Anda di halaman 1dari 10

KONSEP PENDIDIKAN

2 Dari segi khusus: Pendidikan merupakan atau boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan atau pembelajaran dari segi apa jua umur Pendidikan merupakan satu aktiviti yang mempunyai objektif disamping mempunyai objektif ia juga memerlukan rancangan dan organisasi untuk mendidik muridmurid atau pelajar-pel

1 Dari segi pandangan umum : Aktiviti-aktiviti atau kelakuan-kelakuan yang mempunyai kaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu serta kemahiran,kerohanian dan jasmani manusia disamping pembelajaran untuk membentuk keperibadian yang mulia dan baik

SAMBUNGAN KONSEP PENDIDIKAN DARI SEGI KHUSUS


Pendidikan juga menjadikan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan segala apa yang diperolehnya dan mengaplikasikannya mengikut kesesuaian keadaan sekelilingnya dan masyarakatnya pada masa hadapan Peranan utama pendidikan ialah dalam menyediakan seseorang individu yang berpotensi dalam memainkan peranan yang penting dan positif disamping berkesan dalam masyarakat untuk membentuk masyarakatnya

Di dalam peranan ini juga ia menjadi suatu agen atau pengerak utama untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa mengikut peredaran masa atau zaman.

Pendidikan ini amat penting sejak dari zaman masyarakat dahulu lagi untuk pembentukan manusia dalam memimpin atau mencipta kemahiran demi membangunkan manusia sejagat.

Pada zaman moden ini, masyarakat juga moden dari segi budaya dan kemahiran. Oleh itu, pendidikan merupakan tunjang utama dalam penyebaran dan pengekalan budaya yang sesuai untuk ahli masyarakat

Pendidikan juga memainkan peranan dalam menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan serta pembaharuan dan membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat mengikut peredaran masa.

Pendidikan juga dilakukan mengikut Falsafah Pendidikan Negara dan berdasarkan Rukun Negara:

Plato(427-347 SM)(Yunani) Pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau mneyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk kewarganegaraan yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara

Aristotle(384-322 SM)(Yunani) Melalui bukunya Politik ,pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Selain itu, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pergurusan pertadbiran serta keupayaan mempertahankan kedaulatan negara.

Froebel(1782-1852) Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. Maria Montessori(18701952)(Itali) Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

Dr.Mohd Athiyah alAbrasyi Proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama Islam Mohammad Qatb Amal al-Shaibani
Pendidikan merupakan proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek , fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Al-Ghazali(1058-1111)

Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormatmenghormati.

Confucius(551-479 SM)(China)
Pendidikan ialah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang sopan santun, bertimbang rasa , ikhlas hati, sederhana , menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cinta negara.

Hamka (abad ke-20)(Indonesia) Pendidikan ialah proses yang membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia serta sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

Rabindranath Tagore(18611941)(India) Pendidikan ialah proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian,dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak sematamata terikat dengan buku tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik , bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal,mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.

Matlamat pendidikan ialah tujuan atau objektif untuk membentuk seseorang insan yang biasa supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna serta memiliki dan menghayati ciriciri yang berikut:

Berilmu Pengetahuan -Mempunyai pengetahuan yang meluas atau mencukupi untuk Menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat sekelilingnya Serta mempunyai ilmu untuk memimpin masyarakat pada masa Akan datang.

Percaya dan patuh kepada Tuhan -Insan tersebut mempercayai tuhannya ada atau wujud serta patuh Kepada tuhannya serta tidak mengingkari peraturan yang ditetapkan oleh Tuhannya berdasarkan agama yang dianutinya

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara. -Mempunyai rasa untuk menghargai diri ,masyarakat, agama Agama dan negara dan ia menghasilkan sesuatu perasaan Untuk menjaga nama baiknya.

SAMBUNGAN
Berakhlak Mulia -Dari segi kelakuan , ia baik dan mulia dipandang masyarakat lain
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu -Dari segi tingkah laku dan penghayatannya ia baik dan seimbang Serta sepadu untuk melakukan sesuatu aktiviti atau perlakuan

Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum -Insan tersebut dapat melakukan sesuatu atau mengambil inisiatif Untuk membuatkan semua kaum memahami masing-masing serta Mengukuhkan perhubungan bersama- sama dan wujudnya perpaduan

Melahirkan rakyat yang bertanggunjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta Mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

Rakyat yang memahami Rukun Negara dan bertoleransi untuk Bersatu padu dengan masyarakat yang berbilang kaum

Melahirkan rakyat yang taat setia pada Raja dan Negara.

jurang perbezaaan dari segi ekonomi, sosial dan peluang di antara kaum

menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif sempurna , demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara.

Cara Mencapai Matlamat Pendidikan.

(i) ia dapat dicapai melalui proses pendidikan ialah berdasarkan Sistem Pendidikan Kebangsaan dimana beberapa rancangan dibuat sejak Merdeka dan ia mengalami pelbagai perubahan.

(iii) KBSR dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983 dimana ia memfokuskan penguasaan kemahiran 3M ( membaca, menulis dan mengira) serta mengembangkan aspek-aspek intelek individu iaitu bakat, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilainilai estetik dan sosial insan.

(ii) Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) merupakan rancangan yang dibuat untuk mencapai matlamat pendidikan .

Sementara KBSM dilaksanakan pada tahun 1989 dimana ia lebih memfokuskan untuk mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu mengikut sukatan pelajaran yang disediakan.