Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENGENALAN Acara lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam kategori acara padang dan telah dipertandingkan dalam hampir semua kejohanan sukan olahraga di dunia, seperti Sukan Olimpik dan lain-lain. Lompat tinggi mula diperkenalkan pada sekitar abad ke-19 dan telah diperkembang dari masa ke masa. Acara ini telah mendapat perhatian ramai kerana kepelbagaian cara lompatan yang digunakan oleh para atlit. Terdapat pelbagai cara lompatan dalam acara ini, antaranya ialah Gaya Gunting, Gaya Timur, Gaya Pelana, Gaya Guling Barat dan Gaya Fosbury Flop. Antara kesemua gaya lompatan ini, Gaya Fosbury Flop merupakan gaya yang sering digunakan oleh para atlit kerana gaya ini membolehkan para atlit melompat dengan lebih tinggi.

2.0 SEJARAH LOMPAT TINGGI Catatan terawal yang merekodkan tentang lompat tinggi ialah pada sekitar abad ke-19 di England dalam suatu pertandingan yang diadakan bagi menentukan siapakah di antara golongan professional di England pada masa itu yang boleh melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, William Tivendale, seorang warga berbangsa Scotland berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Pada masa itu, lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan lompatan yang paling tinggi pernah dicatatkan. Walaubagaimanapun, cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza berbanding cara lompatan yang dilakukan oleh para atlit sekarang. Pada masa itu, palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah, manakala cara membuat lompatan pula ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakanakan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak. Selepas itu, cara lompatan telah diperbaiki dan beberapa kaedah dan cara baru untuk melompat telah dicipta dari semasa ke semasa. Kaedah dan cara lompatan yang dicipta atau diperbaiki itu juga adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang turut berubah. Sebagai contoh, peningkatan tahap lompatan para peserta dari masa ke masa menyebabkan tempat mendarat yang sebelumnya hanya menggunakan pasir ditukar kepada tilam yang lebih selamat jika dibandingkan dengan pasir. Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang sering digunakan adalah gaya statik dengan lompatan menegak. Pada sekitar abad ke-20, seorang warga Irish-American, M.F Sweeney mula menggunakan Gaya Timur yang mana kemudiannya dituruti oleh orang-orang Pantai Timur Amerika. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Pada tahun 1912, Gaya Guling Barat telah diperkenalkan oleh warga Amerika, M.F Horine dengan lompatan setinggi 6 kaki 7 inci dan kemudiannya gaya ini ditiru oleh kebanyakan peserta Amerika Barat.

Dalam acara lompat tinggi ini, satu nama yang paling popular dan tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury, iaitu seorang pelompat tinggi berasal dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Dick Fosbury

Walaubagaimanapun, sebelum gaya flop diperkenalkan, terdapat satu gaya, iaitu Gaya Guling Pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari University of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

3.0 TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN 3.1 GAYA PELANA Teknik melompat gaya pelana dapat dibahagikan kepada empat fasa utama. Di mana, ianya saling berurutan antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan atas palang (penerbangan) dan pendaratan. Pendekatan larian landas Pendekatan larian landas bagi teknik gaya pelana adalah bertujuan untuk membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar dan mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang maksimum. Pendekatan ini juga dilakukan bagi membolehkan atlet mendapatkan rentak dan corak larian yang lancar, serta membolehkan atlet mendapatkan sudut yang sesuai ketika melakukan lonjakan. Lompatan gaya pelana dilakukan mengikut garis lurus sehingga ke tempat melakukan lonjakan. Bagi fasa penujuan, Atlet haruslah melakukan larian dengan langkah yang panjang. Di mana, kebiasaannya adalah di antara lima hingga tujuh langkah. Atlet haruslah menjauhi lorong terbang (flight path) dari palang diantara sudut . Hal ini penting bagi mengelakkan

bahagian terakhir badan atlet daripada terkena palang lompatan.

