Anda di halaman 1dari 51

NHSC 1013

ANATOMI DAN FISIOLOGI I

SISTEM KARDIOVASKULAR
PN. NORINI LATIF
OBJEKTIF

• Menghuraikan struktur jantung


• Menghuraikan pengaliran darah dalam
jantung.
• Menyatakan arteri yang membekal darah
ke jantung.
• Menghuraikan sistem konduksi jantung.
• Menyatakan fungsi jantung
• Menghuraikan kitar kardium
KOMPONEN SISTEM
KARDIOVASKULAR

Terdiri daripada:
• Jantung
• Salur darah
malu
ANATOMI JANTUNG

• Mempunyai saiz lebih kurang sebesar


genggaman tangan.
• Terletak di dalam kaviti torasik, di belakang
sternum, di mediastinum iaitu di antara paru-
paru.
• Mempunyai base di atas dan apeks di bawah.
• Base terletak di paras tulang rusuk kedua.
• Apeks terletak di paras ruang interkostal ke-5
pada garisan midline klavikel.
• 2/3 saiz jantung adalah di sebelah kiri.
Saiz jantung
ORGAN YANG BERHUBUNG
DENGAN JANTUNG
• Inferior– Apeks terletak di pusat tendon
diafragma
• Superior- salur darah besar iaitu aorta, vena
kava superior, arteri pulmonari, vena pulmonari.
• Posterior – esofagus, trakea, bronkus kiri dan
kanan, descending aorta, vena kava inferior,
vertebra torasik.
• Lateral – paru-paru.
• Anterior – sternum, tulang rusuk, otot interkostal
Inferior
Samb…

Superior

Posterior

(Posterior) ( Posterior )
Samb…
Posterior
Lateral
Paru-paru
kiri

Paru-paru
kanan

Jantung
Anterior

kaviti torasik

sternum
STRUKTUR JANTUNG
Terdapat 3 lapisan tisu yang membentuk
jantung iaitu:
• Perikardium
• Miokardium
• Endokardium
Perikardium
• Merupakan lapisan luar jantung.
• Terdiri daripada 2 bahagian iaitu:
• Sak luar terdiri daripada tisu fiber
• Sak dalam terdiri daripada 2 lapisan membran
serous.
• Lapisan parietal
• Lapisan visceral
Samb…
• Tisu fiber mencegah jantung dari
mengembang secara berlebihan.
• Terdapat ruang diantara dua lapisan
perikardium yang dipanggil ruang
perikardium
• Terdapat cecair perikardium di dalam ruang
ini
• Sak perikardium memberikan perlindungan
kepada jantung daripada geseran
Miokardium
• Merupakan lapisan otot yang tebal, boleh
mengecut yang terbina khas daripada sel-
sel kardiak – involuntari
• Sel kardiak mempunyai cabangan yang
menghubungkan antara lapisan sel-sel
• Pada setiap hujung sel terdapat diska
interkalated yang membantu mengalirkan
impuls untuk pengecutan jantung
Samb,,,
• Pada bahagian dalamnya, miokardium
mempunyai unjuran ke dalam yang
dikenali sebagai otot papillari
• Miokardium paling tebal di apeks dan
menipis menuju ke dasar
Endokardium
• Lapisan epitelium yang melapisi bahagian
dalam miokardium
• Satu lapisan membran yang nipis, licin
dan bersinar yang memudahkan
pergerakan darah di dalam jantung

E
Anterior surface
DINDING JANTUNG
Bahagian dalam jantung

• Terbahagi kepada kanan dan kiri oleh


septum
• Setiap bahagian dibahagikan oleh injap
atrioventrikular(AV) menjadi ruang atas;
atrium, dan ruang bawah; ventrikel
• Injap AV kanan (trikuspid) mempunyai tiga
tetingkap manakala injap AV kiri (mitral)
mempunyai dua tetingkap
Samb…

Ventricle
septum
Samb…

• Injap-injap ini membuka dan menutup


secara pasif mengikut perubahan tekanan
di dalam ruang jantung
• Ia membuka apabila tekanan di dalam
atria lebih tinggi daripada ventrikel
• Semasa ventrikel mengecut, tekanan di
dalam ventrikel meningkat melepasi
tekanan atria dan injap ini akan menutup
Samb…

• Pergerakan menutup injap-injap ini


menghalang darah daripada mengalir balik
ke dalam atria dan memastikan pengaliran
sehala
• Injap ini dihalang daripada terbuka ke atas
oleh tali yang dipanggil korda tendinae
Aliran darah melalui jantung
• Dua vena yang terbesar di dalam badan iaitu
vena kava superior dan inferior akan
menyalurkan kandungannya ke dalam atrium
kanan.
• Darah ini akan melalui injap AV kanan ke
ventrikel kanan
• Darah akan dipam ke arteri pulmonari.
• Bukaan ke arteri pulmonari dikawal oleh injap
pulmonari yang dibentuk oleh tiga tetingkap
semilunar
Samb…

• Injap ini menghalang pengaliran balik darah


ke dalam ventrikel apabila ventrikel
mengendur
• Selepas meninggalkan jantung, arteri
pulmonari membahagi kepada arteri
pulmonary kanan dan kiri yang membawa
darah vena ke paru-paru yang mana
pertukaran gas berlaku; karbon dioksida
dibuang dan oksigen diserap
Samb…

• Dua vena pulmonari daripada setiap paru-


paru membawa darah beroksigen balik ke
atrium kiri
• Darah kemudiannya melalui injap AV kiri
ke dalam ventrikel kiri, dan dari situ ia
dipam ke dalam aorta
• Bukaan aorta dijaga oleh injap aortik,
dibentuk oleh tiga tetingkap semilunar
Physiology of the heart:
BODY
Superior & Inferior AORTA
Vena Cavae Aortic valve

Right Atria Left Ventricle


Tricuspid valve Bicuspid valve
Right Ventricle Left Atria
Pulmonary valve

Pulmonary Artery Pulmonary Vein


LUNG
Bekalan darah jantung
• Bekalan arteri
• Jantung menerima bekalan darah arteri
(beroksigen) melalui arteri koronari kanan dan
kiri yang merupakan cabangan daripada aorta
• Ia menerima 5% daripada darah yang dipam
oleh jantung walaupun saiznya kecil
• Bekalan darah yang banyak ini terutamanya
ke ventrikel kiri menunjukkan kepentingan
jantung kepada badan
Samb...

• Aliran darah vena


• Kebanyakkan darah vena dikumpulkan ke
dalam vena-vena kecil yang bersatu untuk
membentuk sinus koronari yang membuka ke
atrium kanan
• Darah yang selebihnya masuk secara terus
ke jantung melalui saluran vena yang kecil
Sistem konduksi jantung
• Jantung mempunyai sistem intrinsik yang mana otot
kardiak dirangsang secara automatik untuk mengecut
tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak
• Walau bagaimanapun, sistem intrinsik ini boleh
dirangsang ataupun direncat oleh impuls saraf yang
berasal daripada otak dan hormon.
• Sistem ini terdiri daripada sekumpulan sel
neuromuskular khusus di dalam myokardium yang
memulakan dan mengalirkan impuls yang
menyebabkan pengecutan jantung yang berentak
Samb...
• Nodus Sinoatrial (Nodus SA)
• Sekumpulan sel khusus pada dinding atrium
kanan berdekatan dengan bukaan vena kava
superior.
• Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia
berfungsi untuk memulakan impuls
Samb...

• Nodus Atrioventrikular (Nodus AV)


• Sekumpulan sel khusus yang terletak di
dalam septum atrium berdekatan dengan
injap AV.
• Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang
datang daripada miokardium atrium, namun
berupaya untuk memulakan impuls
pengecutan jantung tetapi pada kadar yang
lebih perlahan berbanding nodus SA
Samb...

• Berkas Atrioventrikular (Berkas AV/His)


• Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada
nodus AV.
• Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang
memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya
membahagi kepada cabangan berkas kiri dan
kanan pada bahagian atas septum ventrikel
• Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di
dalam miokardium ventrikel
Samb...
• Struktur-struktur ini menyampaikan impuls
daripada nodus AV ke bahagian apeks
miokardium yang mana akan mencetuskan
pengecutan jantung
Sistem konduksi jantung
Nodus SA (perentak)
impuls
Bergerak melalui atrium menerusi laluan internodal

Tersebar ke Nodus AV

Bergerak melalui berkas AV (Berkas His)

Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui serat purkinje


Berkas His

serat purkinje
Fungsi Jantung

• Mengekalkan aliran darah yang konstan


dengan mengepam darah keseluruh
badan.
• Jantung mengepam darah melalui
beberapa siri kejadian yang dipanggil kitar
kardium
Kitar kardium
• Bermaksud satu degupan jantung yang
lengkap yang terdiri daripada kontraksi
(sistole) relaksasi (diastole).
• Kedua-dua atrium akan kontrak secara
serentak dan semasa ia relaks, kedua-dua
ventrikel akan kontraks dan relak.
• Atrium kekal relaks semasa relaksasi
ventrikel
Samb...

• Bilangan kitar kardium per minit yang normal


adalah diantara 60-80, memberikan setiap
kitar kardium berlaku lebih kurang 0.8 saat
• Ia bermula dengan pemindahan darah tidak
beroksigen ke dalam atrium kanan oleh vena
kava superior dan inferior.
• Ia berlaku secara serentak dengan
pemindahan darah beroksigen ke atrium kiri
oleh vena pulmonari.
Samb...

• Injap AV membuka setelah kedua-dua


atrium penuh dengan darah. Nodus SA
akan memancarkan impuls kontraksi dan
merangsang gelombang kontraksi yang
akan merebak ke seluruh miokardium
kedua-dua atrium, atrium mengkontrak
lalu mengosongkan darah ke dalam
ventrikel – mengambil masa 0.1 saat
...
Samb

• Apabila impuls sampai ke nodus AV, ia akan


merangsangnya dan menghasilkan impuls yang
disebarkan keseluruh otot ventrikel melalui
berkas AV, cabangannya dan serat purkinje.
• Ini menghasilkan satu gelombang kontraksi yang
bermula dari apeks ke atas yang mengepam
darah keluar dari jantung melalui arteri
pulmonari dan aorta (systole ventrikel 0.3 saat).
Samb...
• Pengecutan ini menghasilkan tekanan yang lebih
tinggi daripada tekanan di dalam atrium dan
menyebabkan penutupan injap AV – bunyi
jantung pertama.
• Penutupan injap AV menghalang pengaliran balik
darah ke dalam atrium.
• Semasa ventrikel relaks, tekanan di dalam aorta
dan arteri pulmonari yang lebih tinggi akan
memaksa penutupan injap pulmonari dan aorta –
bunyi jantung kedua.
Samb...

• Selepas kontraksi ventrikel keseluruhan jantung


akan relaks atau diastole kardiak dan
mengambil masa 0.4 saat.
• Satu kitaran kardium yang lengkap mengambil
selama kira-kira 0.8 saat.
• Sistole atrium (0.1 saat)
• Sistole ventrikel (0.3 saat)
• Diastole kardiak (0.4 saat)

Anda mungkin juga menyukai