Anda di halaman 1dari 34

ISU ISU PENGAJARAN TOPIK NOMBOR DAN OPERASI, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS ISU 1: Nombor Dan Operasi

i Berikut merupakan isu-isu yang terlibat dalam pengajaran Matematik bagi tajuk nombor asas di mana murid-murid sering kali dan kebiasaannya akan hadapi masalah tersebut tidak kira dari segi pemahaman mereka mahupun jangkaan secara semula jadi mereka.

Permasalahan yang Dihadapi oleh Murid dalam Topik Nombor Asas

Keliru dengan nombor - nombor yang hampir sama seperti 9 dan 6, 3 dan 5.

Sukar mengingati siri langkah - langkah operasi matematik.

Sukar mengingat turutan nombor.

Keliru dengan arah kanan dan kiri dalam operasi pengiraan.

Tidak menetapkan jarak dalam tulisan pengiraan.

keliru dengan simbol - simbol Matematik

Sukar menghafal jadual sifir.

Sukar membuat operasi mental berkaitan arah.

Di dalam pengajaran Matematik iaitu bagi topik nombor asas di sekolah rendah adalah tidak mustahil terdapat murid-murid yang berasa keliru dengan nombor-nombor asas. Mereka seakan akan tidak mengenal nombor walaupun telah diajar berkali-kali. Menurut Kamaruddin bin Hj. Hassan (1986) dalam karyanya Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan, masalah yang dihadapi bagi isu ini ialah murid murid keliru dengan nombor yang seakan akan sama. Contohnya nombor nombor seperti 9 - 6, 1 - 7, 2 - 3 dan sebagainya. Hal yang sedemikian menyebabkan murid murid akan sering kali tersalah menulis angka apabila diberi latihan atau lembaran kerja di dalam kelas oleh guru-guru mereka. Contohnya: 6 ditulis sebagai 9 7 ditulis sebagai 1 3 ditulis sebagai 2

Tidak kurang juga murid yang mengalami kesukaran dan kekeliruan dalam menyusun nombor mengikut turutan. Contohnya, murid keliru dengan nilai nombor, mana yang lebih besar atau kecil. Hal yang sedemikian ini akan menyukarkan murid untuk mengira nombor nombor asas. Natijahnya, murid salah tafsir operasi nombor dan gagal dalam pengoperasian nombor. Selain daripada itu, ada juga murid yang tidak memahami nilai tempat nombor. Sebagai contoh, bagi murid murid yang mengalami masalah sebegini, 15 akan dianggap sebagai 51 atau 50 akan dianggap sebagai 5 dan banyak lagi nombor yang akan disalah tafsir oleh murid.

CADANGAN PENYELESAIAN 1, ISU 1: Menggunakan Strategi Mnemonik Dalam Matematik terdapat bahasanya sendiri. Sebagai contoh, ayat Matematik yang ada dalam Bahasa Matematik adalah, 1 + 1 = 2. Secara lebih lanjut, bahasa Matematik ini terdiri daripada istilah istilah ataupun simbol simbol Matematik. Oleh itu, dalam pengajaran Matematik juga perlu ada strategi yang sesuai agar muridmurid mudah memahami bahasa yang terkandung dalam Matematik. Salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah strategi Mnemonik. Dalam strategi ini, terdapat kata kunci yang akan membandingkan bahasa Matematik. Tujuan strategi Mnemonik ini ialah untuk menguatkan ingatan murid dalam mengingat konsep-konsep penting dalam Matematik. Kata kunci yang digunakan untuk strategi ini hendaklah disertakan dengan gambarajah dan perkataan yang mengandungi bunyi yang hamper sama dengan kata asal. Sebagai contoh, apabila guru hendak mengajar nombor kepada murid, guru perlu menggunakan nama nombor tersebut dengan membandingkan perkataan yang sama bunyi dengannya. Berikut merupakan contoh aktiviti dalam strategi Mnemonik ini:

1 2 3 4 5 6 7 8 9

one (bun) Two (shoe) Three (tree) Four ( floor) Five (hive) Six (sticks) Seven (heaven) Eight (gate) Nine ( line)

10

Ten (hen)

CADANGAN PENYELESAIAN 2, ISU 1: Menggunakan Kata Kunci Antonim Selain itu, penggunaan kata kunci antonim atau singkatan ayat menjadi satu kata kunci yang mudah diingat. Ia boleh diajarkan kepada murid untuk agar mereka mudah mengingat istilah atau operasi operasi yang terdapat dalam matematik. Contohnya:

Bracket of Division Multiplication Addition Subtraction (BODMAS)

King Make Chocolate (Kilometer Milimeter Centimeter)

CADANGAN PENYELESAIAN 3, ISU 1: Menggunakan Bahan Maujud Menurut Jean Piaget (1973), dalam karya perkembangan kognitifnya dalam

Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak Kanak, pada tahap praoperasi iaitu, dalam lingkungan umur dua hingga lebih kurang 6 atau tujuh tahun, kanak kanak mula aktif dan mengalami pelbagai ujian, bereksperimen dengan menggunakan bahasa dan objek atau benda di persekitarannya. Peristiwa ini berlaku sehingga kanak kanak mencapai tahap yang seterusnya iaitu tahap operasi konkrit yang bermula pada umur tujuh atau lapan tahun dan sehingga 11 atau 12 tahun di mana kanak kanak sudah mampu memanipulasi dan membentuk representasi mental secara mendalam. Kanak kanak akan mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek objek yang konkrit seperti computer, perabot dan sebagainya. Oleh itu, berdasarkan kajian atau teori Jean Piaget (1973) itu, ia dapat dikaitkan dengan penggunaan bahan bahan maujud ketika guru menjalankan sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Ini kerana kaedah ini lebih membantu murid untuk mengingati konsep sesuatu operasi. Contoh aktiviti adalah seperti, apabila guru mengajar tentang pecahan, guru boleh menggunakan bahan maujud seperti sebiji epal yang sebenar sebagai menunjukkan tunjuk cara konsep pecahan melalui belahan bahagian bahagian epal yang dipotong sama rata. Contoh aktiviti: Menerangkan konsep pecahan melalui belahan sama rata epal.

Gambarajah epal yang dipotong sama rata. Kaedah tunjuk cara menggunakan bahan maujud ini memberi peluang kepada murid murid untuk meneroka pengetahuan apabila guru memberikan mereka peluang untuk mencuba sendiri. Dengan itu, mereka akan dapat belajar melalui pengalaman sendiri. Kesannya, mere akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan disebabkan sifat inkuiri mereka itu menjadi lebih kuat kerana dibantu oleh bahan maujud tersebut sebagai perangsang motivasi mereka untuk belajar. Selain daripada itu, lebih banyak lagi strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran Matematik murid murid yang boleh diaplikasikan di sekolah. Terdapat banyak lagi strategi atau teknik yang boleh digunakan. Guru guru hendaklah kreatif dalam merancang pengajaran Matematik agar konsep Matematik yang ingin disampaikan diterima oleh murid dengan baik. Antara strategi yang boleh digunakan ialah: 1) Memberikan Pengukuhan. Guru perlu memberi pengukuhan dan motivasi yang secukupnya kepada murid murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid murid yang berkeperluan khas seperti pintar cerdas, down sindrom, disleksia dan banyak lagi. Ini adalah untuk membolehkan murid murid mencuba sedaya upaya mereka untuk berjaya memahami konsep Matematik yang diajar. 2) Pengulangan dan Lafazan. Pengulangan konsep atau urutan nombor amat penting bagi membolehkan murid mengingat apa yang diajar oleh gurunya. Murid perlu mengimbas kembali setiap satu yang diajar dan perlu melafaz dengan mengeluarkan suara. Murid juga boleh diajar untuk mewujudkan lagu formula dengan menggunakan nada lagu kegemaran murid.

3) Permainan Matematik. Guru perlu menyelitkan unsur permainan dalam proses pengajarannya. Ini adalah disebabkan pengalaman daripada aktiviti hands on membolehkan murid mengingat dengan lebih lama berbanding dengan belajar melalui pemahaman teori sahaja.

Contoh aktiviti :- Mengajar topik nombor dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan seperti berlakon, permainan menjawab soalan secara berstesen dan sebagainya. Guru menyediakan beberapa stesen yang mengandungi soalan soalan topik nombor dan pada masa yang sama, di setiap stesen, murid murid dikehendaki untuk bermain beberapa permainan tertentu yang telah disediakan oleh guru sambil menjawab soalan Matematik.

Contoh permainan Matematik yang boleh digunakan untuk mengajar topik nombor

4) Assosiasi Konsep. Kanak-kanak perlu diajar untuk mengassosiasikan konsep matematik dengan benda yang senang mereka ingat. Contohnya, murid diajar untuk mengingat piramid untuk segi tiga. Selain itu, guru juga boleh menyediakan kad kad bergambar yang akan dipadankan dengan istilah istilah Matematik. Contohnya, gambarajah haiwan seperti lembu, guru akan menyoal murid murid mengenai berapakah bilangan pasangan kaki lembu dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru telah menerapkan kaedah pengajaran penggabungjalinan Matematik dengan Sains.

ISU 2: PECAHAN

1. Penerangan yang terhad oleh guru kepada murid mengenai konsep pecahan.

2. Kesukaran murid dalam menaakul konsep dan langkah penyelesaian pecahan.

3. Keliru dengan makna perkataan numerator dan denominator.

4. Murid lemah dalam meringkaskan pecahan kepada bentuk termudah.

5. Murid tidak mahir dalam menukar pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur.

Pecahan adalah antara topik yang agak mudah untuk dipelajari namun tetap juga murid murid menghadapi masalah untuk memahami tajuk ini. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan penjelasan tentang konsep pecahan agar murid murid dapat memahaminya dengan baik. Apa yang sering berlaku ialah, ketika guru mengajar topik ini, terutamanya ketika mengajar pecahan pada awal pembelajaran murid murid iaitu di tahun 1 di mana guru tidak memberikan contoh penerangan atau senario yang sebanyak mungkin untuk memberikan kefahaman kepada mereka. Ini menyebabkan, murid murid terkeliru dengan konsep pecahan ini. Misalnya, guru yang ingin menerangkan konsep setengah daripada satu, tetapi guru hanya chalk and talk sahaja. Guru tidak memberikan mereka gambaran yang lebih jelas lagi seperti menunjukkan gambarajah potongan setengah daripada satu kek. Di peringkat pembelajaran kanak kanak di sekolah rendah, mereka perlu didedahkan dengan lebih banyak pembelajaran berpusatkan murid di mana mereka hendaklah memanipulasi alatan iaitu bahan bantu belajar. Dengan itu, mereka akan lebih kepada hands on iaitu proses memperolehi pengalaman secara kendiri. Kesannya, mereka akan lebih mudah memahami konsep Matematik. Namun begitu, jika sebaliknya berlaku, murid sudah tentu tidak

akan berupaya menaakul konsep dan seterusnya gagal menyelesaikan permasalahan dalam Matematik. Selain itu, terdapat juga murid yang sering terkeliru dengan perkataan numerator atau denominator, iaitu pengangka dan penyebut. Sebagai contohnya, jika guru menghendaki murid untuk menulis angka pecahan setengah, mereka akan menulis dan bukannya

Dalam hal

ini juga, ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pembelajaran murid bagi topik ini. Akhirnya, mereka akan membawa konsep yang salah itu tadi ke dalam kehidupan seharian mereka memandangkan pecahan juga sering kali dikaitkan ke dalam kehidupan seharian mereka seperti, apabila seorang kanak kanak ingin mengagih agihkan sesuatu benda dengan sama banyak kepada rakannya tetapi membuat kesilapan. Apabila murid telah mahir dan faham konsep pecahan wajar, mereka kemudiannya akan belajar pecahan tidak wajar, pecahan bercampur dan pecahan setara. Dari segi pecahan setara, murid kebanyakkannya tidak memahami konsep pecahan setara ini dan menyebabkan mereka sering kali melakukan kesilapan dalam menulis pecahan ke dalam bentuk termudah. Kesannya juga akan berlanjutan ke topik pengajaran pecahan tak wajar pula, apabila murid belum menguasai konsep pecahan setara, mereka tidak akan pandai menulis atau menukarkan pecahan setara kepada pecahan bercampur. Hal yang sedemikian akan menyebabkan murid mengalami kesukaran untuk mentafsir gambar pecahan dan tidak dapat mengenalpasi nilai pecahan mengikut gambar.

Contoh gambarajah topik Pecahan

CADANGAN PENYELESAIAN 1, ISU 2: Menggunakan Kaedah Tunjuk Cara Kaedah tunjuk cara merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran di mana guru perlu membuat demonstrasi atau tunjuk cara di hadapan murid murid tentang bagaimana sesuatu aktiviti itu dilaksanakan atau tentang bagaimana konsep Matematik memberikan makna. Berikut merupakan perkara perkara yang perlu dititikberatkan ketika melaksanakan kaedah tunjuk cara kepada murid: Langkah - langkah Perancangan Kriteria Penentuan topik dan objektif Perancangan demontrasi langkah langkah

Persediaan alatan dan radas Penyusunan tempat demonstrasi Pelaksanaan Penerangan tujuan demonstrasi Pelaksanaan demonstrasi guru sebagai model hidup dengan

Penggunaan alat / radas mengikut langkah-langkah yang disediakan Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian Latihan Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran Guru membetulkan kesilapan murid Penutup Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota berkaitan

