Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan para Rasul-Nya dengan
membawa jalan dan petunjuk yang nyata. Membawa manusia daripada jalan
kegelapan kepada cahaya kebenaran menuju kepada jalan Allah azzawajalla.
Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan
keatas keluarga seterus nya keatas sekelian para sahabatnya yang mulia.
Ciri-ciri dan nilai akhlak yang terdapat pada baginda menjadi paradigma
kepada umat Islam menjalani dan memahami erti kehidupan sebenar.
Kebenaran yang meletakkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang maha Esa dan
Muhammad sebenar-benarnya pesuruh Allah.
Maka sudah tentu pemahaman kepada akhlak dan keyakinan ini hanya
akan dapat dirasai oleh mereka yang menghayati dan mengetahui akan sirah
nabawiyah ini. Bagaimana Rasululullah dapat mentarbiah akhlak para sahabat
dan umat sepanjang zaman. Nabi dapat mengubah cara hidup ummah daripada
buruk kepada kebaikan.
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri rasulullah s.a.w itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)
Allah s.w.t dan (balasan baik) pada hari akhirat kelak serta ia menyebut dan
mengingati Allah s.w.t sebaik-baiknya (pada masa susah dan senang)”
DEFINASI
Oleh itu keindahan ciptaan manusia juga mempunyai dua bentuk iaitu:
1. Insan Jasmani iaitu keindahan daripada segi zahir fizikal. Keindahan ini
termasuk dalam istilah al-khalq.
3
Datuk Harun Din, Islam Rujukan elektif Akhlak Mulia, 2
4
Nik Abdul Aziz Nik Mat, SIRAH NABAWIYYAH-insan teladan sepanjang zaman, 11
3
Maksudnya : " Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad)
mempunyai akhlak yang sangat mulia ” .
Tauhid harus menjadi paksi dan teras keperibadian yang unggul. Inilah
pola penyelesaian dari Allah untuk manusia seluruhnya. Inilah bentuk
pendidikan para Nabi, Musa, Isa, Muhammad dan Rasul-Rasul sepanjang
sejarah.5
5
Hj.A.Ghani Hj.Shamsudin, Tajdid dalam pendidikan dan masyarakat,DPF,PUM 75
4
ZAMAN KANAK-KANAK.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada tahun 571 M, Ayah nya bernama
Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Ayahanda Baginda meninggal dunia
semasa Baginda masih didalam kandungan. Kemudian semasa Baginda
berumur 6 tahun, ibunda yang tercinta menyahut panggilan Ilahi, tinggal lah
Baginda bersama datuk nya Abdul Muthalib dan seterusnya dipelihara oleh
bapa saudara Baginda Abu Thalib. Kedua-dua orang ini mempunyai
tanggungjawab yang berat disamping menjaga keluarga yang besar dan
tanggungjawab menjamu dan menjamin orang-orang yang datang berhaji ke
Mekah pada setiap tahun. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w semasa kanak-
kanak didalam keluarga yang besar dan kekurangan begitu membekas
kedalam jiwa nya dan ini merupakan tarbiah yang dapat membentuk
keperibadian dan kekuatan jiwanya.
AL-AMIN
Rasulullah s.a.w telah ikut serta memberi sumbangan fikiran dan tenaga
didalam usaha membina semula Ka’bah yang rosak dilanda banjir. Baginda
sendiri telah berusaha mengangkat batu-batu dengan tangan baginda yang
mulia.
PERKAHWINAN
Lantaran sifat baginda yang amanah, hatinya bersih dan akhlaq yang
baik telah dapat menambat hati Khadijah binti Khuwailid seorang saudagar
yang mashyur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan harta kekayaan.
Rasulullah dengan akhlak nya yang mulia telah menjadi seorang suami
yang penyayang, seorang ayah yang bertanggungjawab dan tidak
mementingkan hawa nafsu nya semata-mata. Ini dapat dilihat melalui
perbezaan umur baginda dan isteri nya Khadijah.
Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri
wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab,
“Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya
ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan,
wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.”
(Riwayat Abu Daud dan Nasaii)
Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w adalah
sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar
sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan,
pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian
kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran .
Apabila Siti Aisyah r.ha. ditanya tentang akhlak Baginda maka jawabnya:
Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan
akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari
landasan agama dan tuntutan syariat .
Para sahabat telah diberi tarbiah langsung dari nabi s.a.w melalui
madrasah tarbiah Rasulullah s.a.w.
Tangan Baginda s.a.w yang mulia itu tidak pernah bersentuhan dengan
tangan perempuan yang bukan mahramnya.
Baginda amat pemurah lagi dermawan sehingga tidak pernah ada se
keping wang dinar emas atau perak pun yang tinggal didalam tangannya
untuk jangkamasa yang lama.
Baginda tidak pernah menolak atau menghampakan permintaan daripada
orang yang meminta hatta dari harta yang dimilikinya sekalipun, padahal
apa yang dimilikinya itu hanya cukup untuk dirinya.
Baginda suka menjahit sandal atau pakaian apabila rosak dan melayani
kepentingan keluarga serumah, bahkan bersama-sama isteri-isteri
memasak.
Baginda amat berasa malu jikalau berhadapan dengan orang banyak,
beliau s.a.w tidak terus memandang wajah seorang dua yang
dihadapannya itu, tetapi pandangannya menyeluruh kepada sekelian
yang berada disitu.
8
Induk Pensucian Diri, Said Hawwa, 1125
7
Baginda sentiasa menghadiri undangan walau pun datangnya daripada
seorang merdeka atau hamba sahaya.
Apabila Baginda marah, kemarahan nya bukan lah atas sebab cemuhan
atau cercaan terhadap dirnya, namun Baginda amat marah manakala
kehormatan Allah Ta’ala atau agama dijadikan sasaran.
Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .
Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-
orang muda dan kanak-kanak .
Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan
perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .
Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina
bergaul dengan mereka.
Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam
kesusahan .
Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli
keluarganya .
Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran
dan kesusahan.
Baginda gemar sekali menjenguk orang sakit walaupun tempatnya jauh
dari kota Madinah.
Baginda menyukai bau harum dan wangi-wangian, dan sebaliknya tidak
suka dengan bau-bauan yang tidak enak.
Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai akhlak,
begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sehat, telah
mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan
pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat
yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, 9 dan lebih
dahsyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama
baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej
Islam .
Anasir-anasir yang tidak sihat ini dengan mudah menyelinap masuk serta
menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya
benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang Agama, meremehkan
nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan
tuntutan syariat . Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang
merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni
sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya .
9
ISLAM LIBERAL, Adian Husaini M.A, Nuim Hidayat, 2
8
untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-
burukkan Islam. Islam dilabelkan sebagai teroris.
Sabda Nabi S.A.W “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang
paling baik akhlaknya.” –hadis riwayat Tirmizi.
10
Rukun Iman
11
Rukun Islam
12
ibid
13
Dato’Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat, 40
9
Pembicaraan tentang akhlak tidak dapat dipisahkan dengan sifat-sifat
mahmudah14 (terpuji/ taat yang batin) dan sifat-sifat mazmumah 15 (tercela/
maksiat yang batin).
Akhlak yang mulia merupakan tanda dan natijah iman yang sebenar.
Manakala Islam pula meletakkan akhlak sebagai inti pati segala ibadat. 16
Rasululullah s.a.w dan para sahabat terkenal dengan sifat zuhud dan
taqwa. Baginda tidak mementingkan kemewahan harta benda dan kuasa,
hanya yang diharapkan adalah keredhaan Allah semata-mata.
Apabila ditinjau dari sudut hikmah perlakuan akhlak yang baik kita akan
dapati esensi daripada amalan itu akan membuahkan iman yang dapat
menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap Allah s.w.t.
Kesedaran yang sebeginilah yang harus diterap kan kedalam jiwa insan
yang mengaku sebagai Islam agar dapat merasakan segala apa yang ditarbiah
oleh Baginda akan terus hidup hingga ke akhir zaman. Ini lah natijah daripada
mengetahui dan menghayati serta mengamal kan sirah Nabawiah khasnya
didalam cara membentuk akhlak yang mulia acuan daripada manusia agung
Muhammad s.a.w.
Iman yang telah diterap oleh Baginda s.a.w kepada para sahabat telah
dapat melembutkan hati dan membaikkan peradaban dengan berpedoman
kepada akhlak yang murni. Para sahabat gagah dan keras, sekeras besi mata
14
Taubat, Taqwa, Kasih akan Allah, Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas dan benar, Tawakal, Redha dan Mengingati
mati
15
Gemar makan minum berlebihan, Banyak berkata-kata yg sia-sia, marah, Hasad, Kasih harta, Takbur, Riak,
Ujub, Kasih akan dunia dan kasih dipuji.
16
Dato’Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat, 49
17
M.Said Ramadan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah 1, 80
10
pedang dalam berjuang menegakkan agama Allah dan sekaligus menjadi
seorang hamba Allah yang benar-benar tawadhuk dan rendah diri. Rasulullah
berjaya melakukan kedua-duanya sekali hasil daripada tarbiah akhlak dan
pemantapan iman secara menyeluruh.
PENUTUP
Atas keutamaan masjid sebagai rumah Allah, maka Rasul s.a.w telah
meletakkannya sebagai tempat pertemuan orang-orang Islam untuk berurusan
akan hal-hal keduniaan dan hal-hal keakhiratan. Peranan masjid telah berjaya
membentuk umat Islam yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
18
Masjid Quba
11
Konsep tarbiah yang membentuk akhlak berpandukan sirah nabawiah
dapat diterjemahkan dengan lebih terperinci agar difahami dan diamalkan oleh
umat Islam demi menjamin masa depan yang akan menaikkan martabat ummah
dan meletakkan Islam itu ditempat yang teratas.
هوالذي ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره
المشركون.
Maksudnya; “Dia lah tuhan yang telah mengutuskan RasulNya dengan
membawa pimpinan dan agama kebenaran buat memenangkan keatas agama-
agama keseluruhannya, walau pun ditentang oleh orang-orang musyrik.”
-As-Saf: 9
12
13