Anda di halaman 1dari 24

Mohamad Suffyan Bin Mohd Daim undefined undefinedundefined 1.

0 Pengenalan

1.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pemandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada satu kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, Falsafah Pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini digubalkan daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah ini akan menjadi suluh yang member pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan samada di dalam institut pendidikan atau di luar institut pendidikan.

Dengan kata lain tiada falsafah pendidikan yang khusus baik yang tersirat, apa lagi yang tersurat bagi tujuan pendidikan pada masa itu. Oleh yang demikian, bagi tujuan sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan di tanah air ini. Langkah-langkah perlu diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari oleh para pemimpin tempatan dan rakyat tentang betapa mustahaknya diadakan satu sisitem pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sisitem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah negara yang merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Tunku Abdul Rahman dan lain-lain tokoh politik telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah negara merdeka. Sisitem pendidikan negara dengan dasar yang tersendiri adalah antara perkara yang diberi

tumpuan dengan serius kerana antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.

Falsafah Pendidikan Negara adalah dibangunkan berasaskan berasaskan kepada pelbagai perkara termasuk pembangunan insan, pembangunan negara, keadaan rakyat yang berbilang kaum serta agama ke arah pengwujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan. Falsafah Pendidikan Negara yang juga diasaskan kepada hasrat serta inspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis adalah memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini adalah menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Negara mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga selaras dengan kehendak agama rasmi negara dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara dibentuk berdasarkan syariah dan bukannya sekular.

1.2 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu pendidikan kebangsaan. Peranan yang utama ialah sebagai penyuluh yang memberi panduan dan tuju arah kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan. Panduan yang berguna dapat diguna pakai oleh guru dan pendidik-pendidik di Malaysia agar tidak terkeluar daripada landasan yang sebenarnya. Guru juga boleh menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai rujukan untuk membantu mereka memahami sistem pendidikan negara.

Seterusnya, menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Sebagai pendidik di sekolah, dasar dan pertimbangan asas ini dapat menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu memberi impak yang besar kepada pelajar dan seterusnya menyediakan platform yang terbaik untuk pelajar di masa depan. Gaya pembelajaran guru juga seharusnya berbeza dan mengikut peredaran zaman agar para pelajar tidak cepat berasa bosan dan kurang daya tarikan terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Peredaran zaman yang mencabar mengkehendaki para pendidik bergerak lebih maju dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan anak

bangsa.

Selain daripada itu, peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ialah sebagai bimbingan dan rujukan para pendidik. Guru sebagai pendidik di sekolah sekurangkurangnya mestilah mempunyai satu bahan rujukan untuk membuat rujukan bagi kes-kes tertentu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah salah satu bahan yang boleh dirujuk jikalau terdapat kes-kes yang tertentu dan diragui keberkesanannya. Di dalamnya terkandung segala bahan-bahan dan amat berguna bukan sahaja kepada pendidik tetapi bagi para pelajar juga berguna. Hal ini kerana para pelajar dapat mengetahui asal usul pendidikan negara sebelum dan selepas merdeka. Pelajar juga dapat menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

Selanjutnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dapat menghilangkan salah faham dan keraguan. Segala keraguan dan salah faham dapat dielakkan dengan merujuk kembali Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terlalu banyak dan penggunaanya sekarang perlu diperluaskan lagi untuk menjamin masa depan pendidikan kebangsaan yang cerah. Pendidikan negara adalah salah satu tunjang keutuhan sesebuah negara dan mampu membawa Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Seterusnya, pendidikan juga dapat memacu negara ke arah kegemilangan negara dan melahirkan insan yang berdaya saing dan seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

1.3 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan negara dapat

ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah Tuhan. Juga individu insan tersebut perlu berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berkeupayaan member sumbangan kea rah memakmurkan masyarakat dan negara. Individu yang mempunyai tanggungjawab di dalam menjaga hubungan baik dan mesra di antara sesama manusia bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia yang bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang di lancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dihuraikan sebagai menyedia dan memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya ialah memberi peluang kepada rakyat di negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental; membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Keseimbangan fizikal dan mental para pelajar amat penting untuk menghadapi dunia yang kian mencabar masa kini. Daya tahan yang kental mampu menyediakan pelajar yang berkualiti di masa depan.

Proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Selain daripada itu, pendidikan dapat menghasilkan tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Kurikulum yang dibentuk dalam pendidikan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selaras dengan objektif pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah di dalamnya padat dengan konsep, proses dan kesan akhir pendidikan kepada rakyat di negara ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

perlu ditafsir supaya dapat dihuraikan dengan jelas bagi tujuan pencapaian hasratnya.

2.0 Konsep Pendidikan Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Di lihat daripada konsepnya, pendidikan sebagai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha yang berterusan yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long education). Antara lain rasionalnya ialah kerana manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan akan menyebabkan akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Usaha adaptasi kepada perubahan perlu kepada latihan kemahiran mahupun pendidikan. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar.

Proses pendidikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dengan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah bertujuan membentuk individu yang seimbang dan harmonis dalam keempat-empat potensi tersebut. Pembangunan diri insan dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembentukan individu manusia yang berlaku secara sengaja dan sistematik yang mencakupi pengembelengan seluruh aspek potensi diri insan samada secara fizikal, rohani, emosi dan intelek. Pengembelengan ini adalah secara bersepadu ke arah pemantapan diri bagi melahirkan manusia yang sempurna dan seimbang di dunia dan akhirat.

Pengembangan unsur rohani, unsur emosi, unsur jasmani dan unsur intelek adalah tidak secara terasing (compartmentalized). Sebaliknya adalah perlu dilakukan secara bersepadu (integrated). Penekanan hanya kepada mana-mana satu unsur sebagai yang

terdapat dalam sistem pendidikan sebelum ini hanya akan menjadi individu yang tidak seimbang. Insan yang sempurna dan seimbang ini dilahirkan bagi mengenali diri dan memahami erti kehidupan sebenar serta mampu kembali kepada hakikat kejadian asal insan iaitu mengabdi kepada tuhan dan sekaligus memiliki kualiti kepimpinan cemerlang. Kecemerlangan insan amat dititikberatkan oleh masyarakat sekarang kerana mampu menjamin masa depan yang cemerlang dan seterusnya mampu menjadi pelapis-pelapis pemimpin negara kelak.

2.1 Intelek

Dengan wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu ciri yang menonjol ialah budaya ilmu dan berkait rapat dengan intelektual para pelajar di sekolah. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan salah satu cirri utama warga Malaysia yang hendak dilahirkan ialah warga Malaysia yang berbudaya ilmu. Wawasan 2020 pula menegaskan tentang keperluan melahirkan individu dan masyarakat yang kaya dengan maklumat. Malahan budaya ilmu menjadi pra syarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sebuah negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang.

Salah satu tumpuan utama dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah pemupukan budaya ilmu di dalam diri pelajar. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari itu sebaik-baiknya. Matlamatnya juga bagi melahirkan masyarakat yang meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Mereka berlumba-lumba untuk memiliki, memperkembang, memanfaat dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan diri, seluruh manusia alam sewarjagat. Pola-pola utama yang perlu ditanam di dalam diri pelajar ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana dan budaya menulis serta berkarya.

Masyarakat juga telah menegaskan tentang keperluan membina budaya sekolah yang positif dan salah satu terasnya ialah budaya ilmu. Maksudnya pelajar perlu digalakkan untuk memupuk minat membaca, mencari maklumat, merujuk bahan-bahan di

perpustakaan dan membuat penyelidikan. Guru tidak perlu memindahkan semua maklumat dan membiarkan pelajar mendapat semua maklumat yang diberikan. Pelajar uga digalakkan berbincang dan mengeluarkan buah fikiran. Justeru, pendekatan yang dianjurkan untuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (child-centred) mesti diamalkan dan sebaliknya kita perlu mengurang dan menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teachercentred). Usaha-usaha sebegini dapat membantu para pelajar mengembangkan minat dan potensi serta mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan.

