Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
com
Nota SainsTingkatan 3
Bab 1 - Respirasi
1.1 Mekanismepernafasanmanusia Sistem Pernafasan Manusia 1. Sistem ini membantu kita untuk bernafas. 2. Sistem respirasi terdiri dari: a. Organ pernafasan iaitu hidung, rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol dan alveolus. b. Tulang rusuk c. Otot intercostal dalam dan luar d. diafragma 3. Pergerakkan udara memasukki Peparu:
HIDUNG TRAKEA BRONKUS BRONKIOL ALVEOLUS
Struktur Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus.
Trakea
Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mukus.
Bronkus
Fungsi Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara. Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada binasa. Silia dan mucus membantu untuk memerangkap habuk dan mikroorganisma yang ada dalam udara. Udara terus keparu-paru
Page 1
www.sagadbl.com
Nota SainsTingkatan 3
Bab 1 - Respirasi
Paru-paru Tulangrusuk Diafragma paru. Lembut, seperti span, serta kaya dengan saluran darah dan alveoli. Tulang-tulang yang berbentuk sangkar di dalam rongga toraks. Ototberbentukkubahketikadalamkeadaanrehat. kiri dan kanan. Tempat berlakunya pertukaran gas. Melindungi paru-paru. Memisahkan rongga torak daripada rongga abdomen. Menggerakan tulang rusuk.
Otot intercostal
Tisu otot di antara dua tulang rusuk. Ia juga dikenali sebagai otot rangka.
Mekanisme Pernafasan Mekanisma pernafasan terbahagi kepada dua iaitu menyedut nafas dan menghembus nafas. 1. Proses Menyedut Nafas a. Sangkar tulang rusuk bergerak ke atas dan keluar b. Diafragma mengecut, bergerak ke bawah dan mendatar c. Rongga toraks menjadi lebih besar (isipadu bertambah) d. Tekanan udara dalam rongga toraks berkurang (lebih rendah dari luar) e. Udara masuk ke peparu 2. Proses Menghembus Nafas a. Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam b. Diafragma mengendur dan melengkung ke atas c. Rongga toraks mengecil (isipadu berkurang) d. Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah (lebih tinggi dari luar) e. Udara keluar dari peparu 3. Kita akan menyedut gas oksigen dan menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air. 4. Gas oksigen diperlukan oleh badan untuk memecahkan makanan untuk memperolehi tenaga. Tenaga diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti proses tubuh seperti tumbesaran, penyingkiran bahan buangan dan pembinaan sel-sel badan baru. 5. Persamaan mewakili proses respirasi :
Page 2