1. Perancangan

Guru hendaklah menetapkan topik dan objektif pembelajaran pada hari tersebut. Contohnya, guru akan mengajar pecahan dan objektifnya adalah, pada akhir pembelajaran, murid akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pecahan dalam kehidupan seharian mereka. Setelah itu, guru akan menyediakan peralatan mengajarnya iait bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar. Resos resos tersebut disediakan di tempat yang akan memudahkan guru untuk melakukan tunjuk cara kepada murid di dalam kelas yang mana semua murid boleh melihat semua perbuatan tunjuk cara guru tersebut. 2. Pelaksanaan Di awal tunjuk cara, guru hendaklah menerangkan kepada murid terlebih dahulu tentang apa yang akan beliau terangkan di hadapan. Contohnya, guru akan memberitahu murid tentang kegunaan bahan bantu belajar tersebut ketika melakukan tunjuk cara. Ini adalah untuk memberikan murid gambaran awal terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Misalnya, guru menunjukkan 20 biji guli yang diletakkan di dalam balang. Guru akan memberitahu murid apakah peranan guli tersebut iaitu, untuk belajar tajuk pecahan yang mana apabila 5 biji guli dikeluarkan dari dalam balang, berapakah pecahan guli yang telah dikeluarkan sebentar tadi. Dengan ini, murid akan faham bahawa guli tersebut untuk menggambarkan bilangan angka pecahan. Setelah itu, apabila pelajaran bermula, guru berada di hadapan semua murid untuk aktiviti tunjuk cara. Guru akan menggunakan semua bahan bantu mengajar yang dibawa untuk menerangkan pembelajaran topik Matematik kepada murid murid. Kemudian, selesai sahaja aktiviti tunjuk cara, seboleh bolehnya, guru perlu menggunakan kaedah soal jawab. Ini adalah untuk menarik perhatian murid dan pada ketika inilah guru boleh mengenalpasti mana mana murid yang menghadapi masalah iaitu apabila murid tidak dapat menjawab soalan. 3. Latihan Pada fasa ini, guru akan mengedakan lembaran kerja kepada murid. Setelah itu, guru boleh membawa murid murid untuk memeriksa kerja mereka bersama sama. Mana mana murid yang melakukan kesilapan dan guru hendaklah terus membetulkan kesilapan murid tersebut agar mereka tidak tertunggu tunggu bilakah sebenarnya mereka akan mendapat jawapan yang betul. Ini adalah untuk mengelakkan perhatian murid tersebut terpesong daripada objektif pembelajaran pada hari tersebut. 4. Penutup

Guru meminta murid untuk merumuskan semula tentang apa yang telah dipelajari sebentar tadi. Contohnya, guru akan memberikan suatu situasi yang baru dan dikaitkan dengan pembelajaran hari tersebut. Sebagai contoh, bagi topik pecahan, guru memberikan situasi yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid, Ali ada RM 2. Ali ingin membeli sebuah buku berharga RM 1. Berapakah pecahan wang yang telah dibelanjakan oleh Ali?. Teknik ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid. Selesai sahaja sesi pembelajaran pada hari itu, guru hendaklah memberikan sedikit motivasi kepada murid muridnya agar mengulangkaji topik pembelajaran pada hari ini apabila balik rumah nanti.

Carta Pecahan Setara yang boleh digunakan untuk mengajar murid topic pecahan.

Menggunakan gambarajah pecahan yang berwarni warni dan pelbagai bentuk siap berlorek.

Menggunakan BBM yang sebenar untuk menerangkan konsep pecahan adalah lebih baik (konkrit)

ISU 3: PERPULUHAN Berdasarkan kepada jurnal yang telah saya rujuk, iaitu menurut Carpenter et al. (1981) Hart (1981), Hierbert dan Weame (1986), nombor perpuluhan merupakan antara tajuk yang sukar untuk dikuasai oleh kebanyakkan pelajar. Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran adalah kerana kekurangan pengetahuan asas tentang konsep nombor perpuluhan. Murid murid lebih suka menghafal petua dan langkah langkah yang berkaitan dengan nombor perpuluhan manakala guru yang bertanggungjawab mengajar topik ini pula tidak menerapkan pengajaran yang boleh memberikan murid pengalaman belajar sendiri yang bermakna dan tidak hanya lebih kepada menghafal sahaja. Contoh penukaran pecahan kepada perpuluhan ialah: 1 = 0.1 10 2 = 0.2 10 3 = 0.3 10

Antara konsep konsep perpuluhan yang menjadi kekeliruan dalam kalangan murid ialah murid mengalami kesukaran untuk menukarkan pecahan persepuluh, perseratus dan seterusnya kepada perpuluhan. Hal ini sedemikian kerana, mereka tidak menguasai pembelajaran pecahan yang lalu dan terbawa bawa hingga ke topik yang seterusnya iaitu perpuluhan. Memandangkan topik ini amat berkait rapat dengan pecahan, oleh itu, murid perlu menguasai pecahan terlebih dahulu. Selain itu, terdapat juga isu yang menjadi pertikaian dalam penulisan para ilmuan mengenai isu pengajaran Matematik ini di mana murid juga sering kali melakukan kesilapan dalam pendaraban nombor perpuluhan. Murid tidak tahu cara meletakkan titik perpuluhan dengan betul. Sebagai contoh, 2.4 x 100 = 240, akan tetapi murid menulis

jawapannya sebagai 2.40

Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan oleh Aida Suraya et. Al (1992) pula, di mana beliau telah menjalankan kajian ke atas murid murid tahun 5 dan mendapati mereka mengalami masalah dalam pendaraban yang melibatkan nombor perpuluhan. Mengapakah hal yang sedemikian ini masih terjadi sedangkan mereka telah mempelajari asas perpuluhan sejak dari tahap satu lagi? Murid murid biasanya tidak dapat menentukan tempat titik perpuluhan selepas pendaraban dijalankan. Kesannya, murid akan menganggar jawapan yang salah. Contoh kesilapan murid: 3.5 1.0 350 Masalah yang dihadapi oleh murid ini adalah kerana mereka tidak memahami konsep perpuluhan yang berkaitan dengan nilai tempat sistem pernomboran. Selain itu, mereka juga tidak memahami bentuk perpuluhan berdasarkan pecahan di mana penyebutnya adalah gandaan 10, 100 dan juga 1000. Contoh kesilapan murid:

Murid memberikan jawapan tanpa menentukan titik perpuluhan yang betul.

