Anda di halaman 1dari 11

FATIN NURHAZWANI BT ARIFFIN SITI NABILA BT JAMIN NUR AMIRAH BT RUSLAN

APA ITU ASERTIF??


Keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya positif atau negatif dengan cara sesuai lisan dan bukan lisan. Mesej yang disampaikan secara terang, mudah difahami oleh penerima mesej. Penerima mesej itu berasa selesa.

KEMAHIRAN ASERTIF
Terbahagi kepada 3 komponen :a) Kebolehan meluahkan perasaan (cth: menerima dan meluahkan perasaan marah dan mesra) b) Meluahkan pegangan dan pendapat secara terbuka. c) Mempertahankan hak individu (tidak membenarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita. Orang asertif ini tidak boleh dimanipulasi atau malu. Boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif.

AKTIVITI MEMBINA KEMAHIRAN ASERTIF


SITUASI 1

Sejak kebelakangan ini, Jemah agak ketinggalan dalam pelajaran, tidak menumpukan perhatian dan hampir tidak lulus dalam peperiksaan lepas. Di akhir sesi pembelajaran hari ini, dia meminta kepada anda untuk menghantar tugasan projeknya beberapa hari lewat. Dia mengetahui bahawa anda telah memberi kebenaran kepada dua pelajar lain kerana mereka menghadapi masalah mendapatkan sumber.

SITUASI 2 Man dan Lim sepatutnya mengemas alatanalatan yang telah digunakan tetapi mereka meninggalkan kebanyakkan daripada alatan tersebut berselerak di dalam gimnasium. Sekarang mereka menuju ke pintu keluar kerana loceng habis rehat akan berbunyi.

SITUASI 3

Lan tidak membuat tugasan projeknya. Dia mengalihkan pandangannya dan terus berbicara dengan rakan sebelah apabila bertentangan mata dengan anda. Bila anda meronda keliling kelas untuk memeriksa hasil kerja murid, dia mula membuat kapal terbang kertas.

SITUASI 4 Semasa anda berjalan turun ke kaki lima, anda terdengar dua pelajar sedang menghina (mak hang!) Pelajar tersebut tidak marah dan tidak mengendahkannya. Walaubagaimanapun beberapa pelajar lain sedang berkumpul dan anda merasakan mereka mungkin menggalakkkan dua pelajar tersebut bergaduh.

Situasi 5 Semasa kelas bermula, anda mendapati Milah sedang memakan roti. Tindakan tersebut melanggar peraturan di dalam kelas. Apabila Milah menyedari yang anda sedang memerhatikannya, beliau segera menghabiskan baki roti dan mengeluarkan sebungkus lagi.

Situasi 6

Semasa perbincangan Isu, Mek dan Bedah menukar nota sambil membuat bising. Anda menyedari perhatian pelajar murid lain terganggu, dan anda mula panas hati kerana terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian kelas.

SITUASI 7
Berdasarkan nota yang ditinggalkan oleh guru ganti kepada anda, anda mendapati bahawa beliau telah mengalami saat yang sukar apabila berhadapan dengan murid tahun 4. Murid-murid tersebut menolak untuk membuat kerja yang diberikan, 4 atau 5 orang murid keluar kelas dengan alasan ingin ke tandas namun tidak pulang sehingga waktu rehat, dan perang kertas berlaku sepanjang tengahhari. Selepas loceng berbunyi kamu masuk kelas untuk menyapa mereka.

Anda mungkin juga menyukai