Anda di halaman 1dari 64

Olahraga WAJ 3112

Pendahuluan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1) menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam satu jenis permainan atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.

Kejohanan olahraga sekolah merubahkan satu aktiviti sukan yang penting dalam calendar sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Kepentingan Sukan Olahraga Dalam KBSR


Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan. Membangunkan kemahiran pergerakan asas. Memberi kefahaman kepada murid tentag keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 1

Olahraga WAJ 3112 PENGENALAN OLAHRAGA

Olahraga dikenali sebagai acara sukan trek dan padang atau olahraga trek dan padang. Perkataan ini berasal dari Bahasa Greek "athlon" yang bermaksud pertandingan. Yakni, olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Kemahiran-kemahiran asas manusia ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.

Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan (lelaki) dan olaragawati (perempuan).

Olahraga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 3 100 m, 4 3 200 m, dan 4 3 400 m).

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 2

Olahraga WAJ 3112


Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).

Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), heptatlon (7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).

SEJARAH OLAHRAGA

Olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Ia merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.

Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.

Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 3

Olahraga WAJ 3112

Sukan Panhellenic
o

Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun

Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun

Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun

Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.

Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhkan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 4

Olahraga WAJ 3112


Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.

Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.

Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.

Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 5

Olahraga WAJ 3112


sukan Olimpik.

Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan . Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.

Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.

Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan.

Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 6

Olahraga WAJ 3112


sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.

Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini, walaupun mendapat tentangan, namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.

Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.

Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh eseorang atlet. Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 7

Olahraga WAJ 3112


Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.

Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita. Pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 8

Olahraga WAJ 3112

Soalan 1 : Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah
perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.

SEJARAH OLAHRAGA MALAYSIA


Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906. Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut. Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empires Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957.

Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962. Namun hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 9

Olahraga WAJ 3112


kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.Di peringkat sekolah, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, Kejohanan Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 10

Olahraga WAJ 3112 JENIS-JENIS ACARA OLAHRAGA


Olahraga meliputi acara trek dan padang, larian di jalan raya, jalan kaki dan larian merentas desa. Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu : 1. Acara balapan Acara Balapan a) 100 meter Lari Pecut b) 200 meter c) 400 meter a) 4 x 100 meter Lari berganti-ganti Acara Trek (Acara balapan)
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan.

2. Acara-acara padang

b) 4 x 200 meter c) 4 x 400 meter a) 100 meter wanita

Lari berpagar

b) 110 meter lelaki c) 400 meter lelaki & wanita

Lari jarak sederhana

a) 800 meter b) 1,500 meter a) 3,000 meter

Lari jarak jauh

b) 5,000 meter c) 10000 meter

Berjalan kaki

a) 20 km b) 50 km

Lari berhalangan

3000 meter a) lompat tinggi

Acara-acara Padang

Acara lompatan

b) lompat bergalah c) lompat jauh d) lompat kijang.

Acara balingan

a) lempar cakera

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 11

Olahraga WAJ 3112


b) rejam lembing c) lempar tukul d) lontar peluru.

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga seperti : a) Decathlon b) Penthathlon c) Marathon d) Merentas desa

Decathlon Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut : 1. lari 100 meter 2. lompat jauh 3. lontar peluru Hari pertama 4. lompat tinggi 5. lari 400 meter 6. 110 meter lari berpagar 7. lemper cakera 8. lompat bergalah Hari kedua 9. merejam lembing 10. lari 1500 meter
Individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Jarak antara 2-5 km, atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi. Acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan (26 batu, 358 ela). Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Pentathlon Acara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya 1) lari berpagar 100 meter 2) ontar peluru 3) lompat tinggi 4) lompat jauh 5) acara 800 meter.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 12

Olahraga WAJ 3112

Marathon Marathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya. Merentas desa Acara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahliahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi. Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti : 1) Lari pecut a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter d) 4 x 100 meter lari berganti-ganti e) 4 x 200 meter f) 4 x 400 meter

2) Lari Berpagar a) 100 meter lari berpagar b) 110 meter lari berpagar c) 400 meter lari berpagar.

3) Jarak sedarhana LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 13

Olahraga WAJ 3112


a) 800 meter b) 1500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter

4) Jarak jauh a) 10 000 meter b) Marathon c) Merentas desa

5) Berjalan kaki a) 20 km b) 50 km 6) Lompatan a) lompat jauh b) lompat tinggi c) lompat kijang d) lompat bergalah

7) Balingan a) lontar peluru b) lempar cekera c) rejam lembing d) lempar tukul

8) Acara beraneka a) Decathlon b) Pentathlon

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 14

Olahraga WAJ 3112

Soalan 2: Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang


dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah di kejohanan Olahraga MSSM.

