Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT

TAJUK: Matahari terbiT OBJEKTIF: Untuk mengkaji dan melihat: 1) Altitud dan azimut Matahari terbit selama sebulan. RADAS : Kamera

HIPOTESIS: 1) Matahari terbit pada masa yang sama setiap hari. 2) Altitud dan alzimut Matahari terbit adalah berbeza setiap hari. 3) Azimut Matahari adalah semakin menurun. 4) Semakin cepat masa Matahari terbit, semakin kurang nilai azimut.

PENGENALAN: Di Bumi, Matahari terbit dari timur dan terbenam di barat sepanjang tahun. Walaubagaimana pun kedudukan dan koordinat matahari terbit dan terbenam adalah berbeza mengikut tarikh, tempat dan masa sepanjang tahun. Keadaan ini berlaku kerana Bumi berputar dan beredar mengelilingi Matahari. Fenomena matahari terbit dan terbenam mengambarkan seolah-olah Matahari beredar mengeliling Bumi. Oleh itu, satu aktiviti pencerapan fenomena Matahari terbit telah di jalankan selama sebulan dan semua pemerhatian di rekod, analisis dan satu laporan dihasilkan. Laporan ini adalah mengenai kedudukan Matahari terbit yang diperhatikan selama sebulan bermula 12 Januari 2014 sehingga 16 Februari 2014. Lokasi pemerhatian adalah di Jeti ke Pulau Jerejak. Data diambil sekitar jam 7.20 - 7.37 pagi iaitu mengikut masa Matahari terbit di kawasan Bayan Lepas . Kekerapan melakukan pencerapan ialah sebanyak empat kali sebulan. Pencerapan telah dilakukan pada 12 Januari (pencerapan pertama), 19 Januari (pencerapan ke-2), 2 Februari (pencerapan ke-3) dan 16 Februari (pencerapan ke-4). Rujukan masa bagi Matahari terbit diambil daripada laman sesawang Jabatan Metereologi dan time and date.com. Bagi mengukur kedudukan Matahari terbit, dua perkara yang perlu diukur iaitu azimut dan altitud. Bagi mengukur altitud dan azimut, salah satu cara yang terbaik dan paling mudah ialah dengan menggunakan tangan. Sebelum mengukur
EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A 1

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT


azimut dan altitud, saiz tangan perlu dicari terlebih dahulu. Caranya ialah berdiri dan meluruskan tangan kehadapan. Kemudian buka jari selebarnya. Kemudian sebelah mata ditutup. Bahagian luar ibu jari diletakkan sebaris dengan objek yang jauh. Kemudian lihat dimanakah bahagian luar anak jari kelilingking kita berada, dan gerakkan ibu jari ke kedudukan anak jari kelingking tadi. Ia dianggap sebagai satu hand span. Teruskan langkah ini sambil mengira bilangan hand span yang diperlukan bagi satu kitaran lengkap 360o. Kemudian bilangan hand span akan dibahagikan kepada 360o. Dengan itu kita akan dapat saiz bagi tangan hand span Contoh: Bilangan hand span yang diperlukan bagi satu kitaran lengkap = 20 Oleh itu satu hand span = 360o/ 20 = 18o bagi setiap hand span Dengan mengetahui darjah bagi setiap hand span, kita dapat mengukur azimut dan altutud bagi Matahari terbit setiap hari. Kedua-dua sudut ini, dapat menggambarkan kedudukan yang jelas sesuatu objek seperti Matahari pada masa dan tarikh yang tertentu. PROSEDUR: 1) Tempat yang sesuai dipilih bagi memerhati dan mengambil gambar landskap Matahari terbit selama sebulan. 2) Landskap yang diperhatikan akan di lakarkan. 3) Pemerhatian akan direkod dalam jadual. 4) Data yang direkod dianalisis. 5) Satu laporan lengkap ditulis.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT


ANALISIS DATA:

Keputusan 1 : Azimut, altitud, cuaca dan masa Matahari terbit. Tarikh: 12 JANUARI 2014 HINGGA 16 FEBRUARI 2014 Masa: 7.20-7.37 pagi

TARIKH

HARI

CUACA

MATAHARI TERBIT

AZIMUT 112O 110O 107O 102O

ALTITUDE +62.9O +64.2O +67.8O +72.2O

12-Jan-2014 19 -Jan-2014 02-Feb-2014 16 -Feb-2012

Ahad Ahad Ahad Ahad

CERAH CERAH CERAH CERAH

07 : 32 07 : 34 07 : 35 07 : 34

Lokasi: Jeti ke Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Jadual 1 : Kedudukan dan masa Matahari terbit. ( SUMBER daripada www.timeanddate.com) Rujuk lampiran

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT

Keputusan 2 Tarikh: 12 Januari 2014 16 Februari 2014 Masa: 7.20-7.37 pagi Lokasi: Jeti ke Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

MINGGU / TARIKH / MASA

GAMBAR

AZIMUTH

ALTITUD

AZIMUTH

ALTITUD

KEADAAN CUACA

Hand- span

Bacaan sebenar

Minggu 1 12 Jan 2014 07:32 pagi

8 x 18 = 144 O

7x9 = 63 O

112O

+62.9O

cerah

Minggu 2 19 Jan 2014 07:34pagi

7 x 18 = 126 O

7x9 =63 O

110O

+64.2O

cerah

Minggu 3 2 Feb 2014 07:35pagi

6 x 18 =108 O

8x9 = 72 O

107O

+67.8O

cerah dan terang

Minggu 4 16 Feb 2014 07:34pagi

5 x 18 = 90 O

9x9 = 81 O

102O

+72.2O

cerah dan terang

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT


Keputusan 3 : Lakaran Matahari terbit sepanjang sebulan.

4 3 2 1

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT

PERBINCANGAN: Kedudukan sesuatu objek seperti Matahari ditakrifkan oleh dua koordinat iaitu azimut dan altitud. Kedua-dua ini dikur dalam darjah. Azimut berasal dari perkataan Arab As-samt yng bermaksud arah. Azimut merupakan sudut mendatar dan diukur mengikut arah jam dari titik Utara. 0o darjah sepadan dengan utara, dan meningkat mengikut arah jam iaitu 90 darjah timur, 180 darjah selatan dan 270 darjah barat. Daripada awal permerhatian sehinggalah ke hari terakhir, masa Matahari terbit semakin lambat dan bergerak ke arah kiri ( barat ). Masa Matahari terbit sepanjang sebulan juga adalah tidak tetap. Namun perubahan masa terbit tidaklah terlalu banyak. Daripada data yang diambil, bermula 12 Januari 2014 sehingga 16 Februari 2014, masa Matahari terbit ialah pada jam 0732 hingga 0735 pagi. Daripada pencerapan ini dapat disimpulkan bahawa, apabila Matahari terbit semakin lambat maka azimut Matahari semakin cepat.

KESIMPULAN: Kesimpulan daripada eksperimen ini ialah waktu Matahari terbit adalah tidak tetap setiap hari tetapi akan berubah beberapa minit ke depan dan ke belakang. Matahari terbit juga semakin ke arah kiri (barat). Oleh itu hipotesis pertama adalah ditolak. Azimut dan altitud matahari terbit adalah berbeza setiap hari. Hipotesis kedua ditolak. Masa matahari terbit adalah semakin lambat maka azimut semakin meningkat. Namun begitu, perbezaan azltitud adalah tidak terlalu besar.

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

LAPORAN AMALI : MATAHARI TERBIT


RUJUKAN: BUKU Corale Stot (2011). Siri Penerokaan Sains ITNM Bintang & Planet. Kuala Lumpur: Institut Perterjemahan Negara Malaysia.

Gratian Vas (20074). Experimnent With Wheather. Batu Caves, Kuala Lumpur: Scholors Publication Sdn.Bhd.

LAMAN SESAWANG. a) http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-daribarat.html b) http://herryrinaldi.wordpress.com/2010/04/22/terbitnya-matahari-dari-baratmulai-nampak/ c) http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-daribarat.html d) http://cikguseri73.tripod.com/geografistpmkertas1dan2/id4.html e) http://www.alazim.com/khawarizmi/aktiviti/muatturun/Kejadian_siang_dan_mal am_19Feb09.pdf f) http://www.scribd.com/doc/3832489/Pergerakan-Bumi-dalam-sistem-suria

EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A

Anda mungkin juga menyukai