua jenis bahan yang mengandung unsur logam, atau hanya sedikit mengandung unsur bukan logam. Logam digunakan secara meluas sebagai bahan struktur dan bahan galas beban dalam industri pembuatan dan industri pembinaan. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan logam lain yang dinamakan aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki.

Ciri-ciri bahan logam termasuklah:

i. ii. iii. iv.

Bahan legap yang merupakan pengalir haba dan arus elektrik yang baik Boleh menjadi pemantul cahaya jika permukaannya digilap. Kebanyakan logam bersifat mulur dan boleh ditempa. Biasanya mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada bahan lain

Penggunaan berbagai jenis logam dalam sesuatu kerja adalah bergantung kepada sifat-sifat fizikalnya, termasuklah:

a. KERAPUHAN (BRITTLENESS) Ia mempunyai sifat yang tak berupaya menahan gangguan sebelum pecah. Seperti besi tuang (cast iron) ia adalah bahan logam yang rapuh, di mana ia pecah serta-merta tanpa gangguan berlaku sama ada ia melentur atau bengkok apabila diketuk dengan kuat.

b. KELIATAN (DUCTILITY) Mempunyai sifat yang membenarkan terjadi perubahan bentuk pada bahan logam seperti bengkok atau melentur dahulu sebelum patah atau pecah. Bahan sepertinya ialah tembaga di mana ianya boleh di bentuk seperti wayar elektrik.

c. KEANJALAN (ELASTICITY) Sifatnya berkemampuan kembali ke bentuk asal setelah diberi tekanan luar, contohnya ialah besi spring di mana ia mempunyai sifat keanjalan (elastik).

d. KEKERASAN (HARDNESS) Ianya mempunyai sifat yang boleh tahan daripada tekanan luar atau tidak berlaku kesan perubahan ke atasnya.

e. PENURUTAN (MALLEABILITY) Ia mempunyai sifat yang senang dibentuk sama ada dari tekanan mengetuk atau tekanan menggelek, sifatnya akan menurut bentuk yang ditentukan.

f. KEKUATAN TEGASAN (TENSILE STRENGTH) Sifatnya dapat memberi atau kembang apabila ditarik ke paras yang tertentu sebelum ia putus atau bercerai.

g. KETEGUHAN (TOUGNESS) Adalah sifat yang mampu menampung tekanan dan gangguan luar dengan kuat. Keteguhan adalah sifat yang berlawanan dengan sifat kerapuhan.

Terdapat dua jenis logam yang biasa digunakan iaitu:

1. 2.

Logam Ferus (ferrous metals) Logam Bukan Ferus (non-ferrous metals)

3.1

Logam Ferus

Merupakan logam yang mengandungi unsur-unsur besi di dalamnya. Pencampuran dan sifat bahan ferus boleh mengubah sifatnya dengan campuran berbagai jenis elemen aloi semasa pengilangan. Terdapat tiga kumpulan logam ferus iaitu: Besi Tempawan (Wrought iron) Keluli (Steel) Besi Tuang (Cast iron)

a.

Besi tempawan

Besi tempawan hanya mempunyai kandungan karbon yang sedikit iaitu antara 0.06 hingga 0.08 peratus sahaja. Besi tempawan mempunyai ciri sifat keteguhan dan kekuatan yang tinggi, boleh ditempa dan mampu menyerap daya hentaman secara mengejut. Merupakan logam dua komponen yang terdiri daripada BESI TULEN dan JERMANG. Sebahagian besar kandungan jermang adalah silikat besi. Besi tempawan biasanya digunakan untuk membuat rivet, paku, barang perhiasan, bangku dan jeriji.

Gambar 19 : Contoh produk besi tempawan

b.

Keluli

Keluli mempunyai kandungan karbon yang tinggi, iaitu antara 0.03 peratus hingga 1.7 peratus. Keluli bersifat lebih kuat jika di banding dengan logam lain. Proses akhiran - Contoh: Keluli gelek panas Bentuk produk - Contoh: Bar, plat, kepingan nipis dan tiub.

