Anda di halaman 1dari 4

Laporan Pertandingan Inovasi Institut Pendidikan Guru Lestari

Kategori Inovasi Produk ( Air ) - Chung Gee Yee - Goh En Xin - Goh Yee Lin

1.1 Pengenalan

Institut Pendidikan Guru (IPG) Lestari adalah program pembangunan ke arahh kelestarian alam. Program Inovasi IPG Lestari ini juga adalah untuk menyokong Local Agenda 21. Kami berharap produk yang dicipta oleh kami dapat membantu semua orang untuk menjimat air supaya krisis air tidak akan berlaku lagi. 1.2 Ringkasan Eksekutif Produk yang saya cipta ialah H20 saver . Ciptaan ini adalah mengabungkan ciptaan yang sudah sedia ada pada setiap bumbung rumah, iaitu lorong bumbung yang digunakan untuk mengeluarkan air hujan. Ciptaan ini adalah untuk menggunakan balik air hujan supaya kita boelh menjimatkan kos kos bekalan air dan juga menjimatkan sumber alam. 1.3 Latar Belakang Kumpulan 1.3.1 Profil Ringkas Kumpulan dan IPG yang diwakili

Kumpulan kami akan mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kumpulan kami didirikan dengan 3 ahli sahaja dan seorang pensyarah sebagai penasihat kami. Ahli kumpulan kumpulan kami ialah Chung Gee Yee, Goh En Xin dan Goh Yee Lin serta penasihat kami ialah Encik Syamrul Nizam bin Abdul Malek. 1.3.2 Carta Organisasi Kumpulan : : : : Encik Syamrul Nizam bin Abdul Malek Goh Yee Lin Goh En Xin Chung Gee Yee

Penasihat Ketua Kumpulan Penolong Ketua AJK Dokumentasi 1.4 Tujuan Inovasi 1.4.1 Rasional

Kumpulan kami menyertai pertandingan ini adalah kerana kami berharap ciptaan kami yang begitu kreatif ini boleh membantu semua orang untuk mengitar semula bahan bahan yang kami mengganggap tidak

berguna lagi. Kami juga berharap melalui ciptaan ini boleh menyebabkan banyak lagi idea idea yang dapat menyelamatkan bumi kami ini yang sedang sakit tenat.

1.4.2

Objektif

Kumpulan kami juga berharap melalui ciptaan ini dapat menjimatkan kegunaan air di bumi ini. Menggunakan air hujan untuk menggantikan air yang kami digunakan di rumah adalah idea yang sangat kreatif dan bersesuaian dengan tema Local Agenda 21. Kami bermatlamat untuk menyelamatkan bumi kita yang semakin kritikal ini dengan menggunakan ciptaan kami yang bertema kitar semula ini. 1.5 Sasaran 1.5.1 Lokasi

Sasaran lokasi kumpulan kami tidak terhad. Sasaran lokasi kami adalah seluruh dunia ini. Kami berharap ciptaan ini boleh menyedarkan semua orang yang tinggal di bumi ini supaya tidak membazirkan air lagi. 1.5.2 Kumpulan Sasaran

Sama dengan sasaran lokasi, kami tidak menghadkan kumpulan sasaran kerana kami berharap semua orang yang tinggal di bumi ini turut mempunyai perasaan cinta akan bumi, mennyelamatkan bumi untuk menyokong produk kami ini. 1.6 Huraian Produk 1.6.1 Pengenalan Mengenai Inovasi

Kumpulan kami telah mencipta satu produk yang boleh mengitarkan semula air hujan yang dititik di atas bumbung rumah kami semua. Dan selepas perbincangan antara kumpulan kami, kami menamakan produk ini sebagai H20 Saver . Kami menamakan produk kami sebagai H20 saver kerana kami sangat beryakin bahawa produk kami ini pasti dapat menyelamatkan sumber air kita. 1.6.2 Tarikh mula dilaksanakan

Kami telah mula mencipta produk ini sebaik sahaja kami mendapat borang pertandingan, iaitu 20 Januari 2014. 1.6.3 Huraian terperinci produk

Produk ini bukan sahaja boleh mengitar semula air hujan, tetapi juga boleh mengitarkan semula botol botol air yang kami mengganggap tidak berguna lagi. Produk kami telah mengabungkan kedua dua

sumber yang mudah kami dapat iaitu, botol air serta paip yang emnyusur air hujan dari bumbung. Berikutlah contoh pelan produk kami :

1.6.4

Kos

Kebaikan poduk kami ini adalah kos yang sangat rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa botol air dan juga air hujan tidak perlukan sebarang kos. Kos yang kita perlu keluar hanya untuk paip yang istimewa sahaja. Saya sangat beryakin bahawa paip itu tidak mengenaikan banyak kos. 1.6.5 Cara menggunakan Produk

Selepas hujan, air dalam botol itu akan penuh dan sedia digunakan. Kami boleh menggunakan air dalam botol itu untuk mencuci pinggan ataupun mencuci tangan. Ini akan menjimatkan sumber air yang kami guna pada seharian. 1.7 Impak inovasi Kesan yang kumpulan kami ingin berlaku ialah kejimatan air dapat berlaku dan mengurangkan kos bekalan air dalam setiap rumah. Bagi tempat yang sentiasa berlaku krisis air, produk ini dapat bantu menyimpan air yang secukupnya untuk menharungi kemelut ini. 1.8 Rumusan Produk H20 Saver kami adalah produk yang berasaskan menjimat kegunaan air dan juga menyelamatkan bumi tercinta kita. Jadi, kami menamakan produk ini sebagaui SAVER. H20 Saver ini bukan sahaja boleh menyimpan air hujan sebagai air kecemasan, tetapi juga boleh mengitar semula air hujan yang dianggap tidak berguna oleh semua individu. Kami berharap produk ini betu betul boleh menyelamatkan bumi kita ini.

Anda mungkin juga menyukai