Acara-acara balapan 1. Lari pecut 100m 2. Lari pecut 200m 3. Lari berganti-ganti 4 x 100m 4. Lari berganti-ganti 4 x 200m 5. 80m Lari berpagar ( 0.762m )

Acara-acara padang 1. Lompat jauh 2. Lompat tinggi 3. Melontar peluru

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 15

Olahraga WAJ 3112

Lari Pecut

DEFINISI LARI PECUT Mungkin ada antara kita yang tidak dapat mengelaskan sesuatu acara balapan sebagai lari pecut, lari jarak sederhana atau lari jarak jauh. Mungkin juga kita merujuk lari pecut kepada larian pada jarak 100 meter sahaja, dan ada pula yang mengelaskan lari 400 meter sebagai lari jarak jauh atau sedenhana. Kita akan mengelaskan semua acara lari mengikut kelas yang sewajannya pada pertengahan bab ini.

Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian terpantas ini bergantung pula pada beberapa faktor sepenti jarak, kederasan tiupan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif daripada penlumbaan itu. Ini bererti larian pecut adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada suatu jarak tertentu yang ditetapkan, umpamanya 50 meter, 100 meter atau 200 meter.

Dalam kehidupan harian, berlari merupakan suatu aktiviti yang sihat lagi menyeronokkan. Semua manusia, malah binatang pun digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ini untuk pelbagai tujuan tertentu. Ini bermakna semua manusia yang sihat dan haiwan yang cergas berkeupayaan berlari. Akan tetapi mampukah seseorang itu berlari dengan pantas, sehingga dapat menewaskan pelari lain jika berlari pada masa dan jarak yang sama? Amat sukar untuk seseorang itu berlari dengan pantas, sekiranya dia tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya bertindak sedemikian.

Untuk berlari dengan pantas, dia memerlukan kemahiran, fikiran, dan kebolehan yang sebaik-baiknya kebolehan semula jadi. Ini bererti kualiti-kualiti utama yang harus ada pada seseorang pelari pecut biasanya diwarisi daripada ibu bapanya atau adik

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 16

Olahraga WAJ 3112


beradiknya, walaupun latihan membolehkan din seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang ada padanya.

Ada dua faktor yang boleh dikuasai pelari-pelari pecut. Faktor ini amat berkesan dalam menentukan kelajuan lariannya. Faktor ini ialah kelajuan kaki jarak langkah semasa berlari. Untuk memperoleh kelajuan tertinggi, pelari haruslah mempunyai kordinasi yang baik, mobiliti atau kelenturan yang tinggi, dan keupayaan merehatkan din atari badan semasa berlari. Tentang faktor jarak langkah pula, terdapat jarak optimum yang benbeza-beza antara seorang pelari dengan pelari yang lain, yang dipengaruhi oleh panjang kaki, kekuatan mobiliti bergerak. Pelari biasanya mempunyai janak langkah 1.5 hingga meter pada larian pecut. Janak langkah boleh dipentingkatkan dengan cara memperbaiki mobiliti dan kekuatan, terutamanya pada bahagian pengelangan kaki, lutut dan sendi pinggangnya.

Perbandingan kepantasan manusia dengan binatang yang lebih pantas a) Manusia b) Kuda c) Harimau kumbang

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 17

Olahraga WAJ 3112


SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialosberjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di ma na para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 18

Olahraga WAJ 3112


Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978..

LARIAN DALAM LARI PECUT

Mungkin ada antara kita yang tertanya sama ada pelari pecut itu muncul semula jadi atau menerusi latihan. Walaupun tidak dinafikan, hakikat bahawa pelari pecut itu dilahirkan secara semula jadi, latihan yang terancang tidak harus dilupakan dalam menjamin seseorang menjadi pelari pecut yang baik dan berjaya.

Dalam membuat larian pecut, terutamanya acara 100 meter, seseorang itu tidak seharusnya beranggapan bahawa dia harus berlari sederas mungkin sepanjang jarak itu. Untuk berlari dengan pantas, seseorang itu memerlukan kemahiran dan kebolehan yang sesuai untuk acara ini. Ini bermakna kualiti penting yang harus ada pada seseorang pelari pecut ialah teknik dan kemahiran, bukan sekadar keupayaannya berlari. Minat dan latihan yang penuh dedikasi dan disiplin membolehkan seseorang menjadi pelari pecut yang balk.

Bentuk, saiz atau ketinggian tubuh seseorang pelari belum tentu dapat menjamin keupayaannya berlari dengan pantas. Ada antara pelari pecut yang rendah tetapi mampu berlari dengan baik, dan tidak kurang pula ada pelari yang tinggi lampai tetapi tidak dapat berlari dengan baik. LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 19

Olahraga WAJ 3112


Prinsip larian dalam acara pecut agak berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya, cara dan teknik larian dalam acara 100 meter berbeza daripada larian 200 meter, dan larian 200 meter pula berbeza daripada lanian 400 meter. Larian dalam lari berganti-ganti juga berbeza daripada acara perseorangan. Pelari pecut harus tahu semua teknik dan taktik dalam larian pecut ini.