Keluli dikategorikan dalam 2 kumpulan iaitu: i. Keluli karbon ii. Keluli aloi

i. Keluli karbon ditentukan berdasarkan peratus kandungan karbon di dalamnya.

Keluli berkarbon rendah (Low carbon steel) yang mengandungi 0.03 hingga 0.3 peratus karbon. Digunakan dalam pembuatan keluli, plat, rod, dawai dan keluli struktur.

Gambar 20: Contoh keluli struktur

Keluli berkarbon sederhana (Medium carbon steel) 0.3 hingga 0.6 peratus karbon digunakan dalam pembuatan gerudi, acuan dan alatan tangan.

Gambar 21 : Contoh produk keluli berkarbon sederhana.

Keluli berkarbon tinggi (High carbon steel) 0.6 hingga 1.7 peratus karbon. Digunakan dalam pembuatan kikir, mata alat, gear dan bahagian mesin yang memerlukan tahan haus.

Gambar 22 : Contoh produk keluli berkarbon tinggi.

ii.

Keluli Aloi

Keluli aloi merupakan campuran dua atau lebih unsur logam yang berlainan. Keluli aloi mempunyai sifat kekerasan dan kemuluran yang membolehkan membuat barangan yang menerima bebanan hentaman dan tegasan tinggi. contoh keluli aloi ialah: Keluli nikel, keluli kalis karat( stain less steel), keluli molibdenum, keluli alat (tool steel) dan keluli tahan lasak. Keluli aloi digunakan dalam pembuatan komponen enjin, gear, mata alat, alatan mengukur dan menguji dan mata gerudi.

Gambar 23: Angkup vernier diperbuat dari keluli kalis karat

iii.

Besi Tuang

Besi tuang mengandungi 2.0 hingga 4.0 peratus karbon. Besi tuang bersifat rapuh dan mempunyai kekuatan tegangan rendah tetapi kekuatan mampatan rendah. jenis besi tuang dibezakan berdasarkan sifat dan kandungan karbon di dalamnya. Jenis-jenis besi tuang termasuklah:

a.

Besi tuang kelabu (grey cast iron) Ia mengandungi 2.0 hingga 4.0 peratus karbon. Sifat nya mudah di mesin dan mempunyai kekuatan mampatan yang rendah. Biasa

digunakan dalam pembuatan rangka mesin, penyokong, paip dan acuan mesin.

Gambar 24: Contoh badan mesin yang diperbuat daripada besi tuang

b.

Besi tuang mudah tempa (malleable cast iron) Ianya mengandungi 2.5 hingga 3.0 peratus karbon. Sifat mekaniknya sangat keras dan sukar dimesin manakala kekuatan mampatannya lebih tinggi dibandingkan besi tuang kelabu. Digunakan dalam pembuatan komponen mesin yang memerlukan ketahanan geseran dan lelasan.

c.

Besi tuang nodular (nodular cast iron) Mengandungi 3.2 hingga 4.1 peratus karbon. Sifat mekaniknya lebih mulur, tidak mudah retak atau pecah, keras, tahan lelasan, tahan haus dan boleh dikimpal.

d.

Besi tuang putih (white cast iron) Mengandungi 2.5 hingga 4.0 peratus karbon. bersifat keliatan dan kebolehan tempaan, kekuatan dan tidak mudah retak atau pecah. Digunakan dalam pembuatan bahagian mesin, takal, roda, bahagian jentera dan enjin.

3.2

Logam Bukan Ferus (non-ferrous metals)

Logam bukan ferus merupakan logam yang tidak mengandungi besi dalam jumlah yang ketara. Pada umumnya ianya lebih mahal daripada logam ferus. Sesetengah bahan bukan ferus juga digunakan dalam industri besi dan keluli. Sebagai contoh, bauksit digunakan sebagai fluks untuk relau bagas, manakala yang lain seperti wolframite, pyrolusite dan chromite digunakan dalam membuat aloi ferus.

