Anda di halaman 1dari 2

2.

PENUTUP

Selaras dengan matlamat Pendidikan Moral untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima, dan menunjukkan komitmen terhadapnya. Guru mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu

menyampaikan pelajarannya dengan berkesan, guru juga perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru juga bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah Role Model yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pihak, khususnya murid-murid di sekolah. Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan suci itu ialah para guru atau pendidik. Para guru sebagai ejen kepada keberkesanan pendidikan oleh itu tidak dinafikan guru menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar kerana walau sebaik mana pun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika ejen menyampaikan tidak efektif. Sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke-21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali 33

diri sendiri sebagai insan alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan juvana ( pelajar ) tidak dapat dibendung. Bagi merealisasikan aspirasi negara, pelajar sendiri seharusnya

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk mengubah diri kepada yang lebih baik. Pelajar seharusnya mempunyai motivasi intrinsik dan sedar arah tuju kehidupan mereka untuk memantapkan kehidupan yang berkualiti. Sekiranya semua orang sedar akan kepentingan nilai moral dalam diri mereka, maka matlamat pendidikan negara akan dapat di capai.

34