Anda di halaman 1dari 15

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 68 -

UNIT 4

APLIKASI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju/Agree

Sangat Setuju

Item 1

Penyataan /Statement Saya dapat mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik. Saya dapat menjelaskan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 69 -

UNIT 4

APLIKASI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i. ii. mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

4.1

PENDAHULUAN

alam Unit 4 ini, aplikasi kemahiran komunikasi dalam matematik membincangkan peranan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik, komunikasi berkesan dalam pengajaran pembelajaran matematik dan pembelajaran melalui

komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik dan contoh-contoh aktiviti berkaitan dengan penerapan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 70 -

4.2

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

D
adalah perhatian:

alam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah (KPM, 2011), Kurikulum Matematik disediakan bagi memberi peluang kepada guru untuk mengubah suai dan mencipta suatu suasana yang menyeronokkan, bermakna,

berguna dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, penting untuk memastikan murid-murid menunjukkan perkembangan dalam

menguasai konsep dan kemahiran Matematik. Pada akhir sesuatu topik dan dalam memilih untuk meneruskan dengan bidang pembelajaran atau topik lain, perkara berikut perlu diberi

Konsep atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembelajaran atau topik baru; Memastikan hirarki atau hubungan antara bidang pembelajaran atau topik telah diikuti sepenuhnya; dan Memastikan asas bidang pembelajaran atau kemahiran telah dikuasai sebelum berpindah ke bidang yang lebih abstrak. Proses pengajaran dan pembelajaran menekankan tentang pembinaan konsep,

penguasaan kemahiran dan menanamkan nilai-nilai murni. Selain daripada itu terdapat elemen lain yang perlu diberi perhatian dan diajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antaranya adalah komunikasi dalam matematik. Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan menjelaskan pemahaman tentang Matematik. Melalui percakapan dan soal jawab, idea Matematik boleh memberi tindak balas, boleh dibincangkan dan diubah suai. Proses pemikiran analitik dan sistematik boleh membantu memperkukuhkan pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap Matematik dengan lebih mendalam. Melalui komunikasi berkesan, pelajar menjadi lebih efisyen dalam menyelesaikan masalah dan mampu menerangkan konsep dan kemahiran Matematik kepada rakan sebaya dan guru-guru.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 71 -

Semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah, kaedah berikut boleh dibina melalui persekitaran komunikasi berkesan; iaitu: Mengenal pasti konteks yang berkaitan dengan persekitaran dan pengalaman murid dalam kehidupan harian; Mengenal pasti kecenderungan murid; Mengenal pasti bahan pengajaran; Memastikan pengajaran yang aktif; Merangsangkan kemahiran meta-kognitif; Menanamkan sikap positif; dan Membina persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Komunikasi berkesan boleh dilaksanakan secara lisan, bertulis dan menggunakan perwakilan, yang akan dibincangkan seterusnya.

4.2.1

Komunikasi Secara Lisan

Sebagai hubungan dua hala di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan bahan. Komunikasi secara lisan yang boleh dijalankan dengan berkesan dan bermakna semasa pengajaran pembelajaran matematik adalah seperti: bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri; menyoal dan menjawab soalan; temu bual berstruktur dan tidak berstruktur; perbincangan dalam bentuk forum, seminar, perbahasan sumbangsaran; pembentangan dapatan tugasan; dan perbincangan melalui pembelajaran koperatif.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 72 -

Komunikasi lisan adalah proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti mendengar, bertutur, membaca dan memerhati. Ini adalah interaksi dua hala yang melibatkan antara gurumurid, murid-murid, dan murid-objek. Apabila murid dicabar untuk berfikir dan memberi alasan tentang Matematik dan memberi tahu orang lain tentang hasil pemikiran mereka, mereka belajar untuk menjelaskan dan meyakinkan. Mendengar penerangan orang lain memberi murid-murid peluang untuk meningkatkan kefahaman mereka. Perbualan di mana idea Matematik diselidik daripada pelbagai perspektif membantu menajamkan pemikiran dan membantu membuat perkaitan idea. Sesetengah aktiviti membantu murid meningkatkan penguasaan bahasa untuk menyatakan idea Matematik dan menghargai terhadap perlunya ketepatan bahasa. Beberapa teknik komunikasi lisan yang efektif dan bermakna dalam Matematik adalah seperti berikut: Bercerita, sesi soal jawab menggunakan perkataan sendiri; Bertanya dan menjawab soalan; Temu duga berstruktur dan tidak berstruktur; Perbincangan dalam forum, seminar, perdebatan dan sesi sumbang saran; dan Persembahan hasil kajian.

Berdasarkan gambar rajah berikut, sila buat penjelasan secara lisan kepada rakan anda. Laksanakan aktiviti ini semasa kelas tutorial.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 73 -

4.2.2

Komunikasi Secara Bertulis

Komunikasi secara bertulis merupakan sebagai proses penyaluran idea dan maklumat tentang matematik yang dipersembahkan secara bertulis. Penulisan boleh menggalakkan pelajar untuk memikirkan dengan lebih mendalam tentang isi kandungan matematik dan melihat perhubungan antara konsep-konsep. Komunikasi bertulis adalah satu proses di mana idea Matematik dan maklumat dikongsi dengan orang lain melalui penulisan. Kerja bertulis biasanya adalah hasil perbincangan, sumbangan dan aktiviti sumbangsaran ketika menyiapkan kajian. Melalui penulisan, murid digalakkan berfikir secara mendalam tentang kandungan Matematik dan memerhati hubungan antara konsep-konsep. Contoh aktiviti komunikasi bertulis adalah: Membuat latihan; Menyimpan buku skrap; Menyimpan folio; Melaksanakan projek; dan Ujian bertulis.

Andaikan rakan anda tidak hadir ke kelas matematik kerana masalah kesihatan. Rakan anda menelepon anda bertanyakan kerja rumah yang diberikan oleh guru matematik pada hari tersebut. Anda memaklumkan yang guru matematik memberi gambar rajah dan meminta murid-murid membuat penjelasan tentang gambar rajah tersebut. Rakan anda menanyakan, apakah bentuk gambar rajah yang diminta oleh guru?. Bagaimanakah anda hendak menerangkan gambar rajah yang diberikan oleh guru tersebut. Sila bincang dalam kelas tutorial.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 74 -

Deskripsi murid yang mana boleh dianggap menetapi gambaran gambar rajah di atas yang diberikan. Jelaskan mengapa.

4.2.3

Komunikasi secara perwakilan

Komunikasi ini lebih merupakan sebagai proses menganalisis sesuatu masalah matematik dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain. Perwakilan matematik membolehkan pelajar menghubungkaitkan antara idea matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan bahasa harian pelajar. Perwakilan matematik juga merupakan suatu proses menganalisis masalah Matematik dan mentafsirnya daripada satu cara kepada cara yang lain. Perwakilan matematik membolehkan pelajar mencari hubungan antara idea Matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan menggunakan bahasa harian. Murid akan menyedari bahawa sesetengah pendekatan untuk membuat gambaran akan lebih berkesan dan berguna jika mereka tahu bagaimana untuk menggunakan unsur-unsur dalam perwakilan Matematik.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 75 -

i)

Jelaskan gambar rajah di atas secara: a) b) Komunikasi lisan Komunikasi bertulis

4.3

PERANAN KOMUNIKASI DALAM MEMPERKEMBANGKAN KOMUNIKASI

T
i) ii) iii)

erdapat tiga peranan guru dalam memperkembangkan komunikasi dalam kalangan murid-murid yang dinyatakan oleh NCTM, iaitu:

Mewujudkan norma pembelajaran dalam komuniti bilik darjah bagi menyokong pembelajaran semua murid; Memilih dan menggunakan tugasan matematik yang berbaloi untuk memberi peluang komunikasi yang signifikan berlaku dalam bilik darjah; dan Membimbing perbincangan dalam bilik darjah atas dasar apa yang dipelajari dengan memantau pembelajaran murid-murid.

Guru matematik sekolah rendah seharusnya mewujudkan situasi bilik darjah yang kaya dengan komunikasi dalam kalangan murid-muridnya di mana murid-murid digalakkan untuk berkongsi idea dan memberi penjelasan sehingga mereka faham apa yang diajar oleh guru.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 76 -

Dalam komuniti bilik darjah tersebut, komunikasi menjadi penting bagi pengajaran dan pembelajaran matematik dan menilai pengetahuan murid-murid. Fokus komunikasi dalam bilik darjah adalah melalui penerangan, penyoalan, dan perdebatan menjadi aktiviti-aktiviti pengajaran guru matematik. Bagi mencapai bilik darjah seperti ini, guru matematik perlu mendapatkan kepercayaan dan hormat daripada murid-murid. Apabila guru mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, murid-murid faham dan menerima agar mereka bergelut dengan idea-idea, membuat kesilapan, dan berkeadaan kurang pasti dengan apa yang disampaikan oleh guru. Sikap-sikap ini menggalakkan murid-murid untuk

mengambil bahagian aktif untuk memahami apa yang dipelajari kerana murid-murid tahu mereka tidak dikritik secara individu. Komunikasi seharusnya difokuskan atas tugasan matematik yang berbaloi. Guru perlu kenal pasti dan menggunakan tugasan untuk: kaitan dengan idea matematik yang penting akses kepada pelbagai kaedah penyelesaian menggunakan pelbagai perwakilan memberi peluang murid-murid untuk membuat interpretasi, justifikasi, dan konjektur. Tugasan-tugasan matematik yang diberikan hendaklah mudah bagi semua pelajar boleh selesaikan, sukar untuk mencabar pemikiran dan penaakulan, dan memberikan peluang murid pada aras yang berbeza. Seterusnya, guru matematik juga perlu memantau pembelajaran murid-murid dalam wacana bilik darjah. Fasilitate pembelajaran matematik murid-murid melalui perbincangan dalam kelas memerlukan kemahiran dan membuat keputusan yang tepat. Sebagai contoh, bagi memastikan objektif pengajaran tercapai, guru mengarahkan perbincangan dengan memanggil murid-murid tertentu untuk membentangkan penyelesaian yang berbeza. Guru juga perlu menangani isu-isu dalam bilik darjah melalui

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 77 -

persoalan-persoalan seperti siapa yang bercakap? Bila? Kenapa? Berapa lama? Mengapa? Dan sebagainya. Adalah penting memberi peluang kepada semua murid-murid untuk menyumbang, dan tidak semestinya memberi masa yang sama kepada setiap murid-murid untuk bercakap dalam kelas.

4.4

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

epentingan berkomunikasi secara matematik dalam pengajaran pembelajaran penting kerana dapat: menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan

situasi matematik. Menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa matematik dan simbol. Mengolah situasi kehidupan harian kepada model matematik dengan menggunakan bahasa matematik. Membincangkan idea-idea matematik dan membuat konjektur dan hujah dengan kukuh. Melahirkan idea matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang mendalam. Mengungkapkan takrifan matematik dan membuat pengitlakan melalui penyiasatan.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 78 -

4.5

ISU-ISU KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

su komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik amat diberi penekanan olah para pendidik, khususnya dalam memastikan pengajaran pembelajaran terlaksana secara aktif dan berkesan. Berikut dibincangkan beberapa isu yang boleh dijadikan

panduan oleh para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

4.5.1

Guru kurang melaksanakan aktiviti perbincangan

Isu ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah. Aktiviti perbincangan dalam kelas matematik dilihat kurang berlaku. Begitu juga aktiviti berkumpulan jarang dilakukan semasa pengajaran pembelajaran yang memerlukan aktiviti berkomunikasi di antara pelajar sama ada secara berpasangan atau berkumpulan. Bagi mengatasi kekurangan pelaksanaan aktiviti perbincangan ini, kaedah

perbincangan perlu secara sistematik oleh guru. Guru perlu mengemukakan soalan-soalan secara lisan sebanyak mungkin dan pelajar digalakkan untuk memberi respon. Pelajar perlu diberi ruang yang secukupnya untuk memberi pandangan dan pendapat supaya idea tentang sesuatu konsep dapat difahami oleh pelajar. Dengan cara, komunikasi berlaku dengan maksimum semasa pengajaran pembelajaran.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 79 -

