Anda di halaman 1dari 2

Abad ke-21 memperlihatkan sistem pendidikan negara telah mengalami pelbagai evolusi sejajar dengan keperluan negara dalam

melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal dan kritis. Era globalisasi memberikan seribu satu cabaran kepada Malaysia untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang dinamik yang mampu melahirkan modal insan yang dapat berfikir secara kreatif dan inovatif dalam memastikan wawasan 2020 dapat di capai iaitu mencapai taraf negara maju. Oleh yang demikian, pelbagai pembaharuan dan perubahan telah dilakukan kepada sistem pendidikan antaranya adalah penekanan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam artikel terbitan Berita Harian, bertarikh 31 Julai 2013, transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills (HOTS) di dalam kalangan murid sekolah rendah sebagai satu inisiatif untuk membimbing murid memahami sesuatu konsep dan bukan sekadar menghafal untuk menjawab soalan peperiksaan.. Penekanan terhadap KBAT dapat menjadikan proses pembelajaran dalam kelas menjadi lebih interaktif dan dapat menggalakkan penglibatan murid secara lebih aktif. Sistem pendidikan yang dahulunya berorientasikan peperiksaan akan diubah kepada sistem pendidikan berorientasikan pengembangan JERIS murid. Penekanan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dilihat penting untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21.

Individu yang paling berperanan dalam menyemai kemahiran berfikir aras tinggi menerusi pembelajaran berasaskan pemikiran di dalam bilik darjah tidak lain dan tidak bukan adalah guru. Guru perlu mengubah strategi dan pendekatan mengajar untuk menggalakkan murid

untuk berfikir di luar kotak pemikiran. Pembelajaran berpusatkan murid merupakan kaedah terbaik untuk menyuntikkan elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran abad ke-21. Melalui pendekatan ini, murid-murid digalakkan untuk menerokai sendiri proses pembelajaran dan pengajaran tanpa bergantung pada guru sepenuhnya. Tambahan pula, guru turut berperanan mencetuskan idea untuk berbincang serta menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dengan mengutarakan soalan-soalan yang berkesan. Kaedah berpusatkan murid bukan sahaja dapat meringankan beban guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran, malah dapat memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pandangan mengenai apa yang dipelajari. Secara tidak langsung, kemahiran interpersonal murid dapat dikembangkan kerana murid-murid terlibat secara aktif di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Tan Sri Alimudin Mohd. Dom, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di dalam artikel terbitan Utusan pada 12 Oktober 2012, keupayaan kreativiti, inovatif dan berfikir aras tinggi perlu ditekankan di dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang boleh bersaing di dalam abad ke-21. Menurut beliau lagi, tugas guru semakin mencabar dalam memastikan kemahiran-kemahiran ini dapat diterapkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pelaksanaan sistem pendidikan negara dalam melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, inovatif, kreatif, progresif, bertanggungjawab dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara memerlukan kerjasama dan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu daripada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai