Anda di halaman 1dari 7

1.0 SEJARAH SUKAN LOMPAT JAUH Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7.5 meter.

2.0 PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH

Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak yang maksimum dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Sekiranya seseorang ingin menjadi pelompat yang handal, dia mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai daya lenturan badan serta daya organisasi yang baik. Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola, di mana jarak lompatannya dapat ditentukan. Gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan lebih selamat dan berkesan.

3.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM LOPAT JAUH

Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu : Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Gaya gantung digunakan oleh novis dan juga pakar. Gaya tendang kayuh gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Seseorang pelompat jauh sebaiknya adalah seorang yang berkebolehan dalam acara lari pecut. Ini adalah kerana larian landas merupakan satu ciri penentu kepada keberkesanan lompatan. Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan iaitu : a. Fasa penujuan b. Fasa lonjakan c. Fasa layangan : lari menuju ke papan lonjak : melompat dari papan : badan berada di udara

d. Fasa pendaratan : sentuhan bahagian badan dengan mendarat setempat.

a. Fasa Penujuan

Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15, 17-19 dan 23 langkah.

b. Fasa Lonjakan

Setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

c. Fasa Layangan

Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

d. Fasa Pendaratan

Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

4 .0

LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, pelajar mestilah digalakkan mencuba beberapa aktiviti melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak. Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan boleh dianggap sebagai satu aktiviti yang dapat memenuhi kehendak ini.

Latihan 1 Berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama.

Latihan 2 Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu pelajar merasai keadaan yang sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan tertinggi semasa latihan.

Latihan 3

Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan ini untuk memastikan pelajar melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan.

Latihan 4 Ulang latihan 3. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya

pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan.Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan pelajar supaya

mendarat dengan betul.

Latihan 5

Berlari pantas ( 11 hingga 13 langkah ), melonjak dan mendarat. Guna dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merupakan latihan lompat jauh secara keseluruhan.

Aktiviti Untuk Lompat Jauh Terdapat beberapa aktiviti yang difikirkan sesuai sebagai latihan untuk lompat jauh antaranya ialah : Berlari sejauh 20 hingga 30 meter Lompat jauh dirian Melompat melepasi halangan Lompat ketingting perlumbaan lari berganti-ganti Melompat anak sungai

4.0 RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat dan Kelab Sukan Sekolah. KPM. Kuala Lumpur. Wee Eng Hoe (2005). Panduan Pengajaran Olahraga Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publications Sdn Bhd. Selangor.

SUMBER LAIN

http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lompat-jauh/ Tarikh Akses : 17 April 2012, 21:43 http://fourprincessipti.blogspot.com/2011/03/lompat-jauh.html Tarikh Akses : 17 April 2012, 21:47 http://www.slideshare.net/Jijie/lompat-jauh-long-jump-new Tarikh Akses : 17 April 2012, 21:56 http://www.scribd.com/doc/22973660/lompat-jauh Tarikh Akses : 17 April 2012, 22:15

Anda mungkin juga menyukai