Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMUALAIKUM

Selamat datang ke rubiaahghazali.blogspot.com. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, kerana akhirnya blog ini dapat juga disiapkan. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga yang tersayang kerana telah banyak memberi kerjasama serta sokongan dalam menyiapkan blog ini. Blog ini lebih tertumpu kepada mata pelajaran matematik. Selain itu, turut dimuatkan di dalam blog ini ialah bahan-bahan serta sumber pengajaran yang boleh digunakan untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik. Adalah diharapkan agar semua guru yang ingin berkongsi maklumat dapat memanfaatkan blog ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan bertukar pendapat. Jika kawan-kawan sekalian ada sebarang pandangan atau teguran yang membina, bolehlah diluahkan di ruang komen yang telah disediakan. Bagi yang sudah mempunyai blog, diharap kita dapat bertukar-tukar idea dan pendapat. Jangan lupa follow dan link blog baru saya ini dengan blog saudara saudari sekalian, supaya kita boleh

terus berhubung. Akhir kata, semoga Allah SWT merahmati kita semua dan jangan lupa untuk bertandang ke blog saya lagi. Saya menantikan kehadiran kawan-kawan sekalian. Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai