Anda di halaman 1dari 2

Maksud hadis - Daripada Ali bin Abi Thalib RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat

15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu : 1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 3. Zakat dijadikan hutang Ulasan nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu. 4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) 5. Anak derhaka terhadap ibunya 6. Anak lebih menutamakan kawan-kawannya 7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya 8. Meninggikan suara di dalam masjid. Komen - masjid dijadikan tempat berkelahi, bersumpah di masjid untuk kepentingan sendiri. 9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. Komen Orang yangg paling hina iaitu tiada ilmu agama dan akhlak buruk. 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. Komen Contohnya, takut kepada polis kerana dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita. 11. Arak diminum secara berleluasa 12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki 13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

Komen - penyanyi perempuan dimuliakan 14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. 15. Generasi kemudian/akhir umat ini akan melaknat generasi pertama/sebelumnya (para sahabat terdahulu). Komen mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah. Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain

Bagaimana kamu apabila dilanda lima perkara? Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya. (1) Jika perbuatan mesum dalam suatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabah dan penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orangorang terdahulu. (2) Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan. Kalau bukan karena binatang-binatang ternak tentu hujan tidak akan diturunkan sama sekali. (3) Jika suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan maka Allah akan menimpakan paceklik beberapa waktu, kesulitan pangan dan kezaliman penguasa. (4) Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah maka Allah akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka. (5) Jika mereka menyia-nyiakan Kitabullah dan sunah Nabi maka Allah menjadikan permusuhan di antara mereka. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Anda mungkin juga menyukai