4.5.2

Budaya membaca kurang ditekankan

Budaya membaca kurang diberi penekanan semasa pelajar berada di persekitaran sekolah, rumah atau di mana-mana sahaja. Pelajar dilihat kurang membaca dan tidak memperoleh maklumat dan idea-idea untuk berhujah tentang subjek atau konsep matematik yang diberikan oleh guru. Bagi mengatasi kekurangan ini, setiap pelajar akan mendapat makna tentang idea atau konsep hasil komunikasi mereka melalui pembacaan. Pembacaan yang baik adalah apabila pelajar melakukan siasatan dengan aktif tentang apa yang dibaca. Mereka akan mendapat maklumat, idea dan konsep hasil dari proses pembacaan. Melalui pembacaan ini juga pelajar melihat gambar, ayat matematik, dan simbol. Ini akan digunakan untuk memahami apa ang dipelajari.

4.5.3

Proses mendengar tidak berlaku

Proses mendengar dalam kalangan pelajar tidak selari dengan aktiviti perbincangan dalam komunikasi semasa pembelajaran matematik. Guru sering terlepas pandang tentang kemahiran ini dalam mengukuhkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar diharap bertindak balas terhadap apa yang didengar dan menggalakkan berfikir menggunakan pengetahuan matematik untuk membuat keputusan dan tindakan. Bagi mengatasi masalah mendengar untuk menghasilkan maklumat, pelajar perlu

mendengar dengan baik semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Mendengar adalah proses persoalan mental (mental questioning) di mana apa yang didengar hasil dari komunikasi ini menyebabkan pelajar akan cuba menghubungkan dengan pengalaman mereka seharian.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 80 -

4.5.4

Penekanan kemahiran penulisan yang lemah

Guru dilihat tidak menekankan kemahiran menulis yang baik dalam kalangan pelajarpelajarnya. Proses ini tidak dijalankan secara sistematik menyebabkan pelajar tidak berupaya menterjemahkan pandangan dan idea mereka dalam komunikasi dalam matematik. Penulisan merupakan satu alat bagi pelajar untuk berkomunikasi. Apa yang dilahirkan dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru. Guru perlu menyediakan tugasan yang boleh mendorong dan merangsang pemikiran supaya pelajar dapat meluahkan pandangan mereka melalui penulisan.

4.5.5

Proses Visualisasi Tidak Berlaku Dalam Pengajaran

Guru kurang memberi penekanan dalam kemahiran visualisasi dalam berkomunikasi dalam matematik bersama pelajar. Alat bantu mengajar tidak menonjolkan proses visualisasi yang baik bagi tujuan menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi. Guru boleh memberikan gambar yang berbentuk grafik atau lakaran dan pelajar diminta membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensistesis maklumat dan menterjemahkan ke bahasa matematik dan sebaliknya.

Bincangkan aktiviti-aktiviti berikut dalam kelas tutorial:

1. Sila lihat rakaman video pengajaran pembelajaran matematik yang anda rakam dalam kursus-kursus lepas. Buat catatan tentang kaedah-kaedah kemahiran komunikasi yang digunakan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 81 -

2. Ali dan Rahman mempunyai RM 328. Selepas Ali membelanjakan daripada wangnya dan Rahman membelanjakan RM 38 membeli baju, mereka mempunyai baki wang yang sama. a) Berapakah wang Ali pada mulanya? b) Berapakah wang Rahman pada mulanya? c) Siapakah yang mempunyai wang yang lebih banyak pada mulanya? Berapakah wang lebih? i. Jelaskan secara lisan maksud masalah-masalah di atas.

ii. Jelaskan masalah-masalah tersebut secara perwakilan.

4.6

KESIMPULAN

omunikasi berkesan amat ditekankan demi memastikan pengajaran pembelajaran dapat mencapai matlamat yang dihasratkan. Oleh itu, pengetahuan tentang komunikasi tidak mencukupi, malah yang lebih penting kemampuan

mengaplikasikan pengetahuan tersebut.

A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 82 -

UJIAN PASCA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju/Agree

Sangat Setuju

Item 1

Penyataan /Statement Saya dapat mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik. Saya dapat menjelaskan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.