Anda di halaman 1dari 4

SISTEM EKONOMI ISLAM Ekonomi Islam didefinisikan sebagai suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku

manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga masyarakat bagi mendapatkankeredhaan Allah. Asas kepada ekonomi Islam adalah berpaksikan kepada keadilan, kebebasan hak milik, dan persamaan, di simpul dengan ikatan akidah, kesucian jiwa, pengorbanan, persaudaraan dan ihsan. Pengertian Sistem Intipati daripada gambaran di atas dapat difahamkan bahawa sistem ekonomi Islam adalah syumul, tidak terpisah daripada masyarakat, negara dan sunnatullah. Ia merupakan suatu sistem yang membentuk corak pentadbiran dan pengurusan sektor-sektor yang melibatkan berbagai institusi yang mengandungi nilai-nilai hukum, peraturan dan kepercayaan, yang mengait secara langsung atau tidak dalam hal yang berhubung dengan penggunaan, pengeluaran, tagihan atau pertukaran.Ini bermakna sistem ekonomi Islam adalah multi-dimensional dan sepadu sifatnya, di samping wujudnya koardinasi yang mantap daripada semua pihak yang terlibat sama ada dipertingkat mikro atau makro untuk menjayakan fungsi sesebuah sistem ekonomi selari dengan nilai-nilai hukum dana peraturan Islam. Struktur Kegiatan Dalam dari segi struktur ia mengandungi tiga sektor asas iaitu: 1. Sosial, masalahah atau kebajikan. 2. Ekonomi, tijarah atau perniagaan/perdagangan. 3. Politik, siasah atau kenegaraan. Ketiga-tiganya tidak terlepas daripada perlakuan dan kegiatan manusia dalam kehidupan hariannya. Sebarang masalah yang timbul, penyelesaiannya seharusnya dilakukan diperingkat asas, iaitu masyarakat dan kerjasama swasta (sektor pertama dana kedua). Manakala sektor ketiga (awam) sebagai penyelaras dan berfungsi mengawasi sebarang kegiatan yang boleh menjelaskan kepentingan ramai, di samping bertindak sebagai badan amanah dana penyelesai masalah peringkat terakhir apabila sektor pertama dana kedua gagal berfungsi. Pembagunan setempat adalah contoh terdekat dalam hal ini. Umpamanya, pembinaan prasarana masyarakat masjid dana jambatan tidak perlu menagih kesemuanya daripada pemerintah. Dengan sistem waqaf dan sadaqah pemerintah tidak perlu berbelanja besar kerana sebahagian daripada biayanya dilakukan oleh orang ramai dana pihak swasta atas asas amal jariah. Dengan ini kerajaan dari satu segi boleh mejimatkan kos pembagunan. Bagaimanapun, pembahagian beberapa bidang kegiatan manusia seperti di atas bukanlah dalam bentuk yang rigid tidak boleh berubah, sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan memudahkan kefahaman. Pada hakikatnya dalam amalan biasa terdapat hubungan yang rapat di antara ketigatiga bidang tersebut. Umpamanya, diantara aktiviti atau kegiatan siasah, politik atau kenegaraan ada yang menyentuh secara langsung bidang ekonomi, perniagaan atau perdagangan dan juga bidang sosial. Begitulah di antara aktiviti atau kegiatan ekonomi atau perdagangan ada pula yang menyentuh secara langsung bidang sosial, politik atau kenegaraan.

Dalam hal sedemikian sistem ekonomi Islam secara keseluruhan dapatlah digambarkan sebagai suatu sistem yang merangkumi semua jenis aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam ketiga-tiga sektor di atas seperti berikut. SISTEM EKONOMI ISLAM (Nizam al-Iqtisad al-Islami)

Siasah/Politik Kenegaraan (Awam)

Ekonomi/Perniagaan/ Perdagangan (Swasta)

Sosial/Maslahah/ Kebajikan (Sukarela)

Gambaran di atas jika dibandingkan dengan pensektoran aktiviti atau kegiatan ekonomi negara pada masa ini dapatlah disimpulkan seperti berikut: Sektor Pertama menyerupai sektor awam. Sektor kedua pula meyerupai sektor swasta. Manakala sektor sosial, masalaha atau kebajikan adalah satu sektor yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam. Wujudnya sektor sosial, maslahah atau kebajikan adalah satu ciri khusus (unique feature) sistem ekonomi Islam. Ini adalah menunjukkan bahwa Islam memberi perhatian berat kepada golongan yang lemah dengan memberikan pertolongan melalui hukum dana peraturan yang tersendiri yang dicipta oleh Allah. Setiap sektor yang disebutkan di atas mempunyai fungsi, hukum dana institusinya yang tersendiri. Hal ini bolehlah dihuraikan dengan ringkas seperti berikut. Sektor Awam Kerajaan Sektor kerajaan yang berkait dengan siasah, politik atau kenegaraan adalah menggabungkan aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dilaksanakan, sama ada secara langsung atau tidak oleh pemerintah. Beberapa fungsi sektor ini termasuklah, di antaranya. a) Merancang dan melaksanakan dasar atau polisi ekonomi negara, umpamanya polisi fiskal, kewangan dan polisi pembangunan b) Mentadbir dan mengurus segala bentuk harta hakmilik negara, misalnya harta tanah dana galian (al-ardhi wa al-maadin). c) Mengawas segala kegiatan di semua sektor, baik sektor awam mahupun swasta, melalui agensi al-hisbah. Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini, di antaranya, ialah a) hukum-hakam mengenai semua jenis cukai, termasuk cukai jizyah, kharaj, ushur dan sulh al-jizyah. b) Hukum-hakam harta fai dan ghanimah (ahkam al-fai wa al-ghanimah) c) Hukum-hakam peninggalan pusaka (ahkam al-tarikah) atau harta perwarisan. d) Hukum-hakam harta waqaf dan wasiat (ahkam al-awqaf wa al-wasaya) e) Hukum-hakam mengenai mata wang (ahkam al-nuqud)

f) Hukum-hakam mengenai tanah dan galian (ahkam al-aradhi wa al-maadin). Insitusi-institusi, jabatan atau kementerian yang berkaitan dalam sektor ini, di antaranya termasuklah. a) Institusi Perbendaharaan Negara (Bayt al-Mal). b) Institusi Bank Pusat (Dar al-Amwal). c) Diwan atau Jabatan Perancangan Pembangunan. d) Jabatan Hasil Dalam Negeri (Diwan al-Jibayah). e) Kementerian kemajuan Tanah dan Wilayah. f) Kementerian Galian dan Sumber Alam. g) Kementerian Waqaf. Sektor Swasta Sektor swasta dalam sistem ekonomi Islam merupakan sektor ekonomi/ perdagangan yang tidak kurang pentingnya daripada sektor yang pertama. Rakyat, dalam sektor ini, secara persendirian atau kolektif, (shakhsiyah fardiyah awi tibariyah) berusaha mencari rezeki (fadhlan min Allah) dengan menggunakan tenaga, kebolehan dan harta milik mereka. Bentuk kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor ini amat luas ia meliputi bidang-bidang seperti pertanian, perlombongan, perusahaan, pembinaan, perdagangan, kewangan, pengangkutan, perkhidmatan dan lain-lain. Setiap orang yang menjalankan kegatan dalam sektor ini adalah bertujuan untuk memperolrhi rezeki yang halal sebagai perataraan untuk membolehkan mereka melakukan amalan berbelanja di jalan Allah (infaq fi sabil Allah). Di antara fungsi-fungsi yang sesuai dilaksana melalui kegiatan-kegiatan seperti ini ialah: a) Kewajiban berusaha untuk mendapat rezeki yang halal dan menunaikan tanggungjawab infaq fi sabil Allah. b) Membagaikan sumber rezeki yang baik dan bermanfaat melalui mekanisme tawaran dan permintaan yang sihat di pasaran untuk menentukan harga yang sesuai. c) Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna secara meluas dan secukupnya. d) Berusaha mengembangkan harta dengan cara yang halal dan menggunakan dengan cara yang sama bukan membekukannya. e) Memakmurkan alam dan isi kandungnnya bag mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan dan kesejahteraan. Hukum-hakam yang wajib dipatuhi dalam sektor ini meliputi satu rangkaian hukum yang luas. Para fuqaha, dari segi pengkanunannya, menghimpunkan hukum-hakam ini dalam bahagian muamalah. Ia terdiri daripada hukum-hakam akad, jual beli, jualan tempahan, sewamenyewa dan sebagainya.

Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini di antaranya, ialah: a) Zakat dan segala jenisnya, termasuk zakat fitrah.

b) Pemberian sukarela (sadaqah tatawwu), hibah, minhah. c) Waqaf, sama ada waqaf am ataupun Khas d) Pinjaman kebajikan (qardan hasan) Institusi-institusi yang terlibat dalam sektor swasta boleh menjalankan kegiatannya sama ada dilakukan oleh orang perseorangan atau dalam bentuk entiti yang sah secara kolektif. Entiti yang sah biasanya terdiri daripada berbagai bentuk syarikat dan entiti-entiti lain yang diakui, seperti badan kerajaan dan badan kanun. Sektor Sosial/Kebajikan Masyarakat Perlakuan dan kegiatan ekonomi dalam sektor kebajikan mempunyai fungsi yang tersendiri, di antaranya ialah: a) Membantu golongan yang lemah, seperti anak-anak yatim, orang-orang fakir dan miskin b) Menyediakan skim kesejahteraan sosial (al-daman al-ijyimai) sama ada oleh pemerintah atau persendirian c) Menyediakan prasarana di peringkat asas. Aktiviti atau kegiatan-kegiatan dalam sektor ini dilakukan dengan menggunakan harta milik persendirian (sadaqah tatawwu) awam dan jika perlu harta milik negara (bayt-al-mal). Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini di antaranya, ialah: a) Zakat dan segala jenisnya, termasuk zakat fitrah. b) Pemberian sukarela (sadaqah tatawwu), hibah, minhah. c) Waqaf, sama ada waqaf am ataupun Khas d) Pinjaman kebajikan (qardan hasan)

Anda mungkin juga menyukai