ATURAN UMUM DALAM LARI PECUT Setiap acara dalam sukan olahraga mempunyai peraturan dan cara yang tersendiri, seperti yang ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta mengikut peringkat umur dan bahagian masing-masing. Sebagai atlit, seseorang itu dijangka dan diharapkan supaya dapat mempelajari semua aturan ini dalam mempelajari dan memahirkan diri dalam acara yang mereka ceburi.

Kedudukan balapan untuk acara 100 meter LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 20

Olahraga WAJ 3112


Permulaan

1. Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak.

2. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian penamat.

3. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu.

4. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas dengn dibantu oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah memeriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

5. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol. Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu objek yang boleh menghasilkan suara adalah memadai seperti clapboard. 6. Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan Ke Ganisan kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan din, menandakan mereka sudah bensedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan Sedia, dan sepantas kilat peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 21

Olahraga WAJ 3112


7. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahan pertama dilakukan oleh peserta lairi.

Semasa Perlumbaan 1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal.

2. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat.

3. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan.

Akhir Perlumbaan 1. Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-mana peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut.

2. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 22

Olahraga WAJ 3112


Pengambilan Masa 1. Jam randik atau stop-watch digunakan untuk mencatat masa yang dicapai oleh para peserta. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga di peringkat antarabangsa, tidak kurang daripada 20-30 orang penjaga masa disediakan. Namun kini catatan dan rakaman ditentukan atau menerusi penggunaan perakam waktu elektronik yang serba lengkap dan canggih.

2. Tiga penjaga masa akan mencatat masa yang diambil oleh peserta. Catatan yang diambil kira ialah catatan masa di antara yang paling cepat dan paling lambat.

3. Setiap peserta akan cuba berlari sepantas mungkin, dan sebelum perlumbaan, mereka tahu akan rekod atau masa terbaik pernah dicatat oleh peserta lain.

a) Memulakan larian

b) Berlari sambil memecut

c) Menamatkan larian

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 23

Olahraga WAJ 3112

PRINSIP DALAM LARI PECUT Larian pecut mempunyai prinsip asas yang merangkumi permulaan, membuat pecutan dan menamatkan larian. Semua ini harus diketahui oleh setiap pelari pecut bagi memastikan lariannya berjaya.

Permulaan Dalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan aspek terpenting yang harus diberikan perhatian. Hakikat ini nyata bagi acara 100 meter. Malah dalam kebanyakan perjumpaan olahraga terbesar dunia, pelari pecut memberi perhatian penting dalam aspek permulaan ini. Permulaan juga menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-tidaknya dengan melakukan permulaan yang baik, akan memberi kesan psikologi kepada pelari itu dibandingkan dengan pelari lain:

Ada beberapa cara yang biasa dilakukan untuk melakukan permulaan dalam larian pecut ini. Pemilihan cara yang sesuai bergantung kepada kemahuan dan keselesaan serta keberkesanannya mengikut pandangan pelari itu sendiri. Dalam kedudukan untuk permulaan, pelari mendapati penggunaan blok permulaan dapat memberi sokongan serta menjadikan permulaan lebih pantas dan berkesan. Dalam permulaan, pergerakan tangan yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan sedia, pelari seharusnya berada dalam suasana tertekan. Pelari harus berada dalam keadaan selesa dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap lariannya.

Aturan dalam gaya permulaan ini adalah seperti berikut: a. Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing dengan pandangan mata ke hadapan dan garisan penamat dijadikan sasaran. b. Untuk mencecah pita penamat, pelumba hendaklah menggunakan bahagian dadanya, dan tidak bahagian-bahagian lain. c. Pelari hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang permulaan gaya berdiri ini.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 24

Olahraga WAJ 3112


TEKNIK MULA LARI PECUT Terdapat 2 teknik mula lari pecut: a) gaya berdiri b) gaya dekam

1.Gaya berdiri Persediaan

peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan, condongkan badan, kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. 'sedia

condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapanbengkokkan lebih lutut kaki hadapan- kaki belakang tolak ke tanah.- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. 'Bang' atau 'mula

pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 25

Olahraga WAJ 3112


2.Gaya dekam

Terdapat tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari pecut, iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Ketiga-tiga permulaan gaya dekam ini amat popular dan menjadi pilihan pelari pecut masa kini, termasuk pelari yang sudah terkenal di dunia. Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di garisan permulaan.

Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba, sama ada tinggi ataupun rendah, masa tindak balas, kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabung semua faktor ini.

a. Gaya peluru Dalam permulaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak pada jarak lebih kurang 28 cm ke garisan belakang. Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan, dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan yang selesa sebelum melonjak. Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan oleh mereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.

b. Gaya panjarig Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan. Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mengambil bahagian, tetapi dan segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik. Oleh itu gaya panjang jarang-jarang digunakan.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 26

Olahraga WAJ 3112


c. Gaya sederhana Gaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya panjang, dan sering digunakan oleh kebanyakan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman. Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan. Dengan demikian, kedudukan pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas. Pergerakan dalam permulaan gaya dekam Pergerakan dalam permulaan gaya berdiri

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 27

Olahraga WAJ 3112


Peringkat Dalam Permulaan
1.Kedudukan ke garisan Setelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian, dan mereka juga sudah bersedia untuk memulakan penlumbaan, pegawai pelepas akan memberikan arahan Ke Garisan agar semua pelumba berada di garisan permulaan. Berikut adalah panduan dalam kedudukan ke garisan ini.

a. Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60 cm dan garisan permulaan, manakala kaki belakartg pada jarak 40 cm dan kaki hadapan. Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang. b. Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar. Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan.

c. Pelumba meletak kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut. Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau luas bahu.

d. Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu meter ke hadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan.

e. Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan kedudukan badan dan kaki serta tangan dengan blok permulaan, terutama dari segi mendapatkan keselesaan dan

keseimbangan yang maksimum.

2. Kedudukan sedia Setelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpa menggerakkan manamana anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi isyarat Sedia pula. Panduan dalam kedudukan sedia mi adalah seperti berikut:

a. Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90 darjah daripada aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah daripada LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 28

Olahraga WAJ 3112


aras tanah. Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu, dan bahu pula harus lebih tinggi daripada kedudukan kepala.

b. Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua-dua belah kaki menekan dengan kuat pada blok permulaan. c. Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan Ke Garisan.

3. Kedudukan berlepas Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan perlumbaan bermula. Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia.

Panduan asas sentasa dalam kedudukan berlepas adalah seperti berikut: a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru ke hadapan tanpa perlu menegakkan badan serta merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.

b. Tangan diayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan din daripada blok permulaan. Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 450 bersudut daripada aras balapan, yakni daripada kepala ke kaki.

c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 29

Olahraga WAJ 3112


d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga daripada permulaan, tetapi dalam kelajuan memecut.

Teknik larian semasa mula berlepas

Teknik larian semasa berlari lurus

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 30

Olahraga WAJ 3112


TEKNIK LARI DAN PECUTAN Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas, terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut.

Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. Ini termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. Ini termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton. peralatan dan pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

Pergerakan Tangan Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah mengayunkan tangan, khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa mengayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutah atau larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya, seseorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakinya dengan pantas. Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. Ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut mi akan berkurangan sehingga mencapai 90. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 31

Olahraga WAJ 3112


cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Keadaan ini juga akan membantu pernafasan. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan dibuka atau digenggam, semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannva selesa untuk berlari dan memecut.

Pergerakan Kaki Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki, terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam larian pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.

Selain itu pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelari seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

Kedudukan kaki dan tangan semasa permulaan larian

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 32

Olahraga WAJ 3112

Pergerakan kaki dan tangan semasa berlari

MENAMATKAN LARI PECUT Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan larian dalam masa sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan (dive) untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas, dan tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari, sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara begini adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh. Satu lagi cara pelari menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya ke hadapan untuk mencecah pita penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan menamatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 33

Olahraga WAJ 3112


antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oieh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian, pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photo- finish. Menerusi kaedah mi pemenang acara itu akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat diutamakan. Hal ini perlu, khususnya untuk acara-acara pecut seperti 100 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter dan diikuti dengan berjalan( Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cara untuk mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.

Seperti dalam permulaan, pecutan dan larian, pelari hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang larian semasa menamatkan lariannya. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah menganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan tulen.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 34

Olahraga WAJ 3112

Rumusan mengenai Lari Pecut

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 35

Olahraga WAJ 3112

Soalan 1: Senaraikan 3 gaya untuk permulaan lari pecut.


Gaya untuk permulaan lari pecut Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

i.

Memulakan larian tanpa blok permulaan Gaya peluru

o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki o hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya sederhana

o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya panjang

o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii.

Memulakan larian dengan blok permulaan Gaya peluru

o blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya sederhana LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 36

Olahraga WAJ 3112


o letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan o blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya panjang

o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan o blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Soalan 2: Berdasarkan pembacaan anda, nyatakan perbezaan utama ketiga-tiga


gaya permulaan lari pecut.

Perbezaan gaya permulaan lari pecut tanpa blok permulaan Dalam permulaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak pada jarak lebih kurang 28 cm ke garisan belakang. Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan, dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan yang selesa sebelum melonjak. Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan oleh mereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.

Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan. Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mengambil bahagian, tetapi dan segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik. Oleh itu gaya panjang jarang-jarang digunakan.

Gaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya panjang, dan sering digunakan oleh kebanyakan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman. Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan. Dengan demikian, kedudukan pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 37

Olahraga WAJ 3112

Soalan 1: Berdasarkan pembacaan anda, terangkan bagaimana corak larian di


selekoh yang sebaiknya.

Corak Larian di Selekoh pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal' pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal' tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam

Soalan 2: Senaraikan ciri-ciri pelari pecut yang baik.


Ciri-ciri pelari pecut yang baik:

1. Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. 2. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. 3. Tangan digerakkkan dengan pantas. 4. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ). 5. Pembawaan Genetik Pelari Pecut 6. Komposisi Badan sesuai dengan sukan dan bentuk badan yang ideal untuk jenis sukan adalah pelbagai.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 38

Olahraga WAJ 3112

LARI JARAK SEDERHANA Lari jarak sederhana terdiri daripada : i. Acara 800 meter ii. Acara 1500 meter

a)

Acara 800 meter.

Acara 800 meter adalah sejenis acara larian yang dijalankan di atas trek sama ada berturap atau di atas rumput.

1.0 Peraturan-peraturan 1.1 Permulaan Setiap peserta akan ditentukan lorong masing-masing mengikut undian. Pelari yang diletakkan di lorong pertama dianggap paling baik, kerana dia dapat melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh peserta lain memandangkan kedudukan mereka adalah di hadapan mengikut lorong. Apabila mereka melepasi 100 meter pertama, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Di sini pelari yang berada di lorong paling luar perlu memotong masuk mengikut satu garisan lurus.

1.2 Pakaian Dalam acara 800 meter, pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut (spikes) atau tidak memakai kasut. Namun begitu berlari dengan memakai kasut adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek. Selain dari itu baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud halangan ketika berlari. Pakaian mesti bersih dan tidak lutsinar serta tidak menjolok mata apabila pakaian peserta basah. Jika pakaian tidak senonoh maka pelari itu boleh dibatalkan penyertaannya. Ini kerana dia akan mengganggu konsentrasi

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 39

Olahraga WAJ 3112


peserta lain. Pada setiap pelari, nombor mesti dilekatkan pada baju dan seluarnya supaya mereka senang dikenal pasti oleh pengadil.

1.3 Arahan dari Pelepas dan Tolak-menolak Ditegah Semua peserta akan dimulakan dengan arahan ke garisan (bersedia) kemudian pistol akan ditembak. Dalam acara 800 meter, cara permulaan dengan cara berdiri amat sesuai sekali. Satu perkara yang penting di sini ialah ketika pelari dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan linear force. Begitu juga dengan horizontal force dan vertical force. Ini kerana dengan adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila ditolak. Pelari juga dilarang tolak-menolak ketika larian berlangsung. Jika ada di antara peserta menolak maka penyertaan mereka akan dibatalkan. Selain dari itu mereka juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari lain. Jika ada di antara pelari yang mendapat sebarang bantuan dari luar maka dengan automatik larian mereka dibatalkan walaupun mendapat kedudukan pertama.

1.4 Cara Membuat Larian Bagi pelari dalam acara jarak sederhana atau pertengahan (800 meter) selalu mengguna cara berdiri semasa permulaan. Ia digunakan kerana kaki dapat diletak paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki.

1.5 Ke Garisan Penamat Setiap peserta perlu menghabiskan dua pusingan dalam sebuah trek 400 meter. Untuk menghabiskan dua pusingan itu, jika mereka menerima bantuan luar atau tidak berlari atas trek maka mereka dibatalkan keputusan walaupun mereka tiba dahulu. Apabila tiba di garisan penamat, pelari masing-masing berusaha melepasi badan dan kaki mereka. Dengan kata lain bahagian dada menjadi ukuran penting. Masa diambil apabila api kelihatan dari pistol hingga peserta tiba ke garisan penamat (dada menyentuh benang).

1.6 Peralatan LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 40

Olahraga WAJ 3112


Baju dab seluar ( ringan dan serap air, tidak menjolok mata ) Kasut spikes (mengikut spesifikasi antarabangsa) Menggunakan sejumlah 6 paku dan panjang tidak melebihi 25 mm/ 1 inci. Diameter paku tidak boleh melebihi 4mm/0.16 inci. Nombor ( dilekatkan pada baju dan seluar ). Pistol untuk melepaskan pelari ( pengadil ) Alat perakam waktu ( pengadil ).

1.7 Aplikasi Dalam larian 800 meter, teknik permulaan amat penting supaya dapat mencari kedudukan yang baik sebaik sahaja peserta-peserta dilepaskan. Bagi 200 meter pertama, pelari mesti berlari agak laju tetapi langkah kaki jangan terlalu lebar. Dengan berada di hadapan maka seseorang itu dapat berlari di lorong paling dalam terutama larian di lengkung trek yang dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga. Selain dari itu pelari juga harus berhati-hati dengan pelari lain, dan supaya mereka tidak memotongnya maka dia perlu berlari tidak terlalu ke dalam. Pelari yang mendahului pelari-pelari lain juga ada kelemahan di mana tidak dapat melihat apa yang berlaku di belakang dan terpaksa mengikuti rentak larian sendiri. Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian apabial seseorang pelari itu sedang mengatasi pelari lain, ialah cuba menjarakkan diri daripada pelari lain setelah mendahului dalam larian itu. Ini sebagai satu kaedah untuk mengelakkan saingan peserta lain serta memberi satu kesan psikologi kepada mereka. Selain dari mengetahui kebolehan diri sendiri, seorang pelari jarak pertengahan perlu juga tahu akan kebolehan dan kelemahan pelari lain, dan ini merupakan taktik yang baik. Dengan adanya sedikit pengetahuan tentang pelari lain, sedikit sebanyak dapat membantu pelari mengatur strategi serta mengurangkan variebel dalam satu-satu larian.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 41

Olahraga WAJ 3112


b) Acara 1500 meter.

1.1 Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari cara progresif, iaitu dari senang kepada yang susah bertambah penting untuk mencapai kejayaan. 1.2 Larian ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada dua minit. Untuk mencapai peringkatperingkat seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus melalui latihan yang lama dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari dapat dilazimkan supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat. 1.3 Peralatan yang diperlukan boleh dikatakan hampir sama dengan acara 800 meter. Terdapat penambahan iaitu penggunaan alat loceng penamat pusingan dan benang di garis penamat.manakala kasut dibenarkan tidak berpaku.

2.0 Peraturan-peraturan 2.1 Permulaan Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400 meter dan mereka diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan. Di sini pelari yang diundi untuk lorong pertama paling beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong pertama atau lorong paling dalam agar masa larian dapat dicepatkan. Manakala bagi pelari yang berada di lorong luar sekali perlu berlari dalam garisan lurus untuk suatu jarak sebelum menuju ke lorong pertama. Mengenai cara bermula, kebanyakan pelari menggunakan kaedah berdiri, sama seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi arahan yang dikeluarkan oleh pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu bersedia dan mula berlari sebaik sahaja pistol ditembak.

2.2 Larian batal Setiap pelari yang berlari sebelum dilepaskan oleh pelepas akan dianggap batal dan akan diberi amaran. Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut. Manakala pelari yang sengaja berlari di luar trek juga akan dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi yang menolak akan dianggap sebagai penyertaan tidak sah. LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 42

Olahraga WAJ 3112


2.3 Jenis Trek Semua jenis trek sama ada berumput, bitumen atau tiruan boleh digunakan kecuali trek yang diubahsuai seperti meletak spring yang boleh membantu pelari tidak boleh digunakan.

2.4 Tamat Larian Peraturannya adalah sama seperti acara 800 meter. Begitu juga cara masa diambil.

2.2 Aplikasi Apabial pistol dibunyikan, boleh dikatakan hampir semua pelari jarak 1500 meter cuba mendapat kedudukan terbaik di depan kerana dapat berada di lorong terdalam. Ia ada banyak manfaat, seperti menjimatkan tenaga dan masa serta dapat mengelakkan diri daripada dihimpit oleh pelari lain. Oleh itu, satu taktik yang perlu digunakan ketika perlumbaan bermula, pelari mesti berlari dengan pantas pada 100-150 meter pertama kemudian berlari dengan kelajuan biasa. Selalunya dalam satu-satu perlumbaan, pelari mempunyai dua matlamat, iaitu membaiki masa ciptaannya, dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari. Jadi untuk mencapai kedua-dua hasrat di atas, seorang atlit mesti tahu akan kebolehan serta siapa lawan mereka. Selain dari itu dia juga mesti ada strategi yang tersendiri. Adalah dicadangkan jika boleh seorang pelari harus berlari dalam kelajuan yang sama bagi menamatkan larian dan pada pusingan ketiga iaitu 220-400 meter terakhir, pelari mesti memecahkan diri daripada kumpulan yang mengekorinya. Ini bukan sahaja memberi semangat kepada diri sendiri malah memberi satu kesan psikologi kepada pesaingnya. Apabial mengatakan tentang aplikasi, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan strategi (larian untuk mengatasi masa) dan taktik (pengubahsuaian ketika berlari untuk menghadapi lawan). Berkenaan dengan kelajuan, ia harus dipelbagaikan dalam satu larian 1500 meter seperti menambahkan kelajuan untuk mencapai satu rentak yang dikehendaki, meninggikan kelajuan untuk mengejar pelari lain atau meninggalkan peserta lain dari awal hingga akhir perlumbaan.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 43

Olahraga WAJ 3112

Soalan 1: Dengan merujuk kepada pembacaan di internet dan juga buku yang
berkaitan, apakah latihan yang sesuai untuk dijalankan ke atas atlet sekolah yang mengambil bahagian dalam larian jarak sederhana ini ?

Larian jarak sederhana memerlukan daya tahan, daya tahan kelajuan dan kelajuan terutamanya menghampiri garisan penamat.

Latihan Larian Jarak Sederhana 1. 2. 3. 4. 5. SISTEM TENAGA ATP-PC Lactic Acid + Oxygen OTOT UTAMA Quadrisep Hamstring Gastrocnemius Gluteus KOMPONEN KECERGASAN UTAMA Kekuatan otot Daya tahan otot Daya tahan kardiovaskular KAEDAH LATIHAN Latihan Jeda Lat. Bebanan Latihan Fartlek Latihan LSD Latihan Litar LATIHAN-LATIHAN KHUSUS 40%- Larian biasa di ambang anaerobic 8-12km 20%- Speed endurance : ( 4 6 ulangan dengan 300 500m ) ( keupayaan 90% ) LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 44

Olahraga WAJ 3112


6. 20%- Latihan Jeda intensif 10%- Larian bukit ( 10-15 ulangan dgn. Jarak 100-300m ) 10%- Fartlek ( 6- 8 km ) FASA-FASA LATIHAN, TEKNIK & KEMAHIRAN Stunt: - On Your Marks phase - Gun phase

7.

ANSUR MAJU PENGAJARAN SETIAP FASA Fasa Gun 1. Berat badan ditumpukan ke depan pada bahagian kaki depan. 2. Peningkatan larian dalam garisan lurus Fasa On Your Marks phase / Ke Garisan 1. Kaki kanan diletakkan belakang garisan mula dan kaki kiri kira-kira seluas bahu ke belakang. Berat badan pada kaki kanan. Cuba tukarkan kaki kiri pula ke depan & tentukan posisi yang paling selesa dan terkuat. 2. Kedudukan tangan dalam keadaan synchronise dengan kedudukan kaki kanan ke depan, tangan kiri ke depan atau sebaliknya.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 45

Olahraga WAJ 3112

LARI BERGANTI-GANTI
TEKNIK HANTARAN BATON Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan. Dua cara menghantar baton ialah : Hantaran atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka. 2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.

Hantaran bawah

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima. 2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar. 3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 46

Olahraga WAJ 3112


TEKNIK MENERIMA BATON

Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran . 2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan keluar apabila hampir dengan penerima baton. 3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke atas dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya. 4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima. 5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 47

Olahraga WAJ 3112


Menerima dari bawah

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran . 2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan keluar apabila hampir dengan penerima baton. 3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke bawah dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya. 4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima. 5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk. TEKNIK MENENTUKAN PELARI Biasanya pemilihan pelari untuk acara ini dijalankan menerusi satu ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang bertanggungjawab ke atas pasukan itu. Mungkin bilangan pelari yang menghadiri ujian itu ramai. Jika hal itu terjadi, acara saringan perlu diadakan bagi mendapatkan peserta terbaik ke peringkat akhir.

Empat atau lima orang pelari terbaik akan dipilih berdasarkan kedudukan masingmasing untuk membentuk satu pasukan pelari kelima sebagai simpanan.Walau LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 48

Olahraga WAJ 3112


bagaimanapun, ini buknlah perkara utama yang harus dijadikan syarat. Ada kalanya terdapat pelari-pelari lain yang mampu berlari dengan baik di selekoh walaupun tidak di garisan lurus. Jika demikian, terserlahlah kepada budi bicara jawatankuasa pemilih untuk membuat pemilihan akhir. Secara amnya, pemilihan dibuat dengan berasaskan kepada beberapa perkara seperti, mengikut keupayaan pelari dalam peringkat tertentu. Ini kerana dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter ini, ada pelari perlu berlari lebih jauh dan ada pula yang perlu berlari lebih dekat daripada pelari lain. Dan ada pelari yang mampu berlari dengan baik pada lorong lurus dan ada yang mampu berlari dengan baik pada selekoh.

Pelari pertama Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton, dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 49

Olahraga WAJ 3112


pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tanagan kiri. Namun ini bukanlah satu syarat.

Pelari ketiga Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dabn berkemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Daripada segi keupayaan, biasanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya berlari di selekoh.

Pelari akhir Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti- ganti 4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

KEDUDUKAN PELARI UNTUK MENERIMA BATON 1. Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini. 2. Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan. 3. Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon pertukaran baton bagi pelari kedua, ketiga dan keempat. 4. Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.

SEMASA LARIAN 1. Aturan umum a) Berlari mengikut lorong yang ditetapkan. b) Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan. LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 50

Olahraga WAJ 3112


c) Membuat pertukaran yang bersih. d) Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian.

