Anda di halaman 1dari 6

27 MAC 2013

LATIHAN MERUMUS TEKS UNTUK PELAJAR SPM ( TUISYEN IMPIAN SINAR)


Tajuk: Rumusan Teks dan Pemahaman

BAHAGIAN 2 RUMUSAN DAN PETIKAN RUMUSAN A. PENGENALAN 1. Soalan rumusan dikemukakan dalam Kertas BM 2 bahagian 1. 2. Soalan ini memperuntukkan 30 markah. 3. Pelajar perlu akur jumlah patah perkataan rumusan tidak lebih 120 patah perkataan. 4. Pelajar perlu mengambil perhatian terhadap soalan ini kerana mereka mudah untuk memperoleh markah penuh sekiranya faham kaedah menjawab soalan dengan format yang dikehendaki. B. KAEDAH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN 1. SEBELUM MENULIS RUMUSAN a. Baca dan fahamkan arahan soalan supaya pelajar dapat mengesan kehendak soalan dengan tepat. b. Gariskan kata kunci utama dan sampingan yang akan memandu pelajar untuk mencari i) Isi tersurat ( Tersenarai dalam petikan) ii) Isi tersirat ( Perlu ditulis sendiri berdasarkan kata kunci sampingan dan perkaitannya dengan isi tersurat ) c. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali atau sehingga anda faham, kemudian gariskan isi tersurat yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan kata kunci utama. d. Untuk mendapatkan isi tersirat, anda perlu mengaitkan isi tersurat yang anda peroleh dan menulis perkaitannya berdasarkan kata kunci sampingan. 2. SEMASA MENULIS RUMUSAN a. Penulisan Pendahuluan Rumusan ( 2 markah ) i. Pendahuluan rumusan perlu ditulis dalam satu ayat sahaja. ii. Kata kunci yang perlu ditulis hanya kata kunci utama dan kata kunci sampingan tidak perlu disalin. Namun, tiada kesalahan jika kata kunci sampingan ditulis tetapi tindakan tersebut akan menambah bilangan perkataan dalam rumusan anda. iii. Pastikan anda menukar kata kunci pertama dengan kata sama maksud untuk mendapat markah penuh bahagian pengenalan. iv.Sekiranya kata kunci utama tidak diubah, pelajar akan mendapat 0 markah untuk bahagian pengenalan.

Di bawah disenaraikan kata kunci utama yang kerap dikemukan dalam soalan rumusan dan disenaraikan perkataan yang sama maksudnya untuk tujuan menukar perkataan fokus pertama:No. Kata Kunci Utama Kata Sama Maksud Dengan Kata Kunci Utama 1 Sebab-sebab punca-punca, faktor-faktor, potensi 2 Langkah-langkah usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi 3 Masalah kekangan, penghalang, karenah, batasan, 4 Faedah-faedah keperluan, , kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal 5 Kesan-kesan akibat, keburukan, impak, implikasi, natijah 6 Ciri-ciri sifat-sifat, kriteria, 7 Cadangan Usul, pendapat, pandangan, 8 Peranan fungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan 9 Faedah kebaikan, manfaat, keuntungan, kelebihan

Contoh soalan dan cara menulis pengenalan rumusan yang baik. Contoh soalan rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usahausaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kesan-kesannya. Contoh penulisan pengenalan rumusan 1. Petikan membincangkan langkah-langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. ( 2 markah ) 2. Petikan membincangkan langkah-langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kesan-kesannya. ( 2 markah ) 3. Petikan membincangkan usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan-raya ( 0 markah) Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan rumusan:1. Petikan memperkatakan...... 2. Petikan menyentuh... 3. Petikan berkaitan... 4. Petikan membincangkan... 5. Petikan mengenai... 6. Petikan menerangkan.. 7. Petikan menghuraikan.. 8. Petikan menjelaskan 9. Petikan tentang.....