Walaupun tumpuan dalam kurikulum ialah untuk pelajar, para pendidik sendiri mestilah terlebih dahulu mengamal dan menghayatinya. Adalah amat ironis jikalau para pendidik bertungkus lumus untuk menjayakan pemupukan budaya ilmu, misalnya dengan menggalakkan pelajar membaca tetapi mereka sendiri tidak membaca. Langkah seolaholahnya menyuruh anak ketam berjalan betul, tetapi tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam konteks ini komuniti pendidik khasnya perlu tampil memimpin anak didik dan masyarakat mengamali dan menghayati budaya ilmu melalui contoh teladan.

2.2 Rohani

Matlamat pendidikan juga merupakan cita-cita dan hasrat murni yang ingin dicapai. Hal ini berjalan selari dengan matlamat negara malahan dalam banyak hal pendidikan merupakan saluran yang utama dan alat yang paling berkesan untuk menjayakan citacita negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , matlamat pendidikan ialah jelas melahirkan insan yang jelas. Insan yang baik ini sekaligus akan menjadi rakyat dan juga warganegara yang baik. Wajah insan ini digambarkan dengan jelas di dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada asasnya insan yang baik ialah merupakan insan yang memiliki sahsiah yang

seimbang dan bersepadu. Ia memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara serta berbakti dan sedia member sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Sebenarnya seluruh ciri-ciri yang dinyatakan terkandung dan tidak dapat dipisahkan daripada sistem nilai yang didokong, dianuti dan diamalkan oleh seseorang.

Dalam kata-kata lain usaha untuk mencapai matlamat pendidikan dan juga hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dapat dilakukan secara mengasas, membina dan memperkembangkan pendidikan di atas landasan nilai-nilai pendidikan dan nilai-nilai tidak dapat dipisahkan.

Berdasarkan nilai-nilai utama, manusia mengembangkan nilai-nilai tambahan. Nilai-nilai tambahan ini tidak bercanggah dan adalah selaras dengan nilai-nilai utama. Maka kesannya nilai-nilai utama akan menjadi bertambah kukuh dan kaya. Maka apa yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selaras dengan tanggapan mengenai nilai-nilai murni yang bersifat tetap dan kudus. Ini adalah kerana Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilainilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini.

Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan ialah untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia. Objektifnya ialah menanam kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan juga kesyukuran. Selain itu, menanam semangat cintakan nilai-nilai suci, menghormati kebaikan dan kebencian keburukan, membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab. Seterusnya, menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan dan juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab.

Bagi menjayakan cita-cita ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan untuk mendekati perkara secara komprehensif. Strategi yang diambil ialah untuk menerapkan nilai-niali murni merentasi kurikulum. Dalam kata-kata lain, nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua matapelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatankegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak formal samada di dalam atau di luar bilik darjah akan digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan.

2.3 Emosi

Jika diteliti ke dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan cirri-ciri manusia serta masyarakat yang hendak dijelmakan adalah amat ketara bahawa kita mahu melahirkan insan dan bangsa yang seimbang dari segi emosi dan cemerlang dalam kehidupan.

Emosi para pelajar berkait rapat dengan kecemerlangan yang digapai. Emosi yang stabil mampu melahirkan insan yang berdaya saing. Pelajar seharusnya bijak mengawal emosi dengan keadaan sekeliling dan mampu mengawal emosi ketika berada dalam tekanan. Persekitaran di sekolah memainkan peranan penting dalam mengawal emosi para pelajar.

Iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan. Seterusnya, guru-guru tidak akan tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya. Selanjutnya, pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjayanya serta bertimbang rasa dan pelajar berasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh. Kesemua ciri-ciri yang dinyatakan adalah untuk memacu kecemerlangan pelajar dan menjamain masa depan yang gemilang.

Iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama

pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka. Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajarpelajarnya. Keberkesanannya amatlah diharapkan diantara kedua belah pihak kerana kerjasama yang erat mampu melahirkan budaya kerja yang berkualiti dan dapat diguna pakai dalam segala permasalahan yang timbul.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah samada pelajar, guru mahupun kakitangannya beragama Islam.

