Anda di halaman 1dari 7

Latar belakang Proton Malaysia Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985.

Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut.

Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang. Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah lampu hadapan lebih nipis, bumper plastik, hendal pintu, gugusan lampu belakang baru dan plat nombor belakang diletakkan pada bumpernya.

Jenis-jenis Kereta Proton


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 07 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong olehPerbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut. Pemegang saham terdiri daripada:

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%) Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%) Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:


Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor. Tanjung Malim, Perak

Proton Saga Keluaran Pertama Malaysia

Proton Iswara

Proton Tiara

Proton Wira

Proton Savy

Proton Putra

Proton Satria GTI

Proton Arena

Proton Juara

Proton Perdana

Proton Waja

Proton Gen 2

Proton Pesona

Proton Satria Neo

Proton Saga BLM

Proton Exora

Proton Inspira

PROTON HOLDINGS BERHAD

PENGENALAN Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada tahun 1983 dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu: i. Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif dalam negara. ii. Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industry pembuatan automatif. iii. Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Setelah 28 tahun, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan menguasai pasaran otomobil tempatan. PROTON juga telah berjaya menembusi pasaran luar seperti pasaran Negara ASEAN, China, India, United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara.Aktiviti utama PROTON adalah merangkumi bidang Kejuruteraan Kenderaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Pengilangan Otomobil, Pengedaran Kenderaan, Jualan Kenderaan, dan Perkhidmatan Selepas Jualan. Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkumi Waja, Gen.2, Perdana V6, Arena, rangkaian model Saga, Savvy, Satria Neo, Persona dan Exora. Manakala, selepas pengambilalihan LOTUS, model keluaran PROTON juga termasuklah model Elise, Esprit, Exige, Europa dan Evora.

Anda mungkin juga menyukai