2 6 . 0 9 8 =PERSERATUS

Murid yang diminta untuk menyatakan nilai tempat perpuluhan bagi digit 0 dalam nombor perpuluhan di sebelah akan memberikan jawapan yang salah iaitu ratus sedangkan jawapan yang betul ialah perseratus.

Dalam topik ini juga, yang paling ringkas sekali ialah menulis ayat Matematik bagi nombor perpuluhan tidak kiralah yang melibatkan operasi mahupun penyelesaian masalah, namun, murid tetap juga melakukan kesalahan. Kesannya, nilai dan maksud perpuluhan tersebut berubah mengikut apa yang ditulis oleh murid. Contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid:

Murid diminta untuk menulis 0.1 tetapi murid menulisnya 1.0

CADANGAN PENYELESAIAN 1, ISU 3: Menggunakan Jadual Nilai Tempat

45 . 0 6 8
Contoh soalan guru kepada murid adalah menyatakan nilai tempat bagi digit nombor yang tertera di atas. Setiap digit bagi nombor tersebut diterjemahkan ke dalam jadual nilai tempat perpuluhan seperti di bawah. Kelebihan menggunakan jadual nilai tempat ialah, ia memudahkan murid untuk mengingat nilai tempat kerana suatu nombor perpuluhan yang melibatkan banyak digit telah dicerakinkan.
Kedudukan nilai Nombor bulat sebelum titik perpuluhan Titik perpuluhan (.) Nombor perpuluhan selepas titik perpuluhan

4 Nilai tempat Nilai digit 40 puluh

5 sa

. .

0 persepuluh

6 Perseratus

8 perseribu

0.0

0.06

0.008

CADANGAN PENYELESAIAN 2, ISU 3: Menggunakan Model Polya Pengenalan Model Polya:

Diasaskan oleh George Polya pada tahun 1957. Menurut model ini, ia terdapat empat prinsip penyelesaian masalah Matematik. Antaranya ialah:

1) Memahami masalah, 2) Merancang strategi, 3) Melaksanakan strategi penyelesaian, dan 4) Menyemak masalah.

Bil. 1

Prinsip Memahami Masalah

Penerangan Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah semata mata kerana mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan berikut: Adakah kamu memahami semua makna istilah / perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut? Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan? Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri? Bolehkah kamu menggunakan gambarajah yang boleh membantu kamu memahami masalah? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah?

Merancang strategi

Polya menegaskan bahawa terdapat pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada kekerapan pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah: Cuba jaya Membuat senarai yang tersusun Mengenalpasti kemungkinan kemungkinan Menggunakan simetri Menimbangkan kes istimewa

Menyelesaikan persamaan Melihat pola Melukis gambar Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu Guna model Bekerja dari bawah / menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu Guna formula Guna analogi / perbandingan Lakonkan / ujikaji Mempermudahkan masalah

Melaksanakan Strategi Penyelesaian

Langkah ini biasanya lebih mudah daripada merancang strategi. Pelajar perlu tekun dan berhati hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, kembali semula ke langkah pertama dan rancang strategi yang berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam Matematik yang juga digunakan oleh pakar Matematik.

Menyemak Masalah

Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang.

Contoh aktiviti: Ali berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Seawal pagi, Ali berjalan ke sekolah tetapi dia perlu menyinggah dua tempat iaitu kedai runcit untuk membeli makanan ringan dan setelah itu, Ali akan singgah pula rumah Ranjit yang menunggunya untuk sama sama berjalan ke sekolah. Jarak rumah Ali ke kedai runcit ialah 0.2 km. Jarak kedai runcit ke rumah ranjit pula ialah 0.3 km manakala jarak rumah ranjit ke sekolah ialah 0.1 km. Berapakah jarak atau jauh dari rumah Ali ke sekolah?

Prinsip 1: Memahami masalah: Berapakah jarak atau jauh dari rumah Ali ke sekolah?

Prinsip 2: Merancang strategi Rumah Ali Kedai runcit = 0.2 km Kedai runcit Rumah Ranjit = 0.3 km Rumah Ranjit Sekolah = 0.1 km Prinsip 3: Melaksanakan strategi 0.2 km 0.3 km + 0.1 km

0.6 km

Prinsip 4: Menyemak jawapan dan penyelesaian Untuk soalan sebegini, murid menyemak jawapan dengan kaedah perbincangan dalam kumpulan atau bersama dengan guru.

Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Matapelajaran Bidang Pembelajaran Tajuk Standard Kandungan

: 3 Mac 2014 : 10.15 pagi 11.45 pagi (60 minit) : 4 Amanah : 20 : Matematik : Pecahan : Penolakan Pecahan : Murid dibimbing untuk: 7.4 Mengaplikasi penolakan pecahan

Standard Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid - murid akan dapat: i. Menolak sehingga dua pecahan wajar daripada satu pecahan wajar: a. Penyebut sama, b. Penyebut tidak sama, hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid telah mempelajari penambahan hingga tiga pecahan yang sama penyebut dan tidak sama penyebut dengan menggunakan strategi tertentu.

Resos Matematik

: (a) Manila kad (b) Gambar rajah (c) Sampul surat (d) Kad soalan (e) Lembaran kerja (f) Komputer riba (g) Slaid (h) Video (i) Pembesar suara (j) Cawan Polisterin

Istilah Matematik

: (a) Pecahan wajar (b) Penambahan (c) Penolakan (d) Penyebut

Kemahiran Berfikir

(a) Penaakulan (b) Pengamatan

(c) Kreatif (d) Menyelesaikan masalah (e) Berkomunikasi (f) Menggunakan teknologi

Elemen Merentas Kurikulum: (a) Keusahawanan (b) Kreativiti dan inovasi (c) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Sikap dan Nilai

: (a) Kerjasama (b) Berdisiplin (c) Memberikan perhatian (d) Berani (e) Pengurus masa yang baik (f) Jujur (g) Kerja berpasukan (i) Kepimpinan (j) Mematuhi arahan (k) Teliti

Fasa/Masa

Isi Kandungan dan Cadangan aktiviti

Cadangan Komunikasi

Catatan

1. Persediaan (8 minit)

1) Guru menayangkan video 1) Perhatikan mengenai penambahan

video

yang Strategi mengajar yang Berpusatkan bahan Berpusatkan murid. Kaedah

ditayangkan di hadapan. 2) Penambahan pecahan

pecahan kepada murid. 2) Berdasarkan video itu,

telah kita pelajari minggu lalu adalah berkonsepkan

guru menerangkan konsep penambahan yang telah pecahan

pengumpulan semula.

dipelajari 3) Penolakan pecahan berbeza

minggu

lalu,

iaitu

dengan penambahan pecahan. mengajar Perbezaannya berlawanan di mana adalah bagi Resos Coklat Video Komputer riba Pembesar suara Sikap dan Nilai Menumpukan perhatian Soal jawab

pengumpulan semula. 3) Guru bezakan penambahan dengan pada tajuk hari membanding konsep pecahan pelajaran ini, pecahan iaitu di

penolakan pecahan, kita akan menolak jumlah pecahan yang perlu ditolak.

penolakan

mana konsepnya adalah berlawanan konsep pecahan. 4) Guru meminta murid-murid agar bersedia untuk KB dengan penambahan

memulakan pelajaran hari ini iaitu penolakan

Menaakul

EMK TMK

pecahan.

Istilah Matematik Pecahan wajar 2. Imaginasi (17 minit) Aktiviti 1 1) Guru menunjukkan video 1) Lihat animasi ini dengan teliti. animasi Penstrukturan idea menggambarkan penolakan pecahan yang hasil tolaknya adalah yang 2) Ketua hadapan kelas, dan datang ke Strategi mengajar : edarkan Berpusatkan murid. Berpusatkan guru Kaedah kesemua pecahan wajar

gambarajah pecahan wajar ini.

pecahan wajar.

2) Guru meminta setiap ketua 3) Murid murid, cuba sebutkan mengajar kumpulan untuk tampil ke hadapan untuk Soal jawab berdasarkan gambarajah yang perbincangan diberi. Resos

mengedarkan gambarajah pecahan wajar

yang 4) Cikgu mahu wakil daripada

berlorek. 3) Guru meminta murid-murid untuk menyebut kesemua pecahan wajar tersebut

setiap kumpulan untuk datang ke hadapan wajar dan tuliskan pecahan berdasarkan

Gambarajah Video Komputer riba Pembesar suara

gambarajah tersebut.

berpandukan lorekannya.

Sikap dan Nilai 4) Guru memanggil beberapa orang murid secara rawak untuk tampil ke hadapan untuk wajar Penjanaan Idea menulis pecahan Berusaha Memberi perhatian Berani

berdasarkan KB Pengamatan

gambarajah yang diberi.

EMK TMK

Cadangan jawapan: 1) Cikgu akan berikan 4 bahagian coklat kepada setiap kumpulan. 2) Keluarkan 2 bahagian coklat itu. Aktiviti 2 1) Guru mengedarkan 4 bahagian coklat kepada setiap kumpulan.