Kementerian Pelajaran Malaysia sangat menekankan aspek afektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Suasana bilik darjah juga mempengaruhi emosi para pelajar lebih-lebih lagi pengajaran berbentuk fakta yang memang berbeza daripada berbentuk nilai. Oleh kerana itu, walaupun pengetahuan mengenai nilai diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan. Ini hanya dapat dilaksanakan apabila sekolah yang dianggap sebagai a value-realizing institution yang terbaik dapat menyediakan peluang yang mencukupi untuk pelajar mengamalkan nilai-nilai tersebut.

2.4 Jasmani

Sistem pendidikan yang berwibawa dan responsif mesti bersifat dinamis. Unsur dinamisme membekalkan darah dan semangat untuk menggerak dan membolehkan sistem itu berada dalam keadaan segar dan hidup. Dalam konteks ini, sistem pendidikan kita sentiasa berkembang selaras dengan peredaran masa dan keperluan zaman.

Perkembangan jasmani para pelajar berkait rapat dengan pencapaian akademik mereka. Secara umumnya, perkembangan jasmani bermaksud perkembangan diri para pelajar secara luaran termasuklah kegiakan kokurikulum di sekolah. Kokurikulum bukanlah satu konsep yang terpisah daripada kurikulum. Seperti yang sedia maklum, kokurikulum lahir

daripada kurikulum dan membawa makna deminsi pendidikan yang terletak di luar daripada ruang litup pendidikan di bilik darjah. Perkembangan kemudiannya membuat pakar-pakar pendidikan mengubah sikap lalu menganggap bahawa program-program kokurikulum itu sebenarnya adalah sama sahaja pentingnya dalam proses perkembangan jasmani yang seimbang bagi setiap pelajar. Oleh itu, program yang dahulunya dianggap sebagai tambahan, kini dianggap sebagai sama pentingnya dengan program kokurikulum.

Daripada pandangan kaca mata kasar, dapatlah dikatakan bahawa kokurikulum adalah aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran bilik darjah. Pengetahuan daripada mata-mata pelajaran lain diintegrasikan dalam aktiviti praktikal semasa menjalankan gerak kerja kokurikulum dalam bentuk gunaan. Misalnya, dalam latihan sukan sebagai satu gerak kerja kokurikulum, pengetahuan dalam biologi berkenaan dengan sistem kardiovaskular dapat diaplikasikan dalam sistem latihan pembinaan daya tahan, dalam keadaan yang lebih bermakna dan realistik.

Begitu juga keadaannya dengan gerak kerja-gerak kerja kokurikulum yang lain. Pengalaman yang diperolehi dengan cara ini akan meluaskan pandangan, pengetahuan, kefahaman mereka serta menghasilkan pengembangan dan kematangan jasmani melalui situasi di mana terdapat interaksi sosial yang sihat dan positif dalam suasana yang lebih bermakna, riang dan menyeronokkan. Dengan kata lain, kokurikulum yang mempunyai berbagai-berbagai jenis aktiviti dapat dijadikan sumber pendidikan yang menyeronokkan. Terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum yang perlu dilakukan di sekolah iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform. Pelajar-pelajar di sekolah dalam sisitem persekolahan kita dikehendaki mengambil bahagian dalam ketigatiga jenis aktiviti tersebut.

Setiap jenis aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai sumbangan yang tersendiri. Sukan dan permainan rupanya, adalah satu-satunya aktiviti yang dapat memberikan sumbangan terhadap kesuburan fizikal, kemahiran dan kecergasan dan ciri-ciri sosial yang juga dalam aktiviti unit beruniform mahupun dalam kelab dan persatuan. Unit

beruniform juga menyumbangakan perkhidmatan kepada masyarakat, kelab dan persatuan pula mendorong pelajar melopori atau mengkaji sesuatu bidang yang berkaitan dengan lebih luas bagi memperkayakan pengetahuan. Walaupun sesuatu aktiviti kokurikulum mempunyai sumbangan tersendiri, namun kesemuanya secara langsung atau tidak mempunyai peranan untuk membentuk sifat-sifat sosial yang bernilai dan mempunyai unsur-unsur pendidikan akademik juga.

