Anda di halaman 1dari 5

4.4.3 LISU TERBALIK - Lisu terbalik dibuat dengan melipatkan dua lisu berhadapan antara satu sama lain.

- Lipatan-lipatan lisu ini hendaklah bertemu di sebelah luar (SL) pakaian.

RAJAH 4.9

LANGKAH 1 - Tandakan lisu pada fabrik dengan jahit tanda.

RAJAH 4.10

LANGKAH 2 - Lipat kain sepanjang garisan 1. Semat dan jelujur di sepanjang lipatan dari atas ke arah kelepet.

RAJAH 4.11

LANGKAH 3 Bawa lipatan sepanjang garisan 1 selaras dengan garisan 3. Semat lisu-lisu pada tempatnya

RAJAH 4.12 LANGKAH 4 - Lipat sepanjang garisan 1 di sebelah kanan pula serta bawa lipatan selaras dengan garisan 3 supaya kedua-dua lisu itu berhadapan antara satu sama lain. - Semat lisu itu pada tempatnya. Jelujur lisu terbalik dengan menggunakan jelujur tegak.

RAJAH 4.13