Anda di halaman 1dari 5

KEGANASAN DALAM SUKAN Definisi Keagresifan Baron dan Richardson (1994) apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan

n yang bermatlamat utk menyebabkan kecederaan kepada benda hidup yang lain dan bermotivasi utk mengelakkan diri dari dicederakan. Wann (1997) satu tindakan yang bermatlamat utk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi utk mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan. Oleh itu, keagresifan ialah: Perlakuan yang bermatlamat (mempunyai niat) Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal atau psikologikal. Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecederaan.

Keagresifan Ketara (Hostile) Silva 1984: merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca drpd rasa marah dengan matlamat utk mencederakan individu lain (atau objek) dengan niat utk melihat individu tersebut megalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

Cth: Pemain penyerang dikasari sepanjang perlawanan oleh pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara kasar tanpa dihukum oleh pengadil. Penyerang yg marah menyiku pemain pertahanan sehingga menyebabkan kecederaan utk membalas dendam.

Keagresifan Instrumental Sesuatu tindakan dengan niat utk mencederakan individu lain, bermatlamat utk mendapatkan faedah atau ganjaran luar seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif melihat tindakan tersebut sebagai instrumental (perlu dilakukan) utk mencapai matlamatnya.

Cth: Tindakan agresif pemain pertahanan ke atas pemain penyerang pihak lawan dengan niat utk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dgn baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran. Niat utk mencederakan masih ada tetapi matlamat utama adalah utk memenangi perlawanan.

Keagresifan Asertif Penggunaan fizikal atau verbal dgn cara yang dibenarkan (megikut peraturan permainan) utk mencapai sesuautu matlamat (kemenangan). Niat utk mencederakan individu lain tidak timbul sama sekali. Ia tidak dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peratura-peraturan permainan. Cth: Penggunaan tackle utk mengehadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan selagi tackle itu tidak menyalahi peraturan. Namun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih, ia tidak dianggap sebagai tindakan yg agresif.

Punca-punca Keganasan PSIKOLOGI Provokasi (tindakan yg mencabar utk mendapatkan reaksi pihak lawan) Tekanan Emosi/Stress (prestasi di bawah jangkaan, jangkaan menangkalah, provokasi pihak lawan dan penonton) Jangkaan Perlakuan Kasar (atlet dijangka akan dikasari) Kurang Pengetahuan (Sukan Kontak pijak pemain yang jatuh, penonton tidak tahu undang-undang)

PERSEKITARAN Lokasi Pertandingan (sokongan padu tuan rumah) Cuaca (cuaca panas-bertindak agresif, hujan-padang licin) Aspek Keselamatan (tahap keselamatan longgar. Penempatan penonton, bawa alatan bahaya-kayu, botol, mercun)

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

PERBEZAAN MATA ATAU JARINGAN Semakin besar perbezaan mata, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang ketinggalan (Cox 1999)

Faktor: Kurang semangat kesukanan Disiplin pemain yang kurang Masalah peribadi atlet Pengadil berat sebelah

Kesan: Kecederaan berlaku Mutu sukan yang rendah Pandangan masyarakat yang negative

Cara Mengatasi: Perbanyakkan kem-kem motivasi dlm kalangan pemain. Tingkatkan disiplin dalam diri setiap pemain Memupuk semangat kesukanan Pertingkatkan mutu pengadilan setiap perlawanan Pemain tidak mencampuradukkan masalah peribadi dalam permainan

IDEA: Tayangkan video dan suruh kelas pilih mana satu jenis keganasan yg dilakukan

GANGGUAN DALAM SUKAN Gangguan- sesuatu yang membuatkan seseorang, objek atau proses menjadi terbantut dan tergendala.

Gangguan Emosi Tekanan perasaan Gangguan psikologi Kebimbangan (anxiety)

Punca Menurut Dauthwaite dan Amstrong (1984) semakin tinggi peringkat pertandingan semakin meningkatnya kebimbangan yang dirasai oleh atlet Keraguan pada diri Merasakan kekurangan pada diri Menyalahkan diri sendiri apabila melakukan sebarang kesilapan Harapan yang diberi oleh org lain (pihak atasan, penyokong) Masalah peribadi

Kesan Menghalang pencapaian dan prestasi atlet Melumpuhkan semangat Tidak dapat menumpukan fikiran dengan sepenuhnya

Cara mengatasi Senaman (aerobik spt berjalan berlari berenang berbasikal) Sesi kaunseling Terapi

Gangguan Faktor Semula Jadi Cuaca Fizikal pihak lawan Bunyi, warna, cahaya Keadaan padang dan tapak permainan

Kesan Sunburn Muscle cramp (kerap pada waktu panas, kehilangan garam sodium elalui perpeluhan. Peluh: Na, Cl, K, Mg) Pitam (selalu berlaku di garisan penamat- otot rehat tiba2 dan darah kurang kembali ke jantung utk disalurkan ke otak, panas) Heat edema (bengkak pada kaki dan tangan) Heat exhaustion (kepenatan- suhu badan meningkat- darah ke kulit untuk mengeluarkan haba dan kurang ke otot dan organ lain)

Heat stroke (membahayakan nyawa- suhu terlalu tinggi/ overheating

Cara Mengatasi Jurulatih pastikan atlet mempunyai masa yang mencukupi untuk mengenal padang (penyesuaian tempat)

Gangguan Sesama Manusia Pihak lawan, pengadil Gangguan seksual Sorakan peminat

Kesan Gangguan Seksual Memberi kesan kepada fizikal dan psikologi Tidak dapat menumpukan perhatian Prestasi menurun Depression, anxiety Mencederakan diri Mencemarkan hubungan dengan jurulatih secara umum

Cara mengatasi Tahu mempunyai hak Membuat laporan (pegawai, doctor, ibu bapa) Program pendidikan mengenai gangguan seksual

Anda mungkin juga menyukai