Anda di halaman 1dari 34

Adat resam perkahwinan kaum Melayu.

Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana kaum lain, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini. Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat: Peringkat pertama

Merisik atau menengok Meminang atau bertunang Menghantar belanja dan akad

Peringkat kedua

Berandam dan berasah gigi berinai

Peringkat ketiga

Bersanding Mandi limau Sambut-menyambut

Peringkat Pertama Merisik atau menengok Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan agama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka.

Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawankawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki perlu mengambil kira , bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu, tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu." Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu. Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika

perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

Meminang atau bertunang Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada keduadua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki. Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya. Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiah-hadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:

Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.

Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.

Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu: 1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka

masih bayi atau kanak-kanak lagi. 2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu. Menghantar belanja dan akad Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersamasama, mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar: 1. cincin yang bertatahkan batu permata 2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan 3. dua helai sarung sutera 4. beraneka jenis kuih 5. beraneka jenis buah-buahan 6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya hadiah tetapi akan dipulangkan) 7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam

perak atau loyang (juga akan dipulangkan). Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh

agama Islam danundang-undang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan keperluan adat resam. Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggotaanggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya

dibariskan di tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta puan di hadapan baris. Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barang-barang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan), dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudian dalam bahasa Melayu: "... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..." Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan "berhutang" atau "tunai" sejurus selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan: "Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..." Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad dikira sah. Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu, bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan jamuan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak. Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin dan menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama.

Peringkat kedua Berandam dan berasah gigi Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahiserta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar). Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat". Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan. Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai. Istiadat berinai Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat: 1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi. 2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi. 3. Berinai besar. Istiadat berinai besar Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian pengantin, dia didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan

tetamu (kebanyakannya wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga pengantin perempuan. Di hadapan pengantin lelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing mengandungi nasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak selonggok pes inai. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap. Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi. Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi dan kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di rumah pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin lelaki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi istiadat ini tidak lagi dijalankan.

Peringkat Ketiga Bersanding , Mandi limau Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak

pengantin akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkanperceraian serta-merta. Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya. Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.

Sambut-menyambut Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi, jika ibu bapa mertuanya

merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang terdiri daripada beratusratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki. Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan. Inilah dia huraian secara ringkas tentang adat resam kahwin Melayu.

Rujukkan

Alwi bin Sheikh Alhadi. Malay Customs and Traditions (1962). Percetakan Universiti-universiti Timur Ltd. (pra-ISBN)

[sunting]Pautan luar

(Bahasa Melayu) Warisan Budaya Malaysia: Adat Resam Masyarakat Melayu

(Bahasa Melayu) Laman web Ashtech: Adat resam Melayu (Bahasa Melayu) Perkahwinan Adat Melayu (Bahasa Melayu) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Malaysia: Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu


(Bahasa Melayu) Direktori Malaysia: Adat majlis perkahwinan Melayu (Bahasa Melayu) Adat Isitiadat Perkahwinan Melayu Melaka

Kategori:

Kebudayaan Melayu Perkahwinan

PENGENALAN Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Antara objektif yang telah dibincangkan adalah: 1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada masyarakat. 2. Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu. 3. Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang 4. Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman bujang mereka. ADAT MERISIK Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih

dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.

Sudah lama langsatnya condong Barulah kini batangnya rebah Sudah lama niat dikandung Baru sekarang diizinkan Allah

Dari Pauh singgah Permatang Singgah merapat papan kemudi Dari jauh saya datang Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan Sampai ke tanah baru tergolek Kami bersyukur kepada Tuhan Datang kami disambut baik

Berapa tinggi pucuk pisang Tinggi lagi asap api Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan hati

Kabung enau tebang satu Tebang sekali dengan sigainya Tinggi gunung tinggi lagi harapanku Harapan dalam tutur katanya

Besar api Teluk Gadung Anak buaya mengonggong bangkai Niat hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai

Sudah lama langsatnya condong Dahannya rebah ke ampaian Sudah lama niat dikandung Baru sekarang disampaikan

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:

Perahu kolek ke hilir tanjung Sarat bermuat tali temali Salam tersusun sirih junjung Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita

Pelita dipasang atas peti Kalau sudah bagai dikata Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang Kayu cendana dijilat api Tidak pernah tuan bertandang Tentu ada maksud di hati

Tumbuk lada di atas para Ada kasut simpan di hati Tepuk dada tanya selera Apa maksud di dalam hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit Tempat raja menanam pala Harap kami bukan sedikit Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik Tali perahu terap belaka Sudah lama kami merisik Baru kini bertatap muka

Tinggi-tinggi si matahari Anak kerbau mati tertambat Sekian lama kami mencari Baru sekarang kami mendapat

Raja Hindu raja di Sailan Singgah berenang di persiraman Bagai pungguk rindukan bulan Kumbang merindu bunga di taman

Cendrawasih burung yang sakti Singgah hinggap di atas karang Kasih berputik di dalam hati Dari dahulu sampai sekarang

Singgah berenang di persiraman Mayang terendam di dalam tasik Kumbang merindu bunga di taman Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. MEMINANG & BERTUNANG Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan

menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan. Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuihmuih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara

pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin. Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggillangkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK* Terbahagi kepada lima cara: - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung. - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan. - Menggunakan pihak ketiga untuk meminang. - Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh. - Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh. Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT* Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat

dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..

NEGERI

ANAK DARA RM 22.50

JANDA RM 22.50

JOHOR

MELAKA

RM 40

RM 40

NEGERI SEMBILAN

RM 24(bukan waris) RM 48(waris) RM 725(kerabat diraja)

RM 12 RM 24

KERABAT DIRAJA RM 2500(dan puteri sultan) RM 2000(puteri raja muda 2 puteri kepada putera sultan) RM 1000 (puteri kerabat diraja) RM 550 (puteri anak raja @ waris) RM 625 RM 500 (puteri raja muda 2 puteri kepada putera sultan)

SELANGOR

RM 250 (puteri kerabat diraja) RM 137.50 (puteri anak raja @ waris)

RM 300 (puteri anak raja lain) RM 300 (anak perempuan orang orang besar) RM 200 (cucu orang orang besar) RM 80 (orang kebanyakkan)

RM 75 (puteri anak raja lain) RM 75 (anak perempuan orang orang besar) RM 50 (cucu orang orang besar) RM40 (orang kebanyakkan)

KUALA LUMPUR

RM 80

RM 40

PERAK

RM 101

RM 101

PULAU PINANG

RM 24

RM 24

PAHANG

RM 22.50

RM 22.50

.KEDAH

TIDAK DITETAPKAN

TIDAK DITETAPKAN

PERLIS

TIDAK DITETAPKAN

TIDAK DITETAPKAN

TERENGGANU

TIDAK DITETAPKAN

TIDAK DITETAPKAN

KELANTAN

TIDAK DITETAPKAN RM 100

TIDAK DITETAPKAN RM 80

SABAH

SARAWAK

RM 120

RM 120

WILAYAH PERSEKUTUAN

RM 80

RM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

al-Quran

perfume set

Alat penjagaan diri

Jam tangan

Make up

Chocolate

cake

ADAT BERINAI Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecilkecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

BERINAI CURI Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan

dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak

pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap. Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.

Anda mungkin juga menyukai