Anda di halaman 1dari 20

03-May-2013

TAJUK 3: KESELAMATAN BENGKEL


1. 2. 3. 4. Peraturan dan Etika Punca Kemalangan Punca Kebakaran Pertolongan Cemas

DEFINISI KESELAMATAN
Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan

PERATURAN DAN ETIKA


1. Umum 2. Keselamatan

PERATURAN UMUM BENGKEL


a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)

Pakaian Pelindungan mata Tangan Menghormati orang lain Pemilihan alatan Pengendalian alatan Alatan pengapit Kelajuan kerja Pengurusan meja kerja Keselamatan lantai

03-May-2013

PERATURAN UMUM BENGKEL


a) Pakaian:
perlu kemas tanggalkan tali leher/dimasukkan ke dalam baju lipat lengan baju jika memakai baju berlengan panjang. Memakai apron/baju kerja

PERATURAN UMUM BENGKEL


b) Pelindung mata: Gunakan cermin keselamatan / pelindung mata apabila melakukan kerja-kerja membahayakan mata Pastikan pencahayaan yang cukup untuk mengelakkan dari sakit mata

PERATURAN UMUM BENGKEL


c) Tangan: Bersihkan tangan dari kotoran, gris atau minyak sebelum/selepas melakukan sesuatu kerja d) Menghormati orang lain Sentiasa membantu orang lain bila diperlukan Pastikan kerja yang dilakukan tidak mengganggu dan membahayakan orang lain

PERATURAN UMUM BENGKEL


e) Pemilihan Alatan Pilih saiz dan jenis alatan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan Baiki atau ganti bahagian yang rosak/patah/longgar sebelum menggunakan sesuatu alatan

03-May-2013

PERATURAN UMUM BENGKEL


f) Pengendalian Alatan Halakan mata pemotong ke bawah jika membawa alatan tajam Bawakan beberapa alatan sahaja pada suatu masa kecuali jika alatan ditempatkan di dalam bekas khas Jangan memasukkan alatan yang tajam ke dalam poket

PERATURAN UMUM BENGKEL


g) Alatan pengapit Gunakan apit yang sesuai untuk memegang benda kerja terutamanya apabila menggunakan pahat dan mesin elektrik mudah alih Elakkan dari menggunakan tangan anda untuk memegang objek yang anda kerjakan

PERATURAN UMUM BENGKEL


h) Kelajuan kerja Jangan gopoh semasa membuat kerja Kerja yang terancang pada kelajuan yang sesuai bukan sahaja selamat tetapi akan menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu

PERATURAN UMUM BENGKEL


i) Pengurusan meja kerja
Letakkan bahan kerja secara tersusun di atas meja dengan alatan berada di bahagian tengah meja kerja Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan dengan pemusingnya menghala ke bawah Pastikan laci dan pintu kabine sentiasa tertutup

03-May-2013

PERATURAN UMUM BENGKEL


j) Keselamatan lantai Kawasan tempat bekerja perlulah bersih dari reja bahan dan tumpahan minyak

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL


a) Jangan masuk ke dalam bengkel sebelum diarah oleh guru b) Pakai kasut bertapak getah apabila bekerja di bengkel c) Jangan bermain-main di dalam bengkel d) Gunakan pakaian spt apron atau baju kerja

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL


e) Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, lengan baju yang panjang perlu dilipat hingga ke atas siku f) Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugas g) Jangan gunakan alatan yang tumpul, hulu pecah atau longgar h) Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari guru semasa menggunakan alatan berkuasa elektrik

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL


i) Tanggalkan tali leher, rambut yang panjang perlu diikat atau disepit j) Dilarang memakai barang-barang kemas k) Pakai pelindung mata semasa menggerudi atau mencanai l) Laporkan sebarang kerosakan atau keadaan bahaya serta merta kepada guru

03-May-2013

KEMALANGAN
Definisi Kemalangan: Peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan berlaku

2. Kemalangan

Punca Kemalangan Langkah pencegahan kemalangan Rekod kemalangan

PUNCA KEMALANGAN
Punca kemalangan akibat daripada:1. Kecuaian pekerja/pelajar 2. Keadaan Peralatan/Perkakasan 3. Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja

1. Kecuaian Pekerja
a) Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul b) Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan c) Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau

03-May-2013

1. Kecuaian Pekerja
d) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran e) Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya

2. Keadaan Peralatan/ Perkakasan


a) Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan b) Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada guru jika ada c) Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahu mengguna dan memberhenti mesin dengn cara yang betul

2. Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja


a) Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling b) Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar c) Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar

LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN


1. Menghapuskan gangguan 2. Menggunakan alat-alat yang selamat 3. Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan 4. Melatih pekerja 5. Memakai peralatan perlindunganpakaian, kasut, topi keselamatan

03-May-2013

REKOD KEMALANGAN
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 : mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat Keselamatan dan Pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja

REKOD KEMALANGAN
Tujuan menyimpan rekod:1. Membantu untuk membuat laporan yang tepat dan lengkap 2. Panduan keberkesanan langkah pencegahan 3. Asas penilaian keberkesanan program keselamatan 4. Menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan yang serupa

REKOD KEMALANGAN
Tujuan menyimpan rekod:4. Menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak selamat 5. Menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan

3. Kebakaran

Punca Kebakaran Jenis api/kebakaran Peralatan pencegahan kebakaran Langkah pencegahan kebakaran

03-May-2013

PUNCA KEBAKARAN
Punca kebakaran di tempat kerja terjadi disebabkan oleh: 1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya 2. Api ubat nyamuk. Mancis, puntung rokok 3. Kebocoran atau mampatan gas 4. Haba mekanikal yang terjadi disebabkan oleh geseran

PUNCA KEBAKARAN
Punca kebakaran disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel 2. Lebihan beban aliran kuasa 3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar

PUNCA KEBAKARAN
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar atau fius 5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat

JENIS-JENIS API/KEBAKARAN
1. 2. 3. 4.

Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D

03-May-2013

1. Kelas A

2. Kelas B

Kebakaran yang melibatkan bahan pepejal organik yang mudah terbakar seperti kayu dan kertas

Kebakaran yang melibatkan cecair mudah terbakar atau pepejal yang mudah cair seperti gris, gasolin, minyak dan sebagainya

3. KELAS C

4. KELAS D

Kebakaran yang melibatkan gas yang tidak mempunyai risiko menyebabkan letupan

Kebakaran akibat logam yang mudah terbakar dan biasanya khusus untuk jenis-jenis logam tertentu sahaja

03-May-2013

PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


Peralatan pencegahan kebakaran yang siap dipasang pada bangunan dikategorikan kepada dua jenis: 1. Perlindungan Aktif 2. Perlindungan Pasif

1. Perlindungan Aktif
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik Terdapat 9 jenis perlindungan aktif : i. Alat pecah kaca ii. Alat pengesan haba

1. Perlindungan Aktif
iii. Alat pengesan asap iv. Sistem pemasangan pancur (riser) v. Sistem pili bomba vi. Sistem salur bantu semula(hosereel) vii. Sistem gas karbon dioksida viii. Sistem pemasangan tetap buih

2. Perlindungan Pasif

Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur bangunan Ia berfungsi untuk :
a) menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung b) menggunakannya sebagai laluan keluar c) tempat yang selamat untuk menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

10

03-May-2013

2. Perlindungan Pasif
Jenis perlindungan pasif: a) Tangga terlindung b) Koridor terlindung c) Pintu rintangan api d) Ruang akses menentang kebakaran e) Lif bomba

LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. Pendidikan dan Latihan Penguatkuasaan Kejuruteraan Kawalan Keselamatan Penyelenggaraaan peralatan Good house keeping

1. Pendidikan dan Latihan


a) Mengadakan ceramah tentang bahaya-bahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran b) Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem kebombaan

1. Pendidikan dan Latihan


c) Menubuhkan pasukan kadet bombaatau sukarela d) Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dari kurikulum sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi e) Mengadakan latihan bersama Mork Drill bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti masalahmasalah yang wujud dalam latihan tersebut

11

03-May-2013

2. Penguatkuasaan

3. Kejuruteraan

Seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 341/1988 Pegawai ini juga bertanggungjawab membuat pemantauan untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam bila-bila masa

Badan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahanbahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan

4. Kawalan Keselamatan

5. Penyelenggaraan Peralatan

Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik

Peralatan akan diselenggara dari masa ke semasa supaya berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan

12

03-May-2013

6. Good House Keeping

PERTOLONGAN CEMAS
1. Peti Pertolongan Cemas 2. Tanggungjawab Ketika Kecemasan 3. Jenis-jenis Rawatan dan Bantuan Kecemasan

Penyusunan mengikut penyesuaian barang atau tempat yang dikhaskan Tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan

PERTOLONGAN CEMAS
Definisi Pertolongan Cemas: Bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih

1. PETI PERTOLONGAN CEMAS

Setiap bengkel perlu memiliki peti pertolongan cemas yang lengkap Diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa yang memerlukannya Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaga dan menambah barang yang telah habis digunakan

13

03-May-2013

2. TANGGUNGJAWAB KETIKA KECEMASAN


1. Menilai Situasi Kecemasan 2. Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat 3. Memberi Bantuan Kecemasan

1. Menilai Situasi Kecemasan


Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa kecederaan Tanya diri anda soalan-soalan berikut:i. Adakah terdapat sebarang bahaya yang berterusan? ii. Adakah nyawa seseorang di dalam bahaya?

1. Menilai Situasi Kecemasan


iii. Adakah orang ramai boleh memberi bantuan? iv. Adakah saya memerlukan bantuan pakar?

2. Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat

Pastikan diri sendiri selamat dari bahaya sebelum membantu orang lain Lazimnya langkah yang mudah dalam menghadapi kecemasan ialah menutup suis elektrik bagi memastikan kawasan itu selamat Pindahkan mangsa kecederaan ke tempat yang selamat dari bahaya Mendapatkan peralatan dan bantuan pakar dengan segera

14

03-May-2013

3. Memberi Bantuan Kecemasan

3. Memberi Bantuan Kecemasan


Memikirkan juga siapa yang boleh memberi bantuan Di mana bantuan boleh didapati Bagaimana mendapat bantuan tersebut

Bantuan kecemasan akan diberi kepada mangsa dengan segera Setiap keputusan dan tindakan yang cepat dan tepat perlu diambil agar dapat membantu mangsa Sekiranyanya anda bersedirian, anda perlu: Menentukan bila bantuan diperlukan dan ke tahap mana bantuan diperlukan

3. JENIS-JENIS RAWATAN DAN BANTUAN KECEMASAN


i. ii. iii. iv. Kesukaran Bernafas Luka dan Lebam Terbakar dan Melecur Kecederaan Elektrik

1. Kesukaran Bernafas

Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan lemas Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau disebabkan udara dipenuhi oleh gas atau asap

15

03-May-2013

1. Kesukaran Bernafas

2. Luka dan Lebam

Di dalam makmal, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat sedutan sama ada daripada asap gas atu wap toksik Asap atau gas-gas dalam ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat Oleh itu, sentiasa menggunakan peralatan perlindungan sebelum menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap atau wap

Terdapat dua jenis luka:


1. Luka terbuka 2. Luka tertutup (pendarahan dalaman)

1. Luka Terbuka
Satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya Luka ini terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan Rawatan bagi luka-luka yang kecil:
a. Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas b. Jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air yang mengalir

1. Luka Terbuka
c. Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril d. Tutup sementara luka dengan menggunakan pembalut kasa yang steril e. Bersihkan kulit di sekeliling luka dengn sabun dan air atau pencuci yang dapat menanggalkan gris. Buang pad kapas daripada luka dan gunakan pad kapas yang baru setiap kali mengesat luka f. Lap luka sehingga kering dan kemudian balut dengan pembalut berperekat atau plaster

16

03-May-2013

1. Luka Terbuka
Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk): a) Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam spt kaca b) Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka dengan tapak tangan. Jika boleh lakukan dengan pembalut yang bersih

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk): c) Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada aras atas jantung mangsa itu. Pegang anggota itu perlahan-lahan jika anggota ini mengalami keretakan d) Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk): e) Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian gunakan satu balutan steril. Balut luka dengan sempurna tetapi janganlah terlalu ketat. Jika terdapat objek lain yang tertonjol keluar letakkan pad pada mana-mana bahagian objek itu sehingga kedudukannya cukup tinggi untuk dibalut tanpa menekan objek itu

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk): f) Sokong atau ampu dengan teguh bahagian anggota yang tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah

17

03-May-2013

LEBAM

3. Terbakar dan Melecur

Lebam terjadi apabila bahan terkena hentakan daripada objek yang tumpul Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit

Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada: haba yang kering daripada kebakaran atau bahan mengakis Sejuk yang keterlaluan spt menyentuh wapwap beku spt nitrogen cecair dan karbon dioksida pepeja (ais kering) Melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah seperti wap atau cecair panas

3. Terbakar dan Melecur

3. Terbakar dan Melecur

Objektif utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan. Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan

Pesakit akan kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit Pesakit mungkin berasa cepat loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah

18

03-May-2013

Apa yang perlu dilakukan untuk merawat kesan terbakar dan melecur
a) Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan pantas untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu b) Lindungi bahagian yang terbakar dengan kain yang bersih kerana kulit yang terbakar sangat mudah dijangkiti kuman c) Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil

Apa yang perlu dielakkan


i. Jangan sentuh bahagian yang cedera ii. Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung iii. Jangan sapu losen atau bahan lemak ke tempat yang cedera

4. Kecederaan Elektrik

4. Kecederaan Elektrik

Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin menyebabkan mangsa pengsan serta jantung dan nafas terhenti Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang pada lazimnya menghalang mangsa melepaskan kabel elektrik

Jangan dekati mangsa (sekurangkurangnya 18 meter) sehinggalah bekalan kuasa telah diputuskan

19

03-May-2013

Tindakan yang perlu diambil


i. Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera ii. Mungkin mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan, jika perlu iii. Rawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang berkaitan. Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan kejutan

20

Anda mungkin juga menyukai