Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program untuk membantu proses pembinaan diri insan secara holistik. Program ini penting untuk membentuk guru yang seimbang daripada semua aspek dan seterusnya melahirkan generasi muda yang cemerlang. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kea rah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Di samping itu, program ini diharapkan melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Melalui program ini, para guru dapat menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang dan mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Program (BIG) kali ini yang berteraskan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di SK Matang Jaya. Aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan iaitu Program Semarak Merdeka bersifat gotong-royong yang disertai oleh 26 orang guru dari kumpulan MTE 1 dan kumpulan PIM 1 dan 42 orang murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Matang Jaya. Melalui aktiviti berkenaan, kami saling berinteraksi, berkenalan dan bergaul mesra antara satu sama lain kerana kebiasaan hari, kami tidak berpeluang bertemu di mana kami sibuk dengan kerja seharian. Lagi pun kami berasal dari tempat yang berbezabeza dengan social budaya yang berlainan. Namun begitu, kami telah bekerjasama untuk menjayakan aktiviti Program Semarak Merdeka kali ini. Pada pagi hari berkenaan, semua guru dan murid- murid yang terlibat telah berkumpul di dewan SK Matang Jaya, Kuching tepat pada masanya untuk pendaftaran. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa dari wakil guru. Pengerusi majlis Encik Mohammad Hamani Bin Salleh telah memberi ucapan aluan dan taklimat tentang matlamat, objektif dan tujuan program ini. Beliau memberi tahu
bahawa setiap warga Negara boleh mengimbas dan menilai persekitaran dan alam sekitar untuk memahami pengertian sebenar kemerdekaan. Hari Kemerdekaan mesti disanjung oleh semua warga yang sayangkan makna merdeka dan pengisian sebalik
kemerdekaan dan menyediakan diri bersama memakmurkan Negara tercinta iaitu Negaraku Malaysia. Setelah taklimat ringkas tentang pembahagian tugas gotong rong oleh Puan Junieta Binti Borhan selaku penyelaras Gotong Royong. Guru-guru dan murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong. Seorang ketua kumpalan telah dilantik untuk setiap kumpulan untuk mengiringi dan membimbing ahli-ahli kumpulan kea rah malaksanakan pembahagian tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mengambil peralatan. Kerjasama amat diperlukan dalam aktiviti ini sebab kebanyakan peralatan adalah mengecam keselamatan guru-guru dan murid-murid. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai sebab masa akan dijimatkan dan dos kerja akan dikurangkan. Seterusnya, guru-guru dan murid-murid pun mula bekerja dengan hati yang riang. Murid-murid yang bertanggungjawab membersihkan kawasan akan mencuci tandas lelaki dan tandas perempuan sekolah, mencuci longkang, mengutip sampah di sekeliling sekolah dan menyusuan bata di sekeliling taman sekolah. Guru-guru dan murid-murid menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Kami bersyukur kerana cuaca pada hari tersebut sangatlah baik dan ini telah melicinkan kerja-kerja gotong-royong pada pagi itu. Oleh itu, saya telah diketahui
Tuhan telah berbuat baik kepada kita jika kita telah membuat sesuatu yang baik. Murid-murid yang bertanggungjawab membersihkan taman sekolah juga menjalankan tugas masing-masing supaya taman sekolah kelihatan bersih dan kemas. Dalam menjalankan aktiviti-aktiviti membersihan taman, murid-murid didedahkan keperitan dan kesusahan pekerja yang bekerja di bawah matahari yang terik supaya mereka akan menghormati orang yang berjasa kepada masyarakat. Perpustakaan sekolah kelihatan bersih dan kemas setelah kerja membersih dan menyusun buku dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh murid-murid yang
bertanggungjawab. Murid-murid yang diberi tugas untuk menghiaskan pondok telah menyediakan satu suasana yang selesa untuk murid yang berehat di tempat tersebut. Melalui aktivit-aktiviti seperti ini, hubungan guru dengan murid dapat dieratkan lagi. Nilai-nilai seperti kerjasama dan sikap bertolerasi dapat diwujudkan untuk
menyediakan murid-murid hidup dan kemasyaratan. Segala kerja disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti yang seterusnya ialah mengadakan pertandingan membuat poster Saya Cinta Malaysia. Pertandingan berkenaan disertai oleh murid-murid tahap 2 manakala pertandingan mewarna disertai oleh murid-murid tahap 1. Tujuan pertandingan berkenaan adalah supaya sifat
mencintai bangsa dapat ditanam untuk mewujudkan semangat perpaduan. Di samping itu, penerapan nilai dan unsur patriotisme dapat dipupuk melalui pertandingan ini. Patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealism yang menyentuh soal-soal kebangsaan, kenegaraan,
tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap Negara, bangsa dan agama. Setelah aktiviti-aktiviti pertandingan disempurnakan, guru-guru dan murid-murid telah disuruh berkumpul semula di dewan SK Matang Jaya. Majlis penyampaian
hadiah pertandingan mewarna dan membuat poster dibuka dengan rasminya oleh Encik Saidal Bin Mat iaitu Pegawai Pendidikan Daearah Sibu. Pemberian cederamata diadakan selepas majlis penyampaian hadiah. Penutupan Program Semarak Merdeka telah berjaya dilaksanakan dan semua peserta telah dijemput untuk menjamu selera di dewan makan SK Matang Jaya. Aktiviti kemasyaratan telah tamat dan bersurai pada pukul 10:45 pagi.
