Anda di halaman 1dari 1

Sekolah Idaman Saya Pendahuluan: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk pelajar menimba ilmu

pengetahuan sekolah ibarat rumah kedua kepada pelajar sebagai rumah kedua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada para penghuninya Isi-isi: 1. Untuk memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu pengetahuan yang sewajarnya, mereka memerlukan warga guru yang bertanggungjawab dan komited terhadap tugas menyampaikan ilmu pengetahuan guru-guru perlu menyemaikan perasaan kasih sayang kepada anak didiknya supaya mereka akan sentiasa dihormati dan bukan ditakuti 2. Sekolah idaman juga merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar yang berdisiplin disiplin yang baik menjadi asas kepada suasana sekolah yang tenteram dan harmoni keadaan sekolah yang tidak terkawal kerana masalah disiplin pelajar, sudah pasti akan mengganggu proses pembelajaran 3. Sekolah idaman haruslah memiliki kemudahan fizikal yang lengkap membolehkan pelajar belajar dengan selesa para guru mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya sekolah dilengkapi dengan perpustakaan, makmal komputer, dan pusat akses 4. Kebersihan merupakann aspek yang penting dalam kehidupan persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik akan memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada setiap warga di sekolah Penutup: Sekolah ibarat sebuah rumah kita memerluan sebuah rumah yang cantik, selesa, dan tenteram untuk didiami begitu juga halnya dengan peranan sekolah sebagai tempat pelajar menimba ilmu pengetahuan