Anda di halaman 1dari 5

Kebaikan Menabung

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan untuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit sedikit lama lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada masa hadapan. !ntara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa depan khususnya dalam pelajaran. "ebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku buku rujukan, membeli alat alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran kelas bimbingan luar. "emua ini memerlukan wang yang banyak, lebih lebih lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan menyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menara ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. "emakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila kita bersiap sedia lebih awal lagi. #i samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes kecemasan. $ak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli keluarga yang lain. !ntara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum hujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi. Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu dapat memupuk nilai nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan kehidupan. #alam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri sendiri. #alam agama %slam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi

terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu keluaga. "eperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. #alam hal ini, ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi membesarkan anak anak. Oleh itu, apabila anak anak ada menyimpan wang sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini. %ntihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama sama menabung wang. Kepentingan Menabung

Menabung untuk Kebahagian Masa Depan


&ita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. $agi mencapainya, kita perlu menabung. #engan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Faedah Menabung
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. #engan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. %ni membolehkan kita berdikari dari segi kewangan. Meningkatkan Pendapatan !pabila menabung, kita mendapat pulangan. 'adi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah. Meningkatkan Kualiti Hidup Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. #engan menabung, kita boleh mendapat manfaat

yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. !ntaranya( Membiayai Pendidikan Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. !nak anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. &os pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup cukupnya untuk pendidikan anak anak kita. Membeli Rumah Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. 'ikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. 'ika ada wang tabungan, sekurang kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini. Tanggungjawab Berumahtangga !pabila anak anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. 'anganlah biarkan anak anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang. Membeli Barang Keperluan &ebanyakan barang seperti peti sejuk, tele)isyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. $arang barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. 'ikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. #engan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah. Keselesaan Hidup dalam Persaraan "kim persaraan dan &umpulan Wang "impanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.

Menyediakan Payung &ita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. "eperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". *abungan yang cukup amatlah penting. #engan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka. Berdikari dari Segi Kewangan 'ikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. &ita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat


!malan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung. Berjimat Cermat &ita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan perkhidmatan lain. !malan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan. Merancang Perbelanjaan 'ikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. +asilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung. Amalan Bersederhana !pabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. *abiat ini perlulah dicegah. &ita harus mengamalakan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

*erbitan ini dibiayai oleh bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat insurans. #iedarkan secara percuma

#iterbitkan oleh $ank ,egara Malaysia #isember -../

Anda mungkin juga menyukai