Anda di halaman 1dari 1

SENARAI SEMAK ANAI-ANAI

Anai-anai telah diperolehi secara persampelan kasual dimana batang-batang kayu, busut, laluan dibatang-batang pokok dan juga bahagian lantai hutan diperhatikan disepanjang trek 5. Sampel anai-anai yang diperolehi telah disisihkan dan dikelaskan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan pemakanan seperti Jadual. Terdapat 5 sampel dari genus Hospitalitermes sp yang mempunyai forage behaviour iaitu bergerak mencari makanan bebas dalam keadaan yang terbuka. Diet utama bagi genus ini adalah liken. Di samping itu, persampelan anai-anai di kawasan bekas ladang getah menemukan banyak anai-anai toleran kering seperti Macrotermes sp. Oleh itu, persampelan pada masa lembab dan kajian lanjut melalui kaedah Transek perlu dilakukan bagi mengetahui status kehadiran anai-anai di daerah kuarza. Pencirian morfologi secara mendalam perlu dilakukan bagi menentukan setiap spesies yang hadir sepanjang persampelan yang telah dilakukan.

Kumpulan anai-anai

Kehadiran

Kumpulan pemakanan

Subfamily MACROTERMITINAE Macrotermes 4 Fungi Macrotermes sp A 1 Fungi Odontotermes 2 Fungi Subfamily NASUTITERMITINAE Nasutitermes longinasus 1 Kayu mati Nasuititermes sp 1 Kayu mati Bulbitermes sp 1 Kayu mati Hospitilitermes sp 5 liken Subfamily TERMITINAE Termes 2 humus Procapritermes 3 humus Amitermes dentatus 1 Decayed logs Subfamily COPTOTERMITINAE Coptotermes sp 1 Kayu mati Sub family RHINOTERMITINAE Schedorhinotermes 6 Kayu mati TOTAL 28 Jadual 1: Senarai anai-anai yang diperoleh di trek 5 dan kumpulan pemakanan anai-anai.

Persampelan pada waktu malam di trek 3 telah menemukan dengan serangga ranting. Serangga ranting boleh menjadi produk eko-pelancongan yang baik namun memerlukan komuniti pokok yang sihat untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk serangga ranting membiak dan waktu sesuai untuk mudah dilihat. Kumpulan kami bercadang untuk menjalankan sekurang-kurangnya 3 kali lagi persampelan mengikut musim bagi kajian serangga ranting di kawasan Permatang Kuarza Genting Klang ini.

Anda mungkin juga menyukai