Disediakan Oleh, KIEW SIEW CHIN PPG Kumpulan MTE1 ambilan Jun 2011
10.0 PENILAIAN KENDIRI Saya berasa bangga kerana dapat menyertai aktiviti bergotong-royong keran aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping mempertingkatkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan murid-murid tidak mengira bangsa, agama dan latar belakang masing-masing. Sememangnya, aktiviti seperti ini mat Tanpa kerjasama yang
diberikan, pastinya kebanyakan kerja tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Nilainilai seperti bertolak ansur, hormat-menghormati dapat dipupuk . Konsep perpaduan kaum dapat dieratkan supaya warga Negara kita dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Segala ancaman dan perkara yang mengancam keselamatan dapat dielakkan. Melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ini, saya dapat merasai semangat hidup berpasukan dapat dipertingkatkan. Kekuatan saya dalam program ini ialah saya sudi bekerjasama di antara satu sama lain dan sudi menerima pandangan orang lain untuk menjayakan program ini. Contohnya, semasa perbincangan tentang menghias pondok, saya dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan dengan baik dan sentiasa bersedia menerima pendapat atau idea malah kritikan orang lain. Perbincangan memerlukan semangat permuafakat dan sikap bertolak ansur supaya tidak berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Dengan adanya sikap yang positif ini, barulah kita dapat menjayakan sesuatu projek demi untuk menghasilkan idea yang bernas dan terbaik di samping mempelajari kelebihan orang lain dan menerima kelemahan orang lain. Dengan itu, sahsiah kita sebagai seorang guru dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, saya telah mengetahui keperitan dan kesusahan pekerja yang bekerja di bawah pancaran matahari yang terik. Dengan pengalaman sendiri, saya berasa kagum terhadap golongan ini kerana mereka perlu mempunyai ketabahan dan ketekadan yang kuat kerana sentiasa menghadapi pelbagai masalah dan cabaran terutamanya cuaca semasa mereka menjalankan tugas mereka. Mereka perlu
meneruskan kerja mereka dengan komitmen walaupun dalam keadaan yang teruk. Jadi, saya amat terharu dan menghormati mereka sebahgai salah satu penyumbang
jasa kepada Negara kita. Tanpa usaha golongan ini, maka kemajuan Negara dalam arena ini akan merosot dan tidak dapat bersaing dengan negara lain. Kita tidak harusnya menghina dan memandang rendah terhadap mereka kerana mereka juga sebahagian dalam masyarakat Malaysia yang amat berjasa dalam pembangunan Negara. Hormat yang patut haruslah diberi kepada mereka supaya mereka dirasai diitiraf dan dirayan secara mesra dan adil walaupun sebahagian mereka tidak berpengetahuan. Kelemahan saya dalam program ini pula ialah tidai pandai berinteraksi atau bergaul dengan orang lain terutamaya orang yang baru dikenali. Pada permulaan, saya berasa amat segan untuk bercakap sebab tidak pandai mencari topik perbualan untuk berbual dengan mereka. Antara kelemahan saya yang lain ialah tidak mempunyai ketabahan untuk meneruskan usaha sekiranya menemui sebarang halangan yang besar atau dengan kata lain iaitu mudah putus asa. Apabila saya dapat tahun Program Bina Insan Guru perlu dibuat dalam masa yang singkat, saya mula merasa bimbang dan kuatir kerana takut tidak dapat melaksanakannya dengan baik. Tetapi akhirnya, saya dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan bantuan rakan-rakan sekalian yang telah terlibat diri dalam Program Semarak Merdeka ini. Daripada pengalaman ini, saya telah
membuktikan bahawa keberanian dapat mencabar rintangan yang dighadapi. Selain daripada itu, saya berasa diri saya adalah seorang yang kurang sabar dan degil. Kadang-kadang saya tidak dapat menerima cadangan dan pandangan orang lain. Selapas menyertai program ini, saya telah mempelajari untuk mengawal diri supaya dapat mendengar nasihat orang lain yang berguna dan bermanfaat. Pengajaran ini amat berguna pada masa hadapan sebagai seorang guru yang berperanan. Secara keseluruhannya, saya berasa bersyukur dan berterima kasih kerana saya berpeluang untuk menyertai program yang bermanfaat ini. Saya berasa seronok
selepas menyertai aktiviti kemasyarakatan yang bermakna ini walaupun proses menjalankan tugas ini amat berat dan meletihkan. kenangan yang manis dalam ingatan. Pengalaman ini akan menjadi
mengaplikasikannya pada masa Dengan tidak adanya program ini, saya tidak mungkin akan dapat mempelajari pengajaran yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak yang menjayakan program sebegini. Harapan saya adalah aktiviti seperti ini dapat diteruskan supaya saya dapat mengendalikannya dengan lebih baik.
