Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rawang No.2, Jalan Ros, Kg. Kenanga, 48000 Rawang, Selangor
Tarikh
1.0
PENGENALAN
Pemulihan Dalam Komuniti PKU 3112 merupakan kursus yang wajib bagi guruguru pelatih semester 6 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) pengkhususan major Pendidikan Khas. Kursus ini memerlukan kami menyelesaikan tugasan amali secara berkumpulan yang melibat 11 orang pelajar yang terdiri daripada dua pengkhususan pendidikan khas iaitu Masalah Pembelajaran dan Masalah Pendengaran.
Tugasan amali ini akan dijalankan selama seminggu dan aktiviti ini adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan yang merangkumi tiga aktiviti yang utama. Tiga aktiviti utama adalah seperti aktiviti keceriaan, aktiviti akademik dan juga aktiviti lawatan ke rumah (home-based). Ketiga-tiga aktiviti ini dijalankan di PDK Rawang No.2, Jalan Ros, Kg. Kenanga, 48000 Rawang, Selangor.
kesedaran
dalam kalangan guru pelatih mengenai tanggungjawab mereka terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Malah, tugasan amali ini merupakan satu medium kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman sebenar untuk menguruskan OKU di samping menimba pengetahuan dan ilmu untuk mengadakan sesuatu aktiviti yang dirancang. Tugasan ini juga dapat memberi peluang dan ruang kepada guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran bersosial dengan masyarakat luar seperti ahli PDK, ibu bapa, pihak Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang lain . Kesimpulannya, tugasan amali ini sangat relevan dan memberikan banyak manfaat kepada para guru pelatih. Seterusnya dapat melahirkan bakal guru yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran serta bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan di masa akan datang.
2.0
LATAR BELAKANG
Program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Rawang akan diadakan selama seminggu iaitu dari 7 hingga 11 Oktober 2013. Program ini akan dikelolakan oleh 11 orang guru pelatih yang terdiri dari dua kumpulan pendidikan khas iaitu masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Terdapat 3 aktiviti utama yang harus diselesaikan di PDK Rawang. Tiga aktiviti tersebut ialah aktiviti keceriaan, aktiviti lawatan ke rumah dan juga aktiviti akademik. Aktiviti pertama iaitu aktiviti keceriaan iaitu melibatkan aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan persekitaran dan di dalam bangunan PDK. Kami turut akan menghias dan mencantikkan papan kenyataan dan dinding PDK dengan hiasan yang bersesuaian. Selain itu, kami turut merancang untuk menanam beberapa batang anak pokok di kawasan sekitar PDK untuk menambahkan seri landskap di PDK. Aktiviti kedua pula ialah aktiviti lawatan ke rumah atau home-based. Aktiviti yang dijalankan semasa lawatan ini adalah seperti terapi, program akdemik bersama keluarga dan sebagainya. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan sedikit input, pengetahuan kepada keluarga OKU tersebut dalam membantu golongan OKU ini. Selain itu, lawatan ini diadakan juga untuk memberikan sedikit terapi dan pemulihan yang bersesuaian kepada kanak-kanak OKU. Aktiviti ketiga pula adalah berkonsepkan akademik. Untuk aktiviti akademik ini kami merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC dan Latihan kecemasan Kebakaran. Lawatan Akademik ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelatih yang berada di PDK Rawang untuk belajar sambil bergembira semasa lawatan ke Petrosains KLCC diadakan dan mendedahkan kepada pelajar langkah-langkah untuk menyelamatakan diri semasa kebakaran berlaku. Malah, ia turut dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mereka.
3.0
TUJUAN
Kertas kerja cadangan ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) Rawang bagi pelaksanaan bagi program khidmat siswa yang akan dianjurkan oleh guruguru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester 6 ambilan Januari 2011.
4.0
OBJEKTIF
Program Khidmat Siswa di pusat pemulihan dalam komuniti Rawang dilaksanakan dengan berdasarkan beberapa objektif iaitu : 4.1 Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk merancang dan mengelolakan program kebajikan yang melibatkan masyarakat dengan pihak-pihak tertentu. 4.2 Membolehkan para guru pelatih berinteraksi secara langsung dan tidak langsung dengan warga PDK, pihak ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak swasta. 4.3 Membantu warga PDK dalam menyediakan persekitaran pemulihan dan pembelajaran yang lebih selesa dan menarik serta meningkatkan kemahiran dan melaksanakan aktiviti yang dirancang. 4.4 Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari.