b. Penulisan isi tersurat ( 4 hingga 12 markah ) i. Isi tersurat ialah isi yang terdapat di dalam petikan teks dan panduan untuk menentukan isi ini berdasarkan kata kunci utama. ii. Biasanya dalam petikan yang diberikan terdapat 9 hingga 10 isi tersurat. iii. Calon perlu menulis sekurang-kurangnya 2 isi tersurat dalam bahagian ini. iv. Markah calon akan hilang sekiranya, calon menulis perkataan cadangan / saranan seperti patut, mesti, perlu, boleh, atau harus dalam bahagian ini sekiranya kata kunci rumusan meminta calon menulis faktor atau kesan ( Telah berlaku). Kesimpulannya, calon tidak boleh menambah idea, cadangan atau membuat ulasan di bahagian ini. v. Dicadangkan, calon menulis isi tersurat yang betul-betul mantap dan elakkan menulis isi tersurat yang rapuh. vi. Elakkan juga menulis isi yang bertindan atau isi yang sama maksud ( Setara). c. Penulisan isi tersirat ( 4 hingga 12 markah) i. Calon mencari isi tersirat berdasarkan kata kunci sampingan atau arahan kedua dalam soalan rumusan. ii. Pastikan isi tersirat tidak ada dalam petikan teks kerana isi yang tersenarai dalam teks bukan isi tersirat tetapi isi tersurat. iii. Sebarang isi yang tidak ada perkaitan dengan isi tersurat atau tidak mempunyai perkaitan dengan kata kunci sampingan tidak dianggap sebagai isi tersirat.
*** Dalam sesuatu petikan terdapat sekurang-kurangnya sembilan atau sepuluh isi tersurat.. Pilihan isi yang dicadangkan Isi tersurat : 6 5 4 3 2 Isi tersirat : 2 3 4 5 6 *** Pastikan gabungan isi tersurat dan isi tersirat mesti mempunyai 8 isi kerana markah yang diperoleh melalui gabungan isi ini di atas = 16 markah. d. Cara menulis penutup rumusan teks: ( 2 markah ) i. Kesimpulan sesuatu rumusan perlu ada ayat pandangan atau cadangan ( siapa yang terlibat) + kata hubung ( supaya/ agar ) + ayat harapan. Contoh: Kesimpulannya, masyarakat dan pihak berkuasa perlu membanteras gejala rasuah agar masalah tersebut tidak mengancam ekonomi negara. Markah : Pendahuluan : 2 markah Isi tersurat : 16 markah Isi tersirat : 4 markah Penutup : 2 markah Jumlah markah isi : 20 markah Markah bahasa : 10 iaitu separuh markah isi. Jika anda mendapat 20 markah isi markah bahasa anda 10, dan sebaliknya markah isi anda 12 maka markah bahasa anda dapat hanya 6 markah. Sebagai latihan cuba rumuskan teks di bawah:- ( Soalan Percubaan Kertas 2 SBP 2011) 1103/2 SULIT

Soalan I : R u m u s a n [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi f i z i k a l s e m u l a j a d i u n t u k m e n g e k a l k a n k e c e r g a s a n d a n k e c e r d a s a n m i n d a . Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi. Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada secara dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri. Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaikbaiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi. Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana 'Ayuh Berekreasi', Dewan Siswa, Januari 2010)

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan . [2 markah] (ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi? [ 3markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi . Berikan tiga cadangan. [4 markah] Kedudukan isi petikan teks dan juga isi pemahaman teks. Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi f i z i k a l semula jadi untuk mengekalkan k e c e r g a s a n d a n k e c e r d a s a n m i n d a . Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden . Hampir di setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi. Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada secara dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik , seperti belajar untuk bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri. Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan . Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian . Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaikbaiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi. Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja . Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.

Contoh jawapan rumusan yang dicadangkan. Namun, anda boleh menulis isi-isi lain berdasarkan pemilihan anda sendiri. Petikan teks membicarakan kebaikan berekreasi dalam kalangan remaja di Malaysia. Antara kebaikan berekreasi dalam kalangan remaja adalah kerana kegiatan tersebut merupakan terapi f i z i k a l s e m u l a j a d i u n t u k m e n g e k a l k a n k e c e r g a s a n d a n k e c e r d a s a n m i n d a dan mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Selain itu, berekreasi berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Berekreasi juga membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik dan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Namun, terdapat kekangan dalam kalangan remaja menyertai aktiviti berekreasi antaranya mereka berpendapat aktiviti in i membuang masa dan memenatkan. Kesimpulannya, ibu bapa dan pihak yang berkenaan perlu menggalakkan remaja berekreasi agar mereka menjadi generasi sihat untuk membangunkan negara. 122 patah perkataan Jawapan pemahaman teks. 1. Rangkai kata menuju alam kedewasaan bermaksud mengarah / menghala/ dunia / lingkungan / zon kematangan. Contoh jawapan pilihan: Rangkai kata menuju alam kedewasaan bermaksud mengarah zon kematangan. 2. Usaha yang telah dilakukan pihak kerajaan dan swasta adalah seperti menyediakan pusat kesihatan yang mempunyai peralatan senaman moden, menyediakan taman untuk berekreasi di kawasan perumahan, dan kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup. 3. Pihak sekolah boleh menggalakkan pihak remaja berekreasi dengan cara melaksanakan program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu program 1 Murid1 Sukan, mengadakan Hari Kokurikulum, mengadakan sukan tahunan, dan memberi anugerah atau penghargaan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan. Isi-isi lain dicadangkan:i) menubuhkan kelab rekreasi di sekolah. ii) mengaktifkan kelab sukan atau rekreasi yang sedia ada. Pastikan anda memperoleh markah cemerlang.