Rajah Pendekatan pelana


Harus diingatkan bahawa, terdapat dua perkara penting yang harus diambil perhatian semasa membuat larian, iaitu memberikan tumpuan kepada pembentukan kelajuan ketika awal larian dan persediaan untuk melakukan lonjakan pada tiga langkah terakhir. Jarak langkah larian terakhir sebelum melonjak adalah lebih panjang daripada jarak langkah sebelumnya.

Lonjakan Sebelum melakukan suatu lonjakan, seseorang atlet haruslah merendahkan pusat graviti badan dengan menggunakan teknik yang betul. Pada langkah terakhir larian, lutut haruslah dibengkokkan dan tangan haruslah dihayun ke belakang. Di samping itu, tumit kaki pasak badan haruslah berada dalam keadaan condong ke belakang. Pada ketika ini, seseorang atlet haruslah bersedia melakukan lonjakan. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Di mana, kaki kanan (hadapan) mula diayun ke atas, tangan yang berada di belakang akan ikut serta. Manakala, kaki kiri (belakang) akan melakukan lonjakan dengan semaksimum yang mungkin. Kedudukan badan di atas palang Setelah membuat lonjakan, tangan merupakan bahagian pertama yang akan melintasi palang, seterusnya diikuti oleh kaki hadapan yang mendatar di atas palang. Kaki hadapan ini berfungsi mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi palang. Badan dan kaki kanan berpusing seolah-olah membalut palang. Ketika separuh badan melepasi palang, kepala dan bahu atlet hendaklah dijunamkan ke arah tilam. Hal ini bertujuan untuk membantu pergerakan pinggang supaya berada dalam kedudukan yang betul dan tidak terkena palang. Manakala, kaki lonjak haruslah mengekalkan posisi bengkoknya. Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, atlet akan memusingkan badannya dari kedudukan mengiring ke kedudukan melentang dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

3.2 GAYA LENTING / FOSBURY FLOP Teknik gaya lentang atau dikenali sebagai fosbury flop merupakan teknik sangat sesui untuk atlet yang mempunyai larian yang pantas. Namun, kurang daya lonjakan kaki. Dalam gaya lentang, terdapat empat fasa yang perlu oleh seseorang atlet, iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Pendekatan larian landas Corak larian bagi gaya ini adalah bentuk garisan lengkung. Di mana, ia akan menghasilkan daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran atau dikenali sebagai daya centrifugal. Daya ini membantu melempar badan atlet ke atas palang ketika membuat lonjakan. Jejari lengkungan ketika mengambil larian kebiasaannya lebih kurang 6 meter. Di mana, saiz jejari ini adalah bergantung kepada ketinggian atlet dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut. Atlet kebiasaannya akan mengukur jumlah langkah dengan cara mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Atlet akan menambahkan kelajuan setelah hampir kepada lengkungan kedua. Gaya ini kebiasaannya menggunakan tiga gaya larian landas iaitu, pertama larian lengkung pada permulaan. Di mana, ia bertujuan untuk mendapat kepantasan yang optima. Kedua, melakukan larian secara lurus pada permulaan, kemudian melencong pada empat langkah terakhir. Ketiga, larian atas garisan lurus menuju ke palang.

Lonjakan Pengukuhan posisi badan dan gaya berlari haruslah digabungkan bersama ketika atlet berada tiga atau empat langkah sebelum melonjak. Manakala, apabila hampir di tempat melonjak, kaki lonjak haruslah berada selari dengan palang. Hal ini bertujuan mengelakkan badan daripada terkena palang ketika melompat. Kedua belah tangan hendaklah dihayunkan ke belakang ketika di langkah terakhir larian. Hal ini bertujuan untuk membantu mengangkat badan ketika melompat. Atlet akan memulakan lompatan dengan cara membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki tinggi dengan lutut dibengkokkan. Manakala, kaki kiri (hadapan) akan digunakan untuk melonjak badan ke atas. Tangan akan dihayun ke atas bagi mengawal pergerakan badan ke atas palang.