5.0
MATLAMAT
kalangan guru pelatih dalam mengendalikan program-program kebajikan di luar institut.
5.2 Meningkatkan kemahiran intrapersonal dalam kalangan guru pelatih melalui interaksi secara langsung dan tidak langsung dengan masyarakat serta pihak yang terlibat. 5.3 Menyedari peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai ahli masyarakat kepada Orang Kelainan Upaya (OKU). 5.4 Melahirkan bakal guru yang sentiasa bersiap sedia dan mampu memikul serta melaksanakan apa juga tanggungjawab yang diamanahkan.
6.0
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 7 hingga 11 Oktober 2013 Lokasi : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rawang No.2, Jalan Ros, Kg. Kenanga, 48000 Rawang, Selangor.
7.0
8.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 2
9.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 3
10.0 KESIMPULAN
Pihak pentadbiran pemulihan dalam komuniti Rawang adalah dipohon agar mempertimbangkan dan meluluskan cadangan bagi menjayakan program kemasyarakatan pemulihan dalam komuniti (PDK) yang bakal dianjurkan oleh pelajar PISMP semester 6 ambilan Januari 2011.
Lampiran 1
AJK DOKUMENTASI
MOHD DZUL IKRAAM B. MOHD INDERA
Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN
Aktiviti 1 : Keceriaan
Bil Perkara Kuantiti (unit) Harga (RM) Jumlah (RM)
i) Aktiviti Keceriaan - Makan Tengah Hari (2 hari) 1. Makan tengah hari ( 2 hari) 6 orang petugas / tenaga pengajar 11 orang guru pelatih 50 orang pelatih PDK RM 5 RM 60
RM 5
RM 110
RM 5
RM 500
JUMLAH
RM 670
Bil
Perkara
Kuantiti (unit)
Harga (RM)
Jumlah (RM)
Plastik liminate Kertas pembalut hadiah Kertas warna - warni Berus cat Gam Roller cat Kertas A4(putih / berwarna) Double tape Pelekat ( solotape )
Plastik sampah
1 set 10 10 4 4 4 1 set 4 4
1 set
RM 25 RM 1 RM 1 RM 2 RM 2 RM 5 RM 10 RM 2 RM 2
RM12
RM 25 RM 10 RM 10 RM 8 RM 8 RM 20 RM 10 RM 8 RM 8
RM 12
JUMLAH
RM 159
Bil
Perkara
Kuantiti (unit)
Harga (RM)
Jumlah (RM)
BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA (RM/UNIT)
JUMLAH (RM)
1. Pengangkutan
3 Kereta
RM30 x 3
90
2. Hamper
2 unit
RM50 x 2
100
3. Sumbangan
2 unit
200 RM 390
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH (RM)
Makanan
RM 3x 50 Orang
RM 150
JUMLAH
RM 150
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH (RM)
Bayaran
-dewasa
Makanan
Roti, kotak,
RM 308
mineral, nasi ayam 3 Hadiah Pertandingan mewarna 4 Sewa bas RM600 RM600 Pensel warna RM5 X 10 RM100
10
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH (RM)
JUMLAH RM 1071.50
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
1 2 3
11
Lampiran 3
Aktiviti Aktiviti keceriaan ( gotong- royong, menghias papan kenyataan dan dinding PDK, menanam pokok) Aktiviti akademik (Latihan Kecemasan Kebakaran) (Lawatan ke Petrosains KLCC) Aktiviti Home- Based (terapi dan pemulihan)
12
Lampiran 4
13
Disediakan oleh :
Disemak oleh :
........................................................ (NOOR AZIANIDA BT RAMLI) Naib Setiausaha, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti Rawang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur.
....................................................... (AMIRUDIN B ABD KASSIM) Pengerusi, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti Rawang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur.
Disahkan oleh : .. ( PN ALIJAH BINTI UJANG ) Pensyarah Pembimbing, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti Rawang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
14