Anda di halaman 1dari 2

Latar belakang Tamadun cina merupakan tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka

bumi. Tamadun cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahanperubahan dalam proses perkembangan yang panjang.

Tamadun china dipercayai bermula kira-kira pada millennium ke-6 sebelum masihi. Berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-

kebudayaan Neolitik iaitu zaman batu baru, yang paling awal dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai Yangshao. Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya mula muncul pada millennium ke-5SM di Banbo, Xian di provinsi Shaanxi. Tapak-tapak budaya ini dijumpai di Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukan kawasan terletaknya peradaban Cina. Keadaan bentuk geografi di kawasan ini iaitu kawasan tanah pasir halus telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Selama lebih kurang 5000tahun lamanya iaitu kira-kira 6 milenium sebelum masihi, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah dan utara negara China. Kemudiannya di ganti oleh kebudayaan Longshan secara beransur-ansur. Kebudayaan Longsan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal muncul lewat pada tahun ke-2 SM. Nama yang diberikan untuk tamadun Longshan berkaitan dengan penemuan tapak arkeologi di Longshan dan berada di wilayah Shandung. Selain itu, pusatpusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di

wilayah Jiangxi dan di Sanxingdui berada di wilayah Sichuan.

Kebudayaan Longshan terkenal dengan tembikar. Hal ini demikian kerana kualiti tembikar yang dihasilkan Longshan lebih tinggi mutunya berbanding kebudayaan-kebudayaan lain. Penghasilan tembikar dengan menggunakan mesin

peroda tembikar dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.

Seterusnya ialah dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan dengan simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di dalam negara. Logam gangsa dihubung kaitkan dengan bekas-bekas ritual atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou( 1123221SM). Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan dan mengurangkan perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum. Selain itu, dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya pembentukan negara kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Dinasti ini berpusat dibahagian utara Henan. Bahagian ini yang ditemui tapak-tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang memberi maklumat sejarah mengenai dinasti Shang dalam tamadun Cina. Namun begitu, tarikh tepat kewujudan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tarikh yang sedia ada diterima oleh semua masyarakat, namun masih terdapat bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027SM.

Anda mungkin juga menyukai