Anda di halaman 1dari 2

1.

Refleksi Akhir kata, saya berasa amat gembira kerana dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dengan peluang yang amat berharga ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, En Mohtari atas kesudian memberi pengajaran tentang bimbingan kaunseling yang begitu bermakna kepada kami. Selain itu, beliau juga memberi bimbingan yang secukupnya kepada kami sepanjang masa kami melaksanakan kerja kursus ini. Bagi melaksanakan kerja kursus ini, saya telah banyak mencari maklumat dari internet, buku rujukan dari perpustakaan. Saya amat berminat dalam subjek ini kerana subjek ini melibatkan hubungan manusia atara satu sama lain. Ilmu ini amat berguna semasa kami mengajar di sekolah. Kerja kursus ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang penting. Pertama sekali, kami perlu menyelesaikan definisi, matlamat, keperluan dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Bagi mengaplikasikan kemahiran bimbingan kaunseling pada masa kelak, saya berpendapat bahawa guru mestilah memahami teori yang dipelajari dengan mendalam agar dapat melaksanakan dengan berkesan. Oleh sebab demikian, saya telah mengaji dan membandingkan definisi tentang bimbingan dan kaunseling dari beberapa tokoh. Saya mendapati bahawa bimbingan dan kaunseling adalah bertujuan untuk membantu orang yang menghadapi masalah dan memberi bimbingan atau nasihat kepada mereka. Seterusnya, tugas yang perlu dilakukan iaitu meanalisiskan tentang implikasi kemahiran-kemahiran asas serta teori-teori kaunseling yang dapat membantu pembentukkan murid yang seimbang. Kemahiran-kemahiran asas itu perlulah dilatih oleh seorang guru bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana seorang kaunselor yang profesional lebih mudah dipercayai oleh seorang klien. Justeru, kaunselor dapat mengendalikan maslah yang dihadapi oleh klien dan memberi bantuan yang sewajarnya.

Di samping itu, selepas mempelajari tentang beberapa teori kaunseling, saya mendapati bahawa guru bimbingan dan kaunseling haruslah cekap dalam pemilihan teori yang sesuai kepada seorang klien. Saya berasa teringin untuk mempelajari

ketiga-tiga teori tersebut kerana ia lebih sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana budak kecil lebih mudah dibentukkan sikap dan tingkahlaku mereka. Selain itu, saya berasa perasaan empati itu amat diperlukan oleh seorang kaunselor. namun, hal ini bukan senang dilakukan kerana pengalaman setiap manusia adalah berbeza. Walaubagaimana pun, bagi seorang kaunselor yang dipercayai oleh seorang klien mestilah mempunyai hati berempati supaya lebih memahami perasaan klien dengan mendalam dan sempat memberi bantuan kepada mereka. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai