Anda di halaman 1dari 14

PEMBANGUNAN KURIKULUM KBSR, KSSR DAN KSSR PENDIDIKAN KHAS

Teori dan model pembinaan kurikulum (Model Objektif dan Proses)

TEORI DAN MODEL PEMBINAAN KURIKULUM


. Teori - ialah penerangan yang terurus untuk suatu set peristiwa atau fenomena yang diperhatikan bagi memerlukan penerangan.

Model - keperluan teori berkenaan pengajaran dan pembelajaran dan juga menggariskan pendekatan, kaedah dan prosedur untuk implementasi dan penilaian.

TEORI DAN MODEL PEMBINAAN KURIKULUM

MODEL KURIKULUM TYLER 1949


Kurikulum, segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Seperti contoh: peperiksaan dan mata pelajaran. Dengan menggunakan objektif dalam perkembangan kurikulum dan pendidikan dapatlah mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Tujuan sebenar bagi pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku murid-murid.

EMPAT PRINSIP ASAS


Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai? Bagaimanakah pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektif? Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat dinilai? Bagaimanakah pengalaman pembelajaran disusun untuk pengajaran berkesan?

MODEL KURIKULUM TABA 1962


Kurikulum seharusnya direka oleh guru atau pendidik dan bukan semestinya oleh pihak berkuasa atasan. Guru haruslah memulakan proses di atas sebelum mencipta reka bentuk kurikulum am. Beliau menekankan objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah semasa merancang kurikulum. Objektif memandu keputusan kurikulum: Apa yang perlu disampaikan? Apa yang perlu ditekankan? Apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih? Apa jenis pengalaman pembelajaran yang perlu dititikberatkan? Model - pembangunan konsep dan mengutamakan penyusunan bahanbahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan kaedah yang berkesan bagi mengajar kandungan kurikulum dalam bentuk generalisasi dan diskriminasi.

Mengesyorkan 4 strategi pengajaran untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan murid. Model objektif = satu terjemahan kajian pendidikan kepada amalan pendidikan. Langkah dalam MODEL KURIKULUM TABA : 1.Mendiagnosis kepentingan pembelajaran. 2.Membentuk objektif tingkah laku. 3.Memilih bahan pembelajaran yang sesuai. 4.Menyusun bahan pembelajaran. 5.Memilih pengalaman pembelajaran. 6.Penyusun pengalaman pembelajaran. 7.Menentukan bahan pembelajaran yang akan dinilaikan dan cara-cara untuk menilai.

Model Proses STENHOUSE 1975


Membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil berbentuk objektif. Ia menekankan kemungkinan pembentukan prinsip prosedur untuk pemilihan kandungan kurikulum dan justifikasinya. Bermula dari titik tolak yang menyatakan pendidikan mambawa impilkasi yang ia merupakan proses penyebaran apa yang bernilai untuk dipelajari.

Model ini lebih berfokus kepada:


i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Aktiviti-aktiviti dan peranan guru. Aktiviti-aktiviti murid dan pelajar. Keadaan-keadaan di mana pembelajaran berlaku. Mementingkan bagaimana dan bukan kesudahan. Pelajar seharusnya mempunyai peranan dalam membuat keputusan tentang aktiviti pembelajaran. Lebih mempunyai individu. Mempunyai andaian bahawa pelajar memberikan respons yang unik terhadap pengalaman pembelajaran.

PERBEZAAN ANATARA MODEL OBJEKTIF TYLER DAN MODEL PROSES STENHOUSE