Anda di halaman 1dari 3

Karangan Semangat Gotong-royong

Masyarakat pada hari ini bersikap materialistik sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinggir. Bincangkan halangan-halangan amalan bergotongroyong dan langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat untuk bergotong-royong.

Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotongroyong.

Antara halangan yang dihadapi oleh masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bergotong-royong ialah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya. Masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman. Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti uala !umpur khususnya berfikiran lebih terbuka dan bersifat materialistik. Masyarakat menilai dari segi penampilan luaran dan mengamalkan sikap "bagai enau di dalam belukar melepaskan pu#uk masing-masing$. %eseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah, ja&atan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing. %ehubungan dengan itu, masyarakat berlumba-lumba membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut, kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk kerana rata-rata menja&at pekerjaan yang profesional seperti ahli perniagaan, peguam dan akauntan. %elain itu, bukan kaum lelaki sahaja yang keluar men#ari nafkah bahkan kaum &anita turut ikut serta. 'araf kaum &anita dikatakan "berdiri sama tinggi duduk sama rendah$ dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya. (ni dapat dibuktikan apabila kaum &anita diberi keper#ayaan untuk menja&at pangkat yang tinggi dalam sesebuah firma besar. !antaran itu, rutin harian banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. esan daripada itu, &alaupun kegiatan bergotong-royong diadakan di tempat kediaman masing-masing tetapi amalan bergotong-royong tiada sambutan kerana masing-masing tiada di rumah. Malang lagi, ada yang langsung tidak mengambil peduli persekitaran sehingga tidak mengetahui adanya kegiatan bergotong-royong ini. Oleh itu, kita dapat simpulkan baha&a kesibukan dalam kerjaya menjadi penghalang kepada amalan bergotng-royong.

(nstitusi rukun tetangga yang tidak berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan bergotong-royong. (nstitusi rukun tetangga ditubuhkan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan ka&asan kediaman akan tetapi kemudahan ini tidak digunakan sebaiknya. Pada suatu ketika dahulu, institusi rukun tetangga bergerak se#ara aktif yang diketuai oleh penghulu kampung. Organisasi ini juga melibatkan golongan pemuda-pemudi selain daripada golongan yang lebih tua. %e#ara tidak langsung, golongan muda dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim dengan golongan tua seperti yang diuar-uarkan dalam kempen di televisyen iaitu "yang tua dihormati yang muda disayangi$. Pada setiap malam, penghulu akan mengadakan mesyuarat di balai raya untuk membin#angkan keselamatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Melalui itu, amalan seperti bergotong-royong dapat dijalankan dan masyarakat juga berpeluang untuk bergaul mesra. Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga mengalami anjakan paradigma. ini, organisasi ini hampir tidak bergerak lagi kerana tiada pelapis untuk mengendalikannya. Orang muda sibuk berkerjaya sehingga ke luar negara kerana ta&aran pendapatan yang lumayan. (ni memberi gambaran a&al kepada kita baha&a golongan muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi rukun tetangga yang tidak memberi pulangan hasil. %ebagai hasilnya, keruntuhan institusi rukun tetangga memberi pengaruh yang besar kepada amalan bergotong-royong.

ita tidak dapat menafikan baha&a banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. %ehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotongroyong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. empen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. )ntuk memastikan kempen ini benar-benar berjaya, peranan media massa dan media #etak sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen, radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut se#ara meluas. *alaupun kempen seperti "#intailah sungai kita$ dan "jom ganyang aedes$ merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini se#ara tidak langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-royong. +ontohnya, kempen "jom ganyang aedes$ memerlukan masyarakat untuk bergotong-royong membersihkan ka&asan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang atau daun-daun kering di sekitar ka&asan rumah. empen-kempen tersebut dilihat berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di samping untuk menjaga kebersihan. ejayaan kempen ini terhasil di atas kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah "yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing$ yang akhirnya membuahkan hasil.

,ak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya$. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan datang agar tidak ketandusan nilai ini, langkah seperti penerapan dalam pendidikan di sekolah &ajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat a&al lagi. -alam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik ke&arganegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan. .uru memberi pendedahan dan penerangan tentang nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni. %elain itu, sekolah juga memain peranan penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. Pada hari yang tertentu seperti /ari .uru, /ari %ukan dan pekhemahan pasukan beruniform, sekolah menetapkan pelajar dan guru untuk bergotong-royong membersihkan ka&asan sekolah. %e#ara tidak langsung, para pelajar dipupuk amalan ini sejak dari bangku sekolah dan akan diteruskan sehingga de&asa dalam komuniti masyarakat. Oleh yang sedemikian, langkah menerapkan nilai ini dalam pendidikan oleh kerajaan harus dipuji.

!angkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan01.O2 dengan lebih giat. ,adan 1.O boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. )ntuk merealisasikan harapan kerajaan me&ujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat s&asta boleh menganjurkan pertandingan kampung ter#antik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. -engan #ara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertainya dan mula bergotong-royong men#antikkan ka&asan perkampungan. Perlibatan badan 1.O yang lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej yang diba&a oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.

%e#ara tuntasnya, amalan bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat sehingga kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali amalan tersebut. erajaan boleh mengguna kaedah yang lain dan lebih kreatif untuk memikat masyarakat. Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak aman dan sengsara. %ehubungan dengan itu, masyarakat harus bermula dari sekarang untuk mengubah diri agar amalan ini dipraktikkan sehingga akan datang dan dianggap amalan yang "tak basah dek hujan, tak lekang dek panas$. %ebagai penutup &a#ana, marilah kita belajar amalan yang baik ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. ,ak kata pepatah, "yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan$

Anda mungkin juga menyukai