Anda di halaman 1dari 3

Kegawatan sosial dalam era globalisasi

Oleh admin - pada 06 Mar 2013 - dalam ARTIKEL REALITI / 469

Masyarakat Malaysia tidak terlepas daripada menerima kesan dan impak daripada idea pasca moden yang berlaku di seluruh dunia. Sifat kasih sayang sesama manusia semakin terhakis, keganasan bermaharajalela dan wujud kecenderungan bertindak kejam dan ganas. Nilai-nilai akhlak semakin hilang kedudukannya di mata masyarakat. Amalan keji dan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai akhlak berleluasa di merata tempat. Kes buang bayi, penderaan kanak-kanak, merogol, merempit, meragut, membunuh, samseng jalanan, membuli, merompak, menagih dadah dan sebagainya berleluasa di seluruh negara. Masyarakat sudah merasa tidak selamat dalam rumah sendiri. Anak-anak tidak selamat tinggal dengan ibu bapanya. Gadis-gadis tidak selamat di rumah dan di jalanan. Masyarakat kita hari ini diselubungi dengan kekeliruan. Keliru tentang identiti dan jatidiri yang perlu menjadi pegangan dan anutan. Krisis moral dan politik melanda masyarakat dengan seriusnya. Masyarakat kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan sosial. Masalah berpunca daripada kepincangan akhlak, kehilangan role-model, mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan tidak mahu memikul tanggungjawab. Fakta yang dikeluarkan oleh berbagai-bagai agensi kerajaan menunjukkan betapa besar masalah sosial yang melanda masyarakat kita. Yang lebih mengharukan lagi ialah penglibatan golongan Melayu dalam berbagai-bagai masalah keruntuhan akhlak. Berikut adalah beberapa fakta untuk direnungi bersama; 1- Data yang dikeluarkan oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada tahun 2005 menunjukkan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 160 gadis tempatan yang ditahan setiap tahun. Dianggarkan 150 ribu wanita terbabit dalam kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya adalah wanita dewasa. 2- Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2009, mencatatkan antara tahun 2000-2008 sebanyak 257,000 sijil kelahiran tidak mencatatkan nama bapa pada surat pendaftaran kelahiran. Purata kelahiran anak luar nikah sebulan ialah 2,500 orang dan purata seminggu kelahiran anak luar nikah ialah 84 kes. Antara tahun 19992003 kelahiran anak luar nikah adalah seramai 70,430 orang dengan 30,978 orang daripadanya adalah dari ibu yang beragama Islam. Berlaku peningkatan kelahiran anak luar nikah dari

kalangan ibu Melayu pada setiap tahun. Pada tahun 2008, anak luar nikah Melayu ialah 16,541 telah meningkat kepada 17,303 orang pada tahun 2009. 3- JPN 2009 juga telah mencatat sejumlah 102 kes buang bayi telah dilaporkan. Sebanyak 580 orang bayi telah dibuang dalam tempoh 20002006 (PDRM 2008). Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan kemeriahan pada sebelah malamnya di negara ini, sembilan bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes buang bayi dan mengandung anak luar nikah. Tempoh ini ibarat musim mengawan kerana sembilan bulan selepas itu rumah perlindungan dan seluruh negara akan mencatat kes buang bayi sama ada masih hidup atau janin yang dibuang dalam semak, belakang rumah, pusat pembuangan sampah, bawah pokok, dalam longkang dan juga tandas. 4- PDRM 2008 juga telah mencatat jumlah wanita yang dirogol semakin bertambah dari tahun ke tahun dengan negeri Selangor dan Johor mencatat jumlah mangsa rogol yang paling ramai. 5- Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM 2008 berkaitan tangkapan juvana yang melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda menunjukkan jumlah pasalah Melayu pada tahun 2007 adalah seramai 5847 orang berbanding dengan bangsa China seramai 575 orang, India seramai 830 orang dan bangsa lain seramai 713 orang. 6- Laporan Dadah Julai 2008 yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) menunjukkan jumlah penagih dadah dari bangsa Melayu sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2007, jumlah penagih Melayu ialah 7,359 orang berbanding bangsa China seramai 1,413 orang dan India seramai 1,165 orang. Jumlah penagih berkurang pada tahun 2008 kepada 5,992 bangsa Melayu, 1,008 bangsa China dan 779 orang bangsa India. Walau bagaimanapun bangsa Melayu tetap juara. 7- Penglibatan wanita Melayu dalam dunia peragaan, ratu cantik, pengiklanan komersial, gadis bola, gadis grand prix, lakonan, nyanyian dan tarian, yang jelas mencemar nama baik agama Islam. Jumlahnya terlalu ramai sehingga tidak terhitung. Akademi Fantasia, Mentor, Mari Berdansa dan lain-lain. Oleh itu, apa peranan kita? Selain daripada mentarbiyyah masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar serta mengamalkannya dalam hidup sehari-hari, kita yakin bahawa agama ini juga pasti terpelihara jika yang memegang tampuk pemerintahannya ialah Muslim yang berwibawa dalam membangunkan agenda Islam pada Negara. Islam adalah agama yang adil kepada semua maka, sangat penting untuk para pemimpin yang

beragama Islam memahami apa ertinya menganut agama Islam agar apa yang dilakukan, setiap tindakan yang diambil selaras dengan syariat agama Diambil daripada tulisan: Ustazah Norsaleha Mohd Salleh

Anda mungkin juga menyukai