Penglibatan pelajar dalam ketiga-tiga jenis aktiviti ini akan membolehkan pelajar itu mengalami atau merasai bentuk kegiatan yang akan ditemui dalam alam dewasa kelak. Kegiatan-kegiatan kokurikulum dapat dilihat juga sebagai pengalaman perantaraan di antara alam persekolahan dengan alam luar dan seterusnya alam dewasa. Aktiviti unit beruniform seringkali dikaitkan dengan kehidupan yang penuh disiplin dengan diawasi dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ketat. Oleh itu, memahami norma dan mematuhi cara-cara yang telah tergalur dalamnya sebagai ahli kumpulan itu merupakan satu pengajaran kepada setiap pelajar. Pengalaman ini akan membolehkan mereka yang rajin berkecimpung dalam aktiviti sedemikian rupa atau seterusnya menjadikan aktiviti itu sebagai kerjaya masa hadapan.

3.0 Penutup

Kesan akhir pendidikan sebagai yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dilihat dari dua dimensi utama iaitu dimensi intrinsik dan dimensi sosial. Deminisi intrinsik adalah dengan melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan individu rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, patuh kepada ajaran agama, berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan diri. Usaha ini adalah bagi membentuk generasi akan dengan peribadi dan akhlak yang tinggi. Generasi yang terdidik ini mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Selain daripada itu, mereka berupaya menghormati kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini dan menghargai kebudayaan kebangsaan.

Akhlak dan keperibadian murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja dan generasi yang akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Pada usia yang muda, mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti sosial yang kurang berfaedah dan terjebak dalam kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merokok, melacurkan diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala-gelaja tersebut perlu dibanteras dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasinya sebelum ia akan menjadi semakin berleluasa. Kita tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap negara kita dan kepentingan untuk menjaga nama baik negara Malaysia adalah amat perlu. Didikan agama yang secukupnya dan kesedaran diri juga perlu untuk mengatasi gejala keruntuhan akhlak yang berllaku pada masa ini. Apabila terbentuknya akhlak yang tinggi, diharapkan negara lain akan memandang tinggi terhadap negara kita standing dengan negar-negara maju yang lain.

Dimensi sosial pula adalah dengan melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan individu rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyrakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dijadikan teras ke arah melahirkan rakyat mempunyai kualiti ketrampilan diri yang tinggi. Pembangunan diri insan adalah mendasari pembangunan kehidupan manusia itu sendiri yang seimbang bersepadu dan harmonis secara mental, fizikal dan spiritual akan menentukan kesejahteraan pembangunan negara dan ummah. Pembangunan yang semata-mata merujuk kepada fizikal dan metarial tidak akan menjamin kelangsungan tamadun manusia, sebaliknya akan diakhiri dengan kegagalan kerana tiada daya tahan mahupun jati diri lantaran kehilangan komponen penting iaitu jiwa murni, keimanan dan konsep ketuhanan yang menjadi terasnya.

Bibliografi

Buku

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2003), Falsafah pendidikan dan kurikulum, Tanjung Malim: Quantum Books.

Mok Soon Sang. (1993), Asas pendidikan I sekolah dan bilik darjah, terbitan ketiga, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nicholas, SH dan Nicholls A. (1987), Perkembangan kurikulum: Satu panduan praktis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. (1993), Wawasan pendidikan agenda pengisian, cetakan kedua, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Wallen C.J and Wallen L.L. (1998), Effective classroom management, 2nd Edition, Boston: Prentice Hall.

