Anda di halaman 1dari 1

Kes rogol SUKMA: Tiga atlet mengaku tidak bersalah Tunku Nashrul Tunku Abaidah| Kemas kini: Julai

11, 2013
PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang pegawai tambahan pasukan bola baling Wilayah Persekutuan diPerkampungan Sukan, Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya secara berasingan di hadapan hakim Yasmin Abdul Razak, Hakim Abu Bakar Manat dan Hakim Rozina Ayob. Tertuduh Megat Farzeril Megat Razali, Muhammad Shaizzad Md Shafie dan Adib Adha Ismail didakwamerogolwanita berusia 20 tahun di sebuah bilik di Blok Enggang Kolej ke-2 UPM. Ketiga-tigasuspekberusia antara 18 hingga 19 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, pada 4 Julai. Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sabitan. Mahkamah membebaskan mereka dengan ikat jamin RM10,000 ringgit setiap seorang dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan termasuk mangsa. Mereka bertiga juga diarahkan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai. Hakim kemudian menetapkan kes disebut semula pada 20 Ogos ini.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kes-rogol-sukma-tiga-atlet-mengaku-tidakbersalah-18098?cp

Anda mungkin juga menyukai