Anda di halaman 1dari 1

kajian makna semantik

Salam sejahtera.Syabas atas kupasan maklumat yang cikgu catatkan. Izinkan saya memurnikan ruang ini sebaiknya. Melalui bacaan, saya mengenalpasti bahawa tokoh seperti A. Bakar Hamid (1967; 160-165) dalam Abdullah Hassan (2005; 154-157), menjelaskan bahawa makna merupakan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, suatu komunikasi pertutur itu tidak akanberkesan. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky pula berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Saya juga mendapati bahawa kajian mengenai makna telah dilakukan oleh ahli-ahli bahasa dan falsafah sejak zaman Yunani dan Romawi lagi. Sejarah semantik moden bermula dari abad ke19 di mana perubahan makna kata menggambarkan perubahan jalan fikiran dan nilai pada manusia.