3) coklat

Berapakah baki bahagian yang tinggal? Sebutkan

dalam pecahan wajar.

2) 2 bahagian daripada coklat tersebut telah dikeluarkan. 3) Murid diminta menyebut pecahan bahagian coklat yang tinggal.

Cadangan jawapan: 3.Perkembangan (20 minit) Penjelasan lanjut Aktiviti 1 1) Guru menggunakan litar susunan pecahan untuk membuat aktiviti penolakan pecahan. 5 4 1 = 5 5 2) 1) Lihat papan litar susunan Strategi ini. Perhatikan melakukan mengajar : cikgu penolakan Guru Berpusatkan murid. Kaedah mengajar 1) Melakukan operasi/aplikasi idea 3) 2) Bentuk empat kumpulan. Lantik ketua. Ketua kumpulan sila ambil KB cawan ini dan kertas Menaakul, jawapan. 2) Murid diminta membuat percubaan kelas. Aktiviti 2 1) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. dihadapan 5) 4) Buat soalan yang terdapat dalam cawan tersebut. Kamu diberi masa 10 minit untuk berbincang dan membuat penyelesaian EMK TMK Kreatif inovatif dan seorang menjadi perbicangan

pecahan menggunakan litar susunan pecahan ini.

Resos litar susunan pecahan Kertas soalan

Sikap dan Nilai Kerjasama

menjawab soalan.

2) Setiap kumpulan diagihkan beberapa mengenai soalan penolakan

pecahan yang diletakan di dalam cawan. 3) Murid kemudian melukis jawapan mereka dalam

pelbagai rajah Contoh : =

4) Murid diberi masa untuk berbincang bersama ahli kumpulan. 5) Murid hasil kumpulan membentangkan perbincangan mereka di

hadapan kelas.

4. Tindakan Penilaian (10 minit)

1)

Lembaran diedarkan setiap murid.

kerja 1) kepada 2)

Wakil

kumpulan

ambil Strategi : Berpusatkan murid Berpusatkan bahan Kaedah

lembaran kerja. Siapkan dalam masa tujuh minit. 3) Buat secara individu.

2)

Murid debri masa untuk menyiapkan tugasan.

3)

Guru

dan

murid

membincangkan kerja murid.

hasil

Latih tubi Perbincanga n

Contoh Lembaran kerja: Padankan jawapan yang betul. 3 2 3 2 5 1 1 2 1 5 1 6 1 5 2

Resos Lembaran kerja Sikap dan Nilai KB Menyelesaika n masalah. berusaha

5. Penutup (5 minit)

1)

Guru membimbing murid 1) membuat rumusan tentang isi pelajaran hari ini:

Apakah yang kamu pelajari Strategi : hari ini? kamu dapat soalan Kaedah Perbincanga n akan Soal jawab. Berpusatkan murid

2) Adakah pujian

2) Guru murid.

memberi

menyelesaikan penolakan pecahan?

terhadap

penglibatan

3) Tahniah atas penglibatan aktif kamu semua hari ini. Teruskan usaha! Kita

membuat lebih banyak aktiviti yang menarik datang. pada pelajaran akan Resos Video

Sikap dan Nilai : Rajin Pentaksiran Berdasarkan hasil kerja murid mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah penolakan pecahan pada lembaran kerja yang diberikan, murid perlu dibimbing dengan lebih lanjut.

Refleksi

: ____________________________________________________________________

Ulasan Pensyarah : ____________________________________________________________________

LAPORAN ANALITIKAL 1) SEBELUM

Saya dan rakan sekumpulan saya telah bertungkus lumus menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang bertopik Penolakan Pecahan bagi Tahun 4. Selain itu, kami juga telah menyediakan bahan bantu mengajar dan juga bahan bantu belajar yang akan menerangkan isi pelajaran bagi rancangan pengajaran kami. Setelah selesai menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, kami sempat berjumpa dan berkolaborasi dengan Puan Natrah untuk mengetahui penambahbaikan yang perlu kami laksanakan terhadap rancangan mengajar yang telah kami sediakan dan juga bertanyakan tentang bahan bantu mengajarar dan juga belajar sama ada ia sesuai ataupun tidak. Puan Natrah memberitahu kami mana mana yang perlu diperbaiki dan ditambah. Beliau juga mencadangkan dan juga membantu kami memperbaiki kesilapan dalam penulisan rancangan mengajar kami. Antara aspek yang beliau tegur ialah tentang penulisan bahasa dalam rancangan mengajar di mana kami wajib menggunakan bahasa dan penulisan formal di dalam Rancangan Pengajaran Harian. Selain itu, beliau juga menegur tentang penyediaan rancangan mengajar kami yang tidak sistematik di mana aktiviti penerangan konsep yang menerangkan topik pengajaran dan pembelajaran di dalam rancangan mengajar kami tidak tersusun malah tunggang terbalik.

Oleh hal yang sedemikian, saya dan rakan sekumpulan saya, Marcus melakukan banyak penambahbaikan terhadap rancangan mengajar dengan mengambil kira segala nasihat dan pembetulan yang telah diberikan oleh Puan Natrah.

2) SEMASA

3) SELEPAS Setelah melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas, ternyata saya mempunyai banyak kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbaiki dan juga harus diperbaiki. Hal yang sedemikian dikenalpasti berdasarkan komen komen atau kritikan daripada rakan rakan dan juga Puan Natrah. Salah satu aspek yang perlu saya perbaiki lagi ialah Rancangan Pengajaran saya kerana banyak pengetahuan konsep dalam RPH saya itu perlu diperjelaskan lagi agar murid murid dapat memahami makna konsep pembelajaran konsep dengan baik dan mereka juga tidak akan silap atau salah faham mengenai konsep yang dipelajari. Oleh itu, saya perlu merancang RPH dengan lebih teliti lagi dan menjelaskan lagi pemahaman konsep Matematik di dalam RPH tersebut. Selain itu, di dalam rancangan mengajar saya iaitu pada peringkat permulaan, di mana saya telah menyediakan satu video sebagai suatu rangsangan untuk menarik minat murid. Namun begitu, berdasarkan komen yang saya terima di mana video tersebut tidak sesuai untuk murid murid. Ini kerana, murid tahun 2 belum memahami video dalam Bahasa Inggeris dan tambahan pula video tersebut mempunyai durasi yang agak panjang dan ini akan memesongkan perhatian murid. Oleh itu, di masa akan datang, saya perlu lebih teliti lagi dalam memilih video pada permulaan mengajar dan video tersebut juga perlu bersesuaian. Bagi aspek penggunaan resos atau sumber pengajaran dan pembelajaran atau bahan bantu belajar (ABM / BBB) pula, contohnya penggunaan slaid yang tidak sesuai di mana saya telah melakukan kesilapan apabila slaid yang saya digunakan di peringkat imaginasi tidak bersesuaian dengan peringkat tersebut. Saya sepatutnya meletakkan slaid tersebut di peringkat perkembangan kerana slaid tersebut merupakan soalan yang melibatkan permasalahan Matematik dalam pecahan. Sebagai cara mengatasinya, saya perlu menyemak semula RPH saya dengan lebih teliti sebelum masuk mengajar. Dengan ini, saya akan lebih yakin dan bersedia dengan apa yang akan saya ajar kepada murid murid.

Bagi aspek bahasa pula, sedari awalnya, saya sedari bahawa loghat Sabah saya terlau pekat. Ini akan menyukarkan murid murid di sekolah di semenanjung ini untuk memahami apa yang saya cakap atau ajar. Oleh itu, saya perlu berusaha secara beransur ansur untuk cuba mengurnagkan kepekatan pelat Sabah saya. Hal ini memang satu cabaran bagi saya dan saya sanggup terima cabaran ini. Bagi suara pula, memang jelas suara saya tetapi ada masa ia menjadi perlahan dan ia adalah ketika memberikan penerangan kepada murid murid. Ini boleh menjadi satu masalah juga dalam pengajaran saya kerana ia akan mengelirukan murid tentang apa yang akan saya ajar kerana mereka tidak dengar dengan jelas kerana suara yang perlahan. Salah satu aspek yang tidak kurang pentingnya juga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah kepelbagaian kaedah mengajar. Apa yang telah saya maklum melalui kritikan daripada rakan rakan dan pensyarah ialah saya agak kurang menggunakan kaedah yang pelbagai ketika mengajar. Sebagai contoh, saya hanya menggunakan kaedah berpusatkan murid secara berkumpulan sahaja dan ini akan mendatangkan kesan seperti murid mengganggu rakannya di sebelah ketika aktiviti berkumpulan kerana saya terlalu asyik dengan aktiviti berkumpulan sahaja. Secara tidak langsung, pengurusan kelas juga memainkan peranan di sini di mana saya juga perlu mengurus kelas dengan baik agar perhatian pelajar tidak terpesong jauh. Sebagai langkah penyelesaiannya, saya perlu sentiasa peka dengan pergerakan setiap murid dan di samping itu juga saya perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pada pandangan dan muhasabah diri saya sendiri, saya berasa sangat tidak berpuas hati dengan pengajaran mikro yang telah saya jalankan. Masih terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Saya perlu belajar dari semasa ke semasa dan perlu meneliti terlebih dahulu apabila merancang suatu pengajaran. Oleh hal yang demikian, segala kritikan yang telah saya terima akan saya terima dengan positif dan optimis. Dengan itu, saya berharap agar prestasi saya sebagai seorang bakal guru akan semakin meningkat.

Anda mungkin juga menyukai