Kedudukan badan atas palang Setelah melakukan lonjakan, atlet haruslah memandang palang sambil melentikkan badan bagi melepasi palang. Di mana, kedua-dua belah tangan akan diluruskan selari disisi badan. Manakala, kaki dibiarkan bebas bagi membolehkan atlet melenturkan bahagian pinggang. Hal ini penting bagi membantu bahagian punggung atlet melepasi palang. Ketika ini badan atlet adalah berbentuk huruf J. Setelah melepasi palang, kedua-dua belah kaki haruslah diluruskan sambil

mengangkatkan kepala ke atas. Hal ini penting bagi mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang.

Pendaratan Atlet mendarat di atas bahagian belakang badan. Setelah melepasi palang, atlet akan mengangkat kaki ke atas seterusnya, menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Bagi mengurangkan hentakan, pendaratan haruslah dilakukan pada bahu.

3.3 GAYA GUNTING Teknik gaya gunting merupakan teknik yang memerlukan atlet menuju ke palang secara bersudut dan melepasi palang menggunakan sebelah kaki dan diikuti kaki yang sebelah lagi, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang. Penujuan Bagi fasa penujuan, atlet akan membuat larian menuju ke palang secara bersudut kirakira . Di mana, atlet haruslah melakukan larian dengan langkah yang panjang. Di mana,

kebiasaannya adalah di antara tujuh hingga sembilan langkah. Atlet akan berlari dari sebelah kiri dan memulakan larian dengan kaki kanan sekiranya berhasrat untuk melakukan lonjakan dengan kaki kanan. Manakala, atlet yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

Lonjakan Semasa fasa lonjakan, atlet akan melakukan lonjakan dengan kaki luar. Di mana, semasa melakukan lonjakan, kaki melonjak (kanan) akan berada di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu. Hal ini supaya badan dapat dicondongkan semasa membuat lonjakan. Kedudukan badan atas palang Semasa fasa layangan,kaki bebas haruslah dihayun kuat ke atas, selari dengan palang bagi membolehkan atlet melepasi palang. Bahu berhampiran palang haruslah dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Seterusnya, menghayun kaki lonjak (kanan) ke atas. Semasa melepasi palang, atlet berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Pendaratan Atlet mendarat di atas punggung, menggunakan sebelah kaki atau dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.

3.4 GAYA GULING BARAT Gaya guling barat juga dikenali sebagai Eastern roll. Di mnaa, bagi fasa penujuan, atlet akan berlari ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Seterusnya, atlet akan melakukan lonjakan dengan kaki yang hampir dengan palang. Kaki lonjakan akan berada dalam keadaan bengkok semasa atlet berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

10

3.5 GAYA GULING TIMUR Gaya guling barat juga dikenali sebagai Western roll. Di mana, bagi fasa penujuan, atlet akan berlari secara lurus menuju ke palang dari hadapan dalam keadaan sudut . Semasa

fasa lonjakan, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badan seterusnya, atlet akan melepasi palang secara mengiring.

11

4.0 LATIHAN ANSUR MAJU Latihan ansur maju merupakan suatu latihan atau perkara yang dilakukan bagi memudahkan sesuatu pekerjaan atau aktiviti yang sukar menjadi senang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Latihan ansur maju bagi lompat tinggi dapat dipecahkan kepada tujuh langkah, iaitu lengkungan larian, lengkungan larian dengan lonjakan, lompatan gunting, deburan berdiri, deburan dari lutut tinggi dan urutan keseluruhan. LANGKAH 1 : LENGKUNGAN LARIAN Latihan lengkungan larian dilakukan bertujuan untuk merasakan larian ke hadapan dan merasai rentak penujuan. Objektif lain latihan ini adalah bertujuan untuk mengawal larian dan ritma semasa larian. 1. Lari masuk dan keluar dari head cone atau dalam bentuk S. 2. Larian hendaklah dilakukan dengan laju tetapi terkawal. 3. Kelajuan haruslah ditambahkan apabila memasuki setiap lengkungan. 4. Variasi : lutut tinggi atau frequesi tinggi.