Jurnal

Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Diperoleh pada Julai 24, 2009 daripada http://www.jurnalpendidikan.com

Nor Azizah Salleh dan Siti Rahayah Ariffin (2001). Penerapan nilai murni melalui pembelajaran kooperatif. Diperolehi pada Julai 14, 2009 daripada http://www.jurnalpendidikan.com

Internet

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996). Diperoleh pada Ogos 4, 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Negara (1988). Diperoleh pada Ogos 4, 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah Pendidikan Negara

Intelektual (2009). Diperoleh pada Ogos 4, 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/intelektual

Rohani (2009). Diperoleh pada Ogos 4, 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/rohani

19

1.0 PENGENALAN Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Tahun 2004 dan tahun-tahun yang akan mendatang bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Ironisnya, gabungan empat unsur utama yang saling berkait dan bergantungan ini akan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam dasar pendidikan negara.

2.0

UNSUR-UNSUR PENTING BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS.

2.1

UNSUR INTELEK

Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau bagaimanpun, unsur-unsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposenik, iaitu kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan hubungan individu dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi, perkembagan kognitif dan interaksi sosial. Menurut Nik Aziz Nik Pa dalam bukunya Potensi Intelek menjelaskan dalam perkembangan daya intelek, kita tidak harus mengenepikan unsur agama Islam dalam pendidikan. Ini disebabkan manusia adalah mahluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa dan lahir dengan segala macam keistimewaan dan anugerah. Berdasarkan pendekatan tauhid, terdapat tujuh perkembangan intelek itu, hakikat teori kecerdasan, hakikat metafona

kecerdasan, mitos tentang kecerdasan, hakikat insan, hakikat pintar cerdas, fungsi perkembagan individu, dan fungsi pembangunan keluarga.

Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu. Akal merupakan alat peneroka dan pemyelidik ilmu dan maklumat kepad manusia. Akal yang waras secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini sejajar dengan tuntutan semasa. Antara otak dan akal sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak sihat tanpa adanya otak. Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan peranan yang amat penting dalam pelahiran yang waras.

Kelebihan seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi berfikir. Otak yang berada di hemisfera kanan misalnya berfungsi untuk mengawal bahagian kiri badan dan merupakan sesuatu yang amat unik. Dalam bahagian ini, seseoarang itu berkebolehan berbahasa, bertutur, analisa matematik, analitik, logik, rasional, turutan dan disiplin. Manakala, hemisfera kanan pula berfungsi untuk proses non verbal, holistik, .lutnitif, visual, muzik, perasaan, dan imaginatif kerohanian. Berdasarkan kegunaan, otak hemisfera kiri digunakan untuk menanamkan perasaan mencintai sama ada kepada insan dan juga Tuhan.

Kesimpulannya, berdasarkan pendapat Imam Ghazali otak berfungsi sebagai ingatan, perasaan, mensintesis, dan daya berfikir, visual atau bayangan, Oleh yang demikian, para pendidik tidak seharusnya mengenepikan agama itu sendiri kerana agama bukan sahaja bersesuaian dengan perkembangan daya intelek malah membantu untuk mendorong proses merealisasikan daya intelek dengan sempurna dan membekalkan daya petunjuk bagi perkembangan intelek secara beradab terutamanya dalam perkembangan dunia yang semakin mencabar kini. Sekiranya konsep dan kepercayaan kepada Tuhan Maha Pencipta itu diterapkan nescaya impian falsafah pendidikan negara akan tercapai terutamanya melahirkan masyrakat yang berilmu pengetahuan, dan berakhlak mulia akan tercapai.

2.2 UNSUR ROHANI

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut pandangan Islam, perkembagan rohani seseorang insan remaja terdiri daripada pelbagai peringkat. Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur 12-15 tahun, remaja telah memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara

konseptul. Pada peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohanian untuk menghadapi dugaan hidup. Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan rakan sebaya dalam perkembangan rohaninya.

Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hngga 20 tahun mula mempunyai pegangan yang kukuh kepada agama. Mereka telah percaya tentang kewujudan Tuhan, dosa dan pahala serta hari pembalasan. Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak. Remaja dalam lingkungan umur ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian secara logik. Malah, kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap perkara-perkara yang berkaitan kerohanian.

Kesimpulannya, bagi meningkatkan perkembangan rohani remaja, pendidikan agama harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini.Kesedaran tentang Tuhan sebagai pencipta alam semesta dan bend-benda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap akan diperkukuhkan. Maka, dengan ini perinsip dalam falsafah pendidikan negara iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.

