Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

MAJLIS BERTEMU WARIS


DAN
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
PPKI SK MATANG

TARIKH
19 OKTOBER 2009

TEMPAT
SK MATANG
LAPORAN MAJLIS BERTEMU WARIS DAN JAMUAN HARI
RAYA AIDILFITRI PPKI SK MATANG

Majlis bertemu waris dan majlis dan jamuan hari raya aidilfitri PPKI SK
Matang telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di SK Matang . Tujuan utama
majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan beramah mesra serta
memupuk perpaduan ( SATU MALAYSIA ) di antara pentadbir SK Matang, guru
– guru serta ibu bapa dan murid – murid pendidikan khas.. Guru Besar, guru-
guru dan ibubapa para murid pendidikan khas turut dijemput hadir pada majlis
tersebut

Majlis bermula pada jam 8.00, di mana ibu bapa telah menandatangani buku

rekod prestasi dan kad laporan murid.Selesai untuk sesi tersebut tepat pada jam

9.15pagi ibu papa dan guru telah berkumpul di dewan dan mereka di hiburkan

dengan persembahan nasyid oleh murid-murid..Majlis juga diselitkan dengan

ucapan dari Guru besar dan esterusnya upacara penyerahan duit raya kepada

semua murid-murid PPKI.

Setelah selesai ibu papa telah dijemput bersama murid dan guru untuk

menikmati hidangan di kantin. Pelbagai hidangan telah disediakan secara

bergotong royong oleh para guru dan beberapa orang Pembantu Pengurusan

Murid (PPM) sendiri. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi impit, kuah

kacang, lemang, rendang, laksa, bihun goreng, buah, kuih bahulu dan beberapa

makanan ringan yang lain serta kuih yang disumbangkan oleh guru-guru dan ibu
bapa.Majlis turut diserikan lagi dengan dendangan lagu raya.Majlis bersurai pada

jam 12.30 tengahari

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERTEMU WARIS DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
PPKI SK MATANG