Logam bukan ferus ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan sama ada sebagai logam tulen atau aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat.

Sifat-sifat logam bukan ferus termasuklah:

Sifat lembut - boleh diketuk dan ditekan ke dalam bentuk atau acuan. Ductibility (liat) - boleh ditarik menjadi dawai halus. Keras tidak mudah tercalar atau dipotong. Keanjalan boleh kembali semula ke bentuk asalnya. Kekonduksian - keupayaan untuk menjadi pengalir elektrik yang baik. Lebih ringan.

Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia. Di antara logam-logam yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan, antaranya seperti berikut:

Tembaga Aluminium Perak Kuprum Plumbum Timah Nikel

Zink Kromium Emas Molydenum Magnesium Kobalt Manganese

3.2.1 Aluminium Aluminium merupakan logam yang paling banyak di muka bumi iaitu di dalam bentuk bijih aluminium jenis Bauksit. Aluminium adalah sejenis logam yang ringan, berwarna putih kelabu dan mempunyai permukaan yang berkilat apabila digilap ataupun dimesin. Aluminium di dalam bentuk tulennya (asal) jarang digunakan di dalam bidang kejuruteraan kerana kekuatan dan kekerasannya adalah rendah. Kebanyakan aluminium tulen digunakan untuk membuat pembalut, pemantul cahaya, barangan perhiasan serta salutan untuk menahan kakisan.

Sifat-sifat utama Aluminium tulen seperti berikut:

a) b) c) d) e) f) g)

Kekuatan tegangan Kekuatan mampatan Kekerasan Kemuluran Suhu lebur Ketumpatan

100 N/mm2 100 N/mm2 40 (NKB) Nombor Kekerasan Brinell 30% pemanjangan 660o C 2.6 g/cm3

Lapisan Aluminium Oksida yang terbentuk di atas Aluminium memberikannya satu daya ketahanan terhadap kakisan atmosfera dan air.

h) Pengalir haba dan elektrik yang baik. i) Pemantul haba dan cahaya yang baik.

Kebanyakan aluminium yang digunakan adalah di dalam bentuk aloi iaitu campuran aluminium dengan logam lain. Aloi aluminium adalah keras dan kuat semacam keluli, tetapi dengan satu kelebihan iaitu ianya 3 kali lebih ringan daripada keluli. Contohnya seperti aloi Aluminium-Magnesium, aloi Aluminium-Manganese, aloi Aluminium-Silikon dan sebagainya.

3.2.2 Kuprum Kuprum merupakan logam yang banyak digunakan di dalam bidang kejuruteraan terutamanya dalam bidang industri elektrik. Kuprum mempunyai

warna merah- coklat apabila terdapat lapisan oksida di permukaannya tetapi apabila digilap warnanya ialah merah-keemasan.

Ciri-ciri utama Kuprum adalah seperti berikut:

a) b) c)

Kekuatan tegangan Kekuatan mampatan Kekerasan

215 N/mm2 300 N/mm2 80 NKB (jenis tuangan) 90 NKB (kerja sejuk) 66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap)

d)

Kemuluran dari segi pemanjangan 25% (jenis tuangan ) 55% ( sepuh-lindap ) 3% (kerja sejuk )

e) f) g) h)

Suhu lebur Ketumpatan

1083 darjah Celsius 8.9 g/cm3

Ketahanan daripada kakisan atmosfera dan air. Pengalir elektrik yang amat baik.

Kegunaan utama kuprum ialah untuk membuat kabel, peralatan untuk televisyen dan radio, suis, paip air, bahan pateri, bekas memasak, bahagian-bahagian kapal dan lain-lain lagi. Kuprum jarang sekali digunakan di dalam bentuk aloi. Di antara aloi kuprum yang boleh didapati ialah gangsa dan loyang tetapi kuprum merupakan bahan aloi yang utama untuk logam-logam yang lain.