2. Pelari pertama a) Gunakan blok permulaan. b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas. c) Berlari pada selekoh pertama. d) Membawa baton pada tangan kanan.

3. Pelari kedua a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri. b) Berlari dalam lorong yang lurus. c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan kanan. d) Berlari dalam lorong sendiri. e) Menerima baton dalam zon pertukaran.

4. Pelari ketiga a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua. c) Membawa baton pada tangan kanan. d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.

5. Pelari keempat a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri. c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari. d) Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 51

Olahraga WAJ 3112

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 52

Olahraga WAJ 3112

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 53

Olahraga WAJ 3112

Soalan 1: Apakah fasa-fasa yang terdapat dalam acara lari berganti-ganti ?


Fasa-Fasa Lari Berganti-Ganti

1. Fasa sokongan (support ) Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Mendarat atas bola bebola kaki pada masa permulaan fasa ini. 2. Fasa tolakan (drive) Pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya. 3. Fasa pemulihan (recovery) Kaki belakang ditarik tinggi ke hadapan 4. Fasa hayunan (swing) Lutut kaki depan ditinggikan ke depan

Soalan 2: Berdasarkan pembacaan anda, bincangkan bagaimana untuk


meningkatkan kelancaran pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti.

Langkah-langkah Meningkatkan Kelancaran Pertukaran Baton Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara lari berganti-ganti ini. Fasa-fasa tersebut adalah : 1. fasa pegangan dan hayunan baton 2. fasa memberi dan menerima baton 3. fasa larian dalam zon pertukaran baton 4. fasa penamat

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 54

Olahraga WAJ 3112


1. Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton Setiap pelajar diminta untuk memegang baton seperti ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional memegang baton bagi mewujudkan ruang menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari dengan membawa baton dengan cara yang betul. Guru meminta pelajar agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan.

5 cara pegang baton

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 55

Olahraga WAJ 3112


2. Fasa memberi dan menerima baton Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran hantaran baton. Oleh itu, teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah teknik pandangdan teknik tanpa pandang.

Teknik pandang Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400 meter di mana penerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menerima baton itu.

Teknik pandang

Teknik tanpa pandang

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 56

Olahraga WAJ 3112

Cara peretukaran baton

3. Hantaran berterusan Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap. Keperluan : Trek 400 meter dan bertanda dengan bendera pada tiap-tiap 50m di trek. Jumlah stesen adalah lapan.

4. Organisasi 4.1 4.2 Pada tiap-tiap stesen diletakkan pelari Pelari pada stesen satu bermula membawa baton dengan tangan kiri, kemudian menghantar baton pada perta stesen tiga yang menerima dengan tangan kanan. Tiap-tiap pelari berbuat demikian sehingga baton kembali semula ke peserta pertama daripada pelari nombor lapan 4.3 4.4 Selepas menghantar baton, berlari anak balik ke tempat asalnya. Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepanjang latihan ini. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 57

Olahraga WAJ 3112


5. Hantaran berterusan (sembilan pelari sepasukan) Semua pelari pergi ke lapan-lapan stesen seperti aktiviti lapan berpasukan. Pelari nombor satu dan pelari nombor Sembilan menunggu di stesen nombor satu. Pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan dan dia akan menerima kembali dengan tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tanagn kanan dan tangan kiri.

6. Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan. Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh meter. Seperti biasa, peserta pertama tiba ke stesen pertama, peserta kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila peserta pertama member isyarat. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. Selepas peserta nombor lima menerima baton dalam tangan kanan, semua pelari berpusing dan jarak seperti pada awal aktiviti di mana peserta nombor lima menjadi pelari pertama pada kali ini.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 58

Olahraga WAJ 3112


ACARA PADANG

Soalan 1: Senaraikan fasa-fasa yang terdapat dalam acara lompat jauh.


Fasa lompat jauh Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti : v Fasa penujuan terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. v Fasa lonjakan setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. v Fasa penerbangan/layangan dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. v Fasa pendaratan apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan. Latihan ansur maju Menentukan kaki lonjakan pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 59

Olahraga WAJ 3112


Soalan 2: Senaraikan gaya-gaya lompat yang terdapat dalam acara lompat jauh.
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :

Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Gaya gantung digunakan oleh novis dan juga pakar. Gaya tendang kayuh gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Soalan 1 : Senaraikan fasa-fasa yang terdapat dalam acara lompat tinggi.


Terdapat 4 fasa

Soalan 2

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 60

Olahraga WAJ 3112

Soalan 2:
LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 61

Olahraga WAJ 3112

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 62

Olahraga WAJ 3112

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 63

Olahraga WAJ 3112

LEW YEN LEE ( PPG FEB 2012 PSV 4H ) | 64

Anda mungkin juga menyukai