Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LINTANG

PANITIA BAHASA MALAYSIA


PEPERIKSAAN SEMESTER 1, TAHUN 2013
TINGKATAN 4

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Mei
2 jam

1103/1
Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan sendiri.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup
sihat berdasarkan gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1.

Rakan anda menulis sepucuk surat menceritakan kelemahannya menguasai mata


pelajaran tertentu. Dalam surat itu, dia meminta anda berkongsi teknik-teknik
pembelajaran yang anda amalkan sehingga berjaya menjadi pelajar cemerlang di
sekolah.
Balas surat tersebut selengkapnya.

2. Anak merupakan harapan sesebuah keluarga. Menyedari hakikat tersebut, anak-anak


harus mempersiapkan diri untuk menggalas tanggungjawab terhadap keluarga.
Tulis persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh anak-anak sebelum menggalas
tanggungjawab tersebut.
3.

Amalan lama seperti budaya tegur-menegur, kunjung-mengunjungi, dan hormatmenghormati dalam kalangan masyarakat hendaklah disuburkan semula.
Huraikan langkah-langkah untuk menyuburkan budaya tersebut dalam kalangan
masyarakat.

4.

Pencemaran alam telah menjadi masalah utama di seluruh dunia. Untuk menangani
masalah ini, pemimpin-pemimpin Negara di dunia perlulah memainkan peranan yang
lebih proaktif.
Bincangkan.

5.

Dalam menjalani kehidupan ini, pelbagai rintangan terpaksa kita tempuh demi
kesenangan pada hari esok, bak kata peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tulis suatu cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.............................
(HO HUI HUNG)

(RIDOS AK SIBRAD)
Ketua Panitia BM

.
(WONG LEE CHIN)
Ketua Bidang Bahasa

Anda mungkin juga menyukai