3.2.3 Timah

Adakah anda tahu Timah merupakan logam yang mempunyai sifat kalis kakisan yang baik. Timah mempunyai warna putih-keperakan dan akan menghasilkan satu lapisan penyudahan yang berkilat apabila digunakan sebagai saduran di dalam proses celupan panas. Timah senang dipotong, dituang dan untuk kerja sejuk. Timah tulen adalah lembut, mulur dan mempunyai nilai kekuatan yang rendah. Oleh kerana timah adalah logam yang tidak beracun ianya selalu digunakan sebagai penyadur bagi tin-tin makanan. Timah juga digunakan sebagai bahan pateri. Timah digunakan sebagai aloi dengan kuprum untuk menghasilkan gangsa. Pewter merupakan aloi utama timah di mana campurannya ialah 1%-3% kuprum dan 2%4% antimoni.

Sifat-sifat utama timah adalah:

a) b) c) d) e)

Kekuatan tegangan Kekerasan Suhu lebur Ketumpatan Pengalir elektrik dan haba yang baik.

15 N/mm2 5 NKB-10 NKB (tuangan) 232 C 7.3 g/cm3

3.2.4 Zink Zink merupakan satu logam yang banyak digunakan sebagai bahan penyadur untuk keluli supaya ianya kalis kakisan. Warna zink ialah putihkeperakan apabila digilap. Kegunaan zink kebanyakannya ialah untuk penyaduran lapisan kalis kakisan untuk barangan keluli seperti rantai besi, bumbung rumah, alatan dapur dan tangki air. Zink juga digunakan di dalam bateri kereta, bahan penampal gigi bahan asas untuk membuat cat. Aloi utama yang dihasilkan dengan zink ialah loyang.

Sifat-sifat utama Zink.

a) b) c) d)

Kekuatan tegangan Kekerasan Suhu lebur Ketumpatan

60 N/mm2 80 NKB ( aloi zink ) 420 C 7.1 g/cm3

3.2.5 Plumbum Logam ini mempunyai ketumpatan yang tinggi, lembut serta mempunyai daya ketahanan kakisan yang baik. Plumbum juga merupakan pengalir yang baik untuk elektrik dan haba. Permukaan plumbum kelihatan kelabu kerana ianya disaluti oleh satu lapisan oksida dan apabila digilap ianya kelihatan birukeperakan. Plumbum senang dipotong, dituang, proses kerja sejuk dan boleh menjalani proses extrusion (pengembangan) Plumbum digunakan untuk membuat paip air, pembalut kabel, salutan untuk bekas kimia, berat timbang, pelindung daripada pancaran-x, pancaran radiaoaktif di dalam loji nuklear. Plumbum juga digunakan sebagai bahan aloi dengan timah untuk dibuat logam pateri. Plumbum ditambah pada bahan galas jenis gangsa untuk menambahkan sifat keplastikannya

(merujuk kepada sifat logam yang boleh dibentuk secara kekal tanpa retak atau pecah) supaya ia pelincirannya rosak. boleh beroperasi di dalam keadaan kering jika sistem

Sifat-sifat utama plumbum terdiri daripada:

a) b) c) d)

Kekuatan tegangan Kekerasan Suhu lebur Ketumpatan

18 N/mm2 4 - 8 NKB 327 C 11 g/cm3

4.

METALURGI

Metalurgi adalah bidang kajian dalam sains bahan dan kejuruteraan bahan yang mengkaji sifat-sifat fizikal dan kimia unsur-unsur logam dan sebatian antara logam dan campuran antara logam yang dipanggil aloi. Metalurgi juga merupakan teknologi berkaitan logam iaitu cara bagaimana sains dan teknologi digunakan untuk penghasilan logam, dan juga bidang kejuruteraan komponen logam untuk pengeluaran produk pengguna dan industri. Pengeluaran logam melibatkan kerja pemprosesan bijih untuk mengekstrak logam yang ada di dalamnya dan campuran unsur-unsur logam lain untuk menghasilkan aloi.

Metalurgi dibahagikan kepada metalurgi ferus (juga dikenali sebagai metalurgi hitam) dan metalurgi bukan ferus atau metalurgi berwarna. Metalurgi ferus melibatkan proses aloi berasaskan besi manakala metalurgi bukan ferus melibatkan proses dan aloi berasaskan bahan logam lain.

Metalurgi serbuk merupakan suatu proses pembuatan komponen kejuruteraan yang bahan asasnya dalam bentuk serbuk atau partikel halus. Komponen ferus atau bukan ferus akan ditekan atau dipadatkan daripada serbuk logam. Metalurgi serbuk adalah sesuai untuk pelbagai bahan mentah seperti logam tahan karat, keluli, kuprum, nikel dan sebagainya.

Metalurgi serbuk ini banyak digunakan dengan meluas di industri terutamanya dalam industri automotif untuk menghasilkan komponen seperti gear, bearing dan sebagainya. Selain daripada itu proses ini hanya menghasilkan bahan buangan yang minimum dan

lazimnya tidak memerlukan proses pemesinan lanjutan justeru daripada proses pensinteran iaitu satu proses suhu tinggi bagi menggabungkan serbuk-serbuk logam. (sintering - a high temperature process for fusing powder together).

Proses penyudahan jarang dilakukan kerana komponen mempunyai ketepatan mengikut bentuk yang dikehendaki. Penekanan adalah satu proses yang penting dalam menghasilkan komponen dengan kekuatan hijau. Justeru daripada proses tekanan, ketumpatan dan kekuatan bahan adalah lemah yang memerlukan proses pensinteran untuk memperbaiki sifat bahan itu sendiri. Kajian akan dijalankan untuk mengkaji kekuatan hijau dan komponen yang telah di sinter dengan beberapa pemboleh ubah seperti masa, suhu, tekanan, dan persekitaran.

5.

ELEKTROD

Elektrod merupakan logam penambah dalam kimpalan arka. Ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai pelbagai fungsi ketika kerja kimpalan. Elektrod guna habis: Elektrod yang cair semasa kewujudan arka Jenis batang bagi kimpalan arka manual Jenis gelung dawai bagi kimpalan arka automatik dan separa automatik Contoh elektrod carbon steel,cast iron,stailess steel,aluminium,hardsurfacing.

Elektrod bukan guna habis Eektrod yang hanya digunakan untuk mengalirkan arus bagi mewujudkan arka Contoh : tungsten (gtaw), tembaga (spot welding)

RAJAH 25: Menunjukkan bahagian-bahagian elektrod guna habis SMAW

5.1

Proses Salutan

Panjang elektrod di antara 230 mm hingga 460 mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor 12, 10, 8 dan 4. Elektrod no. 12 adalah diameter paling kecil. Terdapat 2 jenis proses salutan, iaitu: a. Penyemperitan - ialah proses di mana kuasa digunakan ke atas bilet untuk mengeluarkannya melalui die (acuan). b. Mencelup (dipping)

Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada ciri penggunaan. Di antara bahan campuran yang terdapat pada salutan ialah serbuk besi,oksida titanium, sodium silikon, potassium, asbestos dan ferus.

4.2 4.3

Salutan terbahagi 3 jenis: Salutan nipis Salutan sederhana Salutan tebal

Fungsi salutan

Memberikan medan pelindung semasa kimpalan Menyebabkan berlakunya kumai yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk melindungi logam yang lebur. Menstabilkan arka Menambahkan elemen aloi logam kepada logam kimpalan Mengurangkan percikan logam kimpalan Meningkatkan kecekapan dan peleburan logam Mengeluarkan oksida dan kotoran Mempengaruhi kedalaman penembusan arka Memprngaruhi bentuk kimpalan yang terjadi Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di mana ini mengelakkan berlaku kerosakan kepada alat-alat mekanikal seperti berlakunya keretakan atau bersifat rapuh.

4.4

Pengkelasan elektrod Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis digunakan. Terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam dan kandungan salutan elektrod

4.5 4.6

Spesifikasi 3 jenis spesifikasi elektrod keluli lembut, contohnya: AWS A 5.1 - 557 ASTM A 233 - 557 CSAW 48.1 1952 (Kanada)

Kod Elektrod berdasarkan kod standard BS/AWS Elektrod boleh dikodkan mengikut sistem penomboran seperti E 6010, E 6013, E 7016 dan E 7018.Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu. Contohnya E 6013, di mana: E - Elektrod 60 - Kekuatan tegangan 1 - Kedudukan 3 - Jenis Arus elektrik

RAJAH 26 : menunjukkan contoh kod pada elektrod SMAW

4.7

Fungsi Sangga Melindungi kumai daripada udara luar sepanjang proses penyejukan berlaku. Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah leburan. Mengawal bentuk kumai supaya seragam. Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat logam. Memberi pelindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam asas.

4.8

Sifat-sifat Elektrod

4.8.1 E 6010

Sesuai pada semua kedudukan mengimpal Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) Penusukan dalam Salutan amat sesuai untuk kedudukan rata dan tegak

4.8.2 E 6013

Sesuai pada semua kedudukan mengimpal Sesuai pada arus terus (DC) dan Arus Ulang alik (AC) Percikan arka sedikit Sesuai mengimpal logam nipis Salutan sederhana

4.8.3 E 7016

Dikenali sebagai elektrod Low Hidrogen Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan AC

Semua kedudukan Sangga yang dihasilkan nipis Penusukan dalam

4.8.4 E 7018 4.9

Sesuai pada semua kedudukan mengimpal Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan Arus Terus (AC) Percikan arka sedikit Semua kedudukan Penusukan sedikit

JENIS ELEKTROD

Elektrod terbahagi kepada 3 jenis:

Elektrod cepat membeku Elektrod cepat mengisi Elektrod cepat membeku dan mengisi

4.9.1 Elektrod cepat membeku

Sifat-sifat Elektrod

Menghasilkan penusukan dalam dan cepat beku. Menghasilkan kumai yang rata. Lebih sesuai pada Arus Terus Kekutuban Berbalik. Mengimpal pada kedudukan rata dan ufuk Kerja penyambungan dan pembaikan pada semua kedudukan.

4.9.2 Elektrod cepat mengisi

Sifat sifat Elektrod

Menghasilkan arka yang sederhana. Menghasilkan sangga yang tebal. Sesuai pada Arus Terus Kekutuban Terus. Mengimpal pada semua kedudukan. Rupa bentuk kumai yang sekata dan cantik.

4.9.3 Elektrod cepat mengisi dan membeku

Sifat sifat Elektrod 4.10

Menghasilkan kumai yang licin. Menghasilkan sangga yang tebal. Mengimpal untuk kerja umum. Mengimpal pada kedudukan rata. Salutan tebal membantu penghasilan arka yang lembut.

PENYIMPANAN ELEKTROD

Untuk menghasilkan kumai yang baik kualiti salutan perlu dijaga. Salutan elektrod mengandungi aloi tero. Elektrod perlu disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik yang mengandungi 50% kelembapan. Oven (ketuhar) adalah tempat sesuai menyimpan elektrod.

4.10.1

Semua bahan kimpalan perlu disimpan di dalam bekas asal sehingga diambil untuk digunakan . Sebaik-baiknya pek elektrod diambil daripada simpanan mengikut urutan tarikh elektrod diterima. Setelah elektrod dibuka dari pembungkus, pastikan elektrod dimasukkan ke dalam ketuhar.

4.10.2

Elektrod perlu dikeringkan semula sebelum digunakan di dalam ketuhar pembakar pada suhu 350 darjah Celsius selama kira-kira 3 jam. Masa pengeringan bermula diukur dari titik di mana suhu pengeringan semula telah

sampai ( 350 darjah C). Jangan membuat lebih daripada empat lapisan elektrod dalam ketuhar pemanas.

4.10.3

Elektrod yang berbaki dari lapangan perlu dikeringkan semula pada 300 C selama kira-kira 2 jam. Jumlah kitaran pengeringan terhad kepada tiga ( 3) kitaran sahaja.

4.10.4

Elektrod yang masih tidak digunakan selepas 3 kali kitaran semula pengeringan akan dibuang.

4.10.5

Untuk elektrod bersalut selulosa, pendedahan kepada kelembapan udara yang berlebihan dan perbezaan dalam suhu harus dielakkan.

Bilangan kitaran semula pengeringan hendaklah di tanda oleh cat berwarna seperti berikut: Kitaran pengeringan semula kali ke dua - cat putih pada pada hujung stud elektrod Kitaran pengeringan semula kali ke tiga cat merah pada hujung stud elektrod.

Suhu untuk penjagaan elektrod yang digunakan adalah: Rebaking (pemanasan semula) 350C selama 2 jam Holding (penyimpanan) 150C selama 24 jam Quiver (getaran) 80C selama 8 jam

RAJAH 27: menunjukkan oven penyimpanan elektrod

Kesimpulannya, elektrod adalah bahan yang membentuk kumai, kerana itu elektrod dikenali sebagai bahan penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asas dalam elektrod mestilah sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal. Contohnya elektrod keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal logamlogam yang berasaskan keluli lembut sahaja. Terdapat banyak jenis elektrod di pasaran untuk memenuhi kehendak pengguna. Elektrod adalah sebatang dawai yang disalut dengan lapisan khas. Lapisan elektrod akan membentuk asap untuk melindungi kawah cair (molten pool) dari udara luar yang boleh menyebabkan kecacatan kimpalan. Salutan elektrod juga akan membentuk jeremang (slag).

6.

PENUTUP

Melalui kerja khusus ini dapat dipelajari berkaitan mesin-mesin pemotong logam yang digunakan dalam kerja-kerja logam. Dengan mengenali jenis-jenis mesin ini, mesin yang sesuai untuk logam yang hendak dipotong akan dapat digunakan dengan betul. Di samping itu juga jenis-jenis logam juga dapat dipelajari. Pengetahuan tentang jenis-jenis logam ini akan membantu ketika untuk membuat projek berkaitan dengan kerja logam. Pengetahuan berkaitan bahan elektrod untuk kerja-kerja kimpalan dapat membantu seseorang pekerja melakukan kerja kimpalan dengan baik dan cepat.

7.

RUJUKAN:

1. TEKNIK PEMBENTUKAN PELAT JILID 3 - Direktorat Pembinaan Sekolah Menengah Kejuruan Direktorat Jenderal Manajemen Pendidikan Dasar dan Menengah Departemen Pendidikan Nasional 2. http://cepiar.wordpress.com/2007/11/13/apakah-besi-tuang-cast-iron-itu/ 3. http://rbt3118ipgktb.blogspot.com/2012/07/logam-bukan-ferus.html 4. http://diarinikz.blogspot.com/2013/09/hasil-3-logam-bukan-ferus.html 5. http://en.wikipedia.org/wiki/Non-ferrous_metal 6. http://en.wikipedia.org/wiki/Metallurgy 7. http://yazidrahman.blogspot.com/2012/06/elektrod.html 8. http://nuruddinho7.blogspot.com/ 9. http://kemahiranmalaysia.site90.net/wp-content/uploads/2012/11/3.1.png 10. https://sites.google.com/site/pemotonganmekanikal/wedding-events 11. http://puwad.blogspot.com/ 12. http://chekguzaidi.blogspot.com/2011_04_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai