Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

SETIAP

ENJIN MEMERLUKAN 3 PERKARA YANG MEMBOLEHKAN IANYA BEROPERASI DENGAN SEMPURNA DAN LANCAR. UDARA, BAHAN BAKAR DAN PUNCA BAKAR ADALAN 3 PERKARA TERSEBUT. JIKA SALAH 1 TIADA ATAU TIDAK BEROPERASI DENGAN SEMPURNA, IA AKAN MENYEBABKAN PERJALANAN ENJIN JUGA TIDAK LANCAR. SISTEM KEMASUKAN UDARA MEMPUNYAI BEBERAPA KOMPONEN ASAS ANTARANYA PENAPIS UDARA, INTERCOOLER, THROTTLE BODY DAN INTAKE MANIFOLD. SISTEM EKZOS JUGA MEMPUNYAI BEBERAPA KOMPONEN ASAS SEPERTI EKZOS MANIFOLD DAN CATALYTIC CONVERTER. SISTEM EKZOS BERTUJUAN UNTUK MENJAMIN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR YANG MAKSIMUM.

SISTEM KEMASUKAN UDARA

Throttle Body

Intake Manifold

KOMPONEN SISTEM KEMASUKAN UDARA


AIR FILTER BERTUJUAN UNTUK MENAPIS UDARA SEBELUM MASUK KE RUANG PEMBAKARAN. AIR FLOW METER BERTUJUAN UNTUK MENYUKAT JUMLAH UDARA YANG MASUK MELALUI AIR FILTER. INTERCOOLER BERTUJUAN UNTUK MENYEJUKKAN UDARA YANG MASUK KE RUANG PEMBAKARAN (BAGI ENJIN BERKUASA TURBO DAN SUPERCHARGER) THROTTLE BODY BERTUJUAN UNTUK MENGAWAL KEMASUKAN UDARA KE RUANG PEMBAKARAN. INTAKE MANIFOLD SEBAGAI LALUAN UDARA MASUK KE RUANG PEMBAKARAN.

SISTEM TURBOCHARGER

PADA MASA KINI, KEBANYAKAN KENDERAAN DILENGKAPI DENGAN

SISTEM TURBOCHARGER YANG MANA IA BOLEH MENINGKATKAN KUASA ENJIN SEHINGGA 50% DARI KUASA ENJIN SEBENAR. SEPERTI GAMBAR DIATAS, IA MENUNJUKKAN KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM TURBOCHARGER DIPASANG DAN PENGALIRAN UDARA MASUK KE RUANG PEMBAKARAN SERTA PENGALIRAN GAS EKZOS YANG BANYAK MEMBANTU PROSES PENINGKATAN KUASA ENJIN. 1 UNIT TURBOCHARGER YANG MANA TERBAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN IAITU TURBINE HOUSING, CENTER HOUSING DAN COMPRESSOR HOUSING. 1 UNIT INTERCOOLER DIPERLUKAN UNTUK MENYEJUKKAN UDARA YANG TELAH TERTEKAN OLEH KUASA PUSINGAN COMPRESSOR WHEEL.

OPERASI TURBOCHARGER
ALIRAN GAS EXHAUST DARI EXHAUST MANIFOLD AKAN MELALUI UNIT TURBOCHARGER PADA TURBINE HOUSING. APABILA TURBINE WHEEL BERPUSING KERANA TOLAKAN GAS EKZOS, COMPRESSOR WHEEL DIDALAM COMPRESSOR HOUSING TURUT SAMA BERPUSING. APABILA COMPRESSOR WHEEL BERPUSING, SECARA AUTOMATIK IA AKAN MENYEDUT UDARA MASUK MELALUI COMPRESSOR HOUSING DAN MENOLAK UDARA TERSEBUT MENJADI TERMAMPAT. UDARA TERMAMPAT TADI AKAN MELALUI INTERCOOLER UNTUK PROSES PENYEJUKAN UDARA. SETELAH ITU, UDARA TADI TERUS DIMAMPATKAN KE RUANG PEMBAKARAN.

INTERCOOLER
BAGI ENJIN BERKUASA TURBO, INTERCOOLER DITEMPATKAN DIANTARA COMPRESSOR HOUSING DENGAN INTAKE MANIFOLD. IA DISAMBUNG MENGGUNAKAN PAIP ATAUPUN HOSE. IA BERTUJUAN UNTUK MENYEJUKKAN UDARA TERMAMPAT YANG DITOLAK OLEH COMPRESSOR WHEEL. UDARA TERSEBUT TERLALU PANAS UNTUK MASUK KE RUANG PEMBAKARAN. IA BOLEH MENJEJASKAN PRESTASI ENJIN. INTERCOOLER BOLEH MENURUNKAN SUHU UDARA LEBIH KURANG 50% BERGANTUNG PADA JENIS DAN SAIZ INTERCOOLER TERSEBUT.

60c 80 90c 30-40c

JENIS-JENIS INTERCOOLER
JENIS-JENIS INTERCOOLER BERGANTUNG PADA RUANG, KEGUNAAN DAN KEPERLUAN.

YANG BIASA DIGUNAKAN ADALAH JENIS PENYEJUKAN UDARA DAN AIR.


IA JUGA BERGANTUNG PADA KEDUDUKAN INTERCOOLER DIPASANG PADA KENDERAAN. IA DIPASANG SAMADA PADA HADAPAN KENDERAAN (FRONT MOUNT), SISI KENDERAAN (SIDE MOUNT) DAN ATAS ENJIN (TOP MOUNT).

Front Mount Intercooler

Side Mount Intercooler

Top Mount Intercooler

SISTEM EKZOS KENDERAAN


EKZOS ADALAH SATU SISTEM PEMBUANGAN HASIL

PEMBAKARAN DALAM RUANG PEMBAKARAN. GAS YANG KELUAR DARI EKZOS ADALAH GAS YANG BERBAHAYA. IA BOLEH MEMBAHAYAKAN HIDUPAN DAN ALAM SEKITAR. KANDUNGAN GAS EKZOS BAHAYA TERDIRI DARIPADA GAS-GAS SEPERTI HC (HYDROCARBON), NOx (MONO-NITROGEN OXIDES) DAN CO (CARBON MONOXIDE).

CATALYTIC CONVERTER
CATALYTIC CONVERTER ATAU PEMANKIN 3 HALA ADALAH SATU

KOMPONEN PADA SISTEM EKZOS. IA BERTUJUAN UNTUK MENAPIS GAS EKZOS SEBELUM DILEPASKAN KE UDARA. JENIS YANG BANYAK DIGUNAKAN ADALAH JENIS MONOLITHIC TYPE DENGAN BENTUK SEPERTI STRUKTUR SARANG LEBAH. IA DIPERBUAT DARI STAINLESS STEEL MESH DAN BAHAGIAN PERUMAH DARI STAINLESS STELL SHELL.

ENJIN GASOLIN MEMERLUKAN OKSIGEN DAN BAHAN API

UNTUK OPERASINYA. OKSIGEN DIDAPATI DARI ATMOSFERA YANG MENGANDUNGI KIRA-KIRA 21% OKSIGEN (O2) DAN 78% NITROGEN (N2). BAHAGIAN YANG TINGGAL TERDIRI DARIPADA PELBAGAI JENIS GAS LAIN. BAHAN API DISIMPAN DI DALAM TANGKI KENDERAAN DAN MENGANDUNGI HIDROKARBONHIDROKARBON SEBAGAI KOMPONEN UTAMA. HIDROKARBONHIDROKARBON ADALAH TERDIRI DARIPADA ATOM-ATOM HIDROGEN YANG TERIKAT DENGAN ATOM-ATOM KARBON SECARA KIMIA. KEPADA TENAGA MEKANIKAL OLEH PEMBAKARAN. NISBAH TEORI YANG IDEAL BAGI PEMBAKARAN PENUH GASOLIN DAN UDARA ADALAH 14.7:1, DAN INI DIPANGGIL NISBAH STOIKIOMETRIK. OLEH SEBAB PENGGUNAAN BAHAN API BAGI ENJIN PENCUCUHAN BERGANTUNG SEBAHAGIAN BESAR KEPADA NISBAH UDARA BAHAN API, JUMLAH UDARA BERLEBIHAN (CAMPURAN TIPIS) DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI PENGGUNAAN BAHAN API MINIMUM.