11.0 PENUTUP Pihak penganjur telah melaksanakan Program Semarak Mederka ini dengan berjayanya mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan di mana segala objektif telah dicapai. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruguru yang terlibat dan memberi sokongan program ini. Pihak penganjur juga berharap program ini dapat diteruskan pada masa yang akan dating supaya program sebegini dapat melahirkan insan yang sedia berkhimat untuk bangsa dan negara.
9.0 REFLEKSI KENDIRI Saya berasa amat bersyukur dan berpuas hati kerana segala perancangan dan pelaksanaan Program Bina Insan Guru Fasa ii 2013 ini telah dilaksanakan dengan berjayanya. Walaupun program ini merupakan program yang penuh dengan cabaran, akhirnya dapat dilaksanakan dengan Berjaya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program Bina Insan Guru yang dilaksanakan dalam bentuk ceramah yang bertajuk Guru Sebagai Insan Mulia . Ceramah ini telah dijalankan pada 01/09/2013 (Ahad) dan mula pada pukul 1100 hingga pukul 1300 dengan bertempat di
perpustakaan Sk Matang Jaya. Pelaksanaan ceramah ini memberi pengalaman yang baik kepada saya kerana saya diberi peluang untuk menyertainya. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan guru Semester lima yang telah ditetapkan untuk semua guru PPG ambila Jun 2011. Melalui program ini, semua guru berpeluang untuk bergaul mesra dan berkenalan diantara satu sama lain walaupun guru-guru yang menyertai program ini tidak pernah berjumpa sebelum ini. Program ini telah membawa pengajaran yang
bermanfaat kepada semua yang terlibat. Program berceramah ini telah disertai oleh kumpulan MTE1 dan kumpulan PIM 1 ambilan Jun 2011 dari IPGK Batu Lintang serta seorang guru dari kumpulan PRA dari PPG ambilan Jun 2011 dari IPGK Tun Abdul Razak. Seramai 26 orang guru telah menyertai program ini. Aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan dengan berjaya di bawah kerjasama dari semua pihak yang terlibat terutamanya pihak Sekolah Kebangsaan Matang Jaya. Di mana pihak Sekolah Kebangsaan Matang Jaya telah sudi menerima kami untuk mengadakan ceramah ini. Peserta-peserta yang hadir telah membuat pendaftaran pada pukul 1045 pagi. Ceramah bertajuk Guru Sebagai Insan Mulia ini bermula pada pukul 1100 pagi
Pengerusi ceramah,
Encik Mohammad Hamani Bin Salleh telah memberi ucapan alu-aluan. Majlis ceramah ini telah menjemput Encik Saidal Bin Mat tentang Guru Sebagai Insan Mulia. Ceramah ini telah dimulakan dengan penjelasan dan pengertian guru sebagai insan mulia merupakan satu penghormatan dan penghargaan bagi setiap guru kerana keilimuan, kemahiran dan kesungguhannya. keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Guru-guru haruslah meningkatkan dengan berusaha melaksanakan selaku Pegawai
Pendidikan Daerah sibu (Penyelia Pendidikan islam, Sibu) untuk memberi ceramah
tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Ianya dalah sebagian daripada amal, soleh yang diperintah oleh Allah bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Guru perlulah bersifat peribadi mulia, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas untuk mendidik anak bangsa negara supaya mereka menjadi insan yang mulia pada masa hadapan. Menurut Encik Saidal Bin Mat, guru berperanan sebagai penyampai yang benar dan merupakan pengasuh dan pendidik anak-anak bangsa dengan kasih sayang. Beliau juga berpendapat bahawa guru adalah pembentukan adab dan akhlak anankanak. Di samping itu, guru dapat membina keyakinan dan kekuatan dalaman kanakkanak untuk menjadi insan yang mulia serta alah pembimbing ke arah kebenaran supaya dapat dicontohi dan dikuti. Beliau juga menyentuh topik tentang ciri-ciri guru yang efektif dalam isi ceramah ini. Saya telah diketahui bahawa guru-guru adalah kuat dalam pegangan agama,
mempunyai minat dan itizan yang tinggi dan mantap terhadap tugasnya sebagai seorang pendidik. Selain daripada itu, guru haruslah sentiasa meningkatkan diri Beliau juga
berpendapat bahawa guru harus berani dan tegas dalam menegakkan kebenaran Sesuatu ilmu. Saya telah membuat penilaian diri selepas mendengar pendapat beliau. Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk melengkapkan diri untuk menempuh cabaran yang ditemui.