2.3 UNSUR EMOSI

Menurut Freud, seorang ahli psikologi dan psikiatri terkenal telah membahagiakan perkembangan manusia kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan superego. Ia merupakan bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor prnyimpanan keinginan manusia dan ia telah didorong oleh tenaga libido. Ego wujud seawal bayi berusia enam bulan dan pada waktu itu ia mengandungi pemikiran realistik, dan logik yang tersusun. Ia berfungsi mengawal supaya keinginan itu tidak akan melanggar nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.

Freud juga berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan perkembagan fizikal. Ciri perkembangan emosi remaja dapat dikenal pasti apabila remaja mulai menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Selain itu, mereka mula merasa ingin bersosial dengan rakan sebaya. Malah pada peringkat ini, mereka telah didorong oleh tenaga libido yang memotivasikan tingkah laku.

Oleh itu sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan negara, seseorang pendidik itu harus tahu tentang emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat perkembangannya. Pada peringkat ini golangan remaja harus dikawal dan dicegah daripada perkembangan rohani yang tidak diingini. Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing mereka agar menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang berpatutan di samping menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar.

2.4 UNSUR JASMANI

2.4.1

PSIKOMOTOR

Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Seseorang individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Kematangan psikomotor ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota , pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh tubuh badan.

Peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang sebaya adalah berbeza-beza, memandangkan fizikal setiap orang adalah unik dan tersendiri. Bagaimanapun, kesediaan psikomotor yang tinggi adalah membolehkan seseorang menjalankan aktiviti harian dalam program pembelajaran yang cekap dan berkesan. Kesediaan psikomotor ini adalah penting untuk pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Kemahiran Hidup.

Melihat senario pendidikan dan pembelajaran di Malaysia pada masa kini, kesediaan psikomotor memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk kokurikulum di sekolah. Malah, sistem yang diikuti oleh pelajar di sekolah telah dirancang mengikut tahap psikomotor terutamanya latihan-latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. Malah, pelajar-pelajar juga telah didahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap.

Kesimpulannya, pada tahap kematangan dan kesediaan psikomotot yang tertentu dan peringkat-peringkat, proses pembelajaran boleh diterapkan dengan nilai-nilai Islam supaya mampu melahirkan insan yang lebih seimbang pada masa akan datang. Ini kerana fizikal yang sihat dan matang tidak akan sihat tanpa disusuli dengan kematangan dalam beribadat dan menyembah Pencipta yang Esa. Dengan ini, matlamat dan wawasan falsafah pendidikan negara akan tercapai seperti dalam petikan Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.4.2

KOGNITIF

Kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk belajar sesuatu. Ia berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis,

mengsintesis dan menilai. Biasanya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya iaitu murid-murid sekolah rendah hanya perlu bersedia untuk belajar operasi konkrit, dan apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi yang kompleks.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmah (1937), dan Sheildo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza-beza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antar individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam kelas.

Dengan kata lain, kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah kesanggupan seseorang yang dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan kognitif apabila pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukan.

Kesimpulannya, dalam unsur kognitif ini maklumat yang diterima akan diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumt yang lain yang sedia ada dalam ingatan, iaitu diubah secara disusun semula. Oleh itu, bagi melahirkan generasi yang ideal, maklumat tentang ketuhanan dan keagamaan sentiasa disalurkan kepada mereka supaya maklumt ini terus sebati dalam diri pelajar itu bagi melahirkan generasi yang seimbang.

3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek rohani perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia (Insan) dengan Allah (Pencipta). Ini tentulah menyentuh persoaalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila diperkatakan konsep rohani, maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan, ketakwaan, serta amal yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkra ini dihayati di dalam pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negara.

Ilmu dan kebijaksanan tidak bermakna sekiranya tanpa unsur ketuhanan dan rohani dalam kehidupan manusia. Tiada gunanya kemajuan sekiranya tanpa kasih sayang dan sikap menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Tuhan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai