Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Pengajaran

Kemahiran Bahasa

Melayu

Sekolah

Rendah

(BMM3104)

merupakan

sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada pendekatan kaedah, strategi dan teknik pengajaran. Dalam melaksanakan perkara tersebut, tumpuan adalah diberi kepada pelaksanaan aktiviti kemahiran bahasa secara berhieraki, agar pelajar dapat menguasai kemahiran bahasa itu secara semula jadi. Pelajar didedahkan kepada komponen kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan mengaplikasikan pelbagai aktiviti seperti simulasi, main peranan, permainan bahasa dan sebagainya agar pelajar dapat memahami dan mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan 1

murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak

seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan.Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

2.0 Kaedah Terus

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Michel West dan Harald Palmaer (1920-1935) ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah ini kepada umum. Kaedah ini mirip kepada kaedah tentera yang ditolak oleh Michael Fries, Profesor Linguistik dari Universiti Michigan yang diperkenalkan satu lagi kaedah, iaitu kaedah Audio-Lingual.

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah kerana membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, tujuan kaedah terus ini diperkenalkan adalah kerana pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang berkenaan.

Kaedah ini terus memberi keutamaan kepada pengajaran yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara lebih efektif dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mempelajari bahasa pertama dan bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan cara pelajar menguasai bahasa ibunda atau bahasa natif mereka.

Kaedah ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana kaedah ini dapat menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah ini usaha yang lebih adalah dituntut bagi melaksanakannya dan guru perlu berkemampuan dan mahir untuk menggunakan pelbagai cara atau teknik untuk menyatakan makna perkataan dan frasa dengan jelas. Pelajaran bahasa menghubungkan pelajar-pelajar terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar tetapi terjemahan tidak digunakan langsung dalam pembelajaran. Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak difahami, guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain. Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak 3

diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya dan undangundang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat. Selain itu, bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa pertama/ ibunda / natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur serta pelajar-pelajar akan dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. Dalam pembelajaran, terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh itu, sebutan yang betul diutamakan, dan kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa. Kaedah ini dapat mengatasi kesalahan yang besar dalam kaedah Tatabahasa Terjemahan iaitu menggantikan penghafalan nahu dengan pertembungan terjemahan dengan pemakaian bahasa bahasa dan menggantikan

Idea utama dalam kaedah terus ialah asosiasi

perkataan dan ayat dengan maknanya melalui tunjuk cara, lakonan dan lain-lain. Apabila kaedah terus digunakan oleh guru yang cekap ,maka seluruh kelas akan berjaya, Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

1.Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. 2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. 3. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. 4.Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang

hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

2.0 Kemahiran Mekanis

mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelaskelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

2.1 Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:

(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.

(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

2.2 Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;

(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.

(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.

(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Bilangan murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : 3 Merah : 25 orang : 2 May 2011 : 8.30 - 9.30 pagi : Kesihatan : Makanan Berkhasiat :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i. Menjelaskan dengan mengemukakan kata, istilah, frasa, ayat tentang kepentingan pengambilan makanan berkhasiat. ii. Menulis dengan betul petikan yang dibacakan oleh guru dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. iii. iv. Membaca dengan menggunakan intonasi dan jeda yang betul. Mengenalpasti dan mencatat perbezaan makan berkhasiat dan makanan remeh berdasarkan petikan yang diberikan.

Hasil Pembelajaran Fokus utama: 9.1

Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

Aras 3 i. Mengambil imlak berdasarkan teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Fokus sampingan:

5.1

Membaca kuat petikan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa

: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa

: : Membina ayat menjadi ayat tunggal dan majmuk

Tatabahasa

menggunakan perkataan yang diberikan. Sintaksis : Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat. Pengisian Kurikulum: a. Ilmu b. Nilai Murni c. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Menyusun atur, mencirikan, mengelaskan dan mengumpul Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik dan visual-spatial Strategi : koperatif, direktif, kontekstual metakognitif, pengayaan Pengetahuan Sedia Ada Pernah dan tahu: Membina ayat mudah berdasarkan perkataan yang diberikan. Jenis-jenis makanan dalam kehidupan Pernah melihat situasi yang berlaku di persekitaran mereka berkaitan makanan. : : Sains dan Pendidikan Jasmani : Menjaga kesihatan, bersyukur, menghormati

Bahan Bantu Mengajar

: Projektor, LCD, komputer riba, dan lembaran kerja.

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

Soalan: 1. Apakah makanan kegemaran anda? 2. Mengapa anda suka akan makanan tersebut? 3. Adakah makanan kegemaran tersebut berkhasiat?

Murid dipaparkan dengan KP : gambar-gambar makanan - Visual-ruang seperti buah-buahan, - Verbal-linguistik sayur-sayuran, keropok, gula-gula dan sebagainya. BBB: Murid bersoal jawab - Koleksi gambar makanan dengan guru berdasarkan LCD dan projektor soalan yang telah - komputer riba. disediakan. Dua orang murid diminta berdiri untuk menceritakan Nilai: tentang makanan - Bersyukur kegemaran mereka secara ringkas Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

Langkah 1 (10 minit)

Tajuk: Pilih Saya (Rujuk Lampiran 1) Soalan: 1. Manakah antara dua gambar berikut merupakan makanan berkhasiat? 2. Makananan mana satukah yang kamu lebih suka?

Murid ditayangkan dengan BBB: gambar makanan pada - Gambar makanan setiap slaid. (Contoh: gambar epal dan kerepek KP: kentang berperasa - Verbal linguistik - visual-ruang barbeku.) Murid diminta menjawab yang manakah makanan KB: - Membuat berkhasiat dan remeh. perbandingan Guru menyoal dengan teknik permainan, iaitu siapa yang cepat Kemahiran: mengangkat tangan boleh - Berututur menjawab soalan. Strategi: - Direktif - Kontekstual

Langkah 2 (25 minit)

Tajuk aktiviti: 1. Mengambil teks imlak yang dibacakan oleh guru. 2. Tajuk petikan:

Murid diperdengarkan KB: dengan teks imlak yang - Menyelesaikan masalah dibacakan oleh guru. Murid diminta menulis apa - membuat keputusan. yang dibacakan oleh guru ke dalam buku tulis. Murid diminta menulis KP: 9

Pasar Malam (Rujuk Lampiran 2)

dengan menggunakan tanda baca yang betul. Murid perlu memahami apa isi kandung teks yang disalin. Murid diminta untuk membacakan semula petikan yang telah ditulis dengan menggunakan jeda dan intonasi yang betul dengan kuat secara beramai-ramai.

Verbal linguistik intrapersonal

Strategi: - Metakognitif Nilai Murni: - Kesabaran - Kepekaan Kemahiran: - mendengar - menulis - membaca

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti: 1. Menyenaraikan makanan remeh dan makanan berkhasiat. 2. Membina ayat. (Rujuk Lampiran 3)

Murid diminta untuk menyenaraikan contohcontoh makanan berkhasiat dan makanan remeh mengikut kategori berdasarkan petikan yang diberikan. Jenis-jenis makanan tersebut diisi ke dalam jadual yang guru berikan. Murid diminta membina lima ayat majmuk berdasarkan mana-mana perkataan yang diisi ke dalam jadual.

KP: -kinestetik KB: - mengumpulkan - mengkategorikan BBB: - Lembaran kerja Strategi: Pengayaan Nilai murni: - ketekunan

Penutup (5 minit)

Penutup kognitif: 1. Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? 2. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini.

Murid diminta menyatakan Kemahiran: jenis-jenis ayat yang telah - Menulis dipelajari dan menyertakan Nilai Murni: contoh. Guru meminta murid - Kasih sayang menyatakan nilai-nilai murni - Bersyukur yang dipelajari pada hari ini.

10

4.0 Penutup Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993).

Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. O leh itu, guru-guru


bahasa Malaysia perlu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-

murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang

pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Malaysia iaitu

membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan grafik. Penguasaan ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Keempat-empat komponen dalam kemahiran berbahasa adalah saling berhubungan dan tidak boleh dipisahkan. Ianya saling berkaitan dan pengajaran pembelajaran tidak akan bermakna sekiranya tidak menggunakan kemahiran berbahasa tersebut. Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat perlulah sesuai dengan tahap pencapaian murid. Walaupun murid yang diajar adalah kumpulan murid pintar tetapi jika teknik pengajaran yang digunakan tidak bersesuaian, pasti objektif pengajaran tidak tercapai. Guru juga perlulah sering membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang bermasalah agar pengajaran yang dijalankan boleh membantu mereka.
11

12

Anda mungkin juga menyukai