5-7 meter

12

LANGKAH 2 : LENGKUNGAN LARIAN DENGAN LONJAKAN Latihan ini dilakukan bagi membolehkan atlet akan melonjak ke atas dan melentikkan badan. Objektif latihan lengkungan larian dengan lonjakaan dilakukan adalah bertujuan untuk mempelajari dan memperoleh kemahiran cara melompat menegak semasa menghampiri lengkungan. 1. Tandakan lengkungan dan titik permulaan menggunakan tepung. 2. Menggunakan empat atau enam langkah bagi penujuan. 3. Tingkatkan kekerapan langkah dalam beberapa langkah-langkah tertentu. 4. Melonjak mencecah sasaran.

5. Gunakan sasaran yang berlainan. 6. Larian boleh dimulakan mengikut keselesaaan sama ada dari kiri atau kanan.

7. Variasi : larian dengan melompat sambil lutut diangkat tinggi atau melompat dengan sebelah kaki.

13

LANGKAH 3 : LOMPATAN GUNTING Latihan lompatan gunting adalah bertujuan untuk memperbaiki kelajuan lonjakan menegak. 1. Menggunakan kaedah penujuan secara terus atau melengkung. 2. Letakkan kaki yang melonjak dalam garisan penujuan. 3. Tingkatkan ketinggian secara berterusan. 4. Gunakan pendaratan secaara berdiri.

LANGKAH 4 : DEBURAN BERDIRI Objektif latihan deburan berdiri ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kaedah melepasi palang. Di samping itu, ia juga dilakukan bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat. 1. Berdiri membelakangkan tilam. 2. Lonjakkan ke belakang dari tanah ke tanah tilam A atau kerusi C. 3. Gunakan ketinggian pendaratan yang berlainan, iaitu tilam B . 4. Gunakan halangan seperti . 5. Gunakan halangan seperti getah atau palang (B, C).

Tilam A Tilam B

Kerusi 14

Tilam B

LANGKAH 5 : DEBURAN DARI LUTUT TINGGI Latihan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki rentak pada langkah-langkah terakhir. 1. Tandakan lengkungan dan titik permulaan. 2. Gunakan lima atau tujuh langkah dengan lutut linggi ketika penujaan. 3. Gunakan kekerapan langkah yang tinggi. 4. Jangan rendahkan titik tengah jisim dalam pesedain untuk melonjak.

LANGKAH 6 : URUTAN KESELURUHAN Urutan keseluruhan ini adalah sebagai latihan untuk melengkapkan pergarakan dengan kelajuan yang meningkat. 1. Tandakan lengkungan dan titik permulaan. 2. Mulakan dengan kaedahpenujuan yang dekat (empat atau enam langkah). 3. Tingkatkan jarak dan kelajuan permulaan secara berterusan.

15

5.0 PERATURAN ACARA LOMPAT TINGGI Lompat tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh International Association Of Athletics Federations (IAAF). Semua atlet dan pegawai yang terlibat dalam acara ini harus mematuhinya. Antara peraturan tersebut adalah seperti berikut : 5.1 PERATURAN 181 SYARAT-SYARAT AM LOMPATAN KETINGGIAN 1. Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Hakim hendaklah mengumumkan kepada atlet-atlet ketinggian permulaan dan julat ketinggian palang yang akan dinaikkan selepas tamat setiap pusingan percubaan, sehinggalah tinggal hanya seorang atlet yang menang atau terdapat ikatan seri di tempat pertama.

Percubaan

2. Seseorang atlet boleh mula melompat pada mana-mana ketinggian yang telah diumumkan oleh Ketua Hakim dan beliau mempunyai kebebasan untuk melompat pada mana-mana ketinggian. Tiga kegagalan berturut-turut, tidak kira di ketinggian mana kegagalan tersebut berlaku, membatalkan atlet untuk terus melompat, kecuali dalam kes menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama.
Kesan peraturan ini ialah seseorang atlet boleh melangkaukan lompatan kedua dan ketiganya pada satu-satu ketinggian (setelah gagal dalam percubaan pertama atau keduanya) masih boleh melompat pada ketinggian berikutnya. Jika seseorang atlet itu melangkau pada ketinggian tertentu, beliau tidak dibenarkan lagi melompat pada ketinggian tersebut kemudiannya, kecuali dalam kes untuk menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama. Dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah, jika atlet tidak hadir apabila semua atlet lain telah tamat bertanding, Referi boleh mengambil keputusan yang atlet berkenaan telah menarik diri dan tidak akan bertanding lagi, jika had masa percubaan telah tamat.

16

3. Walaupun setelah semua atlet lain gagal, seseorang atlet itu masih berhak meneruskan percubaannya sehinggalah ia sendiri gagal untuk meneruskan lompatan.

4. Kecuali hanya tinggal seorang atlet dan beliau telah pun menjadi pemenang.
a) Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2 sm bagi Lompat Tinggi dan 5 sm bagi Lompat Bergalah selepas setiap pusingan percubaan. b) Julat kenaikan palang tidak sekali-kali boleh ditinggikan. Peraturan 181.4 (a) & (b) tidak terpakai apabila hanya seorang atlet yang tinggal tersebut bersetuju untuk palang dinaikkan terus ke ketinggian Rekod Dunia. Selepas seseorang atlet itu memenangi pertandingan tersebut, ketinggian palang dan julat kenaikan palang terpulanglah kepadanya setelah perundingan dengan Hakim atau Referi yang berkenaan. Peraturan ini tidak diguna pakai bagi Pertandingan Acara Bercampur. Dalam Pertandingan Acara Bercampur mengikut Peraturan 1.1 (a), (b), (c) dan (f), setiap kali palang dinaikkan hendaklah seragam 3 sm sepanjang pertandingan.

Pengukuran 5. Semua pengukuran hendaklah dibuat dalam kiraan sentimeter penuh, serenjang dari bumi ke bahagian terendah permukaan atas palang.

Rajah 1 Mengukur ketinggian palang

17

6. Sebarang pengukuran ketinggian baru hendaklah dibuat sebelum seseorang atlet membuat lompatan pada ketinggian tersebut. Dalam hal rekod, hakim-hakim hendaklah memeriksa semula ketinggian palang sebelum percubaan rekod seterusnya jika palang telah tersentuh selepas diukur.

Palang 7. Palang hendaklah diperbuat daripada kaca gentian atau bahan lain yang sesuai tetapi bukan logam, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang hendaklah 4.00 m ( 20 mm) bagi Lompat Tinggi dan 4.50 m ( 20 mm) dalam Lompat Bergalah. Berat maksimumnya ialah 2 kg bagi Lompat Tinggi dan 2.25 kg bagi Lompat Bergalah. Garis pusat di bahagian yang bulat hendaklah 30 mm ( 1 mm). Palang

mempunyai tiga bahagian palang yang bulat dan bahagian dua hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan panjangnya 150 200 mm dibuat supaya mudah diletak pada sangga tiang.

4.00 m ( 20 mm)

Rajah 2 Ukuran palang


Kedua-dua penghujung palang hendaklah berbentuk bulat atau separa bulat, dengan satu sahaja permukaan rata yang ditetapkan yang dapat diletakkan di sangga tiang. Permukaan rata tidak boleh lebih tinggi dari titik pusat muka keratin bahagian tegak palang. Ianya hendak licin dan kukuh. Ia tidak boleh dibalut dengan getah atau bahan lain yang boleh meningkatkan geseran dengan sangga-sangga tersebut.

18

Palang tidak boleh melengkung, cuma apabila diletakkan hanya boleh melendut pada kadar maksimum 2 sm bagi Lompat Tinggi dan 3 sm bagi Lompat Bergalah.

