Anda di halaman 1dari 14

umpama aur dengan tebing

Makna : hidup saling memerlukan antara satu sama lain Contoh ayat : Farah dan Hana umpama aur dengan tebing kerana saling membantu dalam masalah pelajaran.

seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing

Makna : sikap mementingkan diri sendiri Contoh ayat : Hidup di rumah pangsa seperti enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.

seperti kera sumbang

Makna : tidak suka bercampur gaul dengan masyarakat Contoh ayat : Lee Yan tidak banyak berkawan kerana dia bersikap seperti kera sumbang.

ringan tulang

Makna : sikap rajin bekerja Contoh ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

ringan tangan

Makna : sikap suka membantu atau menolong orang Contoh ayat : Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia ringan tangan.

besar hati

Makna : bangga Contoh ayat : Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

PERIBAHASA

MAKNA DAN CONTOH AYAT

Anda mungkin juga menyukai