Anda di halaman 1dari 6

Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2.

Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. 3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.

Penjodoh Bilangan baris

batang biji

cucuk das ekor gugus

ikat jambak

keping ketul

laras

Penggunaan Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buahbuahan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buahbuahan, dan sebagainya Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buahbuahan, dan sebagainya Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan

lembar pasang

sikat ulas

utas

sebagainya Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya Untuk pisang Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai. 1. Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam. A biji B helai C jambak D batang

2. Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara. A sekeping B sepucuk C sehelai D senaskah

3. Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau. A sebaris B sebuah C sepatah D serangkap

4. Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk dimasak. A pucuk C ikat C batang D cekak

5. Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya. A keping B kajang C bidang D rawan

6. Amirah membawa se________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan. A kaki B buah C batang D bentuk

7. Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari lahir. A sebentuk B sepasang C seutas D sebuah

8. ________ lembu sedang meragut rumput di padang. A sekawan B segerombolan C sekumpulan D sepasukan

9. Seniman negara terkenal telah diundang untuk membacakan beberapa ________ puisi sempena sambutan malam kemerdekaan. A cebis B patah C naskhah D rangkap

10. Pihak berkuasa berjaya memusnahkan dua ________ bom lama yang dijumpai oleh seorang nelayan. A. biji B butir C buah D laras

11. Pak Salleh berjalan pulang dari dusunnya sambil memikul se ________ kayu api. A ketul B pucuk C berkas D keping

12. Ayah terpaksa menjual ________ tanah pusaka untuk membiayai pelajaran abang di luar negara. A sepotong B sebidang C selembar D sebuah

13. Kak Bedah memberikan beberapa ________ jagung bakar kepada jiran barunya. A biji B batang C buah D tongkol

14. Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________ pantun nasihat. A sebuah B seuntai C serangkap D serangkai

15. Dua ________ gerai baru telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kelang untuk memudahkan para peniaga. A biji B butir C baris D batang

16. Di dalam beg kecil itu terdapat dompet dan se ________ kunci. A butir B berkas C kuntum D helai

17. Tiga ________ permaidani disandarkan pada dinding untuk mengelakkannya daripada terkena habuk. A kaki B buku C lembar D gulung

18. Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok. A buah B dahan C pohon D batang

19. Pak Aziz memakan beberapa ________ pulut sebagai sarapan pagi. A kepal B ketul C genggam D cubit

20. Ibu membeli tiga ________ petai di pasar malam. A butir B kepal C rawan D papan