TENAGA KIMIA YANG DISIMPAN DI DALAM BAHAN API DITUKAR

INI DIHADKAN DALAM PRAKTIS OLEH KEMUDAHBAKARAN

CAMPURAN DAN MASA YANG ADA UNTUK PEMBAKARAN. PADA ENJIN-ENJIN MODEN, PENGGUNAAN BAHAN API MINIMUM BERLAKU PADA NISBAH A/F 15-18:1, IAITU 15-18 KG UDARA BAGI SETIAP 1KG BAHAN API, INI BERMAKNA LEBIH KURANG 10,000 LITER UDARA DIPERLUKAN UNTUK MEMBAKAR SATU LITER BAHAN API. UNTUK MEMBERIKAN PRESTASI LEBIH BAIK SEMASA MELAHU DAN SEMASA PENDIKIT PENUH, CAMPURAN "LEBIH PEKAT" DIPERLUKAN.

SISTEM

PEMBENTUKAN CAMPURAN MESTILAH BERUPAYA MENCAPAI PELBAGAI PERMINTAAN INI. FAKTOR UDARA BERLEBIHAN (LAMBDA) MENUNJUKKAN BAGAIMANA NISBAH A/F SEBENAR BERBEZA DARIPADA NILAI TEORI OPTIMUM 14.7: 1. ISTILAH LAMBDA 1 TELAH DIGUNA BAGI CAMPURAN KHAS INI. PENUKAR BERMANGKIN DIPASANG PADA SISTEM EKZOS UNTUK MENUKAR KOMPONEN-KOMPONEN MERBAHAYA DI DALAM GAS EKZOS KEPADA KOMPONEN-KOMPONEN TIDAK MERBAHAYA. UNTUK MEMASTIKAN OPERASI BETUL BAGI PENUKAR BERMANGKIN TIGA HALA, ADALAH PENTING UNTUK MENGEKAL PURATA 14.7 : 1.

BINAAN CATALYTIC CONVERTER

TINDAK BALAS YANG PALING PENTING ADALAH PEMANGKIN TIGA HALA. NAMA INI DIBERI SEDEMIKIAN KERANA IA MENGURANGKAN JUMLAH HC, NOX DAN CO DI DALAM GAS EKZOS. UNTUK BEROPERASI DENGAN KECEKAPAN OPTIMUM, PEMANGKIN MEMERLUKAN HUBUNGAN KHAS ANTARA JUMLAH UDARA DAN BAHAN API YANG TERBAKAR. HUBUNGAN INI ADALAH CAMPURAN YANG DIPERLUKAN OLEH TINDAK BALAS PENUH BAGI KOMPONEN-KOMPONEN DAN IA DIPANGGIL CAMPURAN STOIKIOMETRIK. SEPERTI YANG DAPAT DILIHAT DI DALAM CARTA, JIKA CAMPURAN BERADA DI LUAR JULAT INI, JUMLAH PENCEMARAN BERTAMBAH. OLEH ITU, SISTEM PANCITAN MODEN MENGGUNA KITARAN KAWALAN, DI MANA KEADAAN SEBENAR DIKEMBALIKAN KEPADA UNIT KAWALAN YANG MELARASKAN ARAS CAMPURAN DIPERLUKAN SECARA BERTERUSAN. KAWALAN JENIS INI DIPANGGIL KAWALAN GELUNG TERTUTUP.