Penceramah
juga
menyedarikan
saya
bahawa
kesediaan
guru
dalam
mengamalkan budaya-budaya professional yang perlu ada pada diri sebagai seorang guru. Penceramah telah menegur bahawa zaman sekarang ini, terdapat guru yang suka memakai pakaian yang menonjol mata dan berfesyen konon untuk melengkapkan diri. Daripada teguran beliau, saya telah diingatkan bahawa seorang guru perlulah mempunyai penampilan yang menarik dan bersesuaian sebagai seorang guru. disebabkan guru adalah contoh teladan kepada murid-murid yang diajar. Penceramah juga menyentuh tentang akuanbiliti seorang guru di mana guru perlu bertanggungjawab hadir ke kelas dan mengajar murid-murid mereka mengikut jadual yang ditetapkan. Beliau telah mengaitkannya dengan budaya menepati masa bagi melaksanakan tanggunjawab untuk mendidik anak-anak. Saya telah disedari Ini
bahawa isu ini telah jelas menekankan masalah segelintir guru yang selalu dating lewat ke sekolah dan telah memberi banyak alas an untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan. Nasihat dan teguran dari beliau akan sentiasa diingati dan diambil serius oleh guru-guru sekalian yang sedia untuk berkhimat untuk negara. Ceramah ini diteruskan dengan penyampaian Bicara Guru oleh wakil-wakil guru dari PPG ambilan Jun 2011 dari IPGK Batu Lintang. pengalaman dan pendapat yang bernas. Mereka telah berkongsi
membincangkan bicara guru dalam ceramah ini. Saya berasa bangga kerana dapat memberi serba sendikit pendapat saya tentang topik ini. Setelah melibatkan diri dalam ceramah ini, saya menerima banyak manfaat. Di antara manfaat yang diperolehi adalah saya lebih yakin akan untuk menjadi seorang pendidik yang mulia. Saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang padat menerusi membaca atau dengan cara yang lain. Saya sedar bahawa dengan pengetahuan yang luas, barulah dapat meningkatkan produktiviti kita terhadap bangsa dan negara. Dari segi kerohanian dan akhlak, guru perlulah mengkaji dirinya dengan hubungannya dengan Allah bagi sesiapa yang beragama Islam. Akhlak sentiasa
ditingkatkan sama ada dengan membaca atau taubat dan penyelesaian terhadap kesilapannya. Dari segi fizikal dalam kemasyarakatan, kesihatan badan dan fizikal
disemai demi untuk membaiki kelemahan diri untuk mencapai objektif yang telah dirancang. Ciri-ciri, konsep professional, kod etika dan sifat guru efektif juga disentuh oleh wakil-wakil guru yang memberi ceramah ini. Saya telah menerima banyak pengalaman yang bernas menerusi ceramah ini secara langsung atau tidak langsung. Ceramah yang diberikan oleh Encik Saidal Bin
Mat amatlah berharga dan ini akan menjadi panduan untuk semua guru. Majlis dirasmikan berakhir dengan pemberian cenderahati kepada para hadirin dan penceramah sebagai kenangan. Peserta-perseta bersurai pada pukul 1 petang dengan hati yang riang. Program ini berjalan dengan lancer atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.
10.1 PENILAIAN KENDIRI Ceramah ini merupakan ceramah yang amat berfaedah dan bermakna. Isi
ceramah yang begitu padat dan bernas bukan shaja memanfaatkan saya, tetapi juga guru-guru yang lain. Setelah menyertai ceramah yang bertajuk Guru sebagai insan Mulia ini, saya berpendapat bahawa guru berperanan dan bertanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak bangsa. Seperti yang dikatakan oleh penceramah, tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja, guru juga bertanggungjawab untuk membentuk insan yang mulia dan berkualiti. Hasrat yang diharapkan seperti yang dikatakan di atas perlulah direalisasikan oleh guru dengan menepuh pelbagai cabaran dan dugaan masyarakat kepada guru alam era pendidikan. Misalannya, masalah gejala sosial di kalangan pelajar harus
diambil tindakan pencegahan. Harapan ibu bapa yang telah dicurah kepada anak-anak mereka memberi tekanan yang besar kepada guru untuk menanggungnya. Demi untuk menempuh cabaran ini, guru haruslah mempunyai hati yang tabah. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, maka guru hendaklah