Anda di halaman 1dari 9

1.0 PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR 1.

1 PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah renovasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang merupakan satu usaha untuk memperkasa sistem pendidikan negara dengan menyediakan sistem pendidikan yang berdaya saing selaras dengan pendidikan global yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi abad ke 21. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 20031, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993.

Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kini telah memasuki ke Tahun 2. Ini bermakna di sesebuah sekolah murid Tahun 1 dan 2 akan mengikuti kurikulum KSSR sementara murid di Tahun 3, 4, 5 dan 6 pula masih mengikuti kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sememangnya terdapat perbezaan di antara kedua-dua kurikulum ini.

Rujuk Lampiran

1.2 PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR) (KSSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enam bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu tunjang: Bahan kurikulum: Sukatan pelajaran Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri

Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Linear

Reka bentuk kurikulum: Modular

Organisasi kurikulum:

Organisasi kurikulum:

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Modul Teras Asas, Modul Teras tema modul Elektif.

Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Tambahan

Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.

Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)

Fokus: 4M (Membaca, menulis dan menaakul)

1. Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 bidang (KBSR) dan 6 tunjang (KSSR). Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan Negara. Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni-aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir-kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan.

Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak-sanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja.

2. Bahan kurikulum Bahan kurikulum bagi KSSR ialah Dokumen Standard Kurikulum. Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Bahan kurikulum bagi KBSR ialah Sukatan pelajaran. Antara prinsip KBSR Pendekatan bersepadu Perkembangan Individu secara menyeluruh Pendidikan seumur hidup

ialah

Pendidikan yang sama untuk semua murid

3. Reka bentuk kurikulum KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dalam modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. Reka bentuk kurikulum KBSR berbentuk linear yang berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri Individu.

4. Organisasi kurikulum Organisasi kurikulum KSSR terbahagi kepada 2 tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Dalam tahap 1 iaitu bagi tahun 1,2 dan 3 terdapat 3 modul yang dikemukakan iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. Modul teras asas merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Bagi modul teras tema terdiri daripada Seni Visual Dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Manakala modul elektif pula terdiri daripada Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Arab dan Bahasa Iban. Organisasi kurikulum bagi tahap 2 pula iaitu untuk tahun 4, 5 dan 6 terdapat 6 modul iaitu Modul Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap & Nilai, Modul Fizikal & Estetika, Modul Sains & Teknologi dan Modul Kemanusiaan.

Modul Komunikasi terdiri daripada subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Modul Komunikasi Elektif terdiri daripada Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa Arab , Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Kadazandusun. Modul Kerohanian, Sikap & Nilai terdiri dari Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Modul Fizikal & Estetika terdiri dari Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Modul Sains & Teknologi terdiri dari Matematik, Sains dan Reka Bentuk & Teknologi serta TMK. Modul Kemanusiaan terdiri dari Sejarah dan Malaysia Negaraku.

Organisasi Kurikulum KBSR terbahagi kepada 3 Modul iaitu Teras Asas, Teras Tema & Elektif. Ia juga bersifat dinamik di mana pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Selain itu, organisasi kurikulum KBSR turut melaksanakan p&p yang fleksibel di samping guru mempunyai pilihan dalam penggunaan modul mengikut kesesuaian. 5. Elemen Terdapat 3 komponen utama dalam Elemen Merentas Kurikulum iaitu Elemen Kreatif dan Inovatif. ( EKI ) Teknologi maklumat dan Komunikasi ( TMK ) dan Elemen Keusahawanan ( EK ). EKI adalah pelaksanaan sesi pengajaran guru bermula dari set induksi sehingga berakhirnya sesi Pengajaran dan pembelajaran. Di Dalam KSSR, EKI perlu ditulis di dalam Rancangan Pengajaran Harian. TMK adalah penggunaan peralatan teknologi dan komunikasi di dalam P&P. Contohnya, penggunaan pemain cakera, komputer, kamera digital, termasuk pengenalan terhadap perkakasan-perkakasan komputer dan aplikasi penggunaan perisian-perisian yang terdapat di dalam aplikasi komputer. Setiap elemen TMK yang dimasukkan mempunyai kod-kod nombor tertentu yang

telah

dibekalkan

oleh

pihak

Bahagian

Perkembangan

Kurikulum.

Elemen

keusahawanan adalah penyerapan unsur-unsur berurusniaga di dalam sesi P&P. 6. Fokus KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR menggunakan reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

Anda mungkin juga menyukai