Menentukan Tempat

8. Jika dua atau lebih daripada dua orang atlet berjaya melepasi ketinggian tertinggi yang sama prosedur untuk menentukan tempat adalah seperti berikut:
a) Atlet yang mempunyai jumlah percubaan yang paling sedikit pada ketinggian terakhir yang dilepasi hendaklah diberi tempat lebih teratas. b) Jika masih sama selepas melalui langkah yang terkandung dalam Peraturan 181.8 (a), atlet yang mencatat jumlah kegagalan yang paling kurang sepanjang pertandingan, termasuk percubaan di ketinggian yang terakhir yang dilepasi akan diberi tempat yang lebih teratas. c) Jika masih sama selepas langkah dalam Peraturan 181.8 (b), atlet-atlet akan diberi tempat yang sama kecuali ianya melibatkan tempat pertama. d) Jika melibatkan tempat pertama atlet-atlet yang berkenaan hendaklah diberi satu lompatan sisih, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 181.9, kecuali ada ketetapan yang berlainan dalam peraturan pertandingan yang dibuat khas untuk pertandingan tersebut, atau semasa pertandingan atau sebelum pertandingan oleh Wakil Teknikal atau Referi jika Wakil Teknikal tidak dilantik. Sekiranya lompatan sisih tidak diadakan, termasuk keadaan di mana atlet-atlet berkenaan bersetuju sesama mereka untuk tidak melompat lagi, kedudukan seri di tempat pertama hendaklah diistiharkan. (Peraturan (d) tidak dikenakan dalam Acara Bercampur.)

9. Lompatan Sisih
a) Atlet-atlet berkenaan mesti melompat di semua ketinggian sehingga kedudukan dapat ditentukan atau sehingga semua atlet bersetuju untuk tidak mahu melompat lagi. b) Setiap atlet hendaklah diberi satu percubaan di satu paras ketinggian. c) Lompatan sisih hendaklah bermula di ketinggian yang mengikuti ketinggian tertinggi yang dilepasi mengikut Peraturan 181.1. d) Jika keputusan tidak dicapai, palang hendaklah dinaikkan jika lebih daripada seorang atlet berjaya melepasi ketinggian itu atau diturunkan jika semua atlet gagal melepasinya sebanyak 2 sm.

19

e) Jika ada atlet yang tidak melompat mana-mana ketinggian beliau secara automatik kehilangan hak untuk mendapat tempat pertama. Jika terdapat hanya seorang atlet yang masih tinggal, beliau diistiharkan sebagai pemenang sama ada beliau melepasi atau tidak ketinggian itu.

Kuasa Tidak Tergolong

10. Bila ia adalah jelas palang itu dijatuhkan oleh kuasa yang tidak berkaitan dengan atlet (contohnya tiupan angin).
a) Jika palang itu terjatuh selepas atlet sudah berjaya melepasi palang tanpa menyentuhnya, percubaannya hendaklah dikira berjara. b) Jika palang itu terjatuh dalam keadaan yang lain, satu percubaan baru diberi.

20

5.2 PERATURAN 182 LOMPAT TINGGI Pertandingan 1. Atlet-atlet mestilah melonjak dengan sebelah kaki. 2. Seseorang atlet itu gagal jika:
Palang jatuh dari sangga tiang akibat daripada aksi atlet tersebut ketika melompat Menyentuh bumi termasuk kawasan mendarat melebihi satah menegak sama ada di luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya sebelum melepasi palang. Walau bagaimanapun, jika ketika melompat atlet itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan kepadanya, maka atas sebab ini, lompatan tidak dianggap gagal.

Landas Lari Dan Kawasan Lonjak


3. Jarak minimum landas lari ialah 15 m, kecuali dalam pertandingan-pertandingan di bawah peraturan 1.1 (a), (b) dan (c) dan (f) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Jika keadaan mengizinkan, jarak minimum landas hendaklah berukuran 25 m.

Rajah 3 Landas lari 21

4. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15 m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 182.3 itu tidak melebih 1:250. Kawasan mendarat hendaklah di tempat supaya kemaraan atlet adalah ke arah kecerunan menurun. 5. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah mengikut Peraturan 182.4 dan Manual Fasilitas Balapan dan Padang IAAF.

Peralatan 6. Tiang Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10 sm dari paras sebenar palang dinaikkan. Jarak di antara tiang hendaklah tidak kurang daripada 4.00 m dan tidak melebihi 4.04 m.

Rajah 4 Jarak di antara tiang

7. Tiang tersebut tidak boleh dianjak sewaktu pertandingan dijalankan melainkan Referi merasakan landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Jika demikian, perubahan hendaklah dibuat hanya selepas selesainya satu pusingan percubaan.

22

8. Sangga palang Sangga hendaklah rata dan berbentuk segi empat bujur, 4 sm x 6 sm. Sanggasangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa pertandingan dan hendaklah menghadap bertentangan. Hujung palang hendaklah terletak di atasnya sedemikian rupa supaya palang mudah jatuh ke depan atau ke belakang apabila tersentuh oleh atlet. Sanggasangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang bahan lain yang boleh meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang.

Rajah 5 Sangga palang

9. Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan tiang di antara hujung palang dengan tiang sekurang-kurangnya 1sm.

Kawasan Mendarat

10. Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang dari 5 m x 3 m. Adalah disarankan bahawa kawasan mendarat tidak lebih kecil dari 6 m x 4 m x 0.7 m.
Tiang dan kawasan mendarat hendaklah dibuat sedemikian rupa supaya ada ruang di antaranya sekurang-kurangnya 10 sm bagi mengelakkan palang jatuh sekiranya kedua-duanya bersentuhan.

23

6.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, pengajaran lompat tinggi penting dalam pembelajaran murid di sekolah rendah. Sebagai seorang bakal guru, kami dikehendaki untuk menguasai cara-cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam acara lompat tinggi, terutamanya teknik dan latihan ansur maju. Hal ini membolehkan muridmurid lebih memahami bahagian otot yang terlibat dalam lompat tinggi dan seterusnya dapat mengembangkan bakat yang ada pada mereka. Guru perlu menjalankan pengajaran secara ansur maju. Terlebih dahulu, guru perlu memastikan murid menjalankan latihan yang bertujuan untuk memantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah boleh mempelajari pula fasa lonjakan, layangan dan mendarat. Sehubungan dengan itu, latihan dengan aras ketinggian yang mula dari rendah perlu dibuat kerana latihan yang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik larian, lonjak, layang dan mendarat. Sebagai langkah keselamatan, semua murid perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan. Kelengkapan yang diperlukan bagi lompat tinggi harus diperiksa untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik supaya keselamatan terjamin semasa menjalankan latihan lompat tinggi. Semua fasa latihan dalam lompat tinggi, iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan hendaklah dikuasai oleh setiap individu untuk menjadi seorang atlet yang baik.

24

7.0 RUJUKAN Buku: Buku Peraturan Olahraga KOM 2012-2013. Kesatuan Olahraga Malaysia. M. Rejab. (1982). Olahraga. Perak: Percetakan Pustaka Muda. Mohd Sofian Omar Fauzee, Zainuddin Che Mat & Mohd Nizam Nasaruddin. (2009). Dril Acara Padang. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. Teng Boon Tiong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Vasudevan T. Arasoo. (1998). Olahraga Acara Padang. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet: Aki (2008). Fasa lompat tinggi. Diakses pada Febuari 18 2013 dari

http://akitom.blogspot.com/2008/04/fasa-lompat-tinggi.html. Faozika. (2010). Lompat Tinggi. Diakses pada Februari 3, 2014, daripada

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/18/lompat-tinggi-bahagian-5/ Helmi Suhana. (2012). Peraturan Lompat Tinggi. Diakses pada Februari 20, 2014, daripada http://www.slideshare.net/helmisuhana/peraturan-lompat-tinggi Mohd Yahya (2010). Mengaplikasikan Prinsip Ansur Maju. Diakses pada Febuari 18 2013 dari http://cikgupj.blogspot.com/2010/07/mengaplikasikan-prinsip-ansur-

maju.html Nithiya Kalarani (2013). Lompat Tinggi. Diakses pada Febuari 18 2013 dari http://teachernithiya.wordpress.com/tag/lompat-tinggi/.

25

Syhibin bin Japar (2012). Lompat Tinggi. Diakses pada Febuari 20, 2014 dari http://www.scribd.com/doc/56927757/LOMPAT-TINGGI. Tree Builder. (2011). Lompat Tinggi. Diakses pada Januari 25, 2014, daripada http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/lompat-tinggi.html#more Zati DeNan (2012). Lompat Tinggi. Diakses pada Febuari 18 2013 dari http://notanotapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-tinggi.html

26

8.0 Lampiran